Posts

Perjanjian Cameron

Image
Masa di IPG, kebanyakan masa aku habiskan bersama rakan-rakan yang main motor. Makan, lepak, study, jalan-jalan, shopping dan sebagainya aku lebih selesa dengan geng-geng motor. Sebenarnya, tak pernah terfikir pun motor akan jadi hobi utama. Masa zaman sekolah, memang tak sentuh motor. Tapi minat tu memang sejak kecil dah ada. Kalau tengok motor, tahu la apa jenisnya, berapa CC nya. 5 tahun setengah berlalu, kenangan bermain motor di sana aku tutup dan simpan menjadi memori terindah. Tersangat indah. Hampir setanding indahnya dengan memori zaman sekolah. Jadi, sebelum kami berpisah selepas tamat belajar, kami buat satu perjanjian. Perjanjian yang dinamakan Perjanjian Cameron. hahaha Perjanjian tu kami buat namun tak la serius sangat nak tunaikan. Memandangkan masing-masing berada di haluan yang berbeza. Seorang di utara, seorang di tengah dan seorang di selatan. Tapi sebagai seorang rider! Amboii... Jarak bukan penghalang. hehe Dan minggu lepas, perjanjian yang asalnya han...

Kawan-Kawan Punya Cerita

Semakin kita dewasa, semakin sunyi hidup kita. Semasa kita dilahirkan, kita dikelilingi oleh semua orang tak kira keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Ketika kita memasuki alam persekolahan, kita ramai kawan. Kalau yang tinggal di asrama, 24 jam hidup kita dikelilingi oleh kawan-kawan. Kemudian, bila berada di IPT, kita mula berkawan secara berkumpulan. Selalunya, kawan-kawan kita ialah kawan yang sama dan sekepala dengan kita. Ke mana kita pergi, apa yang kita buat, lepak makan semuanya dengan beberapa orang kawan kita itu. Sekarang, bila masuk alam pekerjaan... Hahaha. Sorang-sorang weh. Walaupun duduk rumah sewa berlima, masing-masing sibuk dengan kerja. Sudah sampai masa cari peneman? kahkahkah. Lex lu.

Harapan

Image
Ketenangan dan kebahagiaan merupakan perkara yang sukar dicari. Walaupun kita dah ada segalanya, namun kebahagiaan tidak mengekorinya. Sakit... Memang sakit... Tercari-cari dan menanti penuh harapan bila ia akan menjelma.

Nak balik

Dalam banyak-banyak perkara atau azam, satu benda yang aku betul-betul inginkan ialah berada dekat dengan keluarga. Sejak daripada tingkatan satu, aku sudah berjauhan dengan keluarga. Sampailah sekarang. Sejak itu, rutin biasa iaitu hari Jumaat seronok nak balik rumah, hari Ahad sakit kepala nak balik asrama, kampus atau tempat kerja. Kadang-kala jeles gak tengok rakan yang berada di samping keluarga setiap hari. Bosan weh duk luar. Walaupun bagi sesetengah orang merantau di tempat orang lebih baik untuk mencari pengalaman. Bagi aku, tak kisah duduk luar ke duduk tempat sendiri, janji ia sesuai dengan diri kita dan terbaik untuk diri kita. Ada orang mungkin lebih baik di luar, ada orang lebih baik di tempat sendiri. Bagi aku, bila berada dengan keluarga, hidup lebih terasa tenang dan bersemangat. Tenteram. Jadi, tu la doa aku setiap hari, minta dapat balik duduk dengan keluarga. hahahaha

Derita Dan Senyuman

Image
Apa perasaan kita bila kita perlu menelan segala kepahitan, kesusahan, air mata, kesakitan demi melihat orang yang telah banyak berjasa kepada kita tersenyum melihat kita berjaya. Dalam keserabutan di kepala meninggalkan halaman kesayangan, aku sempat melirik mata melihat insan yang banyak berjasa itu tersenyum melihat aku pergi menunaikan tanggungjawab. Aku tahu, insan itu bangga dan gembira dengan apa yang aku capai. Melihat semangat dan wajah senyum insan itu, menggambarkan isi hati mereka. Dalam hidup aku, aku sukar meluah dan mengadu pada orang. Hanya pada Tuhan dan seorang dua rakan rapat sahaja aku mampu mengadu. Kadang-kala, aku mengadu dalam bentuk tulisan seperti di blog ini. Aku luah, aku cuba buang dan aku cuba campak segala isi hati dan perasaan aku dalam blog ini. Bila rasa tak mampu, aku selalu beringat yang Allah tidak akan membebani hambaNya mengikut kemampuan hamba tersebut. Dan, kehidupan ini sendiri sebenarnya ujian.  Dalam hidup aku, sekeliling aku...

Entah

Gua dah letih. Gua dah kecewa. Sampai bila harus bertahan. Semakin berat dan berat. Semakin pening dan pening. Motivasi dan semangat kadang-kala semakin pudar dan hilang. Marah dengan perkara yang terjadi. Bengang bila kesabaran tidak membuahkan hasil. Mula mengenepikan positif dalam diri akibat ianya tidak membuahkan hasil. Bertahun-tahun gua hadapi tapi masih belum keluar. Atau ini memang yang dinamakan kehidupan? Syukur hidup masih berTuhan. Masih bertahan dari putus asa. Masih berharapan agar kebahagiaan akan muncul suatu hari nanti walaupun sekarang sudah tidak memikirkannya lagi. Gua redah sahaja kehidupan yang hampir-hampir orang putih kata burn-out. Atau gua yang tak sedar yang gua sebenarnya hidup dalam nikmat?

Sebuah kebiasaan : Aku nak bahagia dalam hidup

Image
Mungkin agak biasa dan membosankan bila diajukan soalan apakah yang anda mahu dalam hidup? Lalu kita pun menjawab kebahagiaan. Sejak lahir sehingga la tamat persekolahan, aku tak pernah terfikir apakah erti sebenar kebahagiaan kerana masa itu aku tak pernah rasa tak bahagia. Jadi aku tak tercari-cari erti kebahagiaan tatkala kehidupan aku masa itu indah-indah sahaja. Sehinggalah aku menyambung pelajaran, di situlah bermulanya.......erti mencari nikmat dan rasa bahagia dalam hidup. Duit lagi penting bro...lagi penting. Ya, duit memang penting. Tapi bro, serius gua cakap kalau dalam dompet lu tebal ada beribu ringgit, tapi masa tu lu tengah tension, sedih, kecewa dan gelisah (tak bahagia), serius lu pergi shopping mall lu tak rasa nak beli apa-apa. Rasa kosong, bosan dan rasa duit tak ada makna. Bagi yang masih rasa duit lebih penting dari kebahagiaan, sebenarnya kau sedang bahagia cuma duit tak berapa cukup. Aku pernah rasa, tengah happy2 tapi duit kering. Haha. Masih happy c...