Posts

Showing posts from 2009

Coklat Oh Coklat.

Image
Coklat Toblerone berbentuk segi tiga yang unik. Coklat terbaru yang aku cuba. Salam semua dan selamat sejahtera. Ok, kemungkinan seminggu aku tak online mulai hari esok. Alah, lantak ko lah online ke tak online Ayisy, ko bukan artis femes pun. Hak3! Tapi kalau sempat, aku tetap online walau kejap. Esok aku dan member berjoli sejoli-jolinya selama dua hari sebagai penutup bulan cuti berjoli tahun ini. Haha. Kemudian aku akan berkemas, servis kapcai aku dan kemudian merempit dengan ayunya untuk pulang ke kampus. Huhu. Aku harap WiFi di IPGM ok. Kalau WiFi ok, yeehhaaa! Celcom Broadband aku di kampus macam crettt! Korang suka makan coklat tak? Walaupun coklat kebanyakannya disukai oleh kaum wanita, tetapi aku suka gak. Bila makan coklat satu perasaan tenang, aman dan happy menerjah ke dalam tubuh aku. Hehe... Coklat apa yang korang selalu makan? Coklat Apolla? Cadbury? Van Houten? Vochelle? Toblerone? Choki-choki? Tak kisahlah apa jenis coklat pun kan janji suka makan coklat. Dulu masa za...

Aku Bakal Jadi Tokey Disko?

Image
Entry lepas aku ada sebut pasal ciri-ciri orang yang lahir bulan Julai kan. Kali ni aku terjumpa satu lagi info pasal ciri orang yang lahir bulan Julai. Aku memang ada keinginan untuk berniaga. Dan info tersebut ada menyebut tentang perniagaan. Lepas baca jek, aku gelak giler dowh. Antara petikan yang membuatkan aku tertarik adalah seperti berikut: Kerjaya dan Kewangan Dari segi kerjaya, orang Cancer (June 22 to July 22) memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu memulakan bisnes (perniagaan) secara bersendirian . Dengan yang demikian, Cancer memang patuh pada ketuanya atau majikannya di tempat kerja. Pada Cancer, dalam dunia kerjaya anda mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan menjadi ketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi ‘panglima perang'. Cancer gemar bekerja dengan anak-anak, sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi. Dari segi kewangan, Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan ke...

NOKIA Atau NCKIA? OMG!

Image
Label tertulis NCKIA. Mula-mula tengok tak perasan. NOKIA Touch Screen RM299? Binawe aku hampir tertipu semalam. Malam semalam lepas tengok Avatar aku ronda jap Carrefour nak beli cokelat. Teman Hafiz beli topup. Tiba-tiba terpandang sebuah handphone NOKIA jenis touch screen, tag harga tertulis RM299 (new). What? Hahaha. Seller tu cakap dari China punyer. Oh.. Dalam hati aku NOKIA tak ori la. Aku dan Hafiz pun gelak-gelak la. Seller tu nyampuk lagi tu bukan NOKIA, tapi NCKIA. Dalam bulatan itulah handphone NCKIA. Ceh, walaweh. Aku ngatkan NOKIA, rupernyer NCKIA. Punyer lah nak tiru NOKIA sampai jenama pun nak bunyi-bunyi NCKIA. Haha. Jap lagi jangan aku terjumpa jenama SAMSONG, MOTORODA dan SANIERIKSON sudah. Apapun, layan jek lah diaorang nak tiru apa. Sekarang aku tengok banyak handphone jenama dari China canggih-canggih tapi murah. Ada TV la, touch screen la dan sebagainya. Ia memberi peluang kepada golongan sederhana untuk merasai nikmat mempunyai handphone canggih tetapi pada harg...

Mi Bandung Muar Sedap Dowh!

Image
Restoran Mi Bandung Muar. Hari Sabtu lepas aku nak pergi Muar. Teringin nak rasa Mi Bandung Muar. Dengar cerita sedap nak mampus. Aku pun tak pernah rasa. Tengah syok merempit tiba-tiba hujan plak di tengah jalan. Terus tak jadi pergi. Selasa lepas sekali lagi aku pergi bersama member. Wuuhuuu! Hujan gak tapi dah jauh perjalanan so redah jek hujan. Hehe. Susah gak nak cari warong yang jual Mi Bandung Muar yang spesial. Terpusing-pusing bandar Muar beberapa kali sehinggalah terjumpa seorang mak cik yang baik. Mak cik tu tunjukkan lokasi restoran/warong Mi Bandung Muar yang tersedap di Muar. Haha. Terima kasih mak cik. Lepas jek jumpa restoran Mi Bandung Muar, kami order dan makan dengan masyuknya. Peh! Walawehhh! Sedap Dowh Mi Bandung Muar. Dia punyer kuah aku minum sampai licin... Huuuuhhhh! Sedap! Siyes! Tak menyesal aku redah hujan semata-mata nak rasa Mi Bandung Muar. Hehe. Harga murah jek RM3.50. Nyum3! Keadaan dalam restoran yang cantik. Itu dia dua orang chef sedang mem...

