Posts

Showing posts from July, 2011

Keluar Dari Kebiasaan

Image
Dalam kehidupan seharian, kalau boleh kita mahu puaskan hati semua pihak di sekeliling kita. Kita mahu buat yang terbaik untuk mengambil hati mereka. Dan, kita berusaha untuk memuaskan semua pihak demi menjaga imej dan maruah diri kita. Kita jadi takut. Kita takut jika gagal siapkan apa yang mereka arahkan. Kita bimbang jika hasil kerja kita tidak menepati apa yang mereka nak. Kita mendapat bayangan ngeri jika mereka mengambil tindakan terhadap diri kita. Paling membengangkan, bila kita jadi mangsa keadaan. Pihak yang satu mahukan yang macam ini, pihak yang satu lag mahukan yang macam itu. Yang kena? Kita! Jadi, sampai bila kita mahu hidup dengan mendengar arahan daripada orang? Tak pernah ke rasa bosan dan sentiasa rasa diri kita kecil dan lemah? Dari kecil sehingga dewasa sekarang, hidup hanya menurut perintah. Buat kerja yang disuruh orang lain. Buat kerja kerana untuk kesenangan orang lain. Aku rasakan dalam hidup aku, aku buat benda yang aku tak mahu buat. Lagi-lagi sejak masuk IP

Impian Dan Cita-Cita

Image
Sejak dari kecil, kita telah mencipta pelbagai matlamat dan tujuan hidup untuk masa depan kita. Kita membina dengan perasaan penuh harapan dan gembira. Membayangkan segalanya berlaku dengan indah. Tapi kita lupa, bahawa kita sebagai manusia hanya mampu merancang~ Macam aku. Aku telah membuat satu kesilapan besar yang kadang-kala aku selalu menyalahkan diri sendiri. Masa sekolah, aku telah merancang masa depan aku dengan penuh keyakinan. Membayangkan segalanya indah dan bahagia. Merancang dengan perasaan bahawa aku mampu perolehi semuanya. Dulu, a ku merancang kehidupan aku dengan penuh kemewahan dan materialistik. Membayangkan aku mempunyai kerjaya yang sangat hebat, kereta hebat, rumah hebat dan segala-galanya hebat. Tetapi aku lupa, ianya adalah satu kesilapan. Dan sekarang, aku hampir-hampir melakukan kesilapan yang sama. Namun apabila menghadapi pelbagai masalah dan diuji dengan perasaan sedih kecewa membuatkan aku sedar dan berfikir lebih jauh. Merancang perkara baik dan optimis u

Nilai Sebuah Masalah

Image
Dalam menjalani kehidupan yang semakin dewasa, ada beberapa masalah yang bila ia datang, kita akan rasa kita tak mampu untuk lakukan. Sekarang, perkara tersebut datang lagi selepas hampir sebulan yang lalu aku merasainya. Aku mula sentiasa terfikir, terbayang dan menjangkakan apakah yang akan berlaku bila sampai waktunya. Tidur mula tak lena dan termimpi-mimpi. Hati mula rasa sedih dan seolah kecewa. Sampai satu tahap, aku mula berharap agar setiap kali aku bangun tidur, rupanya aku sedang bermimpi. Bangun daripada mimpi yang buruk. Kemudian, aku mula mencari fikiran-fikiran positif dan memberi semangat kepada diri sendiri tentang perkara-perkara positif. Sebenarnya, kita terlalu takut untuk menghadapi masalah mendatang kerana terlalu takutkan kegagalan. Kita takut untuk gagal dan terlalu mengharapkan kejayaan. Kita terlalu mahukan kejayaan sampai kalau boleh kita tak mahu merasai sedikitpun kegagalan. Tapi bila aku imbas kembali masalah dan kegagalan yang pernah aku hadapi, ia mengaja

Buang Perasaan Ini!

Image
Bebaskan dirimu! Dalam diri aku, ada satu perasaan yang sukar dikikis. Perasaan terlalu memikirkan apakah pandangan orang lain terhadap diri kita. Bila berjumpa dengan orang lebih-lebih lagi yang tidak dikenali, baru dikenali ataupun kurang rapat fikiran aku cepat memikirkan apakah pandangan orang itu terhadap diri aku. Adakah aku ini menyenangkan dia? Adakah dia selesa berkenalan dengan aku? Apakah pandangan diri dia terhadap diri aku? Dan pelbagai lagi perkara aku fikirkan. Terlalu memikirkan hal sebegini boleh menyebabkan kita tidak yakin. Kita tidak yakin untuk menjadi diri kita sendiri. Terlalu mahukan orang lain selesa dengan diri kita menyebabkan kita kaku dan buat-buat. Kita kadang-kala terlalu 'control' diri kita supaya orang lain memberi pandangan baik terhadap diri kita. Dan lebih parah, fikiran akan ke arah negatif kerana terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap kita. Kita mula fikir bukan-bukan walhal entah betul entah tidak apa yang kita fikirkan. Kemudian

Life So Hard~

Image
*Sekadar tulisan untuk membuang perasaan mendung dalam hati jauh-jauh...... Tak perlu ambil serius, kerana ianya sekadar proses mengasingkan perasaan negatif yang bersarang di hati* .................................................................................................. Kita selalu mendengar ungkapan "Tak semestinya yang kita inginkan kita akan dapat". Dan "Tak semestinya apa yang kita minat kita sentiasa perolehi". Aku selalu termenung sambil berfikir, boleh tak kalau aku keluar daripada kehidupan yang aku alami sekarang ini. Biarlah kita tak dapat apa yang kita nak, tapi kita boleh keluar daripada kehidupan yang kita tidak mahukan. Tapi aku tahu, untuk keluar daripada kehidupan sekarang bukanlah semudah mengatakannya. Aku rasa hampir mustahil untuk aku kuatkan diri untuk keluar daripada kehidupan sekarang. Ramai yang memberi kata semangat "Ala, tinggal lagi setahun sahaja kan. Lagipun kau dah bertahan selama 4 tahun". Sekarang ini, masalahnya b

