Tuesday, 29 December 2009
Coklat Oh Coklat.
Monday, 28 December 2009
Aku Bakal Jadi Tokey Disko?


Sunday, 27 December 2009
NOKIA Atau NCKIA? OMG!




Saturday, 26 December 2009
Mi Bandung Muar Sedap Dowh!

Hari Sabtu lepas aku nak pergi Muar. Teringin nak rasa Mi Bandung Muar. Dengar cerita sedap nak mampus. Aku pun tak pernah rasa. Tengah syok merempit tiba-tiba hujan plak di tengah jalan. Terus tak jadi pergi. Selasa lepas sekali lagi aku pergi bersama member. Wuuhuuu! Hujan gak tapi dah jauh perjalanan so redah jek hujan. Hehe.
Susah gak nak cari warong yang jual Mi Bandung Muar yang spesial. Terpusing-pusing bandar Muar beberapa kali sehinggalah terjumpa seorang mak cik yang baik. Mak cik tu tunjukkan lokasi restoran/warong Mi Bandung Muar yang tersedap di Muar. Haha. Terima kasih mak cik.
Lepas jek jumpa restoran Mi Bandung Muar, kami order dan makan dengan masyuknya. Peh! Walawehhh! Sedap Dowh Mi Bandung Muar. Dia punyer kuah aku minum sampai licin... Huuuuhhhh! Sedap! Siyes! Tak menyesal aku redah hujan semata-mata nak rasa Mi Bandung Muar. Hehe. Harga murah jek RM3.50. Nyum3!

Keadaan dalam restoran yang cantik.

Itu dia dua orang chef sedang membuat Mi Bandung Muorr!

Haha. Ni la namanya menatang Mi Bandung Muar.

Yummy!

"Ayisy, nak sikit mi bandung?" kata kucing ini.
Sebelum balik, aku bertiga lepak jap di Sungai Muar. Apa entah nama tempat tu. Memang syok la sebab ada angin bertiup, kawasan riadah, kedai-kedai dan tempat istirehat. Cuci mata tengok orang berlatih kayak di sungai. Huhu..

Lepaks di tepi Sungai Muar.
Ok, hari-hari akan datang aku tak tahulah nak cuba apa. Mungkin aku nak usha J.CO plak. Ada peluang aku review di blog ni. Woit TV3, aku rasa nak jadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan lah. Hak3!
Friday, 25 December 2009
Oh Damm! Gua Insan Lahir Bulan Julai.

Yeh! 7!
Sebenarnya, aku tak berapa percaya sangat pada benda-benda ni tapi kalau baca sebagai panduan apa salahnya kan. Tadi malam tengah bosan-bosan terbaca tentang artikel rahsia bulan kelahiran. Aku baca yang telah dikaji oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Semua dah kenal kan. Kalau tak kenal komfem korang duduk Samoa kot. Haha..
Aku dilahirkan pada bulan Julai. Jangan tengok profile di Facebook atau mana-mana website aku sebab semua tu aku tipu jek. Yang sebenarnya Dragon Ball lahir pada bulan 7. Ya, bulan 7. Hehe. Di IPGM aku ada dua orang member yang lahir pada tarikh sama. Wuuutt! Give me five bro! Ikut pengalaman aku, orang-orang di sekeliling aku jarang lahir pada bulan Julai. Kalau buat kumpulan ikut bulan kelahiran, bulan Julai ciput jek orangnya. Tak tahu lah kenapa. Haha... Mungkin bulan Julai bukan musim berbuah kot. Kah3!
Ok, aku senaraikan ciri-ciri orang orang yang lahir pada bulan Julai menurut Rahsia Bulan Kelahiran yang telah dikaji oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Belek-belek, ada la yang kena dengan diri aku dan ada yang tak kena. Jadi, aku kupas sedikit ciri yang kena dan tak kena dengan diri aku. Hahaha.. Yang tak tersenarai tu hanya aku yang tahu. Muahaha. Cek..cek...cekidot!
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
Yang kena:
1. Agak pendiam kecuali dirangsang. Memang betul aku pendiam, tapi kalau ada orang start aku tak la diam sangat. Haha. Jumpa member lama harok!
2. Tidak suka benda remeh-temeh. Ya! Nak kawen nanti pun kalau boleh aku nak nikah dan kenduri jek. Tak payah sanding2, melaram baju berhelai-helai, berarak satu kampung, berhias bagai nak rak, dan segala ber...ber lah. Tapi tu semua hanya impian dan keadaan sesimple itu takkan berlaku kan. Hehe.. Kesian kat pihak pengantin perempuan. :P
3. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Ini semestinya betul. Aku payah betul nak lupa kehidupan pahit manis di sekolah menengah dulu. Asyik teringat zaman sekolah dan kawan sekolah jek. Kehidupan sekolah aku sangat bahagia kalau korang nak tahu. Cikgunya pun aku tak boleh lupa. Setiap kali cuti sem jek mesti singgah sekolah lepas rindu. Hahaha.. Lepas ni sambung Master mintak jadi cikgu kat SDBL. Hueeeee!
4. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Aku dari kecil memang camni. Aku mintak maaflah kalau aku macam kerek-kerek jek. Sebenarnya aku tak reti dowh nak start berkawan. Korang tegur aku dulu lah. Lepas lu orang kenal aku, tahulah aku camne. Aku pemalu gituw.. Auwww! Hak3!
5. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Aku dah maafkan tapi asyik teringat jek. Walaweh... Ni kisah rahsia la bro... Hahaha. Nyanyi sikit!

