Monday, 30 November 2009

Casio Edifice Watch

Gurau-gurau jek. Phua Chu Kang! Jangan saman saya loo...

Sejak dua menjak ni, aku tengok Casio mula mengharukkan dirinya dengan berlumba-lumba meningkatkan kualiti produk jam tangannya. Jika dulu Casio memang terkenal dengan jam digital berinovasi canggih, sekarang Casio sudah mengorak langkah dengan mengeluarkan jam-jam analog (jarum) yang berkualiti tinggi dan memberi saingan hebat kepada pengeluar jam tangan senegaranya.

Dulu, bila aku pergi kedai jam, berderet jam Casio Digital dalam rak. Dari jauh dah nampak, warna hitam memonopoli rak jam Casio (macam jam Q&Q). Sekarang, dah kurang dah. Giliran jam Casio Edifice, Beside, G-Shock dan Outgear pula memonopoli. Jam Digital Casio model dulu-dulu dah kurang, cuma kat kedai jam kecil-kecil jek masih berlambak.

Ok, tak nak banyak cerita. Aku cuma nak bagi cadangan lah. Kalau ada di antara korang yang teringin nak pakai jam analog yang macho/feminin dan ada chronograf, sub-dail takpun ana-digi yang ada termometer apa jadah semua tu tetapi bajet kurang, cuba usha jam Casio Edifice. Kalau nak bandingkan harga jam Casio Edifice dengan jenama lain macam Seiko, Citizen dan Orient memang Casio Edifice lebih murah. Kiranya sesuai la dengan bajet korang yang masih student ataupun korang yang tak sanggup mengeluarkan banyak wang untuk membeli jam tangan.

Contoh perbandingan, Casio Edifice Chronograf paling murah boleh dapat RM270. Kalau Seiko aku jumpa paling murah yang chronograf RM450+-. Itu harga kat kedai yang aku pernah jumpa la, kalau beli secara online kompom dapat lagi murah. Casio Edifice setakat ni aku pakai memang superb bai. Mantap, padu, berat dan rasa ngam di tangan. Bracelet pun solid (padu). Aku rasa Casio Edifice hampir setanding dengan jenama Seiko dan Citizen. Cuma setakat ni jam paling sedap dipakai aku rasa adalah Seiko. Rasa lembut dan serasi jek bila pakai. Hehe...


Katalog Casio Edifice >>> http://www.casio-intl.com/wat/edifice/
Harga online Casio Edifice sebagai rujukan sahaja >>> klik sini

Seterusnya, haa. Aku nak tunjukkan sejenis jam tangan yang superb. Jam ni bukan jam sebarangan. Dan yang penting, ia jenama Casio. Haha. Mungkin ada yang dah tau. Tapi takper. Sebelum aku bagitahu jam apa, tengok dulu gambar tokoh di bawah. Kenal kan? Tengok jam apa yang beliau pakai.


Macam mana brader? Berminat nak beli? Harga pasaran dalam RM320-360 sahaja. Sekian terima kasih.


*gambar diambil dari mudah.com dan carigold.com

Saturday, 28 November 2009

Citizen Vintage Watch


Orait, tadi aku baru terjumpa seutas jam tangan jenama Citizen yang agak vintage. Jam ni kepunyaan mak aku. Haha. Rasanya dibeli pada sekitar tahun 1980-an. Jam ni memang super kecik, aku pakai pun tak muat walaupun tangan aku kurus. Huh! Sayang jam ni dah tak berfungsi. Tak pasti adakah sudah kehabisan bateri atau sudah rosak movement dia. Aku rasa jam spesies ni mesti menjadi kegilaan orang zaman dulu sebab menggunakan movement quartz, zaman dulu sekitar tahun 1970-1980 an teknologi quartz memang menarik perhatian orang. Mungkin masa tu orang kata apa barang jam mekanikal! Hak3! Sekarang aku rasa peminat jam lebih suka jam mekanikal, aku pun begitu. Aku kalau nak beli jam jenama Seiko atau Citizen mesti cari yang mekanikal sebab kalau beli quartz rasa macam tak berbaloi. Jam quartz RM10 kat Pasar Malam pun dapat bai. Hehe... Aku cuma beli jam quartz untuk G-Shock, Casio Digital Vintage dan apa-apalah jenama Casio.

