Posts

Showing posts from June, 2010

"Bos" Swatch Group Meninggal Dunia.

Image
Nicolas Hayek . Sudah lama aku tidak menulis pasal jam tangan. Bagi peminat hardcore jam tangan berjenama Swatch, anda perlu bersedih sebab bos/pengasas kepada Swatch Group telah meninggal dunia baru-baru ni. Nama dia ialah Nicolas Hayek . Sob3! Dah...dah. Tak payah nangis sangat-sangat. Gembeng! Hehe. Walaupun beliau telah meninggal dunia, aku harap pewaris Swatch Group tetap berjuang meneruskan legasi Swatch. Aku dah la minat giler dengan jam Swatch. Nasib baik semasa beliau hidup sempat jugak aku beli jam Swatch. Selain jam jenama Swatch, jenama jam tangan lain seperti Omega, Tissot, Mido, Longines, Certina dan banyak lagi juga termasuk dalam Swatch Group. Peew! Komfem Si Nicolas Hayek ni kaya raya. Bila aku ingat Swatch, terus tergambar keceriaan yang dibawa oleh Swatch. Sebuah jenama jam Swiss Made pada harga mampu milik dan style. Kepada peminat Swatch, jangan lupa untuk usha model terbaru Swatch yang diberi nama Colour Codes , jam yang simple dan style! Swatch Colour Codes! Na

Burger BigMac Baik Punya!

Image
Huh! Baik punya setting. Cute. Huhu Aku dah pun berada di kampus. Sedih gak la. Biasanya, lepas cuti panjang memang rasa sedih akan menjelma semasa minggu pertama di kampus. Kenapa yek? Daripada zaman tinggal di asrama sekolah sampai sekarang perasaan tu mesti ada. Aku tak suka seh... Tak boleh ke perasaan ini hilang? Huh! Kena kuat kena kuat. Ditambah dengan keadaan broadband yang kena potong sebab tak bayar. Wifi pula block macam-macam. Menambah rasa bosan dan tension aku. Facebook tak boleh buka. Huk! Blog ni pun terus jadi bosan bila aku cerita macam ni. Haha... Ok-ok. Perasaan manusia memang kita tak boleh kawal. Tapi apa sebenarnya yang membuatkan kita rasa sedih, gembira, sakit hati dan sebagainya yer? Entahlah. Itulah kebesaran Tuhan. Dah..dah. Tak payah kau sedih Ayisy. Jom layan cerita masa cuti lepas. Khamis lepas aku lepak McD dengan member. Macam biasa order burger BigMac. Bila nak makan jek, aku terasa seperti ada keganjilan. Ya! Keganjilan! Sila buat mulut terlopon

Hidup Perlu Diteruskan...

Image
Seronok betul tengok kanak-kanak ini bermain. Tanpa menghiraukan orang sekeliling, mereka rancak dan khayal dalam dunia yang mereka cipta. Malu? Ahhh! Jauh sekali. Hidup semasa kanak-kanak memang kerjanya main...main...main. Masalah? Kalau tak Si Cikgu Garang, kerja rumah yang melambak. Itu jek. Makan minum? Ahhh! Masa kecil mana ada rasa asyik nak makan. Siap mak ayah paksa suruh makan adalah. Haha! Rasa mengantuk? Takde maknanya lepas sekolah nak tidur. Bukan macam orang dewasa, habis kerja/kuliah mesti kena tidur. Ngantuk woo... Haha. Saja letak video ni bagi feel sedih-sedih sikit. Hehe. Aku nak balik ke zaman kanak-kanak? Tak. Setiap zaman dalam hidup aku ada manisnya, ada pahitnya dan ada masamnya. Paling manis? Zaman remaja la. Habis sekarang zaman kau dah tak manis ke Ayisy? Manis... Cuma tak semanis macam dulu-dulu. Banyak perkara kena fikir. Walaupun duit penuh dalam poket, ada kenderaan sendiri dan orang panggil ‘bro’... Tapi taklah hidup sesenang macam di sekolah dulu

Air Cool Blog! Kenikmatan Yang Sukar Digambarkan. Hihi!

