Posts

Showing posts from June, 2011

Sweet Seventeen

Image
Zaman Sweet Seventeen~ Sweet seventeen... Sebenarnya sudah hampir 5 tahun meninggalkan umur tersebut. Ramai kata, zaman terindah ialah zaman remaja. Memang. Memang pun. Sebab tu orang sebut sweet seventeen. Mana ada sebut sweet twenty one, twenty two..bla3. Selepas kita melangkah umur 20 tahun ke atas, kita akan melalui proses dewasa. Menjadi dewasa bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan seperti zaman remaja. Zaman remaja khasnya zaman sekolah, hidup kita banyak disuap. Kita hanya mengikut dan melakukan apa yang dikehendaki oleh orang tua kita, guru-guru dan masyarakat. Mudah. Ikut sahaja. Walaupun kita tinggal di asrama yang dikatakan hidup berdikari, tapi aku rasakan hidup di asrama belum cukup untuk dikatakan berdikari. Hidup di asrama masih disuap. Makan percuma. Belajar di kelas? Ahh.. Mudah je walaupun subjek itu susah. Kau duduk di kelas, dengar cikgu cakap, salin nota, fahamkan dan buat kerja rumah yang diberi. Mudah kan? Kau gagal? Ala, kau jek rasa. Tak perlu risaukan orang lain....

Tentang Batu Pahat

Image
Ada apa di Batu Pahat? Ada pensyarah tanya, kawan-kawan tanya ada apa di Batu Pahat, apa yang istimewa. Mungkin ramai tak tahu disebabkan Batu Pahat bukanlah daerah popular ataupun pusat pelancongan mahupun peranginan. Jadi, bagi menjawab persoalan, meh aku cerita sikit apa yang best untuk dinikmati jika ke Batu Pahat. Bab makanan dulu la kan. Pertama, Nasi Bariyani Gam. Orang luar Batu Pahat mungkin hanya mengetahui Nasi Bariyani di Benteng (sebelah sungai BP). Tapi ni aku nak bagitahu port yang lagi terbaik. Restoran Bariani Power yang terletak di Taman Soga. Berdekatan Hospital Besar BP tu. Rasanya lebih sedap dan restoran lebih sotifiskated. Haha! Tapi serius, mengancam! Bariani Power!!! Kedua, Kerang Pedas, Otak-Otak dan Sate. Paling terbaik di Batu Pahat? Jom datang Pantai Sungai Lurus. Hanya 26km dari B.Pahat. Jalan arah ke Pontian. Sambil-sambil makan boleh nikmati hembusan angin pantai. Dekat jek dengan rumah aku. Kalau datang bolehlah roger. Haha. Ketiga, Cikong, Cendol dan C...

Fungsi Facebook~

Image
Aku memang seorang yang addict internet. Dan, addict Facebook. Sehari kalau duduk bilik atau rumah mesti buka internet. Tak boleh tak buka. Mesti ada sebab kan kenapa kita boleh ketagih dengan internet. Pertama, Facebook. Kawan-kawan baik aku kebanyakannya tak ada dalam lingkungan aku. Maksudnya, berjauhan la. Bila balik kampung baru jumpa. Bila ride baru jumpa. Bila ada reunion baru jumpa. Aku pula jenis tak boleh berenggang (walaupun sekarang berenggang) dengan mereka dalam jangka waktu yang panjang. Kalau tak memang rindu la. Kah3! (aku buang ego weh untuk tulis macam ni). Bila buka Facebook, tengok status, tengok gambar terbaru diaorang, dengar khabar dah cukup bagi aku. Tengok diaorang 'online' pun cukup. Hahaha! Rasa seronok macam dapat jumpa secara realiti dengan diaorang. Selalu jugak chat. Agak-agak pelik tak member lelaki dengan lelaki chat panjang berjela dan lama? Kah3! Kadang-kadang nak ajak keluar atau buat aktiviti pun guna Facebook jek. Tak main dah mesej-mesej ...

