Posts

Showing posts from July, 2009

Aku Dalam Dilema.

Image
Kadang-kadang, bila kita nak kan sesuatu, kita tak dapat. Bila kita dah dapat yang lain, yang kita mahu dulu muncul depan kita. Oh My Got... Kenapa perkara sebegini selalu terjadi dalam kehidupan kita? Takpelah, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ehem… Sebenarnya Ayisy dalam dilema ni. Sejak seminggu dua ni, boleh plak IPGM Ayisy pasang WiFi kat seluruh kampus. Benda alah ni dah lama pasang cuma baru sekarang ni dia mula berfungsi. Huh! Kawan lain gerenti melompat kegembiraan sebab boleh online Friendster setiap masa. Friendster? Bagi Ayisy apa barang Friendster, dah lama Ayisy lupakan. Sebabnya? Bosan… Macam takder benda jek nak buat kat Friendster tu. Sory la yer kalau korang masih lagi main Friendster, bukan Ayisy tak suka, cuma lain orang lain die punyer taste. Entah-entah nanti bila satu tahap Ayisy rasa bosan dengan blog, mungkin Ayisy akan cakap, apa barang blog! Hehehe… Disebabkan WiFi kat IPGM Ayisy yang sudah berfungsi, Ayisy dalam dilema sama ada nak...

Yang BRAVO dan SUCKS Tentang Keretapi Tanah Melayu.

Image
Stesen KTM Kluang. Gambar diambil dari food-4-thot.blogspot.com Bila sebut pengangkutan awam, apa yang korang rasa? Mungkin ada yang cakap memudahkan, murah, cepat dan selesa. Namun, pasti ramai yang akan cakap menyusahkan, mahal, lambat dan merimaskan. Apa pun, lain orang lain pandangan. Dan yang penting, walau apa pun perbezaan pandangan, citarasa dan minat kita tidak seharusnya bergaduh ataupun keji mengeji. Why not untuk cuba hormati pandangan orang lain dan terima dengan hati terbuka. Jika ada yang tidak berkenan di hati, luahkan dengan cara yang betul dan berkhemah. Ok? Ala... Jangan la masam-masam eh Ayisy cakap ni. Senyum la sikit baru comel (untuk aweks jela), untuk lelaki baru nampak cool ye tak. Hehe... Sebenarnya camni, tadi siang Ayisy pergi merempit (Oppss..sory Abg Azli, bukan merempit tapi jalan-jalan, hehehe) ke Mentakab, Temerloh. Ya Allah, Sabtu lepas dah pergi, ni pergi lagi. Huhu. Ayisy dan member pergi sebab temankan kawan ambil motor kat Stesen Keretapi Ment...

Tag 2 in 1

Image
Ehem... Rasanya Ayisy amat jarang update blog waktu tengah hari, tapi hari ni agak berlainan plak. Selalu Ayisy akan post update sebelum pergi kuliah jam 7.45pagi. Tapi jangan ingat Ayisy taip entry baru pagi-pagi buta, sebenarnya Ayisy taip sehari sebelum di post kemudian save sebagai draft. Huhu.. Hari ni Ayisy tidur lama sikit sebab semalam merempit ke Temerloh. Saja tengok tempat orang, seronok jelajah tempat orang ni. Huhu... Ayisy pergi cuma berempat jek semalam. Kepada kaki-kaki motor yang rasa nak asah tayar korang boleh cuba jalan Jerantut menghala ke Benta. Sure jalannya macam Awana Genting tapi tak la segiler Awana. Keliling cuma hutan tebal jek. Sory tak dapat cerita pasal perjalanan semalam sebab sekeping gambar pun Ayisy tak ambik. Tak tau la kenapa. Huhu. Ok, hari ni Ayisy nak jawab Tag yang diberi oleh Idayu dan Aisha. Terima kasih. Daripada Ahsfantasy24. 1. Pernah melihat kisah kura² dan arnab? Tak pernah lihat. Dengar cikgu cerita ada la. Hehe 2. Kenapa watak kura...

Karnival Nasyid Negeri Pahang Di Kuala Lipis.

