Posts

Showing posts from January, 2010

Jambatan Gantung Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

Image
Cantik. Tengok dia punyer tiang cukuplah memang smart ahh. Ok, dah tengok gambar kat atas ni lama-lama? Korang rasa kat mana? Taman Negara? Sungai Pahang? Atau Sunway Lagoon? Hahaha. Semua bukan bai. Sebenarnya jambatan gantung tu belakang bilik aku jek. Hebat tak? Haha. Well, jambatan gantung tu adalah ikon terbaik IPGKTAA aku. Dulu tiap-tiap hari lalu sampai dah takder feel. Kalau yang mula-mula lalu mesti jakun punyer lah. Sekarang aku dah jarang lalu sebab malas jalan kaki pergi kuliah untuk menambah berat badan aku yang cekeding nih. Akibat usaha ini, berat aku naik daripada 52kg (2008) kepada 61kg (2009). Macam haremm jek aku. Haha. Pandangan atas. Budak baju hitam tu mesti tengah feel lalu jambatan ni. Ekeke. Gurau jek. Berbalik kepada jambatan gantung ni. Jambatan ni korang jangan main-main. Dia punyer tinggi memang boleh buat main terjun bunjee. Tak percaya? Korang tengoklah dia punyer tiang tu tinggi mana. Nasib baik kat bawah tu takder air. Eh, ada. Air longkang jek lah. Kal

Hari Sabtu! Yeh!

Image
Dulu masa sekolah hari Sabtu jek lepak kat Bukit Soga. Happening beb! Haha. Bila fikir, daripada zaman sekolah sehingga zaman di IPGM ni, aku rasa hari Sabtu lah hari paling menenangkan. Jauh daripada kesibukan. Feel pada hari Sabtu lain bagi aku. Sehingga sekarang, bila masuk hari Sabtu yang sangat-sangat free, aku rasa macam zaman sekolah dulu-dulu. Lepak kat bilik/dorm jek takpun jalan-jalan. Memang best. Haha. Rileks! Zaman sekolah. Suasana biasa jika outing. Tapi ni gambar masa balik kampung. Lebih kuranglah. Zaman sekolah dulu, hari Sabtu waktu petang boleh outing. Tu lah waktu paling best. Tapi sekarang aku dah tak outing dah. Lepak bilik dari pagi sampai malam. Malas nak keluar sebab bukan ada menda pun. Hahaha. Lain la zaman sekolah dulu kalau keluar gerenti happening. Member-member lain kat IPGM hari minggu jek keluar pergi K.Lumpur lah, balik kampung lah. Ikutkan hati nak jek ikut tapi aku tak suka Kuala Lumpur. Kalau pergi Kuala Lumpur mesti otak aku kusut sebab keadaannya

Tag. Piwwit! Haha.

Image
Oh. Aku kena tagged. Haha. Tag ni diberikan oleh Amirah Rashid . Thanks! Jadi, inilah jawapannya. Where is your cell phone? Ni hah kat sebelah laptop aku. Handphone aku dah jadi hiasan jek. Dah tak selalu guna. 2) Relationship? Belum berkahwin. 3) Your hair? Skema, belah tepi. Kalau pendek buat cacak sikit tapi tak berapa nak cacak. 4) Work? Guru Pelatih. 5) Your sisters? Aku anak sulung. Ada adik perempuan sorang. Haha. 6) Your favorite thing? Jam tangan...motosikal...cuti...melancong... Hihi Aku tak ingat la gambar ni dah ada ke belum. Haha. Aku dah takder stok gambar baru. 7) Your dream last night? Aku kalau mimpi memang tak boleh ingat. 8) Your favorite drink? Nescafe tarik. Peh! Taste orang tua siyut! Haha. 9) Your dream car? Subaru Impreza WRX 10) Your shoes? Kasut jogging, court, futsal, takraw dan kulit. Semua beli sebab dulu ambil PJK. Haha. 11) Your fears? Susah nak cerita. 12) What do you want to be in 10 years? Pensyarah mungkin. Part ni pun susah nak cerita lah. 13) Who di

Demam+Selesema.

