Saturday, 12 November 2011

Kebebasan Atau Jaminan?

Bila menunggang, kita bebas memilih hala tuju yang kita ingini.

Minat menjadikan hidup kita lebih bermotivasi. Minat menjadikan hidup kita lebih kuat menghadapinya. Bila kita menjalani kehidupan yang kita minat, kita akan lebih positif dan lebih terancang. Lebih jelas apakah yang kita mahukan pada masa akan datang.

Tapi bagaimana pula jika kita melalui kehidupan yang kita tidak minat dan terperangkap ke dalamnya? Musnah segala angan-angan, cita-cita dan impian. Ingin berpatah balik adalah mustahil. Yang ada hanya keterpaksaan dalam menempuh hidup. Perit dan jenuh dalam mengharungi segala kepayahan dalam kehidupan yang kita tidak minat.

Kadang-kala kita cuba lari dari masalah ini. Cuba keluar dan mencari keseronokan di dunia luar. Ianya berhasil namun bersifat sementara. Terfikir dan mencari...apakah jalan penyelesaian. Bila kita terhimpit dengan masa depan yang telah tetap dan sempit, sukar mencari ruang dan mencari peluang lain untuk memperbaikinya. Bila terperangkap, memang tidak boleh keluar. Walaupun diberi pelbagai kemudahan dan kesenangan, ia tidak menjamin kehidupan yang menggembirakan.

Ada satu aku nak pesan, hati-hati bila termakan budi. Sebab orang kita suka mengungkit bila menabur budi. Kadang-kala juga orang lain yang menabur budi, orang lain yang tiada kena mengena mengungkitnya. Seronok bila orang berbudi, tetapi perit bila dia mengungkit. Sama juga bila ada pihak yang membantu kita, yang pasti ada balasan yang perlu kita beri. Jika tidak, bencana yang menimpa. Itulah realiti zaman sekarang, sukar mencari pihak yang betul-betul ikhlas menabur budi. No money no talk. Termakan budi, hidup seperti lembu dicucuk hidung.

Berbanding rakan lain di luar, walaupun hidup mereka belum terjamin dan tidak pasti, mereka masih bebas menentukan apa yang mereka mahu. Mereka tidak terikat. Mereka boleh merancang dan mengubah apa yang sesuai dengan diri mereka. Mereka masih boleh membina cita-cita setinggi langit. Mereka boleh merancang pelbagai plan kehidupan. Mereka boleh mengubah apa yang mereka mahukan.

Sebab tu aku suka menunggang motor. Bila kita menunggang, kita bebas ke mana sahaja. Kita bebas memilih arah tuju yang kita suka. Kita bebas membuat pilihan arah mana kita mahu. Lambat atau cepat kita yang tentukan. Jauh atau dekat kita juga yang tentukan. Tidak seperti menaiki kenderaan awam atau menumpang orang, kita kena ikut apa yang mereka sediakan.

Hidup senang tidak bererti gembira dan hidup susah tidak bererti duka.


Tuesday, 1 November 2011

Aksesori Motosikal

Sekarang ni pengeluar-pengeluar aksesori motor khasnya untuk pasaran motosikal kecil banyak mengeluarkan barang-barang high-end. Aku rasa ia berpunca daripada perubahan senario dunia motor di Malaysia sekarang. Aku perhatikan, contohnya lah geng-geng motor aku kebanyakan sudah bekerja dan berjawatan, pelajar IPT, engineer, mekanik, guru (kih3!) dan ada bakal doktor! Dan mereka ini berduit.

Antara sebab kenapa mereka layan motor adalah minat. Minat mengatasi segalanya. Lantak orang lain nak kata apa. Dan disebabkan mereka berduit, maka kuasa membeli mereka tinggi. Nak beli barang mahal sikit tak ada hal la. Jangan terkejut jika ternampak sekumpulan penunggang motosikal kecil memakai helmet Nolan dan AGV yang harganya antara RM700-1000 sebuah. Dan jangan terkejut jika melihat sepasang sport rim untuk kapcai mencecah RM2000++! Situasi ni dah jadi kebiasaan di kawasan sekitar K.Lumpur dan Penang. (berdasarkan pemerhatian aku)

Ok, di bawah beberapa aksesori motor high-end yang sempat aku usha semasa di Cubprix.


Yoshimura Mikuni TM-MJN (RM1k++ mungkin)



Yoshimura Ekzos Yamaha 135LC (harga/price: RM540-600)



Racing Boy Forged Rim + price tag



Yamaha 135LC + RB Forged Rim Black + RB Footrest V3 (harga/price: RM300) + RB 135LC Alloy Swing Arm



Racing Boy SP522 5 spoke (harga/price: RM380-400). Saiz 1.85f, 2.50r



Aftermarket meter



Yamaha 135LCES 5 Speed 2011 + RB Forged Rim Orange + Michelin Tire 100/80



RB Racing Footrest:
Yamaha 135LC Single Set (RM189-200)
RB Racing Use ~Cubprix~ (RM295)

*Harga yang disebutkan mungkin berbeza. Harga yang tertera merupakan harga yang aku lihat semasa di kedai dan pertanyaan dari rakan.