Tuesday, 28 June 2011

Sweet Seventeen

Zaman Sweet Seventeen~


Sweet seventeen... Sebenarnya sudah hampir 5 tahun meninggalkan umur tersebut. Ramai kata, zaman terindah ialah zaman remaja. Memang. Memang pun. Sebab tu orang sebut sweet seventeen. Mana ada sebut sweet twenty one, twenty two..bla3. Selepas kita melangkah umur 20 tahun ke atas, kita akan melalui proses dewasa.

Menjadi dewasa bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan seperti zaman remaja. Zaman remaja khasnya zaman sekolah, hidup kita banyak disuap. Kita hanya mengikut dan melakukan apa yang dikehendaki oleh orang tua kita, guru-guru dan masyarakat. Mudah. Ikut sahaja. Walaupun kita tinggal di asrama yang dikatakan hidup berdikari, tapi aku rasakan hidup di asrama belum cukup untuk dikatakan berdikari. Hidup di asrama masih disuap. Makan percuma. Belajar di kelas? Ahh.. Mudah je walaupun subjek itu susah. Kau duduk di kelas, dengar cikgu cakap, salin nota, fahamkan dan buat kerja rumah yang diberi. Mudah kan? Kau gagal? Ala, kau jek rasa. Tak perlu risaukan orang lain. Senang cerita fikir diri sendiri je.

Bila sudah dewasa, lain. Lagi-lagi bakal menjadi guru. Kau bukan sahaja bimbangkan diri kau, tetapi bimbangkan kesan tindakan kau terhadap orang lain. Pening beb. Sebab tu aku tak minat jadi guru. Sebab sentiasa bimbangkan orang lain. Dan, bimbang jika gagal memuaskan hati orang sekeliling.

Nak mengajar di kelas, peh... Walaupun subjek tu senang tapi pening weh. Add math di sekolah lagi pening? Add math kalau kau pening, kau je rasa dan kau je yang pening. Tak perlu fikir kalau aku gagal jawab add math, nanti anak murid aku gagal gak. Paling dasyat pun kalau gagal add math, markah korang MERAH dan sedih untuk diri sendiri sahaja. Tapi kalau gagal mengajar di kelas, peh! Pening kepala nak berhadapan dengan diri sendiri, anak murid, cikgu lain, pensyarah, kawan-kawan dan banyak lagilah. Adooiii... (macam Johan cakap dalam ML).

Berbalik kepada zaman sweet seventeen aku dulu, cikgu aku pernah tanya. "Awak bila gaji 1st kerja nak beli apa?". Aku masa tu biasalah, remaja. Aku jawab "Nak beli seluar jeans Levis original". Peh! Tak boleh blah jawapan aku masa tu kan. Hahaha. Tapi alhamdulillah, sepanjang aku belajar ni aku dapat beli semua benda yang aku idamkan masa zaman sekolah. Tak rancang pun nak tunaikan semua hajat aku tu. Sekarang kira dah puaslah. Tak perlu tunggu gaji 1st. Kih3!

Apapun, menjadi dewasa memang memeningkan kepala kita~ Pening...pening!!!! Errrr... Kau dah dewasa ke Ayisy? Haha!

Friday, 24 June 2011

Tentang Batu Pahat


Ada apa di Batu Pahat? Ada pensyarah tanya, kawan-kawan tanya ada apa di Batu Pahat, apa yang istimewa. Mungkin ramai tak tahu disebabkan Batu Pahat bukanlah daerah popular ataupun pusat pelancongan mahupun peranginan. Jadi, bagi menjawab persoalan, meh aku cerita sikit apa yang best untuk dinikmati jika ke Batu Pahat.

