Posts

Showing posts from August, 2011

KTM Duke 200 Malaysia Price

Image
KTM Duke 125 luar negara Dalam dunia motor khasnya pasaran Malaysia, memang susah nak tengok model-model sport ber-cc kecil masuk. Kebanyakan yang dibawa masuk adalah kategori kapcai atau moped. Kebanyakan peminat motosikal di Malaysia menunggang motosikal ber-cc kecil sebab harga superbike atau big bike mahal. Hanya golongan sudah bekerja dan stabil boleh membelinya. Golongan pelajar dan baru bekerja, hanya motor kecil jadi pengganti untuk memuaskan minat. :P Tak apalah, janji dapat layan minat kan. Motor kecik buat main koner best jugak. Heh! Cita-cita memang ada untuk beralih cepat-cepat ke motor yang berkuasa tinggi tapi banyak lagi komitmen yang lebih penting seperti menghabiskan belajar, kerjaya, keperluan lain seperti kereta dan rumah, kahwin dan sebagainya. Takut bila dah ada duit, masa tu kita dah tak minat motor. Benda macam ni biasalah kan. Macam zaman kecik dulu, nak beli kereta Tamiya, tapi tak mampu. Sekarang bila mampu, tak pandang dah. Sejak tahun lepas dan kebe

Praktikum

Image
Serius, kehidupan praktikum walaupun memenatkan tetapi ia berjaya menjadikan aku lupa siapa diri aku sebenarnya. Praktikum menjadikan aku seperti hidup di dunia baru. Menjadikan aku leka dengan tugas dan keseronokan. Membuatkan aku lupa kehidupan lalu aku. Walaupun hati tetap ego untuk mengakui bahawa kehidupan praktikum membuatkan aku lebih mudah ketawa. Praktikum walaupun dibeban dengan tugasan dan masalah yang banyak, tetapi masih mampu membuatkan aku tersenyum bersama rakan setugas dan rakan sepraktikum. Inilah perkara yang sudah lama aku tidak rasai semenjak menjejakkan kaki di IPG. Kehidupan di sini sangat jauh berbeza dengan kehidupan yang pernah aku lalui, tapi di sini berjaya buat aku leka dan masuk ke dalamnya. Adat dalam hidup bila kita mula mesra, mula rapat, mula suka dan mula serasi ketika itulah perpisahan akan berlaku. Sedar tak sedar tinggal lagi seminggu aku berpraktikum. Hurm~

Ilmu Susah

Image
Masih aku ingat ucapan Pengetua ketika sekolah dahulu, ilmu yang paling berharga ialah ilmu susah (hidup susah). Alhamdulillah, ketika itu aku sudah boleh memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Tetapi ketika itu aku belum betul-betul faham dan merasai apakah yang dikatakan hidup susah. Sekarang, aku sedang melalui kehidupan yang susah. Bukanlah susah kerana kesempitan wang. Dan bukanlah susah kerana ditinggalkan kekasih yang kita sayang. Yang membuatkan aku berasa susah adalah kerana aku sedang menempuh kehidupan di tempat yang begitu asing dan jauh. Menempuh kehidupan yang memerlukan aku sentiasa memperbaiki dan menyesuaikan diri. Menempuh kehidupan yang memerlukan aku sentiasa melawan perasaan takut, gementar, gelisah dan kekecewaan. Menempuh kehidupan yang memaksa aku melakukan apa yang aku tidak minat. Menempuh kehidupan yang membuatkan aku sentiasa berfikir dan mencari kebahagiaan. Dan, menempuh kehidupan di tempat yang serba kekurangan dan sunyi. Praktikum 1s

Malas

Image
Haha. Prep zaman sekolah dulu. Rajin beb. Haha Malas. Memang kebiasaan bagi setiap kita ada perasaan malas. Puncanya kita tak tahu. Kenapa perasaan malas wujud dalam diri kita pun kita tak tahu. Apa yang menyebabkan kita malas? Aku bagi dua contoh situasi yang hampir sama tetapi sedikit berlainan. Kita akan rasa bersemangat dan tidak mengantuk apabila bangun tidur awal pagi jika kita mahu keluar berjalan-jalan atau ride. Langsung tak tertekan bila bangun pagi, kadang-kadang jam pukul 4.00am kita dah terbangun sebab semangat nak pergi berjalan-jalan hari itu. Tapi cuba bandingkan bila kita bangun pagi dan akan menghadapi hari persekolahan ataupun kuliah. Peh! Dia punya liat nak bangun pagi tu. Badan terasa lemah jek. Rasa nak sambung tidur balik kan. Malas! Jadi, malas mungkin berpunca daripada perasaan tidak minat dan bosan. Menghadapi perkara yang kita tak minat membuatkan kita malas. Tetapi menghadapi perkara yang kita suka, malas bukan masalah utama. Sebenarnya, ikut pengalaman aku

Seni Muzik Di Johor

Image
Sejak aku kecil telah didedahkan dengan irama ghazal atau zapin Johor. Tapi orang kata bila benda tu disekeliling kita, kita tak perasan atau hargainya. Zaman sekolah aku tak payah cerita la, memang biasa dengan kesenian tradisional Johor seperti ghazal, zapin dan kuda kepang. Bagi aku, negeri Johor merupakan negeri yang kuat berusaha mempertahankan kesenian negeri mereka. Dapat rasa auranya bila aku pulang ke kampung. Tapi sayang, sepanjang aku sekolah aku langsung tak ambil peluang untuk mempelajarinya walau sedikit pun. Bila merantau di negeri orang baru terasa rindu dengan budaya negeri sendiri. Baru rasa betapa meriah, seronok dan indahnya ghazal, zapin dan kuda kepang. Zaman sekolah dulu kalau pergi apa-apa majlis memang meriah dengan alunan muzik ghazal/zapin. Dan sekarang, kadang-kadang bila bosan layan lagu moden, aku layan ghazal. Sambil mengenang negeri tercinta dan kenangan lama. :P Ahh... Rindunya nak pulang ke kampung halaman...!

Tidur

ZZZZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzz Sekarang ini, nikmat yang begitu aku terasa ialah nikmat masa lapang. Bila hidup dan umur semakin meningkat, kehidupan terasa seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri. Terasa hidup semakin sunyi. Berlainan semasa kita kecil, penuh dengan gelak tawa dengan rakan-rakan di sekeliling kita. Sekarang, pantang dapat sedikit masa lapang akan aku guna untuk tidur. Nikmat tidur begitu terasa apabila hidup kita dipenuhi dengan kerja dan tugas. Tidur, tidur dan tidur. Minat lain seperti ride dan jalan-jalan dah tak pandang sangat dah. Hilang mood. Dan sekarang, bolehlah aku katakan yang hobi baru aku adalah TIDUR. ZzzzZzzzZ...