Wednesday, 28 July 2010

G-Shock GW-S5600. Jam Bertali Carbon Fiber!

Casio G-Shock GW-S5600

Nak beli! Tapi tak rela duit dilepaskan...

Itulah penangan jam keluaran terbaru Casio, G-Shock GW-S5600. Sekali pandang, tak nampak keunikan yang terdapat pada jam ni melainkan seutas jam G-Shock berbentuk klasik dengan sedikit hiasan. Tetapi setelah diteliti betul-betul, jam ini menggunakan tali yang diperbuat daripada carbon fiber! Peh!

Bila sebut tali carbon fiber, apa yang boleh diharapkan adalah tali ini takkan putus. Jadi ianya memberi ketenangan emosi dan mental korang selepas memiliki jam ini. Tak payah runsing pening kepala bagai sebab takut tali jam putus. Selalunya, jam tali getah akan putus selepas lama digunakan. Selain itu, apa yang aku faham adalah selain daripada tali, bahagian lain seperti spring bar, buckle dan band ring juga disaluti carbon fiber. Terbaik!


Lihat talinya. Di dalam terdapat carbon fiber yang mengukuhkan tali. Gambar diambil dari seiyajapan.com


Yang menjadikan jam ni bertambah cool adalah teknologi yang terdapat padanya. Menggunakan tenaga sang matahari sebagai punca kuasa membolehkan korang tak perlu menukar bateri jam lagi. Hanya perlu pakai, dan hulurkan jam anda ke arah matahari. Hehe.. Tak lah. Gurau jek, takdelah kena buat macam tu sekali.

Teknologi lain ada tapi tak guna aku cerita sebab ianya tidak dapat berfungsi di negara ini. Contohnya time calibration signal reception (Wave Ceptor) yang membolehkan jam membetulkan waktunya secara automatik. Huhu... Harga tak rasmi RM950++. Heh! Aku tak pasti sama ada jam ini dibawa masuk ke Malaysia ke tak. Kalau tak, korang tak payah risau sebab ianya boleh dibeli secara online seperti di eBay, Amazon, seiyajapan.com dan sebagainya. Orait?

Tuesday, 27 July 2010

Naik Motosikal Memang Terbaik!

Haha!

Ada orang cakap gila. Ada orang cakap enjin meletup. Ada orang cakap tak penat ke? Ada orang kata boleh ke? Ada orang kata sakit punggung woo...!

Itulah ungkapan apabila seseorang bertanya kepadaku “Naik apa balik kampung/kampus?”. Lalu aku menjawab “Naik motor kapcai”. Meh sini aku cakap, korang kalau naik motor Honda C70 dari Johor ke Perlis pun boleh sampai. Tarak hal lah! Takdernya enjin meletup, tayar meletup mahupun karburator meletup.

Dahulu, aku pernah buat naik Honda EX5 berusia 10 tahun dari Batu Pahat ke Kuala Lipis makan 7-8 jam, alhamdulillah sampai tanpa sebarang masalah. Pernah juga aku ride dari Kuala Lipis ke Batu Pahat lalu jalan dalam (bukan highway) selama 9-10 jam pun sampai jugak. Jadi apa masalahnya dengan motor kapcai? Jangan pandang rendah motor kecik bro...

Aku kalau ke mana-mana sebolehnya nak naik motor. Aku tak suka naik bas, keretapi dan lain-lain pengangkutan awam. Bukan memandang rendah cuma aku sukakan kebebasan, tak suka menunggu, tak suka buang masa, tak suka sesak-sesak dan banyak lagilah. Lagi satu aku ni mabuk naik bas aircond. Tak sampai 15 minit komfem dah start pening. Lepas tu naik bas/keretapi ni duduk jek. Bosan! Walaupun boleh dengar lagu, tengok tv tapi sumpah tak feel langsung. Berlainan dengan naik motor, kau lapar boleh singgah kedai, kau bosan boleh lepak RNR, kau nak buang air boleh singgah tandas, ada jalan selekoh kau boleh praktis amik lap. Apa lagi? Huhuhu...

Owh lupa pula, kalau jalan jem korang akan senyum sombeng bila naik motor dan memotong sebuah Ferrari. Hehe... Tapi ingat, naik motor ni ada risikonya. Kalau hujan, adehhh.. Itulah kelemahannya. Lagi satu motor ni kecik berbanding kenderaan lain. Jadi risiko kemalangan adalah tinggi. Pakai helmet, dan kalau boleh pakailah alat keselamatan tambahan lain seperti kasut dan knee protector.

