Sunday, 30 January 2011

Kenapa Aku Riding?

Huhu... Gambar ni aku ambil dari FB rakan. Boleh ehh? :)


Mungkin sesetengah orang kata buat apa susah-susah naik motor berhujan berpanas berpeluh bersejuk ber...berlah. Naik bas, kereta kan senang. Bayar tiket dan duduk jek. Tidur, bila bangun dah sampai. Tak panas tak hujan. Huhu...

Susah nak jawab bila orang tanya tak penat ke naik motor. Bila dah minat, yang penat itulah yang seronok. Bila dah minat, yang kena hujan itulah yang syok. Bila dah minat, jalan bengkang-bengkok yang memabukkan itulah yang suka dilayan. Minat, tak semua orang sama.

Sebab itu, bikers yang naik superbike sanggup berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki sebuah jentera dua roda. Ada orang kata baik beli kereta. Beli motor puluh ribu tapi bila hujan basah... Heh!

Satu lagi, kenapa aku suka riding? Bila aku riding, jumpa kawan-kawan, dapat kawan-kawan baru...kawan-kawan yang sama minat...aku rasa seronok. Rasa masa yang berlalu terisi dan bermakna. Hidup aku di IPG tidak happening seperti zaman kanak-kanak dan sekolah. Jadi, dengan aktiviti riding aku dapat jadikan kehidupan aku seronok dan bermakna. Sekurang-kurangnya bila tamat pengajian nanti, ada memori indah untuk dikenang.




Mungkin juga aku riding untuk mencari keseronokan di luar. Itu aku tak nafikan. Bukan macam duduk di rumah, segalanya ada. Bosan-bosan pun merayap kat bandar BP. Berbanding di kampus, susah nak cari hiburan tambah-tambah di kawasan pedalaman. Ada yang cakap, kau ni asyik dengan riding dan motor jek... Hurmm... Memang. Sebab kenapa aku macam tuh? Sebab dalam dunia ridinglah yang memberi aku ketenangan, keseronokan dan menjadikan kehidupan aku bermakna. Sekurang-kurangnya mengubat kekecewaan aku. Ataupun sekurang-kurangnya mampu membuatkan aku ketawa dan tersenyum.

Kekecewaan? Hurm... Susah nak cerita dan aku rasa aku pernah cerita. Kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila kau nak mengulit rasa kecewa di hati. Benda dan terjadi dan ini takdirnya, kau dah tak boleh berpatah balik. Kau layan rasa kecewa sangat-sangat pun bukan boleh ubah perkara yang sudah berlaku. Dan sekarang, aku sedang berusaha untuk hilangkan rasa kecewa. Sebab itu aku riding, sebab bila aku riding aku boleh melupakan seketika perasaan kecewa aku tu. Sekarang, aku cuba untuk think positif dalam setiap perkara yang berlaku. :)

Huhu... Banyak pula benda aku luahkan. Tapi takper, sekurangnya aku rasa lega bila aku share dengan orang lain. :)

Sunday, 16 January 2011

Genting Highland Kota Keriangan


Semalam, bosan-bosan di hujung minggu aku pergi layan Genting Highland. Kebetulan ada event ride yang dianjurkan oleh rider-rider dari UTM Johor. Jadi, aku dengan sorang member datanglah ke event tersebut untuk menyebokkan diri. Hahaha! Jangan marah okeh.

Pada mulanya, aku target untuk berjumpa diaorang di puncak Genting Highland memandangkan sudah terlewat. Tapi entah macam mana, sampai jek kat RNR Genting Sempah terjumpa diaorang. Kebetulan... Jadi apa lagi kasik ride sama-sama la naik ke puncak Genting Highland.

Cuaca masa naik tu mendung sikit. Jadi jalan lembab tak dapat la nak main koner sangat. Jalan banyak rosak, kurang syok la. Tapi paling heaven bila dah nak sampai puncak tu, kabus tebal giler sampai tak nampak jalan. Fuh! Memang terbaiklah macam ride nak naik ke awan. Hak3!




Lepas jek sampai puncak, sesi gambar-menggambar macam biasalah. Pusing-pusing, makan-makan, pergi tandas... Hahaha! On the way balik, cuaca cerah. Fuh! Layan la sikit-sikit koner U. Tapi turun Genting Highland bahaya sikit, brek kena hati-hati. Jangan terkejut la kalau tekan brek motor tak mahu berhenti. Takpun brek-brek tengok disk bengkok takpun berasap. Hahaha! Tahun lepas disk brek member aku bengkok woo. Tak pasal-pasal duit melayang. Ok, kalau bosan-bosan tu pergi la Genting Highland daripada terperuk kat bilik. Orait?

Monday, 3 January 2011

Aiseymen...


Assalamualaikum w.b.t

Ok, sekarang aku berada di KL. Ya, KL yang bermaksud Kuala Lipis. Dulu masa dapat tawaran IPG, mati-mati aku ingat K.Lipis tu area Kuantan. Sekali haa kau... Hambik..! Haha.. Kau kutuk ke Ayisy? Mana ada beb... Kah3!

Macam biasa la, naik sem emosi aku kurang stabil. Belajar di ceruk perantauan jauh dari rumah, ditambah lagi aku tak minat dengan apa yang aku belajar dan ditambah-tambah tiba-tiba aku kena lantik jadi Ketua Unit.. Peh! Menyirap seh! Memang suck lah!

Aku tahu setiap guru pelatih akan kena. Tapi serius aku belum bersedia untuk semester ni. Aku dengan member lain dah bajet sorang member aku tu yang akan dilantik memandang dia lebih layak dan lebih matang. Tapi entah apa yang budak-budak kelas aku tu pandang kat aku sampai lantik aku. Giler apa ambik risiko lantik aku. Nasib la korang. Mengharapkan aku jadi KU? Kah3! Tak boleh blah. Takkan tak kenal aku? Dah 3 tahun lebih kenal beb.

Okeh, cerita lain. Tadi masa aku jumpa pensyarah, ada sorang pensyarah tegur aku. Dia tanya aku semester berapa. Aku jawab la semester 5. Dia cakap, haa? Tak pernah nampak pun? Kah3! Walaupun aku perangai macam syaiton di IPG, padahal masa sekolah dulu suci giler. Nampak sangat aku bukan dalam perhatian pensyarah. So, boleh buat jahat lagi. Hahaha!

Cerita lain pula, baru 2 hari duduk sini aku dah rindu benda yang selalu aku buat masa cuti. Jalan-jalan, merayap, ngeteh-ngeteh, tengok tv, menolong kedua ibu bapa dan membuat kerja kebajikan masyarakat. Haha! Tipu bebenor. Tak boleh jadi ni, hujung minggu ni mesti mau ride kasik hilang itu tension.

Tapi apa pun, think positif beb! Tu kira moto hidup aku la. Motor hidup aku Yamaha 135LC. So, kalau ada yang tak puas hati dengan aku, aku cakap awal-awal sori la. Aku memang tak reti nak belajar kat sini. Wong Jowo ngomong Semberono. Ala, lagi 2 tahun jek. Pastu kerja... Waklu kerja. Ingat kerja senang ke. Hahaha!

Stay rawk Ayisy! Jangan selenger-selenger. Tak faham? Lu orang tanya budak Johor apa itu selenger.


Ni masa musim kesedapan cuti. Haha! Sampai tertido dalam kereta kat showroom. Selenger~