Posts

Showing posts from May, 2010

Survey Barang? Penting Ke?

Image
Memilih yang terbaik untuk kepuasan... Huuuhuu! Peperiksaan sudah tamat. Hanya orang yang merasa jek dapat menikmati nikmat habis periksa. Daripada darjah satu sampailah sekarang, setiap tahun aku menghadapi peperiksaan. Tapi takper, tak payah tension-tension sangat. Rileks sudah. Risau sangat-sangat pun bukannya boleh membantu dalam peperiksaan ye tak. Belajar tenang-tenang dan jawab soalan dengan tenang. Tak dapat jawab isi jek apa yang korang tahu. Hahaha... Oklah, apapun semoga rakan-rakanku berjaya dengan cemerlang untuk semester ini. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal periksa, cuma nak kongsi sedikit tentang habit aku. Aku kalau nak beli sesuatu suka survey di internet dulu. Aku tak berapa suka survey dari satu kedai ke satu kedai pastu baru beli. Kalau survey pun beberapa kedai jek pastu beli. Tujuan kita survey adalah untuk mendapatkan harga yang murah dan terbaik. Jadi, sebelum aku beli sesuatu barang, aku akan survey harga standard atau purata di internet. Selalunya, l

Barang Ori Atau Barang Tiruan?

Image
Errr... Tak tahu nak letak gambar apa, letak gambar ni lah. Haha...! Aku pernah terbaca satu artikel mengenai barang tiruan atau replika. Dan dia mengatakan jam tiruan adalah untuk fake people. Aku tak dapat memahami apakah maksud sebenar fake people, sama ada orang palsu, orang berpura-pura, orang yang menipu, menipu diri sendiri atau...entahlah aku tak dapat faham. Tetapi aku menghormati pandangan beliau. Dan aku sendiri tidak menyukai jam tiruan disebabkan aku amat meminati dunia jam tangan. Kalau barang lain yang aku rasakan tidak minat memang aku bantai barang tiruan. Untuk jam, sama sekali tidak! Cuma bagi aku, tidak salah memakai jam tangan ataupun barang tiruan. Semua itu pilihan individu. Dan aku tak akan memandang serong terhadap orang yang memakai barang tiruan. Bagi aku, itu pilihan dia, hak dia. Kita tak dapat tahu apakah niat sebenar seseorang itu memakai barang tiruan. Jika sekadar untuk keperluan, berjimat, low profile, hendak merasa dan tidak bermegah diri...kenapa

Malang Tidak Berbau. Kalau Berbau Pun Tak Sempat Tutup Hidung.

Image
Salah sebuah motor kawan yang kemalangan. Semester ni, boleh aku katakan semester malang buat aku dan rakan-rakan. Lapan orang termasuk aku telah mengalami kemalangan jalan raya pada waktu berlainan. Alhamdulillah, kami semua selamat daripada cedera parah ataupun kritikal. Walaupun ada beberapa kawan aku yang motornya agak teruk tapi yang penting badan selamat. Patah fork takper bro jangan patah kaki. Huhu.. Malang tidak berbau. Dan kita tak boleh jangka. Kadang-kadang kita dah bawak elok-elok pun tapi kalau nak eksiden, eksiden gak. Apapun, langkah keselamatan perlu diambil kira lagi-lagi penunggang motosikal. Alhamdulillah, semasa kemalangan berlaku aku pakai helmet berkualiti, glove tangan, kasut highcut, sweater dan seluar jeans. Kawan-kawan aku pun gitu gak. Aku rasa kalau aku cuma pakai t-shirt, seluar track, selipar dengan helmet buruk entah-entah dah kat hospital agaknya. Huhu.. Korang semua janganlah sayang duit beli safety gear. Walaupun kemalangan tak boleh nak dielak, s

Selamat Hari Guru Buat Guruku.

Image
Assalamualaikum w.b.t semua. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya. Maaflah jika terlambat memandangkan pada hari Ahad lepas saya mengalami kemalangan jalan raya jadi terlupa seketika. Tapi takper, yang penting kita mengingati jasa guru-guru kita daripada kita tadika sampailah habis sekolah menengah. Dan, apa yang boleh saya katakan sepanjang saya bersekolah, semua guru saya telah meninggalkan kesan yang besar dalam hidup saya terutamanya guru ketika sekolah menengah. Sukar untuk melupakan kenangan bersama guru atau dengan panggilan biasa cikgu semasa sekolah menengah. Ops! Terbahasakan diri saya pulak. Hehe. Dengan cikgu kena bersopan. :) Setiap orang mesti ada pengalaman bersama cikgu korang kan? Mungkin ada orang yang menganggap semua cikgu mereka dahulu tidak patut dikenang jasanya. Tapi aku bersyukur, sepanjang aku bersekolah semua cikgu aku memang terbaik. Walaupun ada yang garang giler, tapi aku tak pernah pun berdend

Dulu Sejuk Sekarang Panas.

Image
Kabus di Kuala Lipis Dunia semakin panas. Itulah yang aku rasakan sekarang. Semasa mula-mula menjejakkan kaki di Kuala Lipis, dia punya sejuk jangan cakaplah. Kuala Lipis dikelilingi kawasan hutan dan berbukit. Kabus tebal di waktu pagi sehingga hampir waktu tengah hari boleh dilihat setiap hari di kampus aku. Buka pintu pagi-pagi tak nampak bilik kawan di blok hadapan disebabkan kabus. Dah macam kat London la pulak. Hahaha... Masa mula-mula duduk Kuala Lipis, nak mandi pagi dan petang cukup sejuk. Menggigil setiap kali mandi walaupun tengah hari. Malam-malam tidur pakai selimut, tengah hari pun kalau tidur pakai selimut dan kipas buka sampai speed dua jek. Bayangkan dia punya sejuk dah macam kat Cameron Highland. Udara nyaman jek. Kalau sedut memang terasa dia punya sejuk. Swaktu hujan jangan cakaplah, sejuk tahap gaban. Senang cerita dah macam kat oversea lah. Huhu.. Tapi sekarang, panas sangat. Tidur malam pun boleh berpeluh walaupun kipas laju. Tiada lagi kabus berterbangan di kawa

Review Yamaha 135LC.

Image
Yamaha 135LC Entry lepas bila aku baca balik macam tak paham plak. Haha... Biasalah, tulis main tulis jek sampai tunggang langgang. Takpelah, sekarang aku tengah cuti minggu, jadi ada masa terluang. Tengah baca satu blog popular tu, aku dapat satu idea berkaitan trend zaman sekarang. Bila kita tanya budak-budak remaja zaman sekarang banyak-banyak motor, motor (kapcai) apa korang minat? Kebanyakan mesti jawab Yamaha 135lc. Muahahaha! Meh sini aku cerita. Sekarang ni macam dah jadi trend motor Yamaha 135lc ni. Bila tanya nak beli motor apa, motor 135lc. Sikit-sikit 135lc. Dah macam takder motor lain dah. Bukan aku nak kondem motor ni dan peminat motor ni. Setiap orang ada selera masing-masing. Aku sendiri guna motor ni. Punca aku beli? Tergoda tengok orang pakai pastu nampak laju...laju ke? Hehehe.. Sebenarnya aku beli untuk buat jalan jauh balik kampung. Nak lenjan EX5 lama tu rasa macam dah tak tahan jek naik 100kmj. Nak lenjan Honda Wave 125s aku kena modi dulu baru selamat jalan jauh

3 Tahun Sudah Berlalu Meninggalkan Alam Persekolahan...

Image
Ni gambar 5 tahun lalu. Kecik lagi. :P Hampir 3 tahun berlalu. Rasanya seperti baru semalam meninggalkan alam persekolahan. Tak sangka dah 3 tahun berlalu. Aku pula semakin lama semakin jauh meninggalkan kehidupan dulu-dulu, semakin jauh meninggalkan rakan-rakan persekolahan (tapi tetap dekat di hati). Huhu. Masuk IPG terus berubah hidup aku. 3 tahun yang berlalu, apa yang korang buat? Bila aku kenang balik daripada zaman aku mula masuk IPG sampailah sekarang rasanya macam-macam perkara aku lalui. Daripada zaman terkial-kial membiasakan diri di tempat orang sampailah zaman yang aku rasa sekarang Malaysia punyalah kecik untuk dijelajahi. Rasa macam dah besar padahal perjalanan hidup masih jauh. Sekarang ni kat Facebook aku musim upload gambar lama-lama masa sekolah. Bila tengok muka sendiri dan kawan-kawan, rasa macam tak nak ngaku jek. Hak3! Muka masing-masing skema dan budak-budak. Masih terngiang-ngiang lagi suara member-member, cikgu-cikgu dalam kepala otak aku. Untuk lepaskan kerin