Hari tu aku cuba cari jam-jam vintage di Kedai Barang Second Hand Perkampungan Orang Asli Rengit, Batu Pahat tapi tak berjaya. Kepada mak-mak, bapak-bapak, abang-abang dan kakak-kakak yang teringin nak tambah perabot di rumah, apa kata pergi cari di Kampung Orang Asli Rengit. Perabot, barang elektrik, mesin basuh, peti ais dan tv berjenama dijual pada harga yang amat berpatutan. Pandai tawar harga dapatlah harga ngam-ngam coi! Kebanyakan barang second hand ni diambil dari Singapura. Barang permainan kanak-kanak pun ada. Nak pergi kampung ni senang ajer, di Pekan Rengit tu ada pasar. Masuk jek jalan ke arah pasar (sebelah Sungai Rengit) dan terus jek. Kalau dah jumpa deretan rumah tepi jalan dan terdapat banyak perabot terpakai sahlah korang dah sampai.

Haa.. Ni la tempatnya. Nampak TV tu, masih smart bai!

Lepas gagal jumpa sebarang jam tangan, aku try usha kat deretan kedai old school kat Jalan Rahmat BP. Jumpa satu kedai jual jam dan aku jumpa banyak jam-jam yang begitu rare bai! Seiko automatik, Pagol, Titoni dan Orient semua memang rare lah! Tapi sayang keadaannya macam dah sangat nazak. Tak jadi aku beli. Hehe... Pastu terjumpa satu jam Swiss Made jenama apa ntah pakai movement manual winding bai (kunci). Apek tu pusing-pusing crown jam bunyi krek-krek, kemudian jarum bergerak. Peh! Super klasik.

Dah-dah. Hehe... Jom layan gambar jam Citizen lama milik mak aku ni. Style!



Thursday, 26 November 2009

Iklan Skema Rama.

Salam semua. Huhu. Ayat pembukaan yang sopan daripada penulis blog sempena Hari Raya Haji. Hehe. Oklah, sebenarnya aku tengah selesema dan demam sikit ni akibat melancong dan berjalan-jalan sampai tak ingat dunia. Nasib baik tengah cuti jadi dapatlah rehat cukup-cukup. Fuh!

Sekarang ni kalau tengok TV (duduk rumah baru tengok TV), iklan yang muncul canggih-canggih. Kelakar pun ada. Potong...potong...potong...potong.... Haha. Lagu tu mengingatkan aku lagu masa tadika beb. Terbaru Perodua mengeluarkan MPV baru. Kasik bakar sama Proton. Haha..

Apa kata sekarang kita lihat iklan-iklan komersial zaman dulu-dulu. Aku tengok mesti nak gelak sebab skema giler. Hehe... Ayat tak boleh blah. Tapi layan beb. Jadi, ni aku nak kongsi iklan-iklan zaman dulu-dulu. Aku ambil daripada Youtube. Ada iklan yang aku masih ingat, iklan sabun Trojan tuh. Memang kuat tol pengaruh iklan ni.





Banyak lagi iklan-iklan lama kat Youtube. Nak tengok klik sini. Selamat mengenang kembali zaman silam. Kih3!

Wednesday, 25 November 2009

Melaka Tour


Ketika mula sampai. lepak depan Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Aku memang pantang cuti. Bila cuti tak sah kalau tak mengharokkan diri. Negeri Melaka bukan la jauh sangat dengan rumah aku. Perjalanan dalam 2 jam lebih jek tapi serius aku cakap aku tak pernah rasa bosan dengan tempat bernama Negeri Melakau ni. Setiap kali pergi mesti ada sesuatu yang baru. Kali ni aku melancong ke Melaka ntah kali ke berapa aku tak ingat. Pergi naik bas jek konon-konon nak main redah macam Mat Saleh. Tanpa sebarang perancangan, redah jek apa nak jadi jadilah. Yang penting duit penuh di kocek. Ada duit jalan. Haha... No Money No Walk la brader. Hak3!

Tempat pertama kami pergi Menara Taming Sari. Bayar RM10, masuk, naik, pusing-pusing pastu turun. Aku rasa sangat kejap. Sepatutnya pihak pengurusan perlu tambah masa supaya pengguna rasa berbaloi dan puas. Huh! Tapi bagi aku ok la, ada rasa kelainan naik benda alah ni. Kalau buat macam kat Sunway Lagoon naik turun giler-giler pasti menambah rasa syok!