Image
Nampak siapa yang kat pentas tu? Haa yang tu Kumpulan Rabbani tengah buat gig. Pale hotak kau Ayisy buat gig, buat persembahan la. Nasyid. Well, daripada Ayisy kecik lagi dah tahu apa itu nasyid. Sejak zaman Raihan sampaila zaman sekarang, boleh dikatakan hidup Ayisy dihiasi persembahan nasyid. Zaman sekolah tak yah cerita la, dah nama duduk asrama, kompom-kompom ada aktiviti bernasyid-nasyid ni. Ala Ayisy ni, cerita jek kencang, tapi dia tak pernah pun masuk nasyid. Iyela, orang suara tak gemersik kan, nak wat camne. Huk3! Seumur hidup Ayisy, sekali jek bernasyid, tu pun masa dah masuk IPGM, wakil unit. Nyanyi bukak-bukak mulut jek, pastu ada orang kata nyanyi macam budak tadika. Huh! Cucuk idong baru tahu. Kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz ni popular masa zaman 90an dan awal 2000. Sekarang masih popular lagi tapi Ayisy rasa tak lah segempak macam dulu. Buktinya, zaman awal Raihan dulu berjaya mencatat penjualan album sebanyak 700,000 unit dan menjadi artis Malaysia p...

Hey Adsense, Adverlets dan Nuffnang!

Image
Uissh! $9.98 jek? Kemut la ko ni Google. Aku orang sengkek, bagi la lebih sikit. :p Ehem… Korang tahu Google Adsense? Adverlets? Nuffnang? Kalau yang tahu tu baguslah. Yang join Ayisy ucapkan semoga berjaya dan dimurahkan rezeki. Yang tidak tahu pula boleh cari kat google. Ala… Malas la nak cari kat google Ayisy. Yela-yela, meh sini Ayisy bagitahu eh. Adsense, Adverlets dan Nuffnang tu merupakan sebuah company yang menyediakan iklan untuk kamu letak di blog. Setiap kali orang datang ke blog kamu dan klik pada iklan tersebut, kamu akan dapat duit. Selalu setiap satu klik dia akan bayar rm0.15. Tapi Ayisy pernah dapat satu klik USD0.50. Adverlets plak Ayisy kurang pasti camne dia kira tapi ada orang kata setiap satu pelawat unik kamu akan dapat rm0.02. Maknanya kalau sehari kamu dapat 1000 pelawat unik, kamu boleh dapat rm20.00. Wow! Boleh kawen awal nih! Orait, Ayisy punya cerita plak. Tersenyum sombeng bila tengok akaun Google Adsense Ayisy mempunyai pendapatan yang amatlah ciput....

Dari IPGMKTAA ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang.

Image
Memulakan perjalanan dengan muka tak mandi. Ahhhh! Tak boleh blah. EX5... Bunyi kau sungguh mengasyikkan. Hehe... Setakat nak tapau 135LC, no hal lah. Iyeke? Iyekan sudahh.. Orait beb. Sabtu lepas Ayisy dan sejumlah sepasukan member menunggang motor secara aman ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang. Siapa yang dari Kuala Lumpur boleh pergi lalu Lebuh Raya Karak dan boleh layan lap kat situ dulu. Tapi pastikan motor korang cukup power agar tidak terkencet di tengah jalan. Hehehe... Ayisy dan member bertolak lebih kurang pada pukul 8.30pagi. Masa Ayisy pergi tu tak mandi lagi walaupun bangun awal sebab sejuk wey Kuala Lipis ni. Lagipun bukannya orang tahu Ayisy tak mandi lagi sambil merempit ke Chamang. Sumpah mereng siapa yang minat kat mamat bernama Ayisy tu bila dia tahu mamat tu tak mandi. Heheh! Walaupun Ayisy tak mandi lagi, muka tetap cool wey masa sarapan kat warong. Kata nak mandi air terjun, watpe mandi awal-awal ye tak? Baru beberapa kilometer kitaorang meratah jalan, tiba-tib...

Kuala Lipis... Sudah Dua Tahun Aku Bersama Kau...

