Friday, 31 December 2010

Hai 2011!



Assalamualaikum W.B.T

Esok tahun 2011 akan menjelma. Jadi, apa target ko Ayisy? Target aku dalam bidang materialistik adalah:

1. Padding atau protector. (rm80-100)
Okeh, benda ni boleh dikatakan wajib kepada rider yang suka main koner atau riding di kawasan pergunungan.

2. Helmet fullface. (rm300-400)
Okeh, malang tidak berbau! Walaupun naik moped, tapi itu bukan masalah untuk berasa malu memakai helmet fullface. Risiko tetap sama! Jangan sampai orang lain sagat lutut, korang sagat dagu!

3. Kasut Supra Highcut atau sewaktu dengannya. (rm200-400)
Nak beli boot riding mahal sangat. Jadi beli kasut highcut pun jadilah. Melindungi kaki semasa riding dan juga selesa semasa hangout.

4. Leather Jacket. (rm120)
Hari tu jumpa jaket kulit kat BP. Tapi disebabkan aku dah banyak shopping, aku tangguhkan pembelian pada tahun hadapan. Huhu.

Peh! Banyak betul target materialistik. Okeh, ni target dalam bidang dalaman. Haha.. Tiada ayat yang sesuai.

1. Nak jadi budak baik. (@_@).

2. Tak nak kutuk-kutuk tempat tu. Haha!

3. Nak jadi insan yang lebih berjimat dan beli barang yang diperlukan sahaja. Kurangkan makan fastfood, tengok wayang dan beli junkfood seperti chocolate dan sebagainya.

4. Tak nak beli pakaian berjenama mahal. Okeh, dulu memang bad habit aku suka benda-benda macam tu. Tapi sekarang aku lebih suka ke butik-butik biasa. Pilihan lebih style dan jauh lebih murah!

5. Target sehari belanja tak lebih RM15. Tapi kat tempat tu boleh ke? Dengan barang mahal, makanan mahal, gunting rambut mahal, bapak segala mahal. Dah macam duduk kat bandaraya. Ops! Terkutuk plak. Kah3! Ok2, ni last!

6. Cuba untuk memahami orang sekeliling aku yang tak sekepala. Aku sebenarnya ada ego sikit. Tapi masih terkawal la. Haha!

7. Cuba untuk lebih gembira dan menerima semasa belajar di sana. Harap berjaya la. Tapi selalunya bila tension, aku lari jauh-jauh. Pergi riding atau balik BP. Riding membuatkan aku rasa bebas sebebasnya!

Nak pakai kereta tapi duit tak cukup. (@_@)

Orait, aku rasa itu sajalah target aku untuk semester pertama tahun 2011 nanti. Harap 60% berjaya. Target tahun 2010 aku hampir 75% berjaya ditunaikan. Yes! Mulanya rasa taknak buat target 2011, tapi fikir balik apa salahnya kan?

Wednesday, 29 December 2010

Realiti Hidup IPG & Kenapa Memilih IPG?


Realiti Hidup IPG...

Itulah keyword yang aku lihat pada statistik pengunjung ke blog ini. Sebenarnya malas nak tulis tapi bila aku renung betul-betul keyword tu, aku rasa terpanggil untuk menulis entry ini. Saban tahun, sejumlah 100k pelajar lepasan SPM di Malaysia memohon untuk mengikuti pengajian di IPG. Pehh! Banyak tu beb. Tapi yang diterima masuk hanyalah seramai 3000-4000 orang sahaja. Jika dikira, hanya 4% berjaya!

Memang hebat... Aku sendiri tak pasti apakah punca begitu ramai pelajar lepasan SPM beriya-iya nak masuk IPG. Betul ke nak jadi guru? Best sangat ke jadi guru? Hidup senang ke jadi guru? Tapi rata-rata yang nak jadi guru akan cakap kerjaya terjamin, kerja tetap, gaji ok, elaun banyak, minat dan sebagainyalah. Namun adakah mereka tahu realiti sebenar menjadi guru? Ada pula yang masuk IPG kerana diberi elaun. Bagi aku, itu pelajar yang looser.