Keris Taming Sari yang telah disumpah menjadi sebuah menara yang tinggi! Huh! WTS?

Kemudian, aku dan member ambil teksi untuk ke Eye On Malaysia Melaka. Hari tu aku dah pergi jadi kali ni aku teman member aku sebab tak pernah rasa. Bayaran masuk RM10 untuk warga Malaysia. Student price pun ada. Habis main pusing-pusing Eye On Malaysia, aku dan member layan jalan kaki balik Banda Hilir. Hak3! Takdelah jauh sangat. Singgah jap mall-mall kat area situ, cuba cari jam tangan tapi bagi aku kat B.Pahat lagi banyak pilihan. Aku dan member cuma shopping baju t-shirt kolar V. Murah jek 3=RM50. Haha. Pasar lambak pun tak dapat bai. Design catchy dan sempoi. Ramai gak Mat Saleh beli sama. Hehe…

Habis shopping jalan-jalan sikit pastu balik. Singgah jap The Store lama Batu Pahat. Pe jadah ntah boleh pergi supermarket tu malam-malam dah nak tutup. Tapi serius barang elektronik kat situ masih old school beb. Ada jual walkman kaset jenama Sony dan JVC lagi tu. Terasa macam masuk zaman awal 2000 dulu. Haha… Pastu…pastu balik rumah la. Hehe.. Orait beb, rasa-rasa kalau nak pergi melancong apa kata try Melaka. Sure best wa cakap lu!

Area tempat bersejarah Melaka.

Dalam Menara Taming Sari...

Cuba mencari setem berjuta ringgit untuk dicuri tetapi gagal. Terpengaruh dengan filem SETEM. Muahaha...

Gaya konon-konon selamber padahal gayat gak naik Eye On Malaysia Melaka. Hahaha...

Saturday, 21 November 2009

Balik kampung... Ho..Ho Balik Kampung! Kuala Lipis - Batu Pahat

Pagi yang gelap, lampu sudah terang. Haha... Sebelum bertolak.

Hari ini, aku pulang ke kampung halaman dengan naik motor. Saja cari pengalaman jalan jauh. Lagipun motor dah tak boleh pos guna KTM dari Kuala Lipis. Malas nak guna Pos Laju sebab mahal. Jadi aku dan 6 orang member konvoi bersama. Bertolak dari IPGM seawal jam 7.00 pagi, kami menunggang motor menuju ke Kuala Lumpur. Cuaca sejuk giler bai ditambah hujan renyai-renyai tapi aku suka sebab cuaca sejuk enjin motor tak panas sangat. Sampai jek kat area Genting Sempah Bentong motor mula slow sebab naik bukit. Tapi jalan memang syok la layan lap. Sepanjang jalan area Bentong tu aku nampak beberapa kumpulan motor superbike layan corner. Peh! Terbakar tengok superbike. Motor aku merangkak-rangkak naik bukit, diaorang rileks jek laju macam peluru. Hampeh tol... Dalam hati, dah kerja aku nak beli superbike, kawen nanti dulu. Muahahaha...!

Sampai KL lebih kurang pukul 10.30 pagi. Kejap gak sampai sebab target sampai pukul 11.00. Sepanjang perjalanan ke KL banyak kemalangan kami terjumpa. Cuak beb bila tengok. Konvoi kali ni diketuai oleh Ciko. Terima kasih la Ciko sebab tunjuk jalan dan jadi marshall kami. Memang banyak membantu la. Hehe... Alhamdulillah hari ini motor aku walaupun Honda EX5 boleh pergi 110kmj, throttle tak pulas habis. Selalu 90kmj jek boleh pergi mungkin jalan highway kot. Jadi bolehla motor aku cucuk 135lc dan Lagenda walaupun terkencet sikit. Hak3!

Masa singgah makan kat RNR Ayer Keroh Melaka, beberapa kumpulan superbike datang lagi dan parking depan tempat makan kami. Meleleh tengok Ducati, Honda CBR dan Yamaha R1. Bunyinya sahaja sudah cukup untuk aku terfikir nak beli superbike dulu, takder kereta pun takper janji ada superbike. Haha... Bila la nak posting nih... Ala Ayisy, kalau kau posting kat pedalaman camne nak pakai superbike. Hehe. Dalam pukul 4.00 petang aku sampai susur keluar Ayer Hitam. Fuh! Terasa satu kepuasan apabila sampai ke kampung halaman.