Image
Haa! Ni la Cool Blog! Yeh! Mari kita serang...! Tabakiki! Selamat sejahtera member-member? Haha! Oklah, kali ni aku nak share satu benda yang baru aku cuba. Pernah minum air di Cool Blog? Kalau yang dah pernah togak air Cool Blog mesti gian kan? Air Cool Blog ni dah lama sebenarnya. Cuma aku jek buat acuh tak acuh dengan kehadirannya. Member-member selalu layan air ni dan cakap sedap. Tapi aku biasalah, tak biasa cuba benda baru. Tekak orang Jawa la katakan. Biasa minum kopi jek. Haha.. Dari jauh dah nampak kegemerlapannya. Eh? Betul ke aku eja nih? Fid, pinjam jap tangan kau sebagai model. Lama gak kawan aku tu cuba mempengaruhi aku untuk mencuba air Cool Blog. Setiap kali dia beli, mesti kata “try aar, mesti ko gian punyer”. Tapi aku buat bodoh jek. Sehinggalah pada hari ini, akhirnya hati aku terbuka untuk mencuba air Cool Blog. Hahaha... Sila menangis! Di Cool Blog, terdapat pelbagai jenis minuman yang sedap-sedap. Contohnya Coffee Blog, Cendol Blog, Oreo Blog dan sebagainya. Palin

Salah Faham Kot...

Errrr... Pasal entry bertajuk "Diperhatikan Ketika Tengah Feeling" tu aku tiada niat pun nak bengang atau meluahkan rasa kecewa. Cuma suka-suka jek sebab rasa kelakar bila fikir balik. Hehehe. Tak sangka pula pembaca anggap lain. Bila baca komen, rasanya macam patut jek aku delete entry ni. Sory la kepada kawan-kawan aku dan tak lupa juga kepada Fid, aku rasa entry ni boleh menimbulkan salah faham. Huhu. Biasalah, adat menulis blog. Peace!

Review Lagenda Budak Setan.

Image
Ketika zaman orang sibuk dengan novel Lagenda Budak Setan, aku masih lagi di sekolah rendah. Tidak tahu apa itu novel, mungkin kemahiran membaca aku juga belum fasih. Heh! Masuk sekolah menengah, barulah aku berpeluang mengenali apa itu yang dinamakan novel Lagenda Budak Setan. Terkejut aku ketika melihat ketebalan novel tersebut. Bapak tebal! Aku cuba membaca. Entah berapa helai muka surat je aku berjaya baca. Sampailah ke hari ini aku tak pernah tahu apa itu cerita Lagenda Budak Setan. Tapi, setelah Lagenda Budak Setan difilemkan, aku agak tertarik untuk menontonnya. Iyelah, dengarnya novel Lagenda Budak Setan antara novel terlaris di Malaysia dan menjadi kegilaan remaja suatu ketika dahulu. Huhu... Setelah menontonnya... Apa yang aku boleh katakan filem ni memang best! Berjaya membuatkan aku tersentuh. Walaupun pada permulaan cerita ia membuatkan aku hampir kecewa kerana bagi aku jalan cerita permulaan tak berkesan langsung. ‘Feel kesetanan’ Farid Kamil (Kashah) ok cuma seperti

Minuman Sihat : Air Cikong

Image
Nasi Ayam + Cikong = RM4.00 sahaja. Kalau datang ke Johor, selain daripada mencuba Nasi Bariyani, Mi Bandung dan Otak-otak, apa kata korang cuba pula Cikong. Apa benda tu Cikong? Cikong ni merupakan sejenis minuman yang aku rasa hanya ada di Johor sebab kat negeri lain aku tak pernah nampak Cikong. Cara sebut Cikong senang jek (Ci + Kong). Aku sendiri tak tahu kenapa orang panggil Cikong. Bagi yang tak pernah dengar mesti malu-malu nak sebut pasal bunyi lain macam kan. Hahaha... Haa.. Inilah Air Cikong. Air Cikong ni merupakan air yang dicampur dengan buah-buahan seperti laici, barli, kelapa, kacang dan sebagainya. Mungkin ianya hampir sama dengan Laici Kang kat tempat lain. Entah-entah sama kot sebab aku tak pernah cuba Laici Kang. Bunyi pun dekat-dekat sama. Kang...kong...kang...kong. Dah terbunyi sayur kangkong plak. Hehe... Dua member aku sedang menikmati Cikong. Ops! Soryy la Fid aku terpaksa sensor mulut tuh. Hehe... Rasanya? Peww! Ada rasa manis, masam dan rasa buah. Harganya pu

Big Mac Oh Big Mac! Nyum3!