Yang tak kena:
1. Sangat peramah. Well, aku ni insan pendiam dan pemalu mengalahkan anak dara dowh. Sejak bila plak aku jadi peramah. Kerek adalah.
2. Berjiwa sentimental. Yang ni kalau korang tak nak percaya yer sudah. Aku tak suka puisi, sastera, kisah cinta agung dan bla3.
3. Suka duduk di rumah. Hahaha. Kat dalam blog ni aku pernah cerita ke "kenapa saya suka rumah saya?" Well, aku suka melancong.
4. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Ini kenyataan yang paling salah. Aku cekeding walaupun melantak McD/RFC/KFC/Big Apple seminggu dua,tiga kali.
5. Rajin dalam membuat kerja. Aku pemalas buat kerja lagi-lagi kerja berkaitan akademik. Haha. Aku rancang nak kerja kuat-kuat dan berniaga kumpul RM2juta, simpan kat ASB dan berhenti kerja. Aku nak hidup goyang kaki, melancong seluruh dunia, main motor/kereta dengan duit dividen ASB jek. Hahaha.. (yang ni serius, kalau ada yang berangan nak kawen dengan aku, sila cari lelaki lain. Aku lelaki yang macam ni)
Ok, tu lah sedikit sebanyak tentang diri aku. Benda yang baik kita tambah baik dan benda yang buruk kita cuba ubah. Cara? Peace!
Wednesday, 23 December 2009
Swatch Watch Review.
Swatch Solid Mind
Dulu, aku tak minat jam jenama Swatch. Mungkin disebabkan designnya yang kebudak-budakan dan menggunakan movement quartz. Ada juga jam Swatch yang menggunakan movement mekanikal tapi harganya mencanak la beb. Sekarang,bila teringin nak pakai jam Swiss Made, aku cuba usha jam Swatch. Dalam hati aku tak kisah lah quartz ke budak-budak ke janji nak Swiss Made. Jadi, jam paling murah Swiss Made adalah Swatch. RM160 dah dapat. Huhu. Bawak RM200 macam-macam pilihan boleh beli.
Jam Swatch mula dikeluarkan pada tahun 1983 untuk bersaing dengan jam-jam dari Jepun yang ketika itu sedang menguasai dunia. Dengan design yang catchy dan harga berpatutan, kini The Swatch Group menjadi salah sebuah syarikat jam terbesar di dunia. Yah!
Jam-jam Swatch dikeluarkan dengan menggunakan beberapa jenis material seperti plastik, aluminium, st. steel, silver dan sebagainya. Walaupun banyak jam Swatch menggunakan plastik sebagai case, aku tengok buatannya cukup halus dan cantik. Nak banding dengan jam plastik Casio, Swatch lebih halus buatannya. Ini pendapat aku la.
Caseback plastik lut cahaya membolehkan enjin dilihat. Tapi kalau dia buat macam Seiko 5 mesti lagi cun. Hanya bahagian bateri boleh dibuka.
Selama nih aku anggap jam plastik Swatch macam mainan atau jam-jam pasar lambak. Tapi lepas aku pegang dengan tangan sendiri, buatannya memang superb dan tak hairanlah jam Swatch menjadi kegilaan aweks-aweks Malaya. Hahaha. Start dari situ aku mula minat jam Swatch. Ditambah lagi terdapat jam case backnya lut cahaya yang membolehkan kita melihat movement dalam jam, memang buat aku tak lena tidur lah. Hehe.
Hampir semua case back jam Swatch aku tengok tak boleh buka dan bercantum dengan keseluruhan body jam. Bahagian bateri jek boleh buka. Memang cun la tapi kalau rosak tak cun lah kan. “Waranti 2 tahun kalau rosak bawak pergi mana-mana butik Swatch, boleh tukar baru” kata aweks seller tu. Kih3!
Di pergelangan tangan. Lug jam Swatch kebanyakan macam ni. Ada tiga kolum (eh, apa ekk istilah sebenar). Hehe. Jadi agak sukar untuk tukar dengan tali jam jenama lain.
Disebabkan ia dibuat dari plastik, aku tak rasa jam ni lasak. Setakat nak buat melaram boleh la. Buat masuk kebun tak sesuai kot. Kalau jatuh giler-giler pun aku rasa boleh kondem. Akhir kata, jam Swatch telah mengubah selera aku dari tak minat jam fesyen/budak-budak dan quartz kepada minat. Aku tengok jam-jam aku yang lain terus nampak buruk dan tak style bila dah pakai Swatch. Hahaha..
*terima kasih kepada Fid kerana menemankan aku beli jam ni di Johor Bahru.
Tuesday, 22 December 2009
Big Apple Donuts & Coffee Review.