Oh yer, aku menyampah melihat sebilangan anak muda yang baru pakai kereta buat muka kerek bila melihat penunggang motosikal. Memaki hamun penunggang motosikal. Ada pula orang pandang rendah pada motor kapcai dan hanya agungkan superbike padahal dia sendiri pun tiada superbike! Apa cer? Hurm... Lantak lah. Yang penting para rider rock! Mungkin suatu hari nanti apabila aku sudah berkereta, aku akan berkata " Naik Kereta Terbaik Seh!". Hehehe.

P/S: Aku nak tanya korang, apakah pandangan korang bila melihat sekumpulan penunggang motosikal? Benci? Suka? Atau melihat mereka ini sebagai pengguna jalan raya yang paling sengkek?


Sunday, 25 July 2010

Kuala Lumpur? Best Ke?


Kuala Lumpur? Sebelum ni aku memang jarang pergi ke KL. Orang kata di KL semuanya ada. Iyeke? Sampai budak tempat aku asyik-asyik turun KL jek.

Dah nama ibu negara Malaysia, mestilah KL antara tempat paling gempak kan. Alhamdulillah, sejak tahun lepas dan tahun ini aku banyak berpeluang pergi ke kota besar ini. Jadi, apa yang aku boleh cakap tentang KL adalah? Takder lah best sangat. Kenapa aku cakap macam tu?

Aku tak nafikan kalau korang cari barang elektronik seperti komputer dan gajet, KL lah syurga barangan tersebut. Aku kalau pergi KL memang rambang mata tengok barang elektronik yang canggih, murah dan terlalu banyak pilihan. Nama Low Yat Plaza aku rasa kalau siapa tak tahu nampak sangat dia tak amik berat tentang kemajuan teknologi komputer di Malaysia. Huhu...

Kedua, KL adalah syurga bagi kaki motor macam aku. Pergi KL berlambak kedai motor dan ada satu tempat namanya Sentul, kat situ ada deretan kedai motor yang akan membuatkan nafsu aku membuak-buak. Hahaha! Di situ meriah dengan pelbagai aksesori motor. Juling biji mata nak buat pilihan. Kalau tak bawa duit lebih merana jiwa raga beb!

Kalau bab pakaian pula, aku rasa KL bukanlah citarasa aku. Entahlah. Bila aku pusing KL, aku tak nampak apa yang aku cari. Sebesar-besar Mid Valley, Time Square, KLCC, Pertama, Sogo, The Mall, Campbell dan sebagainya aku rasa bosan jek kalau mencari pakaian. Mungkin terlalu banyak pilihan atau pilihan-pilihan di situ terlalu asing buat aku. Berlainan jika aku shopping di Johor Bahru dan Melaka, hampir semua kedai bagi aku memang style! Bahkan di Batu Pahat pun aku rasa dah cukup untuk memenuhi keperluan pakaian aku. Hehehe...

Akhir sekali, aku kalau bab jalan-jalan dan shopping, aku sukakan ketenangan. Nak belek barang kena tenang, nak pergi bayar kena tenang, nak makan kena tenang... Tapi kalau kat KL sesak sangat dengan manusia. Nak belek barang ramai orang, nak beli tiket wayang kena beratur panjang, nak bayar kena beratur panjang dan nak makan kat fastfood pun kena beratur panjang giler babeng! Lepak seh kalau camtu. Huhu..

Kesimpulannya, aku lepas ni hanya akan ke KL jika mahu mencari barang komputer dan motor sahaja. Terima kasih. Hahaha!

Tuesday, 20 July 2010

Jejak Kasih Selepas Terpisah 12 Tahun.


Ni gambar diaorang masa darjah 4. Aku dah pindah masa ni.

Teruja tahap gaban! Rasa macam tak percaya jek keadaan ini berlaku. Huhu.. Bayangkan... Kawan-kawan aku yang sudah dekat 12 tahun terpisah berjumpa kembali. Aku pernah terfikir nak cari diaorang tapi tak jumpa-jumpa sehinggalah...

Masa aku bosan-bosan main Facebook, entah macam mana boleh terlintas di fikiran hendak mencari kawan-kawan lama. Aku terus teringat kawan-kawan masa aku bersekolah rendah di Mersing, Johor. Lama betul aku melupakan mereka. Lepas aku pindah ke Batu Pahat, terus lost contact dengan diaorang.