Image
Big Mac! Kalau dah lapor sangat, mesti la kena makan nasi kan. Tapi sesekali tengah lapor giler layan burger di McD atau gerai tepi jalan syok gak. Kalau kat kampus, bosan-bosan aku akan beli burger kemudian lepak dengan member di atas bukit (Residen House K.Lipis) sambil menikmati pemandangan Kuala Lipis pada waktu malam. Best! Tapi jika di kampung aku, aku selalu layan burger McD. Ataupun masak sendiri di rumah, buat DoubleCheese Burger versi Homemade. Layan! Hahaha... Terbaru, aku dengan member layan burger Big Mac. Seumur hidup aku, cuma pernah sekali jek layan Big Mac. Itupun masa kecil-kecil dulu. Masa makan dulu, peh! Tak sedap seh sebab ada cheese. Dah lah susah nak makan kena buka mulut besor-besor. Maklumlah kecil lagi, mulut pun masih comel. Hehehe... Sekarang bila dah besor, aku paling suka burger ada cheese. Tapi entah kenapa setiap kali order burger di McD, mesti aku pilih DoubleCheese jek. Tak pandang pun Big Mac. Mungkin aku tengok macam besor giler. Tapi minggu lepas,

Reunion SDBL 2002-2006

Image
Bila dah habis zaman sekolah, nak jumpa balik dengan member lama memang agak susah. Masing-masing ada hal tersendiri. Masa cuti pun kadang-kadang tak sama. Jadi, bila ada cuti panjang bolehlah untuk berjumpa atau buat reunion. Seronok jumpa member sekolah. Masing-masing dah berubah. Dengar perkembangan diri masing-masing. Tempoh 4 tahun berlalu bukanlah tempoh yang singkat. Kalau budak lahir umur dah masuk 4 tahun, dah nak sekolah dah. Apapun, tadi malam aku sempat pergi ke majlis reunion SDBL 2002-2006 di McD, Batu Pahat. Memang best buat reunion kat situ sebab kawasan McD area Carrefour BP sangat meriah dengan cahaya lampu. Nampak hidup kawasan tu berbanding buat kat dalam Mall atau bandar lama. Jadi, ianya menambah kemeriahan majlis reunion ni. Huhu... Mula-mula segan gak nak pergi sebab aku sorang, geng-geng rapat masa sekolah dulu tak dapat datang. Ahhh! Lenjan jek lah. Dapat tengok muka budak-budak SDBL kira jadilah. Rindu sangat dengan zaman sekolah aku ni. Haha... So, layan jek

Cuti Oh Cuti!

Image
Walaupun badan sakit selepas camping, cuti punya pasal sanggup redah highway balik kampung. Hehehe... Wuuuhuuu! Aku dah kat rumah sekarang. Puas menunggu saat cuti akhirnya tiba jua. Hahaha. Memang seronoklah. Seksa tak seksa nak tunggu cuti. Daripada eksiden 3 minggu lepas, kemudian exam selama 2 minggu dan camping seminggu... Pehhh... Dia punya letih... Tapi keletihan itu semua terus hilang bila aku menghirup udara segar di tempat kelahiran aku. Hahaha. Serius weh terus segar. :P Nak dijadikan cerita, tadi petang aku keluar berjalan buat kali pertama sempena cuti ni. Keluar pergi makan jek kat Pantai Sungai Lurus. Dah mengidam sangat otak-otak Kempas. Masa aku minta order tu, aku cakaplah “Nescafe tarik”. Waiter tu jawab Nescafe O. Aku pun jawab balik, “tak... Nescafe tarik”. Waiter tu jawab lagi “Nescafe O la tu”. Aku pun macam bingung-bingung iyekan jek. Kot-kot tu bahasa kat situ padahal kat kampung aku jek. Takkan sejak aku berada di perantaun 3 tahun bahasa dialek Johor dah be