Posts

Showing posts from October, 2009

Jam Q&Q

Image
Jam Q&Q memang femes. Nak cari jam jenama ni senang jek, banyak kedai jual. Kat pasar malam atau pasar lambak pun ada jual. Member aku pun ramai yang pakai jam jenama Q&Q ni selain Casio. Aku rasa jam jenama ni tahan lama dan reliable. Harganya jangan cakaplah, cukup murah. Bawah RM50 dah boleh angkat. Setakat ni yang aku jumpa semua jam Q&Q menggunakan movement quartz walaupun ada otai jam kata terdapat beberapa jenis jam Q&Q menggunakan movement automatik. Kat internet pun aku ada jumpa jam Q&Q automatik. Gempak gak jam Q&Q nih. Dan yang paling penting, jenama ni Made In Japan mari. Canggih dan cantik. Tak sangka ada jam Q&Q Chronograph dan Radio Controlled. Mungkin nak bersaing dengan Casio. Cuma setakat ni aku tak jumpa lagi kat kedai. Emm... Sepanjang hidup aku, ada 2 buah jam Q&Q aku pakai. Yang pertama masa darjah enam. Masa tu kecik tet lagi. Kumpul duit RM60, pastu nekad naik basikal sorang-sorang pergi kedai jam kat Pekan Senggarang. Bila piki...

Ahli Gusti WWE Pilihan Hatiku Masa Kecil... Hua3!

Image
Masa kecik, aku suka tengok wrestling. Kalau dulu ia dikenali sebagai WWF, sekarang dipanggil WWE. Macam-macam version dalam WWE tapi yang aku selalu tengok WWE SmackDown. Mungkin ada yang akan cakap, ala gusti dalam WWE tu tipu jek. Haha... Memang la diaorang berlakon jek tapi tetap syok ditengok. Cuma sekarang aku tengok jalan cerita dalam WWE dah tak best macam dulu. Tak banyak cerita yang ganas-ganas. Watak dalam WWE sekarang aku tengok macam skema jek. Tapi tu pada pandangan aku jela. Lain orang lain dia punya taste. Rasanya zaman The Rock dengan Stone Cold la paling cool. Heh! Kali ni, aku senaraikan nama ahli gusti paling cool sepanjang hidup aku. Ahakz! Senarai ni ikut selera aku jek lah. Selera orang lain ye lain. Hehe… 1. Stone Cold Steve Austin. Bunyi kaca pecah menandakan mamat ni datang. Imej kepala botak, badan tak lah tinggi sangat berbanding ahli gusti lain dan suka pegang tin. Paling seronok dia punyer smack. Tendang tut musuh, kemudian hentak kepala m...

Huk! Mesej Iklan Yang Mengganggu Hidup Aku.

Image
Yah! Ambik kau iklan dari diriku..! Muahaha..! Emmm… Semenjak dua menjak ni, handphone aku asyik terima mesej iklan jek. Iklan muat turun lagu lah, video lah, ringtone lah, caller ringtone lah dan Stone Cold (eh, gurau jek). Hehe… Hampir setiap hari Celcom dan Maxis hantar mesej iklan tah pape. Tak nak meluat plak kan. Kadang-kadang masa kita tengah sibuk, handphone berbunyi. Dah la susah nak korek kocek tengok handphone. Tengok-tengok Celcom hantar iklan, kecewa giler dengan sikap Celcom. Ni lah contoh mesej iklan tuh. Sory gambar kabur, susah giler nak amik gambar mesej nih. Hehe.. (Pakai webcam jek, kamera digital takder. Beli jam boleh, nak beli kamera rasa mahal giler. Kih3!) Aku tak pasti adakah Celcom atau Maxis yang hantar mesej iklan tu ataupun syarikat lain. Kalau syarikat lain pun, menda la pergi hantar mesej ngokngek camtu. Penat aku nak delete dan asingkan mesej iklan dengan mesej penting. Paling sakit jiwa masa tengah bawak motor. Syok-syok bawa motor tiba-tiba kocek...

Budak Wanted.