Image
Ohhyeehh! Rasa macam nak giler meroyan jek bila Ayisy berjaya dapat tawaran melanjutkan pelajaran di IPGM KTAA pada bulan Jun 2007. Masa tu Ayisy masuk form 6 kat SMKDBL. Setiap hari berharap agar permohonan ke IPGM itu berjaya. Bukan tidak bahagia hidup sebagai budak form 6 yang tak glemer bagi sesetengah pelajar yang gedik dan perasan, tapi Ayisy rasa takut nak teruskan form 6. Walaupun begitu, Ayisy rasa hidup selama sebulan sebagai pelajar pra universiti di SMKDBL merupakan pengalaman terindah. Sebulan! Yup! Sebulan sahaja tapi macam-macam Ayisy buat dalam tempoh sebulan. Bermula dengan Karnival Asrama(menang dapat nombor 3 tuu..), Hari Kantin, jadi pailang bawak motor ke asrama dan terakhir...dijemput ke majlis alumni SMKDBL di Putrajaya sebab buat show. What??? Buat Show? Eheh! Ayisy menyanyi koir beb. Pertama dan terakhir. Dan paling tak boleh blah, Ayisy, Daus dan Haikal jadi rakan seperjuangan ketika itu dan Haikal merupakan sahabat baru, berkawan hanya 3minggu tapi dah boleh ...

Angry Counter Strike Gamer. WTH!

Image
GoGoGo... Orait! Pernah main Counter Strike? Apakah perasaan korang semasa bermain Counter Strike? Seronok? Terbakar? Marah? Suka? Rasa macam Pejuang Taliban berjihad? Ataupun rasa macam anggota SWAT sedang menyelamatkan tebusan? Hehe... Kalau kat IPGM Ayisy, tahun lepas hot giler main Counter Strike. Maklumlah, semua dah ada laptop ditambah pula dengan coverage WIFI satu blog kediaman. So apelagi, bergasak satu blog kediaman. Sekali main berjam-jam sampai tak ingat dunia. Masing-masing dok bilik bertempur secara online. Giler la budak zaman sekarang. Budak zaman dulu bertempur kat dalam hutan atau kebun, budak sekarang rilexx sudah, dalam bilik pun boleh. Walaupun game ni dah berzaman tapi tetap sedap untuk dimain. Apetah lagi bergasak sesama rakan sendiri di dalam bilik yang sungguh selesa, percuma dan guna laptop sendiri. Tak macam kat CC, komputer burok, bising dan tak selesa serta perlu dibayar mengikut jam. Ditambah lagi dengan perangai budak sekolah yang berlagak ala-ala samseng...

Dari IPGMKTAA ke Lata Jarum

Image
Memulakan perjalanan dengan muka senyum sombeng.. :p Ok guys! Sehari dua ni Ayisy agak sibuk sikit. Minggu lepas merayap dengan member pergi Lata Jarum dan Raub. Minggu ni kuliah berjela-jela la plak. Waktu PJK penat sey main bola beracun. Heh! Cam budak kecik plak kan. Tapi itulah sebenarnya yang membuatkan Ayisy happy dan penat. Enjoy It! Nak cerita sikit pasal minggu lepas. Tah kenapa tiba-tiba member Ayisy ajak pergi mandi kat air terjun Lata Jarum Raub, jadi Ayisy pun on jela. Duduk bilik di pagi Ahad ni bukan ada benda pun ye tak. Ayisy gerak dari IPTAA dalam pukul 8.00 pagi. Mak aih.. awal giler taknak sejuk plak kan... Tapi layan jek la. Masa mula perjalanan tu, kompom Ayisy pikir kena tinggal sebab motor Ayisy naik 100kmj jek. Tapi tah camne mood motor Ayisy pagi tu baik, dia naik 110kmj. Steady jek. Turun bukit jejak 120kmj. Agaknya kalau pasang NOS kereta, mau jejak 150kmj agaknya. Penulis blog yang sedang berusaha gigih mendirikan batu.. Tengok batu bulat tu. Hehe...