Dua budak baju hitam, sedang bayar donat, satu...(sila sambung)
Bosan dengan donat yang anda makan sekarang? Ingin merasai suatu perubahan? Jadi apa kata kita pergi Big Apple Donuts & Coffee. Sesekali kena tukar selera. Hak3! Dulu aku tak reti makan donat-donat di restoran, aku standard makan donat kat pasar lambak atau kedai janda tepi jalan jek. Hak3!
Masa hari raya lepas, Fid ajar aku makan donat kat restoran plak. Sekali makan terus gian. Haha.. Dulu aku tak pandang Big Apple mahupun Dunkin Donut, nak masuk pun segan-segan. Terima kasih Fid kerana mengajar aku cara-cara makan donat. Hehe.. Kau jugak yang ajar aku makan di Dunkin Donut dulu.
Pada pandangan aku, donat-donat di Big Apple Donuts & Coffee lebih yummy berbanding Dunkin Donut. Siyes weh aku cakap. Setiap kali balik kampung mesti pergi makan donut di Big Apple. Donat kat kedai janda tuh dah lama dilupakan. Hahaha. Tipu jek.
Harga donat di Big Apple sebiji RM2.30 tak kira rasa. Aku cadangkan untuk yang baru mula nak merasa tu roger la aku pastu belanja aku sekali. Hahaha… Ok, ni aku sertakan beberapa keping gambar yang aku ambil semalam di Big Apple. Muka-muka keriangan jelas terpancar. Keh3!
*donat di sini lembut dan sedap.
*keadaan restoran yang moden dan bersih.
*servis cepat dan mudah.
*satu jek kelemahan, kenapa tak letak aweks sebagai cashier. Barulah donat terasa lebih manis. Muahahak!




Muka puas depan Big Apple Donuts & Coffee.
Monday, 21 December 2009
Aku Dapat Panggilan Menang Hadiah Macam Syiall Jek.

Saturday, 19 December 2009
Zaman Pakai Walkman Kaset.





Friday, 18 December 2009
Yummy! Jom Cuba Nasi Bariani Power.

