Derita Dan Senyuman


Apa perasaan kita bila kita perlu menelan segala kepahitan, kesusahan, air mata, kesakitan demi melihat orang yang telah banyak berjasa kepada kita tersenyum melihat kita berjaya. Dalam keserabutan di kepala meninggalkan halaman kesayangan, aku sempat melirik mata melihat insan yang banyak berjasa itu tersenyum melihat aku pergi menunaikan tanggungjawab. Aku tahu, insan itu bangga dan gembira dengan apa yang aku capai. Melihat semangat dan wajah senyum insan itu, menggambarkan isi hati mereka.

Dalam hidup aku, aku sukar meluah dan mengadu pada orang. Hanya pada Tuhan dan seorang dua rakan rapat sahaja aku mampu mengadu. Kadang-kala, aku mengadu dalam bentuk tulisan seperti di blog ini. Aku luah, aku cuba buang dan aku cuba campak segala isi hati dan perasaan aku dalam blog ini. Bila rasa tak mampu, aku selalu beringat yang Allah tidak akan membebani hambaNya mengikut kemampuan hamba tersebut. Dan, kehidupan ini sendiri sebenarnya ujian. 

Dalam hidup aku, sekeliling aku. Ada orang hidup susah sebab kurang duit. Ada orang hidup susah sebab family berkecamuk. Ada orang susah sebab gagal. Ada orang susah sebab kena penyakit kronik. Macam-macam. Setiap orang diberi ujian berbeza.

Kadang-kadang, aku rasa tak mampu menghadapi. Terbaring di katil, termenung dan bingung. Di mana jalan keluar. Di mana pintu kebahagiaan. Air mata kadang-kadang mahu sahaja dialirkan. Tapi, bila imbas kembali saat-saat sukar yang pernah aku alami, Alhamdulillah, aku boleh hadapinya. Bila buka FB, banyak kata-kata  dan nasihat keluar dari mulut rakan dan ilmuan-ilmuan. Sedikit sebanyak mengingatkan aku supaya kembali positif menghadapi kehidupan.

Apapun, segala apa yang kita lakukan, buat dan hadapi hendaklah kerana Allah. InsyaAllah, hati terasa lapang dan tidak terbeban.

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???