Posts

Showing posts from March, 2010

Ride To Bukit Fraser.

Image
Ahad lepas, aku bersama dua member pergi menunggang motor ke Bukit Fraser atau bahasa orang putihnya Fraser Hill. Sebenarnya aktiviti ni tak dirancang pun. Aku cuma ajak-ajak gitu jek tak sangka terbetul-betul pergi. Kira on the spot lah bahasa Inggerisnya. Hehe. Ni kali pertama aku naik Bukit Fraser. Sebelum ni baca kat surat khabar jek. :P Semasa mula memasuki simpang ke Bukit Fraser, aku rasa macam tak best jek sebab jalan biasa-biasa jek. Pemandangan tak secantik mana. Lama-lama haa kau...hambik! Menggelupur badan nak kawal motor kat jalan berselekoh. Pada mulanya aku bayangkan jalan di Bukit Fraser macam Cameron Highland, jalan besar dan selesa, tapi rupanya lain. Jalan di Bukit Fraser kecil, banyak selekoh tajam dan korang memang tak sempat nak tegakkan badan punyerlah. Semakin tinggi mendaki, semakin cantik kawasannya. :) Disebabkan aku bukan kaki leper dan baru nak belajar main bukit, memang terkial-kial nak layan jalan tuh. Asyik makan jalan orang jek. Member aku sor

SMK Dato Bentara Luar. Kenangan Menggamit Jiwa.

Image
Makan di rumah Tan Sri Dato' Dr Samsudin bin Hitam, bekas pelajar SDBL. Semasa aku sedang asyik menatap gambar-gambar di Facebook. Tiba-tiba…Huk! Aku rasa syahdu jek bila terjumpa gambar ni. Mungkin pembaca yang tidak satu sekolah dengan aku ataupun bukan member sekolah aku tidak dapat merasa feel syahdu ni. Jadi, anggaplah artikel ni aku tulis sebagai entry memperingati zaman persekolahan aku dulu. Hehe.. Makan lagi.. Hmmmm... :P Aku bersekolah di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat Johor (SDBL). Bermula daripada tingkatan satu sampailah tingkatan enam. Tingkatan enam tu sebulan jek sebelum aku berhijrah ke negeri orang. Tinggal di asrama selama lebih kurang 5 tahun menjadikan sekolah aku ni rumah pertama aku. Tempat aku membesar dan mengenali kehidupan remaja. Memang susah untuk aku lupakan sekolah ni. Baru-baru ni aku pergi SDBL, emmm... Dah banyak berubah…Banyak bangunan asal dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru. Aku rasa suasana SDBL yang dulu dah hilang. Sedih beb se

Kenapa Aku Pilih Adverlets?

Image
Dalam internet ni, macam-macam program menjana duit ada. Ada yang betul dan ada yang tipu (scam). Kalau buka emel, berlambak SPAM berkaitan program buat duit masuk ke inbox aku. Bagi aku SPAM macam ni memang haramm menyusahkan orang. Dulu aku ada gak join beberapa program buat duit daripada internet macam Google Adsense, Nuffnang dan Adverlets. Program seperti ni insyaallah bukan scam sebab dah terbukti blogger atau pemilik website dibayar oleh mereka. Lama-lama aku hilang fokus. Disebabkan terpaksa memberi tumpuan kepada pelajaran, aktiviti kuliah, program IPG dan melayan hobi, aku hilang mood untuk teruskan usaha ini. Walaupun begitu, aku masih teruskan tetapi taklah segigih masa mula-mula dulu. Kira slow-slow lah. Mungkin ramai menganggap buat duit dari internet senang. Hari ni buat esok dapat pulangan 100%. Lu giler ke dik! Kalau betul macam tuh dah ramai orang kat dunia ni kaya raya. Dan kalau betul dah tentu lepas SPM aku terus ngadap laptop 24 jam buat duit melalui internet ji

PBS Di Batu Pahat, Johor. Part 2.

Image
Di rumah kampung. Pejam celik dah habis Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu. Rasa macam semalam aku merempit bersama dua kereta Sabtu lepas. Selama seminggu aku dan member berada di kampung, macam-macam kami buat. Boleh dikatakan setiap hari selepas PBS keluar berjalan. Tiap-tiap hari makan kat warong. Tiap-tiap hari pusing kampung, jalan-jalan di pantai dan membeli-belah di bandar. Emmm... Seronok! Lepak di tepi pantai... Duduk di rumah beramai-ramai memang riuh. Ada yang takut pergi tandas lah, maklumlah tandas rumah kampung kat luar. Hihihi. Sepanjang di Batu Pahat, aku menjadi juru pandu tak rasmi. Dah macam main kereta rally. Duduk sebelah member yang bawa kereta sambil cakap "Okey, simpang depan belok kanan, pastu terus ambil lorong tengah". Paling kelakar masa jalan-jalan di Batu Pahat Walk. Walaupun aku berasal dari Batu Pahat, ni la kali pertama aku merayap jalan kaki di sekitar BP Walk dan Dataran Penggaram waktu malam sambil ambil gambar. Ramai oran

Apabila Aku Menjawab Tag.

Image
Tag ni daripada Adilah, pemilik blog http://dahliadilhalida0705-adilah.blogspot.com/ . Jadi, inilah jawapannya: :) 1. Adakah anda rasa HOT?? Tak! Sebab tengah sejuk nih. Hujan renyai-renyai. Sedang lepak-lepak dengan member di rumah setelah habis PBS seminggu. Seronok weyh! Hihihi. 2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang. 3. Cerita pasal gambar. Ini gambar diambil semasa konvoi ke Cameron Highland tiga minggu lepas. Tahun ni kerja aku asyik berjalan jek. Duit pun berjalan jek. Hik3! Akhir semester ni komfem sesak nafas. 4. Bila kali terakhir anda makan pizza? Dah lama aku tak makan pizza. Lupa la. Semalam makan nasi goreng pataya. Boleh? 5. Lagu terakhir anda dengar? Randy Pangalila-Lewat Semesta. Feel masa sejuk-sejuk nih. Terbaik! 6.Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini? Tengok member main Need For Speed Most Wanted. 7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa? Ayisy-member ramai panggil. Syahmi-member ramai panggil gak. 8. Tag lagi 6 orang. Enam jahann

PBS Di Batu Pahat, Johor. Part 1.

Image
Semasa dalam perjalanan di Muadzam Shah, Pahang. Emm.. Semakin hari semakin berkarat blog aku. Banyak sangat program awal tahun ni. Sekarang aku tengah buat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan member di Batu Pahat. Aku nak cerita kisah perjalanan aku dan member sepanjang minggu ni. Sabtu lepas, aku bawak motor sorang diikuti dua buah kereta. Kali ni aku lalu jalan dalam dan tidak ikut highway. Bermula dari Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Tasik Bera, Muadzam Shah, Segamat, Yong Peng dan kemudian ke Batu Pahat. Jalan yang dilalui adalah jalan kampung dan ladang kelapa sawit. Memang agak cuak la lalu jalan tuh. Dua kali aku sesak nafas akibat minyak hampir kering. Stesen minyak memang takder, ladang kelapa sawit jek. Kalau mati tengah jalan nak isi minyak guna apa? Minyak kelapa sawit? Hahaha. Sepanjang perjalanan kerja aku memang cucuk kereta jek. Korang bayangkan motor race dengan kereta. Tak ke semput aku nak kejar? Hehe. Sampai jek Segamat baru rasa lega. Singgah mak