Mula-mula cari tak jumpa-jumpa. Search sana-sini. Akhirnya aku jumpa satu group sekolah lama aku tuh. Huhu... Apa lagi, godek punya godek. Tak jumpa gak. Last-last aku tanya jek kat sorang budak dalam group tu. Terus jumpa sorang member lama. Haha.. Daripada sorang member tu terus jumpa semua member lama. Kah3! Hebat betul teknologi zaman sekarang.

Ni pulak geng aku sejak darjah 3 dan masih melekat hingga sekarang. :)

Hurm... Boleh aku katakan diaorang la geng pertama dalam hidup aku. Geng satu sekolah, geng sepermainan dan geng berbual. Malangnya, aku sempat berkawan dengan mereka sampai darjah tiga sahaja.

Sekarang, semua dah besar-besar. Muka dah lain giler. Sampai aku tak cam. Dah yang lebih best, kebanyakan diaorang belajar di IPG dan UPSI, nak jadi cikgu. Hahaha... Tak sangka. Boleh sama pulak. Apapun, harap korang terus berjaya dalam bidang masing-masing. Ada masa, nanti aku turun Mersing kasik gegar FELDA Nitar 2. Hahahaha!

Wednesday, 14 July 2010

Belajar Hilangkan Tekanan Dan Kebosanan.


Apabila aku menjejakkan kaki ke kampus, tiada lagi aktiviti keriangan seperti mana yang aku alami di kampung sendiri. Nak tak nak, kena pandai cari sesuatu yang menghiburkan dan menghilangkan kebosanan.

Nasib baiklah di IPG aku ramai budak-budak yang suka ride. Setiap kali cuti hujung minggu, jika tidak ada apa-apa pasti ada saja rancangan. Jadi, boleh aku katakan antara aktiviti utama untuk menghilangkan bosan adalah jalan-jalan menunggang motosikal. Takde aktiviti lain dah. Tu jek lah. Hehe..

Selain daripada jalan-jalan, kadang-kala guru pelatih dan pensyarah IPG dijemput untuk mengiringi rombongan orang kenamaan yang datang ke Kuala Lipis ataupun IPG kitaorang sendiri. Best eskot-eskot orang ni, dapat baju free, makan dan duit. Kih3! Lagi-lagi ada polis eskot lagi la rasa jalan tu macam kitaorang yang punya. Kah3! Alah.. sekali sekala. Bila lagi kan nak seronok-seronok lepaskan tension belajar...

Semalam, IPG aku menerima lawatan daripada Rektor IPG, Pegawai Namibia Teacher Training College, Pengarah, Tim Pengarah KPM dan IAB. Sebelum diaorang tiba, kitaorang eskot bagi meraikan kedatangan mereka. Huhu... Bila difikirkan, aku rasa macam bangga bila ada orang datang nak tengok sistem pendidikan guru di Malaysia. Iyelah, jika zaman dahulu hanya orang kita sahaja ke luar negara untuk melihat sistem diaorang. Tapi sekarang, orang luar pula datang untuk melihat kita. Kombang hidong eden. Hehe..




Mat saleh ambil gambar tu sporting habis!


Menyambut tetamu masuk. Huhu...

Bila ada aktiviti sebegini, aku rasa seronok hidup di kampus ni. Ramai orang suka cakap bosan lah duduk sini, takder benda pun. Sebenarnya kalau korang tinggal di mana pun, tetapi pandai menyesuaikan diri dan bijak mengisi masa dengan aktiviti yang menyeronokkan, aku yakin korang tetap akan happy. Janganlah asyik merungut dan merungut. Kalau macam tu sampai bila-bila pun korang akan tetap tersiksa dan dibebani kebosanan maha dasyat! Hahahaha!

Monday, 12 July 2010

Duit Adalah Segalanya?

Game kehidupan di alam maya.

Duit cumalah sehelai kertas. Tetapi dengan sehelai kertas tu, kita boleh tukar dengan pelbagai benda bahkan orang sekalipun. Haha... Penting sangat ke duit nih? Penting bengong duit! Takder duit macam mana nak hidup. Orang kata duit bukanlah segala-galanya. Duit bukan alat untuk mencapai kebahagian. Iyeke?

Macam ni, sejak dua menjak ni aku boleh pulak gian main game The Sims dan Singles 2. Game ni boleh aku katakan simulasi kehidupan sebenar tetapi dibawa ke alam maya. Game ini membolehkan korang mengawal beberapa watak untuk menjalani kehidupan seperti di dunia sebenar. Korang akan bina rumah, beli perabot, membina hubungan sesama manusia, bekerja, berhibur, kemas rumah, urus hal rumah tangga dan sebagainyalah. Cabarannya ialah menjadikan setiap watak tu hidup bahagia dan harmoni.