Bab makanan dulu la kan. Pertama, Nasi Bariyani Gam. Orang luar Batu Pahat mungkin hanya mengetahui Nasi Bariyani di Benteng (sebelah sungai BP). Tapi ni aku nak bagitahu port yang lagi terbaik. Restoran Bariani Power yang terletak di Taman Soga. Berdekatan Hospital Besar BP tu. Rasanya lebih sedap dan restoran lebih sotifiskated. Haha! Tapi serius, mengancam!


Bariani Power!!!



Kedua, Kerang Pedas, Otak-Otak dan Sate. Paling terbaik di Batu Pahat? Jom datang Pantai Sungai Lurus. Hanya 26km dari B.Pahat. Jalan arah ke Pontian. Sambil-sambil makan boleh nikmati hembusan angin pantai. Dekat jek dengan rumah aku. Kalau datang bolehlah roger. Haha.

Ketiga, Cikong, Cendol dan Cendol Sagu. Cikong terbaik, haa..korang boleh datang gerai makan di Jalan Lim Yew Leong. Cendol? Pergi gerai cendol mamak di Jalan Engan, bandar lama Penggaram. Cendol Sagu? Terletak di Jalan Parit Karjo. Ini cendol fuhh... Dihidangkan pula dengan pisang goreng cicah sambal kicap dan sambal manis. (X_x) Grrrrrrr!


Ni Cikong. Hampir sama dengan Laicikang tapi ada sedikit perbezaan.

Cendol Sagu Rumbia (kredit: http://azmiezas-cantek.blogspot.com/)


Keempat, Murtabak Singapore. Tapi aku tak pasti masih ada lagi ke tidak. Terletak di gerai makan Benteng. Kemudian, Bakso. Sejenis makanan tradisi Jawa. Terdiri daripada bebola daging, sup, mi halus dan campuran sayur dimakan bersama sambal istimewa. Rasanya? Pedas-pedas dan lazat!

Itu bab makan. Sekarang bab membeli-belah pula. Ada 3 mall utama untuk shopping. Dulu ada Wira Court, tapi sekarang mengalami sudah kegelapan. Selain tu, jika ke Ayer Hitam, boleh shopping pasu, kerepek dan teddy bear. Kalau kerepek, korang boleh pergi Azhar Food di Rengit. Terbaik. Kasik borong!


Azhar Food. Foto dari Facebook.


The Summit & BP Mall

S1 Mall




1. The Summit BP = Banyak barang pakaian untuk golongan muda. Haha. Kalau cari baju, seluar, jam tangan, bag, kasut dan barang kemas, inilah port yang sesuai dan banyak pilihan. Selain itu, ada pusat boling, wayang dan entah apa-apa lagi.

2. Batu Pahat Mall = Barangan seperti pakaian formal, kasual, elektrik, elektronik, komputer dan makanan. Ada foodcourt berdinding kaca, boleh tengok pemandangan luar dari aras tinggi. Sesuai la untuk bawa keluarga dan shopping. Selain tu, ada pusat boling, wayang dan arked.

3. Square One Mall = Ada Gulatis, Primamoda dan Parkson. Nak cari pakaian formal, barang kahwin ok kot di sini. Ada wayang, arked dan ruang ala2 uptown. Selain itu, sebelah S1 ni ada Carrefour. Boleh beli barang dapur.

Alam semulajadi? Bukit Soga. Korang boleh mendaki tangga menuju puncak. Sampai puncak, boleh menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan bandar Batu Pahat.


Hutan Lipur Bukit Soga


Pantai? Walaupun tak lah secantik di tempat lain. Tapi bolehlah. Antaranya Pantai Punggor, Pantai Sungai Lurus dan Pantai Minyak Beku. Ok la untuk beriadah.


Sungai Lurus


Tempat rekreasi pula? Di Batu Pahat ada Tasik Y, Dataran Penggaram, Tropical Village dan Batu Pahat Walk. Hurm~ Itulah antara tempat-tempat best yang boleh korang pergi kalau ke Batu Pahat. Sebenarnya, Batu Pahat bukanlah pusat pelancongan, jadi tak ada apa sangat yang menarik. Huhu... Apapun, kalau korang datang Batu Pahat, roger-roger la aku. Boleh aku tunjuk jalan ke, tunjuk tempat best ataupun kalau rezeki korang murah, boleh aku belanja pekena cendol. Hehe.