Home Sweet Home

Image
Ungkapan seperti Home Sweet Home, Rumahku Syurgaku, Welcome Home dan banyak lagi menggambarkan betapa rumah sendiri merupakan tempat paling best untuk didiami. Aku, sejak umur 13 tahun sudah meninggalkan rumah. Tinggal di asrama selama 5 tahun, dan sekarang sudah 4 tahun tinggal di negeri orang. Sejak itu, setiap minggu atau setiap bulan perasaan mahu pulang ke rumah mesti timbul. Ketika di asrama dulu, 2 minggu sekali boleh pulang. Jarak sekolah dengan rumah tidaklah jauh sangat. Jadi tak la tertekan asyik nak balik. Biasa-biasa sahaja. Tapi sekarang, belajar di negeri orang. Yang jaraknya 7 jam perjalanan, berbeza budaya, berbeza geografi, berbeza persekitaran dan segalanya berbeza membuatkan aku rasa nak pulang ke rumah setiap hari. heh! Salah satu sebab kenapa aku sentiasa rasa nak pulang ke rumah adalah bosan. Bosan yang amat. Tinggal di tempat yang agak pedalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Dulu, hampir setiap minggu aku join aktiviti ride untuk hilangkan bosan. Tapi lama-kelama

Back To The 00's

Image
Aku lihat, 'scene' kehidupan remaja sekarang macam sudah tidak ada kemeriahan. Awal tahun 2000-an dulu, di Malaysia anda boleh lihat bagaimana lifestyle remaja zaman itu. Ada cara tersendiri. Remaja ketika itu bijak mengadaptasi budaya luar dan dalam menjadi budaya tersendiri. Dari segi cara berpakaian, muzik, aktiviti, seni dan sebagainya. Style budak muda zaman 2004-2006 Zaman itu, remaja akan menghabiskan masa berkumpul dan bersosial dengan rakan sebaya di tempat-tempat tertentu mengikut kecenderungan mereka. Kira boleh nampak la apa yang remaja lakukan ketika itu. Kalau pergi mall, bus stand dan dataran boleh tengok la remaja berkumpul dan membuat aktiviti mereka. Mereka ada trend. Dan trend yang mereka bawa lebih bersifat Malaysian. Satu-satunya majalah skate yang masih ada dalam koleksi peribadi aku. Isu 2005 Daripada budaya tersebut, wujudlah kedai-kedai pakaian yang menjual pakaian seperti skatewear, streetwear, butik bundle dan sebagainya. Selain itu, muncul juga maja

Sahabat

Image
Sahabat. Bagi aku lebih maknanya berbanding kawan. Kawan ramai, sahabat sedikit. Bila semakin dewasa, aku mula memahami apa makna sahabat. Aku mula merasakan hati ke hati dalam persahabatan. Sahabat, tempat kita berkongsi suka duka. Susah untuk berenggang. Walau terdapat sedikit perbezaan, ditolak tepi perbezaan itu. Berbalah pendapat dan minat, tetap mesra. Perasaan cemburu jika bertandang, segera dibuang kerana perasaan sayang dan tidak mahu mencacatkan hubungan. Lelaki khasnya, memang malu untuk mengatakan yang dia sayang kepada sahabat sejantinanya. Kerana ego dan malu untuk mengatakannya. Tapi bila semakin dewasa, aku buang perasaan itu. Sahabat yang benar-benar sahabat, kadang-kala apa yang dicita-citakan, apa yang diidamkan hampir sama. Campaklah seorang di hujung dunia seorang lagi di ceruk dunia, pasti tidak memberi kesan kepada keakraban mereka. Bila kita gembira atau sedih, kita akan kongsikan dari hati ke hati. Menyelami perasaan sahabat masing-masing. Kita boleh rasakan pe

Intrapersonal

Image
Intrapersonal. Satu kemahiran komunikasi dalaman. Kemahiran kita mengawal diri kita, mengawal emosi kita, mengawal tindakan diri kita dan muhasabah diri. Aku rindukan diri aku ketika zaman sekolah. Boleh aku katakan ketika itu, aku merupakan seorang yang bermotivasi tinggi dan optimis terhadap tindakan yang aku lakukan. Tiada istilah takut pada cabaran. Bila terpilih mewakili sekolah, aku tanpa fikir panjang menerima dengan hati gembira dan terbuka. Kalau ada apa-apa pertandingan/aktiviti, aku dengan sukarela menyertainya. Bahkan, aku pernah mewakili asrama dalam pertandingan debat walaupun aku bukanlah seorang yang petah bercakap. Sebabnya? Ketika itu tiada istilah bimbang jika kalah, tiada istilah takut jika gagal dan perasaan "gila-gila" bermain dalam diri aku. Sentiasa positif! Sentiasa mencabar kemampuan diri! Rileks dan selamber jek. Cool beb! Tapi...itu diri aku ketika zaman sekolah. Sekarang, segalanya terbalik. Aku gagal dalam komunikasi intrapersonal. Aku menjadi pe