Main punya main game ni punyalah susah nak menjadikan setiap watak ni bahagia. Masalah yang aku paling geram sekali ialah kekurangan duit. Berhari-hari, berjam-jam aku main punyalah lama. Punyalah susah nak upgrade taraf kehidupan watak dalam game tu.

Last-last korang tahu aku buat apa. Pergi internet cari cheat. Kah3! Aku cari satu cheat jek, cheat duit! Ya! Duit! Aku pergi masukkan cheat tu dan taruk berapa dollar yang aku mahukan sepuas hatiku. Hahahaha! Dan akhirnya aku berjaya bina rumah yang besar, perabot dan hiasan mewah, alat-alat yang canggih dan sebagainya. Bila benda tu semua berjaya dipenuhi, secara automatik watak-watak yang aku mainkan senang untuk bahagia dan tentu sekali tak payah bekerja. Kah3!

Jadi, apakah kesimpulan daripada game yang aku main ni? Adakah duit adalah segala-galanya? Bagi aku, duit itu penting. Tetapi perlu diseimbangkan dengan perkara lain yang juga sama penting. Takder duit susah, duit banyak sangat pun susah sebab takut orang rompak. Hehe. Jadi senang cerita bersederhanalah. Terpulang kepada setiap individu untuk menilainya. Huhu...

p/s: Game ni hanyalah permainan semata-mata. Tak boleh dijadikan contoh mahupun pedoman untuk hidup di alam nyata. :)

Thursday, 8 July 2010

Tajuk Entry Ini : Perubahan

5 tahun yang lepas.

Sudah masuk bulan Julai rupanya. Tak sangka tahun 2010 ini aku rasakan begitu rempit masa berlalu. Semester lepas semester paling giler aku. Tekanan belajar, member kemalangan jalan raya, aktiviti itu ini, duit sikit dan banyak lagi. Paling sedih aku kemalangan motosikal bulan Mei lepas. Huk!

Bila imbas kembali 3 tahun yang lepas, lagi la aku rasa kejap. Daripada zaman naik bas pergi Kuala Lipis ramai-ramai macam rombongan sekolah, kemudian naik motor Honda EX5 dan sekarang masing-masing dengan motor/kereta baru. Nampak dah perubahan pada diri dan muka masing-masing selepas 3 tahun berlalu. Huhu... Paling best, sebelum masing-masing kemalangan, pantang nampak highway atau selekoh, sekor-sekor masuk hantu. Tetapi lepas kemalangan, baru la nak berhemah di jalan raya. Kat highway K.Lumpur, bawak penuh kesopanan beratur tepi jalan. Keh3!

Dulu, nak balik kampung dari K.Lipis ke Batu Pahat, peh! Terasa dia punya kejauhan. Syahdu betul bila balik kampung. Naik keretapi waktu malam, sedar-sedar dah sampai di siang hari. Sekarang? Haha... Perjalanan 7-9jam dah tak rasa dah. Kampung yang jauh terasa dekat. Merempit balik kampung pun punggung dah tak kebas, tangan dah tak bergetar.

Masa awal di IPG, peraturan suruh pakai kasut waktu kuliah petang, masing-masing melawan. Masing-masing tak nak pakai kasut. Muncung jek mulut. Tapi sekarang, macam dah faham-faham jek setiap kali kuliah rasmi/majlis mesti pakai kasut. Tak payah disuruh-suruh. Mula la sekor dua akan psiko “dah matang budak-budak ni”. Hak3!


Terkini. Semua pakaian di atas sudah aku buang kerana koyak semasa mengambil selekoh cecah siku dan bahu. Kah3!

Harap, untuk semester ini segala perjalanan hidup berjalan lancar. Kalau korang perasan, sekarang ni seminggu terasa begitu kejap berlalu. Masuk kuliah hari Isnin, tengok-tengok esok dah Jumaat. Tengok-tengok eh..dah nak puasa. Pastu eh...nak raya pulak. Tengok-tengok lagi eh...dah kerja. Tengok-tengok-tengok lagi eh...dah nak *==*. Dan akhirnya tengok kat shopping complex, anak berderet macam keretapi berbaris belakang mak ayah. Lepas tu ada yang nangis minta belikan mainan. Kah3!

Ok,ok. Terlebih pulak. Kepada yang masih belajar, harap korang masih bersemangat untuk belajar dan meneruskan kehidupan. Masa akan datang lagi 2,3 tahun tak tahulah apa perubahan yang akan terjadi. Huhu... Bak kata cikgu aku, “Setiap perubahan itu menjanjikan kematangan dalam hidup kita.”