Image
Nama: Tidak diketahui. Umur: 20 tahun (2009). Keturunan: Jawa Tulen. Tempat lahir: Hospital. Idola masa kecil: The Rock dan Stone Cold. Kelebihan: Boleh makan burasak 5 kali sehari pada Hari Raya. Status: Bujang dan berusaha untuk kahwin suatu hari nanti. Minat: Kereta, motor dan jam tangan. Hobi: Melayari internet, melancong dan mengumpul jam tangan. Rekod jenayah: Membakar mercun di hadapan kucing sehingga kucing tersebut terpinga-pinga. Ciri-ciri isteri idaman: Menerima seadanya diri beliau walaupun beliau hanya kerja bergaji RM500 sebulan. Berat: 59.6kg Tinggi: 173cm Jenis perut: Fit

Lawan Hoki...

Image
Gambateh! Reti tak reti main jek. Lenjan. Apa nak jadi, jadi lah. Hahaha... Tu lah yang terjadi selama dua hari ni. Budak unit Bahasa Melayu masuk pertandingan hoki Piala Datuk Mazlan kalau tak silap (aku lupa daa nama piala tuh). Ekekeke... Berbekalkan pemain berpengalaman dua tiga orang, yang lain berbekalkan semangat apa nak jadi, main jek! Yeh! Hehe. Seorang pensyarah aku kata semalam, "Reti tak reti main jek, bila lagi nak dapat pengalaman main dalam pertandingan sebenar. Ni asyik cakap tak reti". Alhamdulillah, walaupun main tanpa sebarang latihan dan pengalaman, pasukan kami berjaya memenangi dua perlawanan, satu seri dan dua kalah. Kalah pun 1-0 jek. Ceh! nak menang jugak tuh! Haktuih! Menunggu perlawanan... Yang paling syok, masa aku buat pukulan 16, ada sekali tu pukul angin jek. Bapak paiseh, nasib baik kali kedua kena dan terlebih kuat plak sampai terlebih padang akibat paiseh yang amat. Kah3! Kalau kali kedua tu tak kena gak, memang aku blah terus dari padang tu ...

Cinta Si Pembersih Kubur.

Image
Barisan Samseng Kampung Dusun. Tido, makan, tido, be**k... Kejap jek dah masuk program Bina Insan Guru fasa dua. Teringat lagi seksa mengerah keringat mendayung kayak membelah Sungai Pahang yang bapak besor masa BIG fasa satu dulu! Masa mendayung tu rasa dah macam nak putus asa sebab panas giler, arus kuat dan ngeri sungai besar sangat. Aku mula ingat dah nak panggil bot tarik tapi disebabkan aku dan sorang member tak nak malu (jantan beb jantan), aku dan member kuatkan semangat melawan arus dan akhirnya sampai. Seksanya mengalahkan ujian kecergasan. Heh! Barisan Pembersih Kubur Gred DG41. BIG kali ni taklah seteruk BIG dahulu. Kali ni kami dikehendaki membersihkan kubur dan menjadi fasilitator di SK Gua. Itu sahaja. Paling tak boleh blah masa buat LDK untuk budak sekolah. Patut budak yang nangis, ni fasilitator yang nangis. Kesian fasilitator kan, touching sangat. Takpelah, kalau tak nangis, bila lagi nak nangis ye tak. :P Murid depan tu kiut giler weh. Nama dia Jemi. Jadi, ...

Awas! Anda Mungkin Diskodeng!

Image
Alat skodeng a.k.a CCTV yang dipasang di blok Nuri. Zaman sekarang, orang menggunakan pelbagai cara untuk skodeng. Tidak cukup dengan dua biji mata yang dikurniakan Tuhan, manusia mencipta pelbagai alat untuk skodeng. Ada yang bertujuan baik tak kurang juga ada yang bertujuan jahat. Jadi, hati-hatilah dengan tukang skodeng. Canggih! Hebat sungguh alat skodeng ini. Yang terkini, sebuah alat skodeng telah dipasang di blok kediaman Nuri aku. Alat skodeng itu sungguh canggih dan hampir serupa dengan alat skodeng di bank-bank dan kedai emas. Jadi penghuni blok Nuri, hati-hatilah dengan alat ini. Mungkin ia boleh menjatuhkan maruah anda, mengkantoikan diri atau memberitahu bahawa anda adalah seorang budak yang sangat baik. (buat-buat baca buku depan alat skodeng tu ke) Paling mendukacitakan, alat skodeng itu telah dipasang berdekatan bilik aku. Tapi takper, aku ada belajar ilmu ghaib. Boleh jadi halimunan. Tapi kalau alat skodeng itu mempunyai infrared, kantoi gak. Adehh! (gurau jek) Mari pe...

