Ride To Bukit Fraser.
Ahad lepas, aku bersama dua member pergi menunggang motor ke Bukit Fraser atau bahasa orang putihnya Fraser Hill. Sebenarnya aktiviti ni tak dirancang pun. Aku cuma ajak-ajak gitu jek tak sangka terbetul-betul pergi. Kira on the spot lah bahasa Inggerisnya. Hehe. Ni kali pertama aku naik Bukit Fraser. Sebelum ni baca kat surat khabar jek. :P Semasa mula memasuki simpang ke Bukit Fraser, aku rasa macam tak best jek sebab jalan biasa-biasa jek. Pemandangan tak secantik mana. Lama-lama haa kau...hambik! Menggelupur badan nak kawal motor kat jalan berselekoh. Pada mulanya aku bayangkan jalan di Bukit Fraser macam Cameron Highland, jalan besar dan selesa, tapi rupanya lain. Jalan di Bukit Fraser kecil, banyak selekoh tajam dan korang memang tak sempat nak tegakkan badan punyerlah. Semakin tinggi mendaki, semakin cantik kawasannya. :) Disebabkan aku bukan kaki leper dan baru nak belajar main bukit, memang terkial-kial nak layan jalan tuh. Asyik makan jalan orang jek. Member aku sor...