Restoran Bariani Power. Fuh...Glamorous! Pernah makan di sini? Kalau jalan-jalan di Batu Pahat tak sah kalau tak singgah makan Nasi Bariani. Nasi Bariani spesial sikit sebab susah nak dapat. Selalu orang buat masa kerja kahwin jek atau kenduri. Jadi kalau teringin nak makan pergi jek mana-mana warong/restoran yang menyediakan Nasi Bariani. Sekarang banyak pilihan restoran Nasi Bariani di Batu Pahat. Daerah lain aku belum usha lagi. Hehe...
Terbaru aku usha Restoran Nasi Bariani Power di Taman Soga. Dekat-dekat dengan Hospital Besar Batu Pahat. Ni kali kedua aku pergi. Best ke Nasi Bariani ni? Bagi aku memang best sebab sedap bai. Haha. Nasi Bariani Ayam/Kambing/Lembu peh!!! Manis nyum2!
Kalau nak test Nasi Bariani Gam pun ada. Yang ni spesial punyer dan harga selalunya lebih mahal sikit. Rasanya lagi kaw-kaw la. Kalau nak rasa kena pergi awal-awal sikit sebab hari tu aku pergi dah habis. Aiseymen, terlepas plak. Hehe..

Nyum3!

Nasi Bariani Ayam

Di sini ada kucing yang sangat cumell. Tapi dia baik tak mintak makan sebab dah gemok! Hari-hari makan nasi bariani tu pasal gemok.

Meja dan kerusi eksklusif.
Ok, aku senaraikan beberapa warong/restoran Nasi Bariani yang terdapat di Batu Pahat. Kalau korang nak rasa, pilih jek mana-mana tapi aku cadangkan Restoran Bariani Power! Yeh! Harga korang bawak jek sekeping RM10 dah dapat hidangan lengkap siap air. Cara?
*Nasi Bariani Power di Taman Soga.
*Nasi Bariani Gam di Taman Bukit Pasir.
*Nasi Bariani Mat Shah berdekatan jambatan Sg. Batu Pahat. Kawasan warong berderet tuh.
*Ruz Aladdin Restaurant - Briyani Gam Johor. (Lot 1243, Jalan Ulu Klang, Batu 4, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.) Ni siapa duk Kuala Lumpur/Selangor boleh pergi.
Wednesday, 16 December 2009
Gua Pengguna Tegar Windows XP.

