Posts

Showing posts from March, 2011

Semakin Susah Semakin Bersyukur

Image
Jalan ke tempat aku praktikum. Ni baru nak masuk. Jauh lagi. Haha! Kita selalu mengeluh kalau hidup kita susah. Mengeluh kalau hidup kita terbeban. Aku pun macam tu jugak. Tapi janganlah sentiasa mengeluh dan cubalah bersyukur. Aku baru tersedar, sebenarnya bila kita menghadapi kehidupan yang lebih susah, ketika itulah kita sedar bahawa kehidupan dahulu yang kita rasakan susah sebenarnya lebih senang. Aku bagi contoh, dulu masa sekolah rasa susah sangat belajar, jadual ketat dan sebagainya. Tapi bila sambung belajar dan menghadapi kehidupan yang lebih sukar, baru aku sedar zaman sekolahlah masa yang paling senang dan indah. :) Ketika belajar di IPG, duduk di pedalaman, aku selalu kutuk-kutuk dan membandingkan tempat aku belajar dengan kampung halaman. Semua tak kena, semua tak cukup, semua susah. Tapi bila aku praktikum di kawasan yang jauh lebih susah, jauh lebih SURVIVOR...baru aku sedar yang tempat aku belajar tu sedap giler. Hahaha! Sejak kebelakangan ni, hidup aku sentiasa diuji.

Rimas...Rimas...Rimas..!

Image
Bagi makan ikan memang best! Di dalam kehidupan, manusia mempunyai pelbagai ragam. Ada yang biasa-biasa, ada yang hebat dan ada yang pelik. Sebab kenapa Tuhan jadikan macam tu? Sebab kalaulah semua manusia sama, tak ke haru dunia ni? Semua minat nak jadi arkitek, habis siapa nak jadi guru? Siapa nak jadi doktor? Siapa nak jadi tukang kebun? Ataupun semua orang minat mengumpul setem, tak ke bosan? Teringat kata-kata seorang rakan aku semasa sekolah dulu, kalau semua nak pandai, siapa yang nak bodoh? Kadang-kadang aku rimas dengan kehidupan. Rimas dengan tekanan sekeliling yang mahukan 'kalau boleh kitalah yang terhebat!', 'kalau boleh kitalah insan yang berguna!', 'kalau boleh kitalah orang yang berilmu!, 'kalau boleh kitalah generasi yang seimbang dari segi segala segi!'. Kita terlalu rakus untuk menjadi sempurna dan terbaik. Aku tak tahu lah apa yang tak kena pada diri aku. Jika pada diri orang lain, berusaha menjadi yang terbaik, terhebat, dihormati, aktif

Tahan...Tahan...Tahan...Dan Tahan...!

Image
Kalau tension sangat, jom tiru macam aku. Hahaha! Dasyat gila semester ni. Tak pernah sibuk sesibuk semester kali ini. Habis satu masalah, datang satu lagi masalah. Habis satu kerja, datang lagi satu kerja. Peh! Kalau mental tak kuat memang boleh mental otak korang. Belum masuk kena marah dengan orang *&&^*% lagi. Siapa yang tak tahan memang boleh masuk Hospital Tampoi la. Aku pun sampai tahap bila kena pressure atau marah dah macam takder perasaan. Hebat betul penangannya. Hahaha! Dia punya dasyat tu, kalau masa tengah tidur terbangun, boleh terfikir masalah yang kita tengah fikir hari tu. Ish3! Tak apa, sedapkan hati biasalah...hidup bukan selalu senang ye tak. Belajar hidup susah. Dulu kau Ayisy masa zaman kanak-kanak dan remaja hidup happy jek kan. Ni hambik kau! Huhu... Sekarang aku kat bawah, sebagai pelajar. Disuruh itu ini, kerja itu ini. Tak apa, nanti bila aku dah kat atas, masa tu la balas balik. Eh, boleh ke? Hahaha! Kadang-kadang, tengok member kat luar sana hidup