Posts

Showing posts from December, 2011

2012

Image
Pizza ni seingat aku RM40 untuk 2 orang. Agak mahal, terkejut gak sebab ingat RM30 sahaja. Tapi bukan harga tu yang nak dicerita, tapi masa yang dihabiskan bersama rakan. Priceless~ Tahun 2011. Kesimpulan? Rasanya lebih banyak pahit berbanding manis. Lebih banyak perit berbanding senang. Tapi, hampir kesemua azam telah ditunaikan. Alhamdulillah. Untuk tahun 2012? Aku membayangkan situasi hampir sama dengan 2011. Aku dah bersedia (sebenarnya tidak, aku takut untuk menghadapinya). Tahun-tahun akhir belajar ni, masa dan dunia remaja semakin berkurangan. Hari-hari gembira juga semakin berkurangan. Hari-hari bersama rakan juga semakin berkurangan. Dan yang pasti, semakin dewasa, masing-masing semakin dengan diri sendiri. Masing-masing mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Yang teruk, aku mula jumpa dengan insan-insan yang mementingkan diri sendiri dan menjatuhkan rakan. Bila rakan jatuh, dia suka. Bila dia tak setuju, dia kondem tanpa faham. Masing-masing sudah besar. Tapi kenapa peranga

Karnival Permotoran Ayer Hitam 2011

Image
Cuti panjang rugi la kan kalau tak jalan-jalan. Cuma cuti kali ni kurang sikit berjalan. Mungkin darah muda dah makin kurang. Hahah! Apapun, minggu-minggu lepas aku sempat menghadirkan diri melihat Karnival Permotoran di Ayer Hitam Johor. Rasanya ia karnival tahunan sebab tahun lepas pun ada. Macam biasa, aktiviti drift dan motocross adalah wajib. Tahun ni ada aktiviti baru iaitu pocket bike race. Boleh lihat adik-adik kita lumba motor secara profesional. Baru konar baring! Karnival ni boleh kata agak meriah dan seronok. Cuma aku rasa pihak penganjur perlu hebohkan perkara ni dengan lebih banyak. Aku tahu karnival ni pun sebab ternampak iklan di jalan raya menghala ke Ayer Hitam. Kalau tak lalu memang tak tahu. Jadi pengunjung agak kurang. Jadi kurang meriah. Jadi kurang 'hot' la karnival ni. Tapi secara keseluruhan karnival ni memang best. Sekurangnya boleh la tengok orang main drift secara live dan kereta-kereta drift menjolok mata. Haha. Cuma aku harap, tahun akan datang Mal

Fasa Hidup

Image
2002~ Sekarang cuti, banyak masa terluang. Bila nak tidur, mesti banyak perkara terlintas di kepala. Susah nak tidur. Kadang-kadang fikiran menerawang kembali ke masa silam. Sepanjang hidup aku kan, boleh dikatakan apa yang aku mahu dan ingin capai, alhamdulillah semuanya tercapai. Cepat atau lambat sahaja. Bila ada kemahuan, aku akan usaha dan tawakal. Dan semuanya alhamdulillah tercapai. Masa sekolah rendah, selalu nak dapat nombor satu dalam kelas. Belajar punya belajar, dapat jugak nombor satu walaupun kat sekolah agama sahaja. Sekolah kebangsaan tak pernah dapat, paling hebat pun nombor tiga. Oklah. Lagipun aku bukannya jenis otak pandai dan genius. Slow learner sikit. Bila UPSR, target dapat 2A sahaja. Tapi alhamdulillah dapat 4A. Suka gila masa tu. Jadi, aku dapat lebih daripada yang aku nak. Masuk sekolah menengah, aku dapat tawaran asrama. Walau bukan asrama penuh, tapi cukup gembira masa tu. Sebab, impian aku untuk tinggal di asrama tercapai. Suasana pembelajaran dan rakan-ra

Year End

Tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. Sudah hampir ke tahun 2012. Kali ni aku terasa sedikit kelainan. Mungkin kerana tahun 2012 merupakan tahun terakhir aku bergelar sebagai pelajar. Tahun terakhir dalam pengajian di IPG. Kemudian akan melangkah ke alam pekerjaan. InsyaAllah. Harap-harap berjalan dengan lancar. Walaupun boleh dikatakan hampir pasti bekerja sebagai guru, tapi kita tidak boleh terlalu yakin. Seperti biasa, kita manusia hanya merancang. Macam-macam perkara boleh berlaku tanpa pengetahuan kita pada masa akan datang. Aku tak nak mengulangi kesilapan semasa zaman sekolah, terlalu yakin dan menanam cita-cita terlalu tinggi yang akhirnya menyebabkan hidup sentiasa dihurung rasa kecewa sampai sekarang. Jika dikira, hampir 4 tahun setengah aku belajar di IPG. Kalau di sekolah sudah masuk form 5 ready nak SPM jek. Tapi bila fikir balik dalam-dalam, selama 4 tahun setengah ni aku belajar banyak perkara. Sepanjang 4 tahun setengah hidup aku sentiasa berfikir. Berfikir...dan be