Oh Damm! Gua Insan Lahir Bulan Julai.

Image
Yeh! 7! Sebenarnya, aku tak berapa percaya sangat pada benda-benda ni tapi kalau baca sebagai panduan apa salahnya kan. Tadi malam tengah bosan-bosan terbaca tentang artikel rahsia bulan kelahiran. Aku baca yang telah dikaji oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Semua dah kenal kan. Kalau tak kenal komfem korang duduk Samoa kot. Haha.. Aku dilahirkan pada bulan Julai. Jangan tengok profile di Facebook atau mana-mana website aku sebab semua tu aku tipu jek. Yang sebenarnya Dragon Ball lahir pada bulan 7. Ya, bulan 7. Hehe. Di IPGM aku ada dua orang member yang lahir pada tarikh sama. Wuuutt! Give me five bro! Ikut pengalaman aku, orang-orang di sekeliling aku jarang lahir pada bulan Julai. Kalau buat kumpulan ikut bulan kelahiran, bulan Julai ciput jek orangnya. Tak tahu lah kenapa. Haha... Mungkin bulan Julai bukan musim berbuah kot. Kah3! Ok, aku senaraikan ciri-ciri orang orang yang lahir pada bulan Julai menurut Rahsia Bulan Kelahiran yang telah dikaji oleh Y...

Swatch Watch Review.

Image
Swatch Solid Mind Dulu, aku tak minat jam jenama Swatch. Mungkin disebabkan designnya yang kebudak-budakan dan menggunakan movement quartz. Ada juga jam Swatch yang menggunakan movement mekanikal tapi harganya mencanak la beb. Sekarang,bila teringin nak pakai jam Swiss Made, aku cuba usha jam Swatch. Dalam hati aku tak kisah lah quartz ke budak-budak ke janji nak Swiss Made. Jadi, jam paling murah Swiss Made adalah Swatch. RM160 dah dapat. Huhu. Bawak RM200 macam-macam pilihan boleh beli. Jam Swatch mula dikeluarkan pada tahun 1983 untuk bersaing dengan jam-jam dari Jepun yang ketika itu sedang menguasai dunia. Dengan design yang catchy dan harga berpatutan, kini The Swatch Group menjadi salah sebuah syarikat jam terbesar di dunia. Yah! Jam-jam Swatch dikeluarkan dengan menggunakan beberapa jenis material seperti plastik, aluminium, st. steel, silver dan sebagainya. Walaupun banyak jam Swatch menggunakan plastik sebagai case, aku tengok buatannya cukup halus dan cantik. Nak banding den...

Big Apple Donuts & Coffee Review.

Image
Dua budak baju hitam, sedang bayar donat, satu...(sila sambung) Bosan dengan donat yang anda makan sekarang? Ingin merasai suatu perubahan? Jadi apa kata kita pergi Big Apple Donuts & Coffee. Sesekali kena tukar selera. Hak3! Dulu aku tak reti makan donat-donat di restoran, aku standard makan donat kat pasar lambak atau kedai janda tepi jalan jek. Hak3! Masa hari raya lepas, Fid ajar aku makan donat kat restoran plak. Sekali makan terus gian. Haha.. Dulu aku tak pandang Big Apple mahupun Dunkin Donut, nak masuk pun segan-segan. Terima kasih Fid kerana mengajar aku cara-cara makan donat. Hehe.. Kau jugak yang ajar aku makan di Dunkin Donut dulu. Pada pandangan aku, donat-donat di Big Apple Donuts & Coffee lebih yummy berbanding Dunkin Donut. Siyes weh aku cakap. Setiap kali balik kampung mesti pergi makan donut di Big Apple. Donat kat kedai janda tuh dah lama dilupakan. Hahaha. Tipu jek. Harga donat di Big Apple sebiji RM2.30 tak kira rasa. Aku cadangkan untuk yang baru mula nak...

Aku Dapat Panggilan Menang Hadiah Macam Syiall Jek.