Tropical Village. Ada macam kat oversea?

Dataran


Thursday, 23 June 2011

Fungsi Facebook~


Aku memang seorang yang addict internet. Dan, addict Facebook. Sehari kalau duduk bilik atau rumah mesti buka internet. Tak boleh tak buka.

Mesti ada sebab kan kenapa kita boleh ketagih dengan internet. Pertama, Facebook. Kawan-kawan baik aku kebanyakannya tak ada dalam lingkungan aku. Maksudnya, berjauhan la. Bila balik kampung baru jumpa. Bila ride baru jumpa. Bila ada reunion baru jumpa. Aku pula jenis tak boleh berenggang (walaupun sekarang berenggang) dengan mereka dalam jangka waktu yang panjang. Kalau tak memang rindu la. Kah3! (aku buang ego weh untuk tulis macam ni).

Bila buka Facebook, tengok status, tengok gambar terbaru diaorang, dengar khabar dah cukup bagi aku. Tengok diaorang 'online' pun cukup. Hahaha! Rasa seronok macam dapat jumpa secara realiti dengan diaorang. Selalu jugak chat. Agak-agak pelik tak member lelaki dengan lelaki chat panjang berjela dan lama? Kah3! Kadang-kadang nak ajak keluar atau buat aktiviti pun guna Facebook jek. Tak main dah mesej-mesej atau telefon guna handphone. Leceh la. Guna Facebook lebih berkesan dan jelas!

Satu lagi aku jenis kaki riding. Hujung minggu kalau boleh mesti ride. Tak tahan woo duduk kampus lebih seminggu. Terperap jek. Dulu duduk asrama sekolah, hujung minggu mesti outing lepak BP. Bab riding ni, banyak la aku kenal member sama minat di Facebook. Berkongsi maklumat, gambar dan sebagainya. Dan, banyak event yang aku join berpunca dari Facebook. Best layan member sama minat di Facebook. Rasa dunia ini kita yang punya. Keh3!



Daripada Facebook lah aku jumpa diaorang! Best2!




Semua gambar (selain ride) ni rasanya diambil pada tahun 2007-2008. muda...! Nak jumpa diaorang ni, peww. Banyak susah.


Tapi aku bukanlah addict internet sampai 24jam internet. Masa keluar dengan kawan-kawan, makan, menonton wayang, main boling apa semua. Internet dan handphone memang aku off. Kadang-kadang orang bagi mesej aku buat bodoh jek. Sebab bagi aku nilai masa semasa menghabiskan masa dengan kawan-kawan adalah sangat bernilai. Begitu juga keluarga. Lagipun bukan senang nak jumpa mereka. Bila jumpa mereka, masa sehari terasa seperti sejam.

Senang cerita, Facebook jadi pengganti apabila mereka tiada di sisi. Ada kes aku dengar, tengah duduk semeja dengan kawan, semua duk ngadap handphone/laptop online. Adoiiii... Kalau camtu baik tak payah keluar, duk rumah jek online.

Apapun, online dengan rakan di Facebook VS berjumpa secara realiti adalah perkara yang berbeza. Online lah berhari-hari di Facebook dengan rakan-rakan, pasti tidak akan sama dengan berjumpa secara realiti dengan mereka walaupun hanya 2jam. Nikmat secara realiti tiada pengganti.

Tuesday, 21 June 2011

Jalan-Jalan Malaysia


Ok, nak share satu benda ni. Di Malaysia ni, bagi aku memang syurga kaki motor. Bagi yang suka layan koner, tak susah nak cari port best main koner. Malaysia memang banyak jalan yang macam ular kena palu. Masa kecik dulu, aku paling benci jalan bengkang-bengkok. Dulu masa duduk Mersing, balik kampung mesti mabuk dan nak muntah naik kereta. Sekarang pun sama, naik kereta dan bas, lalu jalan koner-koner komfem mabuk. Tapi naik motor tak pulak, teruja ada la. Haha. Paling best, masa kat koner tu perasaan teruja+gementar+seronok+rasa gayat+takut akan bersatu. Itulah klimaksnya! Walaupun ambil koner tak sampai cecah lutut atau footstep. Janji stim dan layan ikut kemampuan. :)

Sepanjang hampir 2 tahun layan hobi main koner, aku senaraikan beberapa tempat yang bagi aku paling best. Sebenarnya banyak lagi tempat aku belum pergi dan habis teroka. Apapun, layan~

1. Raub-Fraser Hill-Kuala Kubu Baru

Ini port paling syok. Selekoh pendek hampir 60km sepanjang jalan. Memang tak senang duduk melayan. Kenderaan lalu-lalang kurang. Dan, terdapat satu laluan naik/turun sehala 10km. Cuma di sini sekeliling jalan hanya hutan dan tiada stesen minyak atau kedai-kedai.





2. Bukit Tinggi

Terdapat banyak selekoh panjang dan sesekali selekoh pendek. Walaupun jalan tak panjang dan sekejap jek boleh layan, naik-turun kira puas hati la. Kenderaan pun kurang dan jalan sangat cantik. Dulu ada dua jalan, sekarang satu jalan dah tutup. Jalan yang tutup tu la lagi best. Sayang betul. Aku hanya sempat sekali jek layan. Huhu.





3. Simpang Pulai-Cameron Highlands-Koyan

Laluan sepanjang hampir 160km (jangkaan aku la) yang berliku. Selekoh pendek, sederhana dan panjang semua ada. Cuma kalau dari Simpang Pulai ke Cameron tak boleh layan sangat sebab banyak bas dan kereta. Tapi dari Cameron Highlands-Koyan, situ boleh layan highspeed koner. Jalan sunyi, selekoh panjang, pemandangan gunung-ganang dan jalan baru. Memang puas hati!





4. Jalan Bentong-Kuala Lumpur lama. (Karak)

Orang kata jalan ni angker. Hehehe. Tapi terbaik gak la untuk dijadikan port meleper. Jalan banyak selekoh pendek dan kadang-kala tak rata. Jadi kena hati-hati. Lori panjang pun sekali-sekala lalu. Ada beberapa tempat kita boleh tengok pemandangan lebuh raya Karak dari atas. Memang cun!




5. Lebuh Raya Karak MTD

Ini satu lagi jalan boleh layan highspeed koner. Tapi akan sakit jiwa la bila motor besar potong macam sayur. Hehehe. Motor kita merangkak-rangkak naik bukit, diaorang macam tak ada apa-apa. Selekoh di lebuh raya ni boleh tahan best cuma yang tak best motor banyak merangkak naik bukit. Jenuh!


6. Genting Highland

Selekoh U memang kaw-kaw ditambah bukit yang entah berapa darjah. Komfem motor mengerang! Boleh la nak layan sikit-sikit. Yang best kalau layan Genting Hingland ni, bila dah sampai puncak boleh shopping, lepak dan makan-makan. Kira tak la bosan sangat.




7. Kuala Lipis-Jerantut dan Benta-Jerantut

Dah lama aku tak layan. Ingat-ingat lupa. Tapi kira boleh la nak layan. Layan ringan-ringan jek. Yang best jalan ni macam roller coaster. Tengah sedap bawak motor kat jalan lurus, tiba-tiba turun bukit kaw-kaw punya. Geli perut dibuatnya. Hehe.

Itulah antara jalan-jalan yang bagi aku port untuk layan koner. Sebenarnya banyak lagi macam Kuala Klawang, Bukit Putus dan jalan-jalan di Utara tanah air yang belum sempat aku jelajah. Apapun, enjoy riding dan safety first. Bagi yang betul-betul serius nak layan koner, lebih baik layan di track. Lebih selamat dan terjamin walaupun berbayar. :) Sebenarnya, aku tak pernah try track. Hahaha!

Sunday, 19 June 2011

Adakah salah jika terlalu merindui masa lalu?

4 tahun zaman sekolah berlalu, rasa seperti baru semalam aku meninggalkannya...

Semalam, aku menghabiskan masa sehari suntuk dengan seorang rakan rapat aku bersiar-siar di Batu Pahat. Sejak aku belajar di negeri orang, perasaan rindu kepada tempat asal sukar dikikis. Kalau boleh sebelum balik ke kampus, aku nak renung, tenung, nikmati dan selami ketenangan yang dirasai apabila menjejakkan kaki di tempat asal, Batu Pahat. Walaupun Batu Pahat sering sesak dengan kenderaan, tapi bila aku duduk di satu sudut memerhatikan pergerakan manusia yang tidak putus-putus, aku rasa satu kedamaian. Rasa macam dunia ini senyap, selamat dan damai. Aneh bukan?

Kemudian, aku ke sekolah lama. Berjumpa dengan seorang junior yang satu-satunya aku masih kenal di sekolah itu. Berjumpa dengan ustaz. Mendengar celotehnya, aku tersenyum. Melihat pelajar asrama bermain di padang. Rasa damai... Kemudian hati memberontak. Alangkah indahnya zaman persekolahan aku dulu. Terlalu indah...

Tapi, aku tak pasti adakah salah jika selalu mengingat dan mengenang masa yang sudah berlalu dan semakin jauh dengan kita? Masa yang berlalu tidak akan kembali, tidak akan berulang. Meraunglah macam mana sekalipun untuk kembali ke masa lalu, mustahil akan berlaku. Bila aku renung kembali masa lalu, aku akan rasa terlalu indah kemudian perasaan sedih menjelma bila aku membandingkan dengan masa sekarang. Rasa seperti insan yang tidak bersyukur bukan? Sebab itu aku tertanya, apakah hukum suka merenung masa lalu?

Padahal, jika aku fikir dengan dalam, zaman sekolah aku dulu bukanlah indah semuanya. Aku masih ingat, bagaimana perasaan semasa pulang ke asrama selepas cuti. Sedih. Perasaan berjumpa dengan senior-senior yang 'nakal'. Takut. Berjumpa dengan cikgu garang. Tertekan. Peraturan asrama yang ketat. Memberontak. Tapi..tapi bila aku habis sekolah, aku merasakan semua itu manis. Pelik.

Semalam, semasa berbual dengan rakanku itu, dia mengadu yang pelajaran dia di sebuah universiti sangat susah. Aku pula menceritakan masalah aku di IPG. Kemudian, dia berkata. Boleh tak kalau aku dan dia bertukar tempat belajar? Dia merasakan belajar di IPG mudah dan terjamin manakala aku pula terlalu mengimpikan menyambung pelajaran di Universiti seperti rakan-rakanku. Memang sedih. Masing-masing ingin kembali ke zaman sekolah. Tapi aku kena kawal hati aku supaya tidak menjadi insan yang kufur. Aku bila timbul perasaan macam ni, cepat-cepat aku fikir ramai lagi orang di luar sana gagal mendapat peluang belajar di IPT.

Aku sebenarnya perlu bersyukur masih diberi peluang menikmati kedamaian di kampung halaman walaupun sementara. Aku perlu bersyukur walaupun aku rasa aku tidak mempunyai teman rapat di kampus, aku masih mempunyai rakan satu sekolah yang sentiasa di samping aku walaupun aku dalam kesusahan. Nikmatnya bila bertemu sahabat yang betul-betul sahabat. Sukar untuk diungkapkan. Nikmatnya rasa bila dapat menjejakkan kaki di tempat yang kita sukai. Nikmat akan kita rasai bila ia sukar diperolehi.