Bagi aku la, hidup di IPG ni sebenarnya untuk insan yang begitu benar-benar ingin menjadi guru. Orang kata, pilihan pertama kerjaya adalah GURU. Mak ayah paksa jadi doktor, dia nak jadi guru! Abang kakak paksa jadi arkitek, dia nak jadi guru jugak! Dapat tawaran ke luar negara, dia tolak dan pilih IPG jugak! Dapat masuk IPT tersohor, tapi dia tak pandang, dia pandang IPG jugak! Haaa... macam tu lah bukti kalau dia betul-betul minat nak jadi guru.

Ada pula pelajar lepasan SPM yang dapat keputusan 11A, 10A, 9A pun nak juga masuk IPG. Bagi aku lah, dengan keputusan sebegitu korang sepatutnya sambung belajar kat luar negara atau IPT yang lebih gah. Bukan IPG tak bagus, tapi untuk menjadi guru dan belajar di IPG, aku rasakan kehebatan dalam akademik bukanlah kriteria utama. Yang utama adalah kebolehan, minat dan komitmen. Tapi kalau sudah minat, why not?

Bagi aku, untuk menjadi guru yang baik perlu ada kebolehan. Mungkin anda akan cakap, ala nanti kat IPG belajarlah...berlatih untuk menjadi guru. Tapi cuba anda bayangkan bila sudah di IPG, anda cuba untuk menjadi seorang guru tetapi gagal. Selepas dicuba-cuba juga gagal. Bagaimana?

Ingat! Setiap manusia diberi kebolehan yang pelbagai. Kenal pasti kebolehan anda. Jika anda berkata, "emmm, bolehlah sikit-sikit jadi cikgu", "ala...jadi cikgu pun oklah", "jadi cikgu macam senang jek", "kerja lain belum tentu, jadi cikgulah". Itu menunjukkan anda sebenarnya tidak bersedia dan tidak patut masuk IPG mahupun menjadi guru!

Ok, untuk pelajar lepasan SPM, mungkin anda keliru sama ada untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, asasi, matrikulasi atau STPM. Dan, mungkin program 5 tahun IPG menarik minat anda kerana boleh dikatakan bila anda masuk IPG, sebelah kaki anda melangkah ke Program Ijazah Sarjana Muda. Di situ kelihatan laluan anda nampak mudah dan cepat. Belajar 5 tahun terus kerja! Sebenarnya, di sinilah kesilapannya! Anda mengambil langkah selamat dengan mengikuti program IPG tetapi tidak sedar sebenarnya anda bukanlah berminat sangat dengan bidang yang anda ikuti. Sekali lagi aku ingatkan, kenal pasti kebolehan dan MINAT. Takut menyesal di kemudian hari.

Mungkin tak semua orang dilahirkan genius/bijak untuk mengikuti program matrikulasi, asasi dan STPM. Ambil sahaja program Diploma. Walaupun 3 tahun, tetapi jika anda ikuti kerana minat, aku pasti anda tidak akan menyesal. Jangan terlalu gopoh ingin menggenggam segulung Ijazah!

Nak masuk IPG, pertamanya korang kena lupakan apa itu elaun, apa itu kerja yang dijanjikan dan lupakan gaji yang bakal terima. Sebab benda-benda itulah yang akan membutakan mata korang apa sebenarnya realiti kehidupan di IPG dan kehidupan sebagai seorang guru. Bila dah jadi guru, kalau sibuk fikir pasal gaji macam mana nak berkat. Kerjaya guru merupakan kerjaya yang menuntut pengorbanan. Nak buat aktiviti, kadang-kadang kena keluar duit sendiri, mak ayah lambat bayar yuran, cikgu juga kena dahulukan dan banyak lagi. Ingat tu!