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Image
Kadang-kala, tak semestinya yang mahal itu cantik. Kadang-kala, tak semestinya yang ringkas itu tidak menawan. Kadang-kala, tak semestinya yang baru itu bergaya. Semasa zaman sekolah menengah, aku teringin memiliki beberapa jenis jam yang ketika itu walaupun harganya cuma rm29, peh… tak nak mahal plak kan. Beli jam rm15 kat pasar lambak pun terkial-kial nak bayar. Hehe.. Impian tu akhirnya aku lupakan dan berlalu di bawa angin bayu. Fuuuu…. Zaman tingkatan 1-2 dulu, aku memang mengidam nak pakai jam Casio F-91W, Casio Solar Al-180 dan Casio Data Bank DB-310. Harga jam tu zaman dulu-dulu antara rm30-120. Mana la aku ada duit. Kalau jalan-jalan kat mall, jeling dari jauh jela jam tuh. Memang touching habis lah. Takper Ayisy, takper. Kau belajar rajin-rajin. Dah besar kau boleh beli apa yang kau suka. Mangkuk tandas ada jam digital pun kau boleh beli Ayisy. Last-last aku terlupa impian aku tu sampailah…. Dua minggu lepas, entah camne aku boleh terjumpa blog pasal jam digital retro. Maksud...

Drift Dan Autoshow Di Batu Pahat Mall.

Image
Salah satu aksi drift. Lelaki memang tak boleh dipisahkan dengan bantal busuk. Woi! Agak-agak la bai. Main tak cantik cakap lelaki dengan bantal busuk. Haha.. Lelaki dengan kereta la bai, memang tak boleh dipisahkan. Ok, terus ke cerita utama. Nissan Skyline.. Leleh enzim amilase dalam perut aku. uuuuuu.... Semalam aku pergi B.Pahat. Mula-mula ingat nak beli donat kat Big Apple, BP Mall. Ngidam tak pasal-pasal. Tiba-tiba dari jauh aku tengok tak nak ramai plak kan manusia. Pehal ni dalam hati aku. Sampai jek di simpang masuk mall, aku terdengar.... Wengggggg...cretttttttt....ngitttttt...vroooommmm...iiiittttttttt. Asap putih berkepul-kepul di udara. Ceh! Ada pertandingan drift rupanya. Teringat dulu masa pergi di tempat yang sama 9 bulan lalu. Hehe... Nissan Fairlady. Adehh.. Leleh enzim Lipase aku... Masuk jek perkarangan mall, mata ku ternampak Mitsubishi Evo. Peh! Ngaceng! Berderet kereta-kereta modified. Ada autoshow jugak rupanya. Apalagi, terus capai handphone kamera 1.3 megapixe...

Entry Khas Untuk Cucu Cicit Aku... *kalau ada*

Image
Kalau anda ada membaca surat khabar Mingguan Malaysia hari ini, ada satu berita mengenai seorang blogger tertua di dunia menurut surat khabar itu. Mula berblog ketika umur 95 tahun dan meninggal pada umur 97 tahun. Namanya Amelia Lopez. Bila aku terbaca jek rencana tu, aku terfikir. Adakah aku akan terus berblog sekiranya umur aku mencecah 95 tahun? Haha. Macam mana lah keadaan aku ketika itu jika masih hidup dan masih juga berblog. Mesti cucu cicit aku gelak-gelak tengok blog atok diaorang masa muda. (kalau blog ayisy.blogspot.com masih wujud dan Blogger masih hidup) Yang masih mempunyai datuk atau nenek yang berumur 80 tahun ke atas, cuba korang suruh mereka buat blog. Hehe... Oklah, untuk melihat blog Amelia Lopez tersebut, klik link ni >>> http://amis95.blogspot.com/ Kepada cucu cicit atok (kalau ada dan sempat), sekiranya blog ini masih wujud ketika zaman cu, bacalah blog atok ni yer. Entry ni atok tulis pada 18/10/2009, jam 9.42 am. Korang boleh tengok kehidupan atok ni ...