Saturday, 18 June 2011

Mersing Beaches

Jalan cun!

13 tahun dahulu, aku duduk Mersing. Duduk Mersing kerana ikut mak ayah yang berpindah ke situ. Kejap jek duduk Mersing dalam 3 tahun gitulah. Mersing merupakan daerah di Pantai Timur Johor, jadi banyak pantai yang cantik. Tapi masa tu kecik lagi. Mana tahu erti keindahan alam semulajadi. Yang tahu cuma keindahan alat permainan jek. Hahaha...

Selepas pulang semula ke kampung halaman di Batu Pahat, ada la beberapa kali jenguk Mersing dengan family. Kali terakhir pergi pada tahun 2007. Masa tu minat terhadap melihat keindahan alam semulajadi kurang lagi. Tak macam sekarang, pantang ada tempat cantik, terus nak pergi.

Jadi, pada hari Rabu lepas, tanpa dirancang-rancang.. Ter 'ride' ke Mersing. Perjalanan pergi melalui jalan Parit Botak-Ayer Hitam-Kluang-Kahang-Felda Nitar-Mersing. Laluan ini memang mencabar dan terdapat banyak selekoh bahaya. Tapi selekoh-selekoh ni tak sesuai untuk main koner. Sebabnya jalan tak rata dan banyak lori. Selepas Kahang, jalan kiri-kanan hutan jek dan jalan sangat cantik. Fuh! Best woo!


Kawasan kampung Mersing yang indah.


Sebelum sampai Mersing, singgah jap di Felda Nitar 2. Tempat aku sekolah dulu. Tak banyak berubah, yang berubah cuma ada beberapa rumah dan kedai jadi terbiar. Padahal dulu jadi port aku beli barang. Haha!

Sampai jek Mersing, destinasi pertama adalah Pantai Penyabong. Memang cun gila tempat ni. Di hadapan pantai terdapat beberapa pulau. Sejuk mata memandang. Cuma bagi aku Pantai Penyabung tak sesuai untuk bermandi-manda. Banyak batu. Kalau buat port untuk santai, memang terbaik! Lepas tu kan, ada beting pasir kat tengah-tengah laut. Teruja sehh... Siap bawak motor lalu kat tengah-tengah tu. Haha... Risau gak kalau air pasang tenggelam aku sekali dengan motor. :P

Selepas puas lepak kat Penyabong, perjalanan diteruskan ke Pantai Air Papan. Sunyi jek pantai ni. Mungkin aku pergi hari biasa. Kalau hujung minggu komfem ramai. Slek aku tak bawak baju lebih dengan seluar pendek. Kalau tak boleh berendam. Sayang betul. Air Papan sesuai untuk mandi. Angin kuat, memang sedap jek lepak situ.


Pantai Penyabong




Cun beb!


Bagi aku. Memang terbaiklah Mersing! Lebih terbaik berbanding Port Dickson, Teluk Cempedak, Pantai Balok, Cherating, Pantai Cahaya Bulan, Rantau Abang, Sungai Lurus, Punggor, Minyak Beku... Ok fine, sebenarnya ada lagi pantai yang lebih cantik kat Malaysia ni cuma aku tak pernah pergi. Hahaha!

Tuesday, 14 June 2011

Bila cuti sudah habis...

Suasana masa balik kampus naik motor.


Memandangkan cuti nak habis...meh aku cerita sikit satu benda...

Sejak duduk asrama masa sekolah dulu, satu perkara aku paling tak suka berlaku. Bila cuti panjang, nak balik asrama balik, mesti rasa tak best. Rasa.... Rasa tak best lah. Rasa tak semangat. Haha

Perasaan tu tak pernah hilang sampailah aku belajar di IPG sekarang. Dah sedap cuti panjang, dah sedap enjoy-enjoy, dah sedap hari-hari kepala otak asyik fikir benda seronok bagai, dah sedap..ahh macam-macam sedap lah! Tu pasal rasa tak best bila naik cuti.