Belajar di IPG tak sama seperti di IPT lain. Di IPG lebih kepada latihan. Latihan membina kemahiran, perwatakan, sahsiah, emosi dan sebagainya untuk menjadi seorang guru. Jadi, macam-macam program dijalankan yang bagi aku membosankan tetapi ia sebenarnya amat penting untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia sebenar perguruan. Tak minat jadi guru memang bosan tapi yang memang betul-betul minat jadi guru anda akan enjoy dengan segala program yang IPG jalankan. Itu yang aku nampak pada kawan-kawan aku di IPG. Selain itu, peraturan di IPG adalah ketat dan dikawal. Tak banyak beza dengan peraturan sekolah cuma longgar sedikit. Dari segi pakaian, masa, sahsiah dan pergerakan.

Maaflah jika entry ni ada menyentuh sensetiviti pelbagai pihak. Sejujurnya, IPG merupakan satu platform terbaik dalam menghasilkan guru berkualiti. Satu tempat di mana jika anda ingin menjadi guru yang berjaya. Boleh aku katakan segala keperluan dan bimbingan akan anda perolehi sebelum keluar menjadi guru.

Seriously, aku menyesal giler menolak tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan 4 tahun lalu. :( Tapi kenapa masuk IPG? Punca aku masuk ke IPG adalah kerana terdesak. Lepas SPM aku tak dapat matrikulasi dan asasi yang aku idamkan. Tapi aku berjaya dapat tawaran IPG dan dalam masa yang sama dapat tawaran Diploma T.Makmal Perubatan tuh. Masa tu aku fikir Diploma ambil masa lama dan takut gagal melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Tapi tu lahhh... Bukan lama mana pun...! Adoiii! Silap giler masa tuh! Jadi, kepada adik-adik kalau nak sambung pelajaran kena utamakan minat. Itu lebih penting supaya tidak menyesal di kemudian hari macam aku!

p/s: Jika pembaca entry ini memang betul-betul minat nak jadi guru, abaikan segala nasihat aku di atas.





Friday, 24 December 2010

Suka Duka Kehidupan Tahun 2010


Assalamualaikum w.b.t





Sudah berbulan aku tak update blog ini. Maaflah jika ada yang memberi komen atau mesej aku tak balas. Serius, dekat 3 bulan aku tak jenguk blog sendiri. Puncanya? Mungkin aku lebih memberi tumpuan kepada minat aku iaitu riding dan touring. Dan, kekecewaan aku selepas pihak advertising gagal memberi sebarang bayaran hasil dari blog ini. Ya! Mereka berhutang RM200++. Tapi tak apa, aku tak anggap aku gagal, bahkan aku masih memperoleh sesuatu melaluinya iaitu ILMU. Ilmu berkaitan internet dan tak kurang ilmu berkaitan perniagaan. Berharga bukan? Orang berjaya selalu berkata, Dare To Fail! Dan kegagalan ini sebenarnya membuka mata aku betapa pentingnya merancang kehidupan lebih-lebih lagi berkaitan merancang wang.

Boleh aku katakan, selepas melanjutkan pelajaran aku agak boros dalam membelanjakan wang. Iyalah, baru dapat pegang duit banyak, semua benda nak beli. Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula lebih berhati-hati dalam menguruskan wang. Rasa menyesal ada gak sebab kenapa dari dulu tak fikir macam ni. Tapi masih belum terlambat. Benda yang dah berlaku biarkan berlaku. Orait?

Tahun 2010, bagi aku merupakan tahun yang penuh dengan suka duka. Rasanya terlalu pantas masa berlalu. Lagi beberapa hari kita akan masuk tahun 2011 sedangkan aku rasa macam baru minggu lepas aku menyambut 1Jan 2010 di Pudu. Hehe. Alhamdulillah, hampir semua azam yang aku tanam berjaya dicapai. Nak tahu apa azam aku untuk tahun 2010? Klik ni! Tahun 2010 juga merupakan tahun paling banyak aku riding dan touring. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Yup! Aku dapat rasa kesannya. Huhu... Selalu berjalan membuatkan aku rasa Malaysia ni kecil saja. Sampaikan aku pernah balik kampung hujung minggu naik motor jek sebab dah rasa dekat. Dan, target aku untuk menakhluk 4 tanah tinggi di Malaysia iaitu Genting, Cameron, Fraser dan Bukit Tinggi akhirnya tercapai. Puas rasanya. Wuuhuu!