Budi Bahasa Budaya Kita.

Situasi-situasi di dalam keretapi (train). Situasi satu. (aku dan mak cik). "Aaa... Cik, ni tempat duduk makcik ke?" Aku bertanya. "Tak. Adik dok sini?" Makcik tu cakap. "A'ah, tiket saya sit sini." Aku jawab sambil senyum seikhlas hati. "Adik boleh duduk tempat lain tak. Duduk belakang sini." Mak cik tu selamber cakap. "Ok". Aku cakap. Situasi dua. (aku, budak dan mak cik). "Ni tempat duduk adik ke?" Aku bertanya. "Tak". Budak tu jawab. "Adik, adik dok tempat lain boleh, ni anak mak cik nak duduk, dia takut." Tiba-tiba mak dia backup plak. "Ok". Aku jawab. Situasi tiga. (member aku dan seorang mak cik). "Cik, saya duduk sini". Member aku cakap. "Dok sini, ada tiket?. Mak cik tu cakap kuat-kuat. "Ada". member aku jawab. "Tunjuk tiket tu?" Mak cik tu cakap dengan penuh kekerekkan. *Member aku pun tunjuk tiket lalu mak cik ...

Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan 2009 di IPGM KTAA.

Image
Well, seminggu dua ni aku sangat busy akan tetapi masih mampu melayari internet dengan jayanya. Haha... Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk mengelak sesuatu tetapi jadikan masalah sebagai satu peluang. Ya, mencari peluang untuk melayari internet semasa busy sangat mudah tetapi mencari peluang untuk belajar semasa busy amat payah. Hak3! Oklah, walaupun aku sudah di gembar-gemburkan akan update blog dengan cerita ini oleh abang-abang dan akak-akak senior aku, aku tetap menebalkan muka untuk terus update. Baiklah, sebelum tu aku nak bagitahu sedikit cerita berkaitan orang asli. Orang Asli sekarang lebih berdisiplin daripada orang kita. Nak tahu kenapa tanyalah orang yang terlibat dalam pengurusan KEDAP. Haha. Ni bukan main-main. Mengurus orang asli lebih mudah daripada mengurus orang kita. Member aku yang cakap lah. Selasa lepas, ada majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan 2009 di IPGM KTAA. Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr. ...

Nilai Sentimental Pada Barang.

Image
Kita mungkin akan menyayangi sesuatu barang jika ia berharga, mahal, pemberian insan tersayang, sukar didapati atau sudah lama berbakti kepada kita. Selalunya kita akan sayang pada barang yang baru kita dapat. Tapi lama-lama barang tu akan terbiar bila kita puas menggunakannya atau sudah bosan. Aku pun gitu gak. Cuma ada beberapa barang peribadi yang aku rasa sayang sebab dah lama aku pakai. Walaupun barang-barang tersebut tak mahal, tapi disebabkan sudah lama aku gunakan, banyak kenangan dan ada nilai sentimental, jadi aku jaga elok-elok. Pertama, barang yang aku rasa paling sentimental dalam hidup aku dan masih digunakan sekarang ialah bekas pensil jenama Little BobDog. Tengok nama jek dah kiut walaupun menatangnya najis. Hehe... Bekas pensil ni aku beli pada tahun 2003-2004 gitulah, tak berapa pasti. Sekarang tahun 2009 maknanya dah dekat 6 tahun dan aku masih guna lagi buat pergi kuliah. Skema giler aku pakai bekas pensil macam budak perempuan. Kah3! Bekas pensil inilah yang a...