Kalau cuti pendek 2,3 hari atau hujung minggu tak la rasa macam ni. Cuti panjang jek akan rasa macam ni. Dulu lagi syahdu masa balik kampus naik keretapi. Peh! Dia punya syahdu tu tak boleh nak cerita la.

Sekarang sejak naik motor balik kampus, ok la. Tak la rasa sedih sangat. Dulu naik keretapi lalu hutan kiri kanan. Rasa punyalah jauh. Bila naik motor, lalu lebuhraya. Rasa macam dekat sikitlah. Padahal sama jek. Haha. Mungkin rasa seronok naik motor tu menghilangkan sedikit rasa tak best dalam hati.

Apapun perasaan kita, jangan sampai terabai pelajaran. Jangan putus asa. Lagipun perasaan sedih ni kejap jek. 2,3 hari lepas tu ok la. :) Pengalaman aku macam tu lah. Kejap jek rasa sedih.

Oklah, sekian sahaja untuk entry kali ni. Selamat balik kampus kepada yang balik kampus. Yang belajar di IPG, cuti korang dah nak habis wehh. Padan muka!

Sunday, 12 June 2011

Dialek Johor Loghat Johor


Mungkin ramai beranggapan bahawa orang Johor tidak menggunakan dialek dalam percakapannya. Ramai menganggap bahawa orang Johor menggunakan dialek Johor-Riau yang dianggap dialek standard bahasa Melayu. Dan, sesetengah beranggapan bahawa orang Johor memang ada dialek tetapi ramai menganggap dialek Johor hanya menumpukan kepada beberapa 'istilah' dan cara sebutan 'or' pada hujung perkataan.

Pengalaman aku sebagai anak jati Johor, aku rasa orang Johor ada pelbagai jenis dialek. Kalau nak dikaji secara khusus, memang banyak sebab di Johor banyak suku asal Nusantara seperti Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya yang setiap satunya ada lenggok bahasa Melayu tersendiri.

Cuma kenapa orang luar kata orang Johor cakap dialek standard adalah mungkin disebabkan kebanyakan orang Johor kalau berbual dengan orang luar automatik akan cakap bahasa Melayu standard. Itu pada pandangan mata aku la dan diri aku sendiri. Aku, kalau cakap dengan member luar memang susah untuk bercakap dialek Johor. Lagi satu, dialek Johor ni bagi aku terlalu halus dan sukar untuk diperhatikan. Tapi memang ada beza.

Apa sebenarnya identiti dialek Johor? Bagi aku, sebenarnya dialek orang Johor susah nak cari yang dominan. Boleh dikatakan, seorang Melayu Johor mungkin boleh bercakap lebih daripada satu dialek Johor. Pertama, dialek Melayu-Jawa. Yang ni biasanya dituturkan oleh Melayu berketurunan Jawa dan tinggal di kawasan kampung. Gaya percakapan dialek ni agak tinggi dan seperti ditekan-tekan. Banyak perkataan bahasa Jawa digunakan. Aku susah nak terangkan. Tapi aku suka dengan dialek ni.

Kedua, dialek Melayu standard tapi ada sedikit lenggok yang membezakannya. Contohnya kalau korang tengok kumpulan Sepah (Rajalawak), haa... Macam tu lah lebih kurang. Agak keras dan ditekan-tekan. Tapi ramai aku jumpa orang Johor cakap dialek standard dengan nada lembut.

Kalau korang perasan budak-budak Johor ada guna istilah 'seh' pada hujung ayat. Selalunya budak-budak muda yang guna bahasa ni. Istilah lain seperti 'bai', 'waklu', 'gerek' juga digunakan. Kadang-kadang bila cakap guna dialek ni macam gangster pun ada. Hak3!

