Posts

Showing posts from August, 2010

Perasaan Aku Bila...

Image
Kehidupan baru aku selepas 2,3 tahun terjebak dengan dunia motor secara serius. :P Macam-macam perasaan timbul bila aku baca balik entry-entry lama dalam blog ini. Sampai aku rasa macam malu sangat-sangat. Rasa macam nak tutup sahaja blog ini. Bila aku belek entry lama, aku rasa macam budak-budak jek. Aku dapat rasakan yang dahulu semasa aku menulis entry, aku cuba masukkan unsur humor dan feel “happy go lucky”. Konon-kononnya lah. Tapi aku tak sedar gaya penulisan seperti itu memang sungguh kebudak-budakan. “Badan rasa geli bila baca entry lama”. Berbanding sekarang, aku sedar setiap kali aku tulis entry feel dalam kepala aku serius jek. Agak sukar nak buat sebuah entry yang bersifat happening. Mungkin gaya hidup aku dah berubah. Sejak setahun kebelakangan ini, banyak benda lama aku tinggalkan dan banyak benda baru aku cuba. Kadang-kala rasa macam tertanya-tanya kenapalah aku boleh terjebak dengan blog ni. Mungkin dulu-dulu perasaan ingin berkongsi pendapat, aku luahkan di blog

Kesibukan Yang Tak Pernah Hilang.

Image
Hidup ni kadang kala aku rasakan terlalu sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Macam-macam hal perlu dilakukan. Hidup seolah-olah menjadi robot. Aku terfikir, apa yang aku dapat dengan kesibukan yang dilalui setiap hari? Sibuk dengan study, presentation, tutorial, amali, kerja kursus, projek... Apa yang aku dapat? Memang ilmu yang aku dapat. Ilmu adalah harta yang paling berharga. Tapi, semua itu seolah-olah hanya dibuat untuk mendapat markah di kertas. Keluar result semester, melihat A berduyun kemudian tersenyum lalu disimpan kertas itu ke dalam fail. Hurmmm... Niat kena ubah ni... Melalui kehidupan yang dibelenggu dengan peraturan ciptaan manusia memang kadang-kala memeritkan. Terasa seperti peraturan itu tidak munasabah. Walaupun ianya dicipta untuk kebaikan kedua pihak namun aku tetap rasakan ia mengganggu hidup. Peraturan remeh-temeh dibuat dan ditokok tambah memberi kesan kehidupan terasa seperti kebudak-budakan. Mungkin aku belum nampak atau merasa nikmat daripada se

Program Motivasi Atau Motibasi?

Image
Haha.. Insap..insap... Zaman sekolah dulu memang dah biasalah dengar perkataan Program Motivasi. Program Motivasi UPSR, PMR, SPM dan macam-macam lagilah. Apa sebenarnya tujuan program sebegini diadakan? Menyedarkan pelajar? Meningkatkan keyakinan diri pelajar? Memberitahu hala tuju seorang pelajar? Mengurangkan masalah disiplin di sekolah? Hurmmm... Kalau nak cerita apa tujuannya memang banyak. Aku dari zaman sekolah rendah sampai menengah entah berapa kali kena masuk program motivasi. Sampai dah hafal apa isi kandungan dalam setiap program yang diadakan. Hahaha. Jika difikirkan secara positif, memang banyak kebaikan yang terdapat dalam program ini. Tetapi sejauh manakah keberkesanannya kepada pelajar? Aku berani kata pelajar hanya insaf selepas 2,3 hari mengikuti program motivasi. Lepas tu...habis. Jadi macam biasa balik. Haha. Tapikan mesti ada seorang dua yang betul-betul berubah dan bermotivasi secara kekal atau lama. Dan walaupun hanya seorang dua daripada berpuluh, beratus

Hip Hop. Suatu Kenangan Terindah Zaman Sekolah.

Image
Jika dilihat pada zaman sekarang, aku tak berapa nampak lagi kemeriahan anak-anak muda melakukan aktiviti bersifat budaya barat. Mungkin ada cuma aku tak nampak. Maksud di sini jika kita imbas 8 tahun dahulu, anak remaja sibuk dengan budaya Hip Hop, Skin Head, Punk, Grunge dan Reggae. Semasa aku menjejakkan kaki di sekolah menengah, aku mula mengetahui apa itu Hip Hop. Melihat abang-abang senior ke sekolah dengan baju dan seluar sedikit labuh, kasut Nike Air Force serta kadang kala membawa helmet untuk breakdance. Pergi ke kantin sekolah terpampang sebaris graffiti. Hebat! Di padang, pelajar berkumpul untuk melihat para pelajar ‘battle’ antara satu sama lain. Teruja aku ketika itu. Iyelah, dapat melihat gerak tari breakdance mereka tak ubah macam apa yang aku lihat di tv. Too Phat. Boleh aku katakan aku sedikit terpengaruh dengan budaya Hip Hop ni. Sedikit sebanyak aku tahu beberapa jenis nama gerak tari breakdance. Masa tu, kumpulan rap terkenal Malaysia, Too Phat memang hot. Lag

Hatiku Meronta!!! Yarrggghhh!