Image
Yey! Dapat duit free! Lepas tu duit free jek kasik orang. Haha.. Aku dapat panggilan setan mana entah cakap aku menang cabutan bertuah bernilai RM5000. Muahahaha. Tengah sedap makan dengar bunyi telefon. Tengok skrin tulis Private Number jadi aku angkat jelah. Aku hello tanya ni siapa dia boleh buat bodoh plak dan cakap dari Kuala Lumpur kalau tak silap. Dengan nada konfiden dia cakap punya lah tenang, nombor telefon aku memenangi cabutan bertuah dan terpilih memenangi hadiah RM5000. Well, bila dia cakap camtu jek aku mula cuak teringat kisah ada orang kena pukau la, kena seludup dadah di luar negara lah. Belum sempat dia habis cakap aku dah tutup telefon mana tahu dia nak pukau aku ke. Potong stim aku nak makan jek. Woi setan, kalau betul aku menang RM5000, bagi duit dulu lah baru aku percaya. Ni takder angin ribut tup-tup aku menang. Masuk pertandingan pun takder. Aku tahu setan macam lu sajek nak kencing pastu rompak orang takpun jadikan agen seludup dadah kan. Kat TV banyak dah cer...

Zaman Pakai Walkman Kaset.

Image
Ni walkman Sony aku. Beli tahun 2002 kalau tak silap. Kecik-kecik zaman sekolah menengah dulu benda alah ni la paling harammm! Haha. Dah la mahal masa tu. Aku beli RM95 rasa kaya giler seh. Haha. Dulu mana ada MP3 apa jadah tu semua (kalau ada masih sikit). Zaman awal tahun 2000 orang masih pakai kaset dan cd lagi. Walkman pun besar cam syiall. Pakai masa dalam bas peh memang kerek lah. Lagi-lagi kalau pakai walkman jenama Sony atau Aiwa. Cuma satu jek aku tak pernah buat, gantung walkman kat pinggang. Sebab kalau pakai bapak poyo nak mampus. Hehehe. Walkman ni haram dibawa ke asrama. Nak bawak pandai-pandai save la kan. Senior pinjam memang sakit pale la, pinjam pastu buat macam bapak dia belikan plak. Satu hal nak beli kaset. Yang ori mau makan RM17 masa tu. Mahal bai sebab duit masa sekolah RM10 seminggu. Dapat angkat sebijik kaset fuh suka beb. Tapi pakai kaset leceh, bila nak dengar satu-satu lagu kena reverse atau rewind. Dah la lambat nak tunggu pastu kena pandai-pandai agak. B...

Yummy! Jom Cuba Nasi Bariani Power.

Image
Bahagian Hadapan Restoran Bariani Power! Restoran Bariani Power. Fuh...Glamorous! Pernah makan di sini? Kalau jalan-jalan di Batu Pahat tak sah kalau tak singgah makan Nasi Bariani. Nasi Bariani spesial sikit sebab susah nak dapat. Selalu orang buat masa kerja kahwin jek atau kenduri. Jadi kalau teringin nak makan pergi jek mana-mana warong/restoran yang menyediakan Nasi Bariani. Sekarang banyak pilihan restoran Nasi Bariani di Batu Pahat. Daerah lain aku belum usha lagi. Hehe... Terbaru aku usha Restoran Nasi Bariani Power di Taman Soga. Dekat-dekat dengan Hospital Besar Batu Pahat. Ni kali kedua aku pergi. Best ke Nasi Bariani ni? Bagi aku memang best sebab sedap bai. Haha. Nasi Bariani Ayam/Kambing/Lembu peh!!! Manis nyum2! Kalau nak test Nasi Bariani Gam pun ada. Yang ni spesial punyer dan harga selalunya lebih mahal sikit. Rasanya lagi kaw-kaw la. Kalau nak rasa kena pergi awal-awal sikit sebab hari tu aku pergi dah habis. Aiseymen, terlepas plak. Hehe.. Nyum3! Nasi Bari...

Gua Pengguna Tegar Windows XP.

Image
Oh Windows XP. Walaupun kini Microsoft sudah berbini baru (Windows Vista/7), aku tetap dengan Windows XP. Haha. Kolot giler seh aku masih guna Windows XP. Orang lain sibuk nak guna Windows terbaru, aku tetap dengan muka selenger guna Windows XP. Bukan aku tak nak guna Windows Vista atau 7, aku guna jugak cuma di komputer lain la. Kebanyakan laptop member aku guna Windows Vista dan terbaru netbook mak aku guna Windows 7. Jadi, walaupun aku masih guna Windows XP aku tetap belajar guna Vista dan 7. Kenapa aku masih guna XP? Hahaha. Jawapannya sebab senang dan tak pening kepala buat kerja. Apa-apa problem yang datang senang aku nak settlekan sebab dah bertahun aku pakai XP jadi knowledge pasal XP ada la sikit. Aku pernah cuba Vista sekali tapi tak best siyut. Haha. Marah orang yang suka Vista. Terbaru aku cuba Windows 7 dan aku rasa macam best jek. Mungkin masa akan datang bila aku angkat laptop baru aku akan guna Windows 7. Jadi, setakat ni aku masih dengan XP. Lagipun aku pakai laptop se...