Seterusnya, terdapat sebilangan Melayu Johor berketurunan Jawa yang masih menggunakan hampir 99% bahasa Jawa. Aku bila balik kampung, boleh dengar orang-orang berbual dengan bahasa Jawa yang pekat. Fuh!

Di daerah Mersing pula, dengarnya masayarakat di sana menggunakan dialek bahasa yang sedikit berlainan dengan orang Johor di daerah lain. Tapi yang ni aku tak kaji dan dengar lagi memandangkan dah lama aku tak pergi sana.

Memang susah kalau nak terangkan apa sebenarnya dialek Johor ni. Aku sendiri susah nak cakap. Tapi aku boleh bezakan bila dengar. Jadi, apa dialek yang aku sendiri gunakan? Aku cakap tak tentu hala. Main bedal jek, campur-campur semua dialek. Tapi bila dalam situasi ramai orang bukan senegeri, situasi rasmi dan di kampus, aku cakap biasa jek. Cakap standard. Walaupun dengan orang negeri Johor.

Jadi, kepada budak-budak Johor apa dialek yang korang gunakan? Hahaha!


Wednesday, 8 June 2011

Port Dickson Negeri Sembilan

Sebuah rumah tradisional Negeri Sembilan


Hidup. Selalunya bermula dengan seawal bangun pagi. Kemudian yang bekerja akan ke tempat kerja, yang sekolah akan ke sekolah dan yang belajar akan ke kelas. Kemudian balik dari kerja atau kelas, rehat sebentar, makan, siapkan kerja yang belum siap dan tidur. Itulah rutin hampir setiap hari. Kadang-kala memang memeritkan. Sentiasa ternanti-nanti hujung minggu. Dan, tak semestinya hujung minggu memberi erti kegembiraan kepada setiap orang. Kena buat kerja di hujung minggu? Pehhh! Waklu!

Jadi, apa ganjarannya terhadap apa yang kita lakukan semua ni? Cuti! Ya! Cuti! Bagi yang masih belajar macam aku, cuti panjang memang sangat dinantikan. Lega, bebas, seronok, rileks...apa lagi perkataan yang boleh menggambarkan tentang cuti? Nikmat cuti seharusnya dinikmati sepuasnya!

Pe'el aku semenjak sambung belajar? Kumpul duit secukupnya untuk dinikmati semasa cuti. Tak perlu kerja dan enjoy duit yang dikumpul itu. Hahaha!

Cuti bulan 6 ni aku sempat ride ke Negeri Sembilan dengan member. Walaupun Negeri Sembilan ni tak lah jauh sangat dengan Johor, tapi aku tak pernah teroka isi negerinya. Antara tempat yang aku pergi ialah Port Dickson, Seremban dan Kuala Pilah. Port Dickson bagi aku memang ok pantainya. Cantik. Ada tapak khas untuk siapa yang ingin berkhemah. Resort-resort yang gah. Ok la kalau nak jadikan port untuk bersantai.

Kemudian Kuala Pilah. Selama ni aku dengar jek budaya Minangkabau. Tapi lepas pergi Kuala Pilah, melihat seni bina bangunan berunsur Minangkabau, fuhh! Best beb! Rasa sangat berbeza dengan tempat lain. OTW ke Kuala Pilah anda lalu jalan baru merentas Bukit Putus.Terbaik jalan ni, ada jambatan kedua paling tinggi di Malaysia. Katanyalah... Semput gak la motor kecik aku mendaki. Heh!

Tapi baru 2 hari jalan-jalan di Negeri Sembilan, bajet dah lari. Adoii. Terpaksa singkatkan percutian. Tapi walaupun singkat, aku rasa puas la dapat tengok tempat orang. Heh!


Istana Sri Menanti



Pantai Port Dickson di pagi hari.



Port Dickson di malam hari.