Posts

Showing posts from June, 2013

Perjanjian Cameron

Image
Masa di IPG, kebanyakan masa aku habiskan bersama rakan-rakan yang main motor. Makan, lepak, study, jalan-jalan, shopping dan sebagainya aku lebih selesa dengan geng-geng motor. Sebenarnya, tak pernah terfikir pun motor akan jadi hobi utama. Masa zaman sekolah, memang tak sentuh motor. Tapi minat tu memang sejak kecil dah ada. Kalau tengok motor, tahu la apa jenisnya, berapa CC nya. 5 tahun setengah berlalu, kenangan bermain motor di sana aku tutup dan simpan menjadi memori terindah. Tersangat indah. Hampir setanding indahnya dengan memori zaman sekolah. Jadi, sebelum kami berpisah selepas tamat belajar, kami buat satu perjanjian. Perjanjian yang dinamakan Perjanjian Cameron. hahaha Perjanjian tu kami buat namun tak la serius sangat nak tunaikan. Memandangkan masing-masing berada di haluan yang berbeza. Seorang di utara, seorang di tengah dan seorang di selatan. Tapi sebagai seorang rider! Amboii... Jarak bukan penghalang. hehe Dan minggu lepas, perjanjian yang asalnya han