Jalan-Jalan Malaysia

Image
Ok, nak share satu benda ni. Di Malaysia ni, bagi aku memang syurga kaki motor. Bagi yang suka layan koner, tak susah nak cari port best main koner. Malaysia memang banyak jalan yang macam ular kena palu. Masa kecik dulu, aku paling benci jalan bengkang-bengkok. Dulu masa duduk Mersing, balik kampung mesti mabuk dan nak muntah naik kereta. Sekarang pun sama, naik kereta dan bas, lalu jalan koner-koner komfem mabuk. Tapi naik motor tak pulak, teruja ada la. Haha. Paling best, masa kat koner tu perasaan teruja+gementar+seronok+rasa gayat+takut akan bersatu. Itulah klimaksnya! Walaupun ambil koner tak sampai cecah lutut atau footstep. Janji stim dan layan ikut kemampuan. :) Sepanjang hampir 2 tahun layan hobi main koner, aku senaraikan beberapa tempat yang bagi aku paling best. Sebenarnya banyak lagi tempat aku belum pergi dan habis teroka. Apapun, layan~ 1. Raub-Fraser Hill-Kuala Kubu Baru Ini port paling syok. Selekoh pendek hampir 60km sepanjang jalan. Memang tak senang duduk melayan. ...

Adakah salah jika terlalu merindui masa lalu?

Image
4 tahun zaman sekolah berlalu, rasa seperti baru semalam aku meninggalkannya... Semalam, aku menghabiskan masa sehari suntuk dengan seorang rakan rapat aku bersiar-siar di Batu Pahat. Sejak aku belajar di negeri orang, perasaan rindu kepada tempat asal sukar dikikis. Kalau boleh sebelum balik ke kampus, aku nak renung, tenung, nikmati dan selami ketenangan yang dirasai apabila menjejakkan kaki di tempat asal, Batu Pahat. Walaupun Batu Pahat sering sesak dengan kenderaan, tapi bila aku duduk di satu sudut memerhatikan pergerakan manusia yang tidak putus-putus, aku rasa satu kedamaian. Rasa macam dunia ini senyap, selamat dan damai. Aneh bukan? Kemudian, aku ke sekolah lama. Berjumpa dengan seorang junior yang satu-satunya aku masih kenal di sekolah itu. Berjumpa dengan ustaz. Mendengar celotehnya, aku tersenyum. Melihat pelajar asrama bermain di padang. Rasa damai... Kemudian hati memberontak. Alangkah indahnya zaman persekolahan aku dulu. Terlalu indah... Tapi, aku tak pasti adakah sal...

Mersing Beaches

Image
Jalan cun! 13 tahun dahulu, aku duduk Mersing. Duduk Mersing kerana ikut mak ayah yang berpindah ke situ. Kejap jek duduk Mersing dalam 3 tahun gitulah. Mersing merupakan daerah di Pantai Timur Johor, jadi banyak pantai yang cantik. Tapi masa tu kecik lagi. Mana tahu erti keindahan alam semulajadi. Yang tahu cuma keindahan alat permainan jek. Hahaha... Selepas pulang semula ke kampung halaman di Batu Pahat, ada la beberapa kali jenguk Mersing dengan family. Kali terakhir pergi pada tahun 2007. Masa tu minat terhadap melihat keindahan alam semulajadi kurang lagi. Tak macam sekarang, pantang ada tempat cantik, terus nak pergi. Jadi, pada hari Rabu lepas, tanpa dirancang-rancang.. Ter 'ride' ke Mersing. Perjalanan pergi melalui jalan Parit Botak-Ayer Hitam-Kluang-Kahang-Felda Nitar-Mersing. Laluan ini memang mencabar dan terdapat banyak selekoh bahaya. Tapi selekoh-selekoh ni tak sesuai untuk main koner. Sebabnya jalan tak rata dan banyak lori. Selepas Kahang, jalan kiri-kanan hut...