Image
Waaargggh! Muka terpaksa potong pasal sengal sangat mimik muka tuh. Hahaha... Muak. Sedar tak sedar dah dekat 2 bulan aku di kampus. Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Mengisi masa dengan pelbagai aktiviti sehinggakan aku terlupa untuk menggembirakan hati sendiri. Oh... Baru aku sedar rupanya perasaan bosan dan muak dah mula menjelma. Jiwa meronta-ronta mahu pulang ke rumah. Aku rindukan life di Johor!!!! Agghhhh! Patutlah bila mengadap Facebook mula merapu bukan-bukan. Buka blog rasa bosan yang sangat. Keluar berjalan rasa seperti mencari sesuatu tetapi tidak jumpa. Hurm... Oh! Rupanya dah lama tak merasai suasana happening. Dah lama rasanya tidak ketawa gila-gila, berbual gila-gila, keluar berjalan gila-gila, makan gila-gila, shopping berpada-pada (ececeh)... dan banyak lagi gila lah. Hahaha... Apa puncanya? Rupanya dah lama tak jumpa kawan lama. Patutlah. Penyelesaian? Kau tunggu Ayisy..tunggu. Lagi 3 minggu kau balik. Bila kau balik, semua perasaan di atas hilang Ay

IPT Edu Ride. Masyuk!!!

Image
Huhu... Alhamdulillah, Sabtu lepas aku dapat menyertai satu ride yang disertai budak-budak IPT dari seluruh negara. Ride ke Cameron Highland yang menghimpunkan beberapa rider dari USM, UM, UTP, UTeM, IPG Pahang dan IPG Perlis berlangsung dengan jayanya. Oh, mengapakah gaya aku menulis seperti menulis laporan rasmi? Haha... Aku bergerak bersama 2 orang member dari IPG menuju ke Cameron Hignland melalui jalan baru iaitu Koyan-Cameron Highland. Jalan memang terbaik! Memang nikmat lalu jalan situ. Jalan yang lebar, koner besar, kereta kurang ditambah lagi dengan pemandangan Banjaran Titiwangsa memang membuatkan korang tersenyum sepanjang ride. Disebabkan jalan yang masyuk, perjalanan dari IPG ke Cameron Highland hanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Oh yer, pastikan jika ingin melalui jalan tersebut, minyak diisi dengan penuh. Sepanjang jalan itu tiada pekan mahupun stesen minyak. Yang ada hanyalah hutan yang menghijau dan jalan yang super duper best! Jalan yang terbaik! Selepas sampai di

Bila Lapar.

Image
Bila lapar, kena makan. Bila makan, kena bayar. Bila bayar, duit keluar. Duit keluar, simpanan makin sikit. Simpanan makin sikit, emosi jadi sakit. Huh! Aku nak tanya korang, sehari berapa kali makan? Sehari habis berapa ringgit untuk makan? Aku semenjak masuk IPG ni, selalu rasa lapar. Nak makan jek kerjanya. Pagi makan, tengah hari makan, pukul 2.00 petang makan, pukul 5.00 petang makan lepas tu makan malam kemudian kunyah coklat/cekedis malam-malam buta. Kalau aku lapar mesti kena makan kalau tak mood asyik macam nak ngamuk. Hahaha.. Disebabkan aku kuat makan, setiap hari aku habis diantara RM10.00- 15.00 hanya untuk makan! Wow! Macam orang obesiti bunyinya. Ditambah lagi keadaan di mana makanan kat Kuala Lipis mahal. Mana tahan kan tiap-tiap hari duit habis banyak untuk makan. Aku makan bukan sebab nafsu semata-mata, tapi perut lapar sangat. Hurmm... Kalaulah sepinggan nasi+lauk hanya RM2.00, air RM0.50 dan roti RM0.20, mesti sehari tak sampai RM10 habis. Haha.. Itu 20 tahun du