Posts

Showing posts from April, 2011

Memilih Tayar Motor Terbaik. 'Grip' Dan Berbaloi

Image
Laluan berliku yang diburu para rider. Gambar atas ni jalan Bentong-K.Lumpur lama (Karak). Fuh! Maaf-maaf kalau ada yang jenguk blog karat dan meninggalkan sebarang mesej/komen aku tak balas. Aku sekarang tengah fokus nak jadi guru. Errr... Hahaha! Kali ni aku nak kongsi sikit. Kongsi pasal bab tayar. Pertama. Anda kaki leper? Kaki koner? Kaki trek? Bagi yang menunggang big bike mungkin tidak menghadapi masalah dalam memilih jenis tayar memandangkan hampir semua tayar big size berkualiti tinggi. Tapi bagi yang menunggang motor ber CC kecil, mesti susah gila nak cari tayar yang 'best' dan 'grip' serta sedap dibuat main koner. Lagi-lagi yang duduk kampung, silap-silap nak cari tubeless pun payah. Hehehe! Ikut pengalaman aku, tayar yang sedap dan grip pada harga berpatutan adalah tayar Maxxis M6002. Tayar ni pada aku memang cengkam gila masa jalan panas dan waktu hujan masih memberi respon yang baik. Harga agak mahal kalau nak banding dengan tayar-tayar 'street' la...

Yamaha 135LC Model Baru 2011

Image
Sudah lama tak update. Sibuk dan fokus dengan praktikum. Hampir terlupa dengan blog ni. Sekarang ini dalam dunia permotoran khasnya dalam bab kapcai, sibuk diperkatakan tentang model baru Yamaha 135LC 2011. Sebelum ini hangat diperkatakan ura-ura Yamaha akan keluarkan 135LC dengan wajah baru dan spec baru memandangkan di negara jiran seperti di Indonesia sudah lama keluar. Akhirnya, kira-kira sebulan lalu, Yamaha telah membuat pengumuman akan membawa masuk model baru 135LC 2011 ke Malaysia. Alhamdulillah, 2 minggu lepas, tiba-tiba aku ternampak kelibat Yamaha 135LC 2011 ni di IPG aku. Haha! Tak sangka dapat merasa model baru ni awal-awal. Test2 sikit. Kalau tengok spec atas kertas, model baru ni ada sedikit peningkatan kuasa dan torque berbanding model sebelumnya. Namun, aku tak dapat merasainya memandangkan 'test ride' hanya dilakukan di sekitar kawasan kampus. Apa yang aku boleh katakan hasil daripada 'test ride' singkat itu, enjin memang terasa lembut, throttle ringa...