Sunday, 4 July 2010

Bandar? Kampung? Atau Pedalaman?


Balik kampung kerjanya makan..makan...makan...bera*

Dulu masa aku sekolah, ramai kata belajar/hidup di kawasan pedalaman bagus, menenangkan dan boleh mengelakkan kita daripada terlibat dengan gejala negatif. Selain itu, belajar/tinggal di kawasan pedalaman dapat menjimatkan duit dan kos sara hidup. Peh! Meleleh air mata baca statement ini.. :P

Betul ke pernyataan ini? Sejak aku lahir, aku dah rasa tinggal di kampung, FELDA, bandar dan pedalaman. Lahir dan membesar di kampung kemudian sekolah rendah tiga tahu di FELDA, balik semula ke kampung seterusnya menyambung pelajaran di sekolah berasrama di kawasan bandar. Habis sekolah sambung belajar di IPG (kawasan pedalaman). Peww! Ada macam orang nomad ke? Kah3!


Makan lagi...

Paling best? Bagi aku paling best duduk di kampung dan bandar. Di kampung suasananya menenangkan tetapi meriah. Petang-petang boleh pusing kampung dengan motor. Lepak dan makan tepi pantai. Peh! Sedap seh! Jalan tak jem. Merasai tiupan angin laut yang kencang! Tengok budak-budak kecik main pasir sampai berkudis. Hahaha!

Di bandar pula macam-macam ada. Segala kemudahan ada. Hiburan, tempat shopping, banyak event... Kos hidup? Entah, bagi aku ok jek tak mahal pun. Janji happening dan tak muram. K.Lumpur lain la pasal banyak tol. Wakaka!

Pengalaman aku duduk di pedalaman, takdelah menjimatkan kos. Boleh tahan gak mahal.Makan mahal, barang terhad. Gejala sosial? Ada gak. Suasana aku tak nafikan tenang. Sesuai la untuk budak-budak belajar.

Kesimpulannya, duduk kat mana-mana pun tetap memerlukan duit. Hahaha. Tapi aku suka duduk tempat yang meriah dan happening! Agggghh! Nak balik kampung! *Mood dah tak tahan kebosanan*



Suasana di kampungku. :) Boleh main rally! Haha...

Friday, 2 July 2010

Masa Depan! Ahhh! Risaunya!

Merenung masa depan yang tidak pasti. Yang depan tu adik member aku, jangan pelik pulak ada budak kecik dalam geng aku. Haha..

Semenjak dua menjak ni aku risau. Risau tentang masa depan. Asyik fikir jek macam mana la aku bila dah habis belajar nanti.

Memang aku belajar di IPG dan dijamin jadi guru. Tapi itu bukan bermaksud 100% aku akan keluar dan terus bekerja. Hidup merupakan sesuatu yang tidak pasti. Jangan terlalu yakin dengan apa yang kita fikirkan. Apa-apa sahaja boleh berlaku sama ada apa yang kita ingini dan tidak diingini.

Ishk! Risaunya. Kalau aku tak dapat pekerjaan yang mampu menampung hidup aku bagaimana? Aduhhh... Perasaan macam ni buat aku tak keruan.

Yang sama atau sebaya dengan aku pernah terfikir tak? Dulu aku pernah fikir tapi fikir yang indah-indah sahaja. Memasang impian yang besar-besar sahaja. Yang manis-manis. Yang hanya membuatkan kita tersenyum... Tetapi tidak pernah terfikir hidup bukan semudah yang disangka.

Mungkin 20 tahun sepanjang hidup aku, aku hidup selesa. Alhamdulillah hampir kebanyakan benda yang aku nak aku dapat.Tidak pernah mengalami masalah besar. Tidak pernah mengalami situasi yang begitu membimbangkan. Hurmm... Macam manalah aku nak hidup nanti. Makan, minum, tempat tinggal, kenderaan, simpanan, duit, kenderaan...

Aku mesti buat sesuatu untuk menghadapi masa depan. Bukan sekadar belajar sahaja. Tapi aku nak buat apa? Itu yang menjadi masalah! Ahhhhh! Pening-pening. Rileks Ayisy..rileks. Tenang dan cuba fikirkan sesuatu yang terbaik. Yeh! Think positive!

*Pernah juga berasa bimbang selepas SPM kerana tidak mendapat sebarang tawaran, tapi tak serisau yang ini!