Posts

Showing posts from August, 2012

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2012

Image
Raya 2011 Seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Entah apa pasal tahun ni aku rasa macam tak sabar nak raya. Padahal raya-raya 5 tahun sebelum ni aku rasa malas nak raya. Mungkin aku dah terlalu jauh daripada kehidupan asal aku. Belajar di tempat orang sedikit sebanyak lifestyle kita berubah. Sebenarnya, bagi aku berbeza macam mana pun kehidupan kita sekarang, pada Hari Raya Aidilfitri pasti kita seolah-olah dibawa ke masa lalu. Masa hari raya, aku akan terasa seperti kembali ke zaman kecil-kecil dulu. Suasana, persekitaran, perasaan dan memori masa kita kecil dahulu akan menerjah masuk. Yang bertahun-tahun kita lupakan akan kembali segar di ingatan. Bagi aku Hari Raya sangat special. Ianya beberapa hari untuk aku rasa kembali saat-saat yang dirindui. Hari untuk berjumpa insan-insan yang pada hari-hari biasa, tidak ada dalam ruang lingkup kehidupan kita. Hari untuk kita rasai suasana yang hampir sama semasa kita kecil. Bahkan inilah saat untuk kita menci

Ilmu VS Material

Image
Selalunya, bila kita menghadapi sesuatu yang kita tidak suka dalam jangka masa yang lama, pada penghujungnya kita akan mula menerima. Menerima realiti dan menghadapinya. Namun, bila kita boleh menerima ia bukanlah petanda bahawa hidup kita tiada masalah. Masih ada jauh di sudut hati rasa kecewa yang sukar hilang. Semangat dan motivasi masih belum muncul. Ketika rakan sekeliling mula membina jati diri seorang guru, aku masih lagi mengekalkan 'lifestyle' sendiri. Masih lagi menolak beberapa perkara berkaitan perguruan. Masih lagi bermimpi yang aku bukanlah bakal seorang guru. Kadang-kadang kan, terfikir. Apa sebenarnya tujuan utama kita belajar? Mencari ilmu? Untuk masa depan? Untuk penghormatan? Adakah ilmu adalah satu-satunya jalan untuk memperbaiki diri? Kita sering disogokkan dengan falsafah yang menceritakan keluarga miskin mendidik anaknya supaya belajar rajin-rajin agar dapat mengubah nasib keluarga. Ilmu diangkat sebagai satu-satunya benda yang mampu mengub