Penat? Hahaha. Bagi aku naik keretapi lagi penat. Penat menunggu keretapi lambat lah, delay lah, rosak lah macam-macam. Naik motor smooth jek perjalanan sambil cuci mata melihat pemandangan. Jimat pun jimat. Minyak habis dalam RM19 jek kalau tak silap. Boleh lepak-lepak, makan-makan, layan corner dan sebagainya. Oklah, itu sahaja laporan tak rasmi aku untuk perjalanan hari ini. Isnin ni gerak pergi Melaka plak. Enjoyyyyy! Hehe...


Muka nak ketat. Rambut nak serabai. Hehe. Nak buat camne, kalau pakai helmet muka jadi camtu. :P Ni kat Sungai Besi, baru lepas KL.


Yang ni aku tak ingat la kat mana. Tapi masih area Selangor atau Negeri Sembilan kot...

Lepak di RNR Ayer Keroh Melaka. Muka aku macam Mat Pet. Pehal tah.


RNR Ayer Keroh Melaka

Yeh! Sudah sampai di Ayer Hitam! Huhu...

*bilalah aku nak angkat Yamaha 125zr takpun Yamaha 135lc. Lepak seh nak kejar member yang motor laju. Heh! Ikut nafsu bulan ni gak angkat tapi takut takder duit spare untuk kecemasan plak di masa akan datang. Siapa nak belanja aku motor 125zr/135lc, angkat tangan! Hua3!

Thursday, 19 November 2009

Review Filem Gadoh




Aku tak pasti sama ada aku sudah terlambat untuk review filem "Gadoh" ni atau tak. Filem ni dah lama gak dan aku dapat tahu melalui sebuah blog beberapa bulan lalu. Aku tak pasti filem ni ada tak kat wayang. Nasib menyebelahi aku entah macam mana member aku ada simpan filem ni. Jadi apa lagi layan la beb. Dah lama aku nak tengok cerita ni. Sebab kenapa? Sebab filem ni menggambarkan realiti sebenar dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Sinopsis boleh baca di sini.

Cinta-cinta tak main la dalam filem ni. Lawak bodoh pun takder. Yang ada cuma adegan dua kumpulan pelajar samseng berketurunan Melayu dan Cina, semangat perkauman yang tinggi, pelajar yang sering dibuli, guru yang tidak berwawasan, guru yang berwawasan, kerenah birokrasi dan dua insan yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini.

Filem ni memang kasik bakar la siapa yang tengok. Unsur-unsur perkauman ditunjukkan dengan jelas dalam filem ni. Tetapi bukanlah ditunjukkan untuk membakar semangat perkauman sesiapa yang menonton, cuma nak beri pengajaran sahaja. Kerenah birokrasi, kabel-mengebel (bahasa pasar) dan bodek membodek orang atasan untuk mendapat pangkat ditunjukkan dalam filem ni. Sikap sesetengah guru yang tidak berfikiran jauh juga ada.

Antara dialog yang terdapat dalam filem ni yang bikin panas telinga antaranya ialah:

"orang Melayu tak hormat orang Cina punyer"
"semua orang dalam sekolah ni bodoh"

Sebenarnya banyak lagi dialog yang berunsur perkauman dan panas sampai aku pun terfikir dua tiga kali nak tulis ke tak dalam blog ni. Kang kalau tulis tak pasal-pasal kena ban blog aku ni. hehehe...




Kesimpulan, aku rasa filem Gadoh ni wajib ditonton oleh guru-guru sekolah, pelajar-pelajar mahupun seluruh rakyat negara ini. Serius aku cakap. Sekian terima kasih. Peace!

Wednesday, 18 November 2009

Review Filem Titanic 1997

Please... Jangan gelak macam setan bila baca entry ni. Hak3! Aku tahu aku ketinggalan zaman baru nak tengok filem hebat ni. Hahaha... Sebelum ni ada jugak aku tengok filem Titanic di TV tapi sekerat-sekerat jelah. Jadi tak tahu apa cerita sebenar yang terkandung dalam filem ni. Dah dekat 12 tahun filem ni keluar baru sekarang aku dapat merasai kehebatannya. Yang nyata filem ni Terbaