Posts

Showing posts from July, 2010

G-Shock GW-S5600. Jam Bertali Carbon Fiber!

Image
Casio G-Shock GW-S5600 Nak beli! Tapi tak rela duit dilepaskan... Itulah penangan jam keluaran terbaru Casio, G-Shock GW-S5600. Sekali pandang, tak nampak keunikan yang terdapat pada jam ni melainkan seutas jam G-Shock berbentuk klasik dengan sedikit hiasan. Tetapi setelah diteliti betul-betul, jam ini menggunakan tali yang diperbuat daripada carbon fiber! Peh! Bila sebut tali carbon fiber , apa yang boleh diharapkan adalah tali ini takkan putus. Jadi ianya memberi ketenangan emosi dan mental korang selepas memiliki jam ini. Tak payah runsing pening kepala bagai sebab takut tali jam putus. Selalunya, jam tali getah akan putus selepas lama digunakan. Selain itu, apa yang aku faham adalah selain daripada tali, bahagian lain seperti spring bar, buckle dan band ring juga disaluti carbon fiber. Terbaik! Lihat talinya. Di dalam terdapat carbon fiber yang mengukuhkan tali. Gambar diambil dari seiyajapan.com Yang menjadikan jam ni bertambah cool adalah teknologi yang terdapat padanya. Menggu...

Naik Motosikal Memang Terbaik!

Image
Haha! Ada orang cakap gila. Ada orang cakap enjin meletup. Ada orang cakap tak penat ke? Ada orang kata boleh ke? Ada orang kata sakit punggung woo...! Itulah ungkapan apabila seseorang bertanya kepadaku “Naik apa balik kampung/kampus?”. Lalu aku menjawab “Naik motor kapcai”. Meh sini aku cakap, korang kalau naik motor Honda C70 dari Johor ke Perlis pun boleh sampai. Tarak hal lah! Takdernya enjin meletup, tayar meletup mahupun karburator meletup. Dahulu, aku pernah buat naik Honda EX5 berusia 10 tahun dari Batu Pahat ke Kuala Lipis makan 7-8 jam, alhamdulillah sampai tanpa sebarang masalah. Pernah juga aku ride dari Kuala Lipis ke Batu Pahat lalu jalan dalam (bukan highway) selama 9-10 jam pun sampai jugak. Jadi apa masalahnya dengan motor kapcai? Jangan pandang rendah motor kecik bro... Aku kalau ke mana-mana sebolehnya nak naik motor. Aku tak suka naik bas, keretapi dan lain-lain pengangkutan awam. Bukan memandang rendah cuma aku sukakan kebebasan, tak suka menunggu, tak suka ...

Kuala Lumpur? Best Ke?

Image
Kuala Lumpur? Sebelum ni aku memang jarang pergi ke KL. Orang kata di KL semuanya ada. Iyeke? Sampai budak tempat aku asyik-asyik turun KL jek. Dah nama ibu negara Malaysia, mestilah KL antara tempat paling gempak kan. Alhamdulillah, sejak tahun lepas dan tahun ini aku banyak berpeluang pergi ke kota besar ini. Jadi, apa yang aku boleh cakap tentang KL adalah? Takder lah best sangat. Kenapa aku cakap macam tu? Aku tak nafikan kalau korang cari barang elektronik seperti komputer dan gajet, KL lah syurga barangan tersebut. Aku kalau pergi KL memang rambang mata tengok barang elektronik yang canggih, murah dan terlalu banyak pilihan. Nama Low Yat Plaza aku rasa kalau siapa tak tahu nampak sangat dia tak amik berat tentang kemajuan teknologi komputer di Malaysia. Huhu... Kedua, KL adalah syurga bagi kaki motor macam aku. Pergi KL berlambak kedai motor dan ada satu tempat namanya Sentul, kat situ ada deretan kedai motor yang akan membuatkan nafsu aku membuak-buak. Hahaha! Di situ meri...

Jejak Kasih Selepas Terpisah 12 Tahun.

Image
Ni gambar diaorang masa darjah 4. Aku dah pindah masa ni. Teruja tahap gaban! Rasa macam tak percaya jek keadaan ini berlaku. Huhu.. Bayangkan... Kawan-kawan aku yang sudah dekat 12 tahun terpisah berjumpa kembali. Aku pernah terfikir nak cari diaorang tapi tak jumpa-jumpa sehinggalah... Masa aku bosan-bosan main Facebook, entah macam mana boleh terlintas di fikiran hendak mencari kawan-kawan lama. Aku terus teringat kawan-kawan masa aku bersekolah rendah di Mersing, Johor. Lama betul aku melupakan mereka. Lepas aku pindah ke Batu Pahat, terus lost contact dengan diaorang. Mula-mula cari tak jumpa-jumpa. Search sana-sini. Akhirnya aku jumpa satu group sekolah lama aku tuh. Huhu... Apa lagi, godek punya godek. Tak jumpa gak. Last-last aku tanya jek kat sorang budak dalam group tu. Terus jumpa sorang member lama. Haha.. Daripada sorang member tu terus jumpa semua member lama. Kah3! Hebat betul teknologi zaman sekarang. Ni pulak geng aku sejak darjah 3 dan masih melekat hingga sekaran...

Belajar Hilangkan Tekanan Dan Kebosanan.

Image
Apabila aku menjejakkan kaki ke kampus, tiada lagi aktiviti keriangan seperti mana yang aku alami di kampung sendiri. Nak tak nak, kena pandai cari sesuatu yang menghiburkan dan menghilangkan kebosanan. Nasib baiklah di IPG aku ramai budak-budak yang suka ride. Setiap kali cuti hujung minggu, jika tidak ada apa-apa pasti ada saja rancangan. Jadi, boleh aku katakan antara aktiviti utama untuk menghilangkan bosan adalah jalan-jalan menunggang motosikal. Takde aktiviti lain dah. Tu jek lah. Hehe.. Selain daripada jalan-jalan, kadang-kala guru pelatih dan pensyarah IPG dijemput untuk mengiringi rombongan orang kenamaan yang datang ke Kuala Lipis ataupun IPG kitaorang sendiri. Best eskot-eskot orang ni, dapat baju free, makan dan duit. Kih3! Lagi-lagi ada polis eskot lagi la rasa jalan tu macam kitaorang yang punya. Kah3! Alah.. sekali sekala. Bila lagi kan nak seronok-seronok lepaskan tension belajar... Semalam, IPG aku menerima lawatan daripada Rektor IPG, Pegawai Namibia Teacher Training...

Duit Adalah Segalanya?

Image
Game kehidupan di alam maya. Duit cumalah sehelai kertas. Tetapi dengan sehelai kertas tu, kita boleh tukar dengan pelbagai benda bahkan orang sekalipun. Haha... Penting sangat ke duit nih? Penting bengong duit! Takder duit macam mana nak hidup. Orang kata duit bukanlah segala-galanya. Duit bukan alat untuk mencapai kebahagian. Iyeke? Macam ni, sejak dua menjak ni aku boleh pulak gian main game The Sims dan Singles 2. Game ni boleh aku katakan simulasi kehidupan sebenar tetapi dibawa ke alam maya. Game ini membolehkan korang mengawal beberapa watak untuk menjalani kehidupan seperti di dunia sebenar. Korang akan bina rumah, beli perabot, membina hubungan sesama manusia, bekerja, berhibur, kemas rumah, urus hal rumah tangga dan sebagainyalah. Cabarannya ialah menjadikan setiap watak tu hidup bahagia dan harmoni. Main punya main game ni punyalah susah nak menjadikan setiap watak ni bahagia. Masalah yang aku paling geram sekali ialah kekurangan duit. Berhari-hari, berjam-jam aku main ...

Tajuk Entry Ini : Perubahan

Image
5 tahun yang lepas. Sudah masuk bulan Julai rupanya. Tak sangka tahun 2010 ini aku rasakan begitu rempit masa berlalu. Semester lepas semester paling giler aku. Tekanan belajar, member kemalangan jalan raya, aktiviti itu ini, duit sikit dan banyak lagi. Paling sedih aku kemalangan motosikal bulan Mei lepas. Huk! Bila imbas kembali 3 tahun yang lepas, lagi la aku rasa kejap. Daripada zaman naik bas pergi Kuala Lipis ramai-ramai macam rombongan sekolah, kemudian naik motor Honda EX5 dan sekarang masing-masing dengan motor/kereta baru. Nampak dah perubahan pada diri dan muka masing-masing selepas 3 tahun berlalu. Huhu... Paling best, sebelum masing-masing kemalangan, pantang nampak highway atau selekoh, sekor-sekor masuk hantu. Tetapi lepas kemalangan, baru la nak berhemah di jalan raya. Kat highway K.Lumpur, bawak penuh kesopanan beratur tepi jalan. Keh3! Dulu, nak balik kampung dari K.Lipis ke Batu Pahat, peh! Terasa dia punya kejauhan. Syahdu betul bila balik kampung. Naik keretapi wak...

Bandar? Kampung? Atau Pedalaman?

Image
Balik kampung kerjanya makan..makan...makan...bera* Dulu masa aku sekolah, ramai kata belajar/hidup di kawasan pedalaman bagus, menenangkan dan boleh mengelakkan kita daripada terlibat dengan gejala negatif. Selain itu, belajar/tinggal di kawasan pedalaman dapat menjimatkan duit dan kos sara hidup. Peh! Meleleh air mata baca statement ini.. :P Betul ke pernyataan ini? Sejak aku lahir, aku dah rasa tinggal di kampung, FELDA, bandar dan pedalaman. Lahir dan membesar di kampung kemudian sekolah rendah tiga tahu di FELDA, balik semula ke kampung seterusnya menyambung pelajaran di sekolah berasrama di kawasan bandar. Habis sekolah sambung belajar di IPG (kawasan pedalaman). Peww! Ada macam orang nomad ke? Kah3! Makan lagi... Paling best? Bagi aku paling best duduk di kampung dan bandar. Di kampung suasananya menenangkan tetapi meriah. Petang-petang boleh pusing kampung dengan motor. Lepak dan makan tepi pantai. Peh! Sedap seh! Jalan tak jem. Merasai tiupan angin laut yang kencang! Tengok bu...

Masa Depan! Ahhh! Risaunya!

Image
Merenung masa depan yang tidak pasti. Yang depan tu adik member aku, jangan pelik pulak ada budak kecik dalam geng aku. Haha.. Semenjak dua menjak ni aku risau. Risau tentang masa depan. Asyik fikir jek macam mana la aku bila dah habis belajar nanti. Memang aku belajar di IPG dan dijamin jadi guru. Tapi itu bukan bermaksud 100% aku akan keluar dan terus bekerja. Hidup merupakan sesuatu yang tidak pasti. Jangan terlalu yakin dengan apa yang kita fikirkan. Apa-apa sahaja boleh berlaku sama ada apa yang kita ingini dan tidak diingini. Ishk! Risaunya. Kalau aku tak dapat pekerjaan yang mampu menampung hidup aku bagaimana? Aduhhh... Perasaan macam ni buat aku tak keruan. Yang sama atau sebaya dengan aku pernah terfikir tak? Dulu aku pernah fikir tapi fikir yang indah-indah sahaja. Memasang impian yang besar-besar sahaja. Yang manis-manis. Yang hanya membuatkan kita tersenyum... Tetapi tidak pernah terfikir hidup bukan semudah yang disangka. Mungkin 20 tahun sepanjang hidup aku, aku ...