Bila cuti sudah habis...

Image
Suasana masa balik kampus naik motor. Memandangkan cuti nak habis...meh aku cerita sikit satu benda... Sejak duduk asrama masa sekolah dulu, satu perkara aku paling tak suka berlaku. Bila cuti panjang, nak balik asrama balik, mesti rasa tak best. Rasa.... Rasa tak best lah. Rasa tak semangat. Haha Perasaan tu tak pernah hilang sampailah aku belajar di IPG sekarang. Dah sedap cuti panjang, dah sedap enjoy-enjoy, dah sedap hari-hari kepala otak asyik fikir benda seronok bagai, dah sedap..ahh macam-macam sedap lah! Tu pasal rasa tak best bila naik cuti. Kalau cuti pendek 2,3 hari atau hujung minggu tak la rasa macam ni. Cuti panjang jek akan rasa macam ni. Dulu lagi syahdu masa balik kampus naik keretapi. Peh! Dia punya syahdu tu tak boleh nak cerita la. Sekarang sejak naik motor balik kampus, ok la. Tak la rasa sedih sangat. Dulu naik keretapi lalu hutan kiri kanan. Rasa punyalah jauh. Bila naik motor, lalu lebuhraya. Rasa macam dekat sikitlah. Padahal sama jek. Haha. Mungkin rasa serono...

Dialek Johor Loghat Johor

Image
Mungkin ramai beranggapan bahawa orang Johor tidak menggunakan dialek dalam percakapannya. Ramai menganggap bahawa orang Johor menggunakan dialek Johor-Riau yang dianggap dialek standard bahasa Melayu. Dan, sesetengah beranggapan bahawa orang Johor memang ada dialek tetapi ramai menganggap dialek Johor hanya menumpukan kepada beberapa 'istilah' dan cara sebutan 'or' pada hujung perkataan. Pengalaman aku sebagai anak jati Johor, aku rasa orang Johor ada pelbagai jenis dialek. Kalau nak dikaji secara khusus, memang banyak sebab di Johor banyak suku asal Nusantara seperti Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya yang setiap satunya ada lenggok bahasa Melayu tersendiri. Cuma kenapa orang luar kata orang Johor cakap dialek standard adalah mungkin disebabkan kebanyakan orang Johor kalau berbual dengan orang luar automatik akan cakap bahasa Melayu standard. Itu pada pandangan mata aku la dan diri aku sendiri. Aku, kalau cakap dengan member luar memang susah untuk bercakap dialek Joh...

Port Dickson Negeri Sembilan

Image
Sebuah rumah tradisional Negeri Sembilan Hidup. Selalunya bermula dengan seawal bangun pagi. Kemudian yang bekerja akan ke tempat kerja, yang sekolah akan ke sekolah dan yang belajar akan ke kelas. Kemudian balik dari kerja atau kelas, rehat sebentar, makan, siapkan kerja yang belum siap dan tidur. Itulah rutin hampir setiap hari. Kadang-kala memang memeritkan. Sentiasa ternanti-nanti hujung minggu. Dan, tak semestinya hujung minggu memberi erti kegembiraan kepada setiap orang. Kena buat kerja di hujung minggu? Pehhh! Waklu! Jadi, apa ganjarannya terhadap apa yang kita lakukan semua ni? Cuti! Ya! Cuti! Bagi yang masih belajar macam aku, cuti panjang memang sangat dinantikan. Lega, bebas, seronok, rileks...apa lagi perkataan yang boleh menggambarkan tentang cuti? Nikmat cuti seharusnya dinikmati sepuasnya! Pe'el aku semenjak sambung belajar? Kumpul duit secukupnya untuk dinikmati semasa cuti. Tak perlu kerja dan enjoy duit yang dikumpul itu. Hahaha! Cuti bulan 6 ni aku sempat ride k...