Oh Windows XP. Walaupun kini Microsoft sudah berbini baru (Windows Vista/7), aku tetap dengan Windows XP. Haha. Kolot giler seh aku masih guna Windows XP. Orang lain sibuk nak guna Windows terbaru, aku tetap dengan muka selenger guna Windows XP. Bukan aku tak nak guna Windows Vista atau 7, aku guna jugak cuma di komputer lain la. Kebanyakan laptop member aku guna Windows Vista dan terbaru netbook mak aku guna Windows 7. Jadi, walaupun aku masih guna Windows XP aku tetap belajar guna Vista dan 7.
Kenapa aku masih guna XP? Hahaha. Jawapannya sebab senang dan tak pening kepala buat kerja. Apa-apa problem yang datang senang aku nak settlekan sebab dah bertahun aku pakai XP jadi knowledge pasal XP ada la sikit. Aku pernah cuba Vista sekali tapi tak best siyut. Haha. Marah orang yang suka Vista. Terbaru aku cuba Windows 7 dan aku rasa macam best jek. Mungkin masa akan datang bila aku angkat laptop baru aku akan guna Windows 7.
Jadi, setakat ni aku masih dengan XP. Lagipun aku pakai laptop sekadar untuk buat kerja kursus dan berinternet. Itu sahaja. Kalau tengok laman web Microsoft bahagian Windows XP, kesian aku tengok daripada zaman Vista sampaila sekarang Window 7, Microsoft tak habis-habis buat ayat sedih suruh orang guna Windows terbaru dia. Hik3! Ayat tak boleh blah seh.
"Love Windows XP? Meet Windows 7" You might just fall in love all over again.
Ecececeh! Ayat nak lebat. Akhir kata, korang janganlah jadi macam aku yang tak mahu berubah. Dan kepada yang sama macam aku, walaupun masih guna XP apa kata sambil guna XP tu belajar la sikit-sikit Windows Vista/7 tuh. Kang bila semua orang dah guna Windows 7 taklah kau terkial-kial buat muka selebet tak reti guna. Hehe. Emmm.. Tapi ada tak di antara korang yang masih guna Windows 95/98/2000/ME? Kalau ada, gua tabik sama lu la beb! Hahaha. Lepas ni kalau ada laptop tak pakai nak format guna Windows 95 lah. Keh3!
*pengguna Windows XP, give me 5!
Ronggeng Di Tanjung Piai. "Penghujung Benua Asia"
Tanjung Piai. Mungkin nama tempat ni tak sepopular Tanjung Rambutan ataupun Tanjung Harapan. Haha... Gurau jek. Well, Tanjung Piai merupakan satu tempat di mana ia terletak di hujung benua Asia paling ke selatan ataupun orang kata "Penghujung Benua Asia".
Sepanjang cuti ni aku dah bosan selalu shopping dan makan-makan jek. Jadi kali ni apa kata aku pergi ke tempat alam semulajadi. Hehe. Kalau kat Pahang aku selalu lepak air terjun, jadi bila dah kat Johor nak lepak air terjun jauh sangat. Fikir-fikir kat Johor ni ada apa ekk. Last-last dapat idea pergi Tanjung Piai. Yeh! Hari tu aku ada baca satu blog peminat jam dan dia cerita masa pergi Tanjung Piai. Tengok gambar macam masyuk. Tu yang menggeletis nak pergi. :P
Tanjung Piai ni terletak di daerah Pontian. Kalau dari Batu Pahat naik motor dalam 2 jam, dari Johor Bahru aku rasa dalam 1 jam gitulah. Dari Kuala Lumpur aku rasa dekat 5-6 jam kot. Dari Laos aku rasa mau makan dua hari. Hehe. So, aku bermotoran jek sebab Hafiz malu-malu plak nak sebat kereta abang dia. Malu kucing plak mentang-mentang kat rumah jadi pusat asuhan kucing. Keh3!
Apekebenda alahnya Tanjung Piai ni? Bila korang jejak jek kaki di Tanjung Piai, pemandangan yang korang nampak ialah hutan paya bakau, lumpur, laut dan jeti. Bayaran masuk cuma RM3.00 untuk pelajar. Orang biasa aku tak perasan la plak. Siapa yang bawak superbike dan kereta dikenakan bayaran parking. Bawak motor kecik macam aku free jek. Kalau kena bayar gak aku sut kepala diaorang nanti. Senang cerita bawak la duit spare bila ke sini.
Parking jek motor, aku dan member disambut oleh monyet-monyet. Ceh! Nasib baik monyet tu tak pow makanan aku. Hahaha. Mula-mula jalan kaki di jeti hingga ke tengah laut. Masyuk bai lepaks kat jeti tuh. Angin kencang lebat, banyak kapal-kapal besar kelihatan di laut. Binaan jeti aku tengok ok lah, kemas dan kukuh. Rasa selamat bila lepaks tengah laut. Kalau pihak pengurusan tempat ni pasang karaoke atau dangdut, mesti masyuk kan? Hak3! Boleh harok marok atas laut pastu kena sampuk hantu laut. Kih3!
Puas lepaks atas jeti, aku dan member jalan di laluan-laluan khas yang dibina melalui hutan paya bakau. Di sini korang boleh melihat banyak spesies siput, ketam, pokok bakau dan sebagainya. Sampah-sarap di tepi laut memang canteks! Haha. Sembang lebat. Ok, sesiapa yang kepengen nak jejak kaki di hujung benua Asia, jom pergi Tanjung Piai. Aku cadangkan korang bawaklah makanan ke, radio ke bagi meriah sikit masa pergi tuh. Budak U atau IPT jika tengah buat projek pasal hutan paya bakau, pergi sini la. Memang sesuai wa cakap lu. Ok, assalamualaikum!
*tambahan, aku rasa pihak pengurusan Tanjung Piai buatlah banyak promosi, aktiviti dan kemudahan seperti tempat makan, hiburan dan sebagainya supaya lebih banyak pelawat datang. Keadaan tempat ni agak sunyi la. Cara?

Jeti sepanjang 300m ++.
Di atas jeti.
Kesibukan kapal-kapal di laut.
Yeh! Titik terselatan Tanah Besar Asia!!! Wuhuu..!
Di atas titik tersebut.
???

Bandar-bandar di dunia boleh kita tahu berapa jaraknya dari sini.