Image
Yahhhh! Nak cuti! *abaikan muka aku yang tak boleh blah. Cuba teka aku kat mana ni? Salam. Minggu ni aku diuji. Huk3! Dengan kerja yang banyak, tiba-tiba boleh kena demam+selesema pula. Adehhh... Aku kalau sakit demam atau selesema memang perit woh. Pening satu kepala, badan lemah jek. Pastu terbaring atas katil. Hidung berair jek. Memang perit lah. Bantai 100Plus sebotol baru kurang sikit. Tu pun dah menggelupur aku masa kat makmal komputer. Kalau ada isteri kan best, ada yang jaga makan minum aku, sakit pening aku. Kih3! *gatal* Sekarang ni, aku dah tak sabar nak balik cuti raya cina nanti. Lagi dua minggu lebih. Ahhh! Bestnyer cuti! Boleh jalan-jalan, lepak-lepak, shopping dan huhahuha. Hehe. Rindu dengan Nasi Bariyani Ayam. Nyum3! Ahhh! Adakah semua ini punca aku demam secara berleluasa? Baru aku sedar dah dekat tiga minggu lebih aku sibuk dengan urusan pembelajaran aku. Sudah tiba masa aku harok! Yeh! Rileks Ayisy rileks. Cuti lagi dua minggu bai. Lama lagi. Huk! Nampak benda puti

Rolex Watch

Image
Kebelakangan ni, ramai peminat jam bercakap tentang jam Rolex. Aku pun nak cakap pasal Rolex lah walaupun tak mampu beli dan duit dalam simpanan aku belum tentu cukup untuk buat downpayment jam tu jek. Haha. Sebut jam Rolex ramai yang kenal. Kau tanya la siapa-siapa pun walaupun dia tak minat jam mesti tahu jenama Rolex. Tu lah penangan jam Rolex. Aku pula sejak kecil dah tahu jam Rolex. Sebelum aku kenal G-Shock dan Swatch, aku kenal Rolex dulu. Kat surat khabar pun selalu keluar iklan jam Rolex. Harga jam Rolex korang jangan tanya lah. Kalau korang nampak aku pakai jam Rolex ori, tu maknanya aku dah jadi jutawan. Hak3! Takpun aku dah kawen dengan golongan bangsawan/usahawan. Hehe. Sejarah Rolex ditubuhkan oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Mereka menubuhkan syarikat "Wilsdorf dan Davis" di London. Perniagaan utama mereka pada masa itu adalah mengimport Hermann Aegler's Swiss movement ke England. Pada tahun 1908 Wilsdorf telah mendaftarkan nama "Rolex" dan me

Pensil Warna Oh Pensil Warna.

Image
Staedtler Luna. Terbaik daripada zaman sekolah! Huih! Dekat seminggu aku tak kemas kini blog. Haha. Minggu ni aku sibuk sikit. Dengan kuliah memanjang, tunggu duit masuk,mewarna buku anatomi, buat fail untuk diaudit, teman member setting motor...Huh! Memang sibuklah sampai blog ini dilupakan. Esok pun ada kuliah ganti untuk raya Cina, lepas tu gerak pergi Raub cari aksesori Pengakap. Peh! Aku tahun ni jadi Pengakap siyut. Hehe. Nak buat macam mana ia dah jadi salah satu daripada silibus PISMP. Dah ngajar kat sekolah nanti komfem kena jadi cikgu penasihat badan beruniform yer tak. Oklah, kita ke tajuk utama entry ni. Pensil warna. Korang tahu apa itu pensil warna. Kalau tak tahu sah korang kecik-kecik tak pernah pergi sekolah. Ataupun korang sekolah zaman perang Jepun dulu di mana pensil warna mungkin tiada dijual pada zaman tuh. Dulu masa kita kecik mana ada duit nak beli pensil warna ye tak. Nak tak nak minta mak ayah la belikan. Beberapa hari sebelum masuk tadika, mak aku belikan pen

Watchmaker dan Fashion Watches.

Image
Seiko. Sebuah syarikat 'watchmaker'. Pening-pening. Itulah yang terjadi dalam kepala hotak aku semasa hendak menulis entry ni. Aku cuba memahami apa itu watchmaker, fashion watches dan couture watches. Hahaha. Study punyer study last-last tak berapa faham. Takper, aku nak tulis info asas jek. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pembacaan aku pasal jam di website, blog dan forum. Jam watchmaker vs jam jenama fesyen? Ok, sebelum tu kita kenal dulu apa dia jam watchmaker dan jam jenama fesyen. Jam watchmaker ni ialah jam yang dibuat oleh syarikat jam (memang buat jam jek) macam Seiko, Orient, Citizen, Alba, Swatch, Rado, Omega, Breitling, Tissot dan Titoni. Manakala jam jenama fesyen pula contohnya macam Bonia, Guess, DKNY, Calvin Klein, Elle, Esprit dan Levis. Kebanyakan syarikat jam jenama fesyen ni dia buat macam-macam produk seperti baju, seluar, beg, dompet dan aksesori. Jam ni kira produk tambahan mereka lah. Kalau nak banding jam watchmaker dengan jam jenama fesyen, aku rasa

Jom Tengok Filem Ketika Cinta Bertasbih!

Image
Pehhh... Siyut tol la cerita nih. Buat aku rasa touching giler jek. Aku rasa kalau perempuan yang tengok komfem dah nangis. Huh! Dulu filem Ayat-ayat Cinta. Kali ni filem Ketika Cinta Bertasbih pulak. Huk3! Sedih ni sedih ni. Filem ni dihasilkan berdasarkan novel Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy. Beliau juga merupakan penulis novel Ayat-Ayat Cinta. Aku rasa ramai yang dah tahu. Filem Ayat-Ayat Cinta tu pun kalau tengok memang menangis la. Tapi aku tak lah. Hak3! Boleh caya ke? Percaya jek lah. Fikir-fikir plak. Hahaha. Tak gemble la kan kalau nangis. Aku paling tak boleh blah tengok adegan nih. Mamat tu gigil nak hidangkan air kat awek yang dia minat. Hihihihi... Dalam filem ni banyak guna Bahasa Jawa. Selalunya filem/drama dari Indonesia aku tak berapa dengar dengan jelas dialog-dialog yang menggunakan bahasa/perkataan Jawa. Tapi dalam filem ni, banyak perkataan Bahasa Jawa digunakan sehingga mengingatkan aku kepada sesetengah perkataan Jawa yang aku d

Kenapa Aku Menulis Blog?

Image
Sehari dua ni aku terfikir satu perkara nih. Apa sebenarnya tujuan kita buat blog ekk? Masing-masing ada pendapat dan tujuan tersendiri. Kalau ditanya apakah tujuan seorang blogger menulis blog pasti ada jawapan tersendiri. Setiap orang ada tujuan yang berlainan. Jadi bila aku fikir dan mencari jawapan kenapa aku menulis di blog, aku tersedar sebenarnya aku dah lari daripada tujuan asal aku menulis blog. Aku nak cerita sikit apa puncanya aku menulis blog nih. Puncanya macam ni. Masa awal tahun 2009, aku dan rakan sekuliah diwajibkan mengambil subjek INTEL. Cikgu-cikgu kat Malaysia mesti dah tahu kan apa tu kursus INTEL. Ala, senang cerita ia bertujuan untuk menambah ilmu kepada guru berkaitan teknologi maklumat dan kegunaannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. (ceh, ni ayat reka sendiri jek). Jadi dalam kursus tu aku kena buat blog dan akaun Wikipedia. Serius sebelum ni apa yang aku tahu mengenai blog ialah blog ni berkaitan dengan ahli-ahli politik. Kiranya website ahli-ahl

Steady...Beb...Steady!

Image
En. Ayisy ketika waktu memulakan kuliah. Sebenarnya, takder menda nak update nih. Hahaha. Bingung syiakk cari idea nak update apa. Hidup aku pasif jek sejak masuk tahun 2010. Takper, jangan jadikan alasan untuk tidak buat kerja mencapap! Muahahahaha! Semester ni mata pelajaran kuliah agak menarik bagi aku. Huhu. Dan banyak pensyarah baru (baru ajar aku dan baru masuk IPGM KTAA). Paling radikal, tiba-tiba aku ada hobi baru. Hobinya ialah makan coklat. Keluar duit beli coklat dah tak rasa sayang atau berkira dah. Main sebat jek beli walaupun mahal. Janji dapat makan coklat sambil mata kuyu ketika feel makan tuh. Hahaha. Jadi, tahun ni peruntukan untuk membeli coklat akan dilebihkan manakala peruntukan untuk menyimpan di bank dikurangkan. :P Elaun sem ni masuk lambat. Yah! Keadaan ini membuatkan hati aku suka. Suka sebab kenapa? Sebab bila elaun tertunggak, bila masuk jek nanti komfem duit belanja untuk bulan Januari ni aku tak sentuh lagi. Dan bila tak sentuh, aku dah saving dalam RM500.