Tahun 2010 juga merupakan tahun di mana aku melalui pengalaman pahit kemalangan jalan raya. Eksiden masa balik dari Cameron Highland. Huhu. Rakan-rakanku juga banyak yang kemalangan. Tapi setiap perkara pasti ada hikmahnya. Lepas jek kemalangan barulah nak ride dengan berkhemah dan beringat. Hehehe...

Kehidupan aku di IPG juga aku rasakan semakin baik. Walaupun kehidupan di situ bukanlah kehidupan yang aku inginkan, tapi kenapa harus sentiasa kecewa dan menyesal dengan apa yang dilalui? Benda dah terjadi, kita tidak boleh berpatah balik. Teruskan dan laluinya dengan hati yang cekal. Mungkin sekarang sakit, tapi mungkin manis untuk masa hadapan. Betul kan? Hidup tak selalu indah tapi hidup juga tak selalu derita.

Mungkin semua dah tahu aku belajar di IPG. Aku jadi guru? Hahahaha! Macam lawak seh. Serius! Aku tiada minat dan bakat dalam bidang perguruan. Sudah 3 tahun berusaha untuk ke arah itu tapi gagal. Tak pasti mana silapnya. Kalau diberi peluang untuk berpindah IPG, aku akan berpindah. Keadaan sekeliling yang buat aku tak selesa dan rasa looser. Hidup di kawasan pedalaman memang tak happening. Heh! Sorylah kalau orang situ marah dengan kenyataan aku. Tapi jujurnya memang aku kureng happening duduk situ. Berhijrah ke tempat lain bukan bermaksud putus asa tetapi mencari peluang membaiki diri di tempat lain. Right?

Kadang-kala, bila aku baca balik blog ini, rasa geli pun ada gak. Iyalah, masa tu buat blog untuk jana duit apa semua tu. Jadi menulis blog bukan dengan sepenuh hati dan niat yang betul. Huhuhu... Ingat lagi 2 tahun lalu, ketika aku mula berblogging. Ketika itu dunia blogging sedang rancak. Tahun ini aku mula tinggalkan komuniti tersebut. Namun pada bulan lepas aku mula menjelajah kembali dunia blog/website. Tak sangka ianya bertambah meriah dan berwarna-warni. Malaysia boleh!

Tahun 2009, aku mempunyai satu hobi iaitu mengumpul jam tangan. Masuk tahun 2010 entah ke mana hilang hobi tu. Hehehe... Tapi masih lagi mengikuti perkembangan dunia jam tangan cuma tak se'hardcore' dulu. Sudah puas mungkin... Sekarang, aku mula berjinak-jinak minat kereta. Tapi keadaan ekonomi masih tidak cukup. Tengok orang main drift, mak aihh..kepengen seh...! Membuatkan aku tak sabar nak masuk alam pekerjaan. Huhu...



Sekarang gian tengok orang main drift..

Itulah serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2010. Tahun yang aku rasa aku macam dah dewasa. Heh! Buat sahabatku Syafiq Manaf yang masih berada di hospital akibat penyakit yang dihadapi, moga tabah menerima ujian dari Tuhan. Memang berat dugaan tersebut. Aku sendiri tak sampai hati melihat keadaannya. Semoga Tuhan menyembuhkan penyakitnya. Amin...

Untuk tahun 2011, aku tidak meletakkan sebarang azam. Cukup bagiku agar kehidupan untuk tahun 2011 nanti berjalan dengan lancar dan dipermurahkan rezeki. Amin... Aku juga berharap agar sentiasa diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang dilalui..kehidupan yang jauh terpesong dari apa yang aku cita-citakan. Huhuhu..

Akhir sekali, aku nak minta maaflah jika ada terkasar bahasa ke, apa ke, tak balas komen ke, mesej ke sepanjang aku menyepikan diri dari blog ini. Aku amat hargai pengunjung yang datang ke blog ini walaupun aku senyap jek. Tiada niat pun buat macam tu. Lepas ni rasanya mahu kembali menulis blog. Yeh!

nota kaki: panjang giler entry ni. :P