New Craze! Cadbury Crunchie.

Image
Siyes, sekarang aku dah gian makan coklat Cadbury Crunchie pulak. Puncanya masa dalam perjalanan pulang ke kampus hari tu lah. Aku singgah isi minyak kat Petronas, perut tiba-tiba lapar. Aku usha kedai kat Petronas tu dan terbeli Cadbury Crunchie. Sekali makan sedap seh! Harga aku dah tak fikir dah walaupun agak mahal seketul dalam RM3.50-3.90. Janji perut rasa puas. Memang aku rasa berbaloilah dengan harga dan kesedapannya tu. Haha. Cuma satu jek slek. Kat sini cuma satu kedai jek yang jual Cadbury Crunchie. Nak tahu kat mana? Kat Petronas lah! Hahaha. Kedai lain belum ada jual lagi. 7Eleven kat sini pun takder jual. Agak-agak gian nak makan Cadbury Crunchie aku rempit ke Petronas. Orang lain pergi Petronas isi minyak, aku pulak isi perut dengan coklat. Haha. Ok, di sini aku selitkan sedikit fakta mengenai Cadbury. Sambil kita makan sambil kita tambah ilmu di kepala hotak. Kita baca sikit tentang sejarah ringkas produk Cadbury nih. 1865 – Cadbury Cocoa Essence 1875 – Cadbury Easter Eg

Siapakah Sahabat Pertama Dalam Hidup Anda?

Image
Bila aku termenung memikirkan mengapa masa berlalu begitu pantas, aku terus teringat satu benda nih. Korang ingat lagi tak siapakah kawan pertama dalam hidup korang? Kawan di sini bukannya saudara, sepupu ataupun anak saudara. Senang cerita siapa kawan bukan saudara korang yang pertama dalam hidup? Aku masih ingat lagi siapa kawan pertama dalam hidup aku. Tapi aku lupa nama dia lah. Dia jiran aku. Haha. Masa tu aku tak sekolah lagi. Selalu main korek tanah depan rumah. Haha... Peristiwa yang betul-betul terkesan dalam fikiran aku adalah kawan aku tu pernah terjatuh dalam longkang pastu mak dia selamatkan dan bawa balik rumah. Aku wat bodoh jek dan terpinga-pinga. Kih3! Emmm… Agaknya macam mana lah dia sekarang ekk? Mesti dah besar. Kalau jumpa pun mungkin tak ingat. Tapi kalau dapat jumpa dan kenal balik mesti best kan. Hahaha. Bila jumpa mesti tergelak-gelak terkenang zaman kecik-kecik dulu. Huhu.. Kawan-kawan zaman tadika pun aku dah lupa. Kat mana lah korang ekk. Seronok teringat za

Kenapa Baru Sekarang Nak Memberontak?

Image
Dua dari kiri tu aku lah masa form 4. Bila masuk jek tahun 2010, terus aku teringat zaman tahun 2000 di mana orang tengah kecoh pasal Y2K. Kejap jek 10 tahun masa berlalu. Sekarang ni kalau nak tunggu habis seminggu tak rasa menda dah. Sebulan pun dah tak rasa. Tahun ni masuk tahun kedua Program Ijazah aku. Tahun depan tahun ketiga dan seterusnya tahun terakhir. What? Huhuhu. Aku masih ingat masa tidur kat hotel Centre Point Kuala Lipis sehari sebelum mendaftarkan diri di IPGM. Sekarang dah dekat 3 tahun ia berlalu. Huhu.. Kejap jek kan masa berlalu. Terbayang dalam fikiran aku masa sebelum masuk IPGM dulu. Kehidupan giler aku dan member form 6 akibat tak dapat masuk mana-mana IPT. Dan sekarang, member-member aku yang buat Diploma dah masuk sem akhir. Ini masa zaman form 6 sebulan. Haha. Jiwa kacau! Tengok arr muka aku mana ada nak senyum. Hik3! Umur dah menjangkau 21 tahun. Lagi 5 tahun entahlah aku jadi apa. Tengok diri aku sekarang macam tak umur 21 tahun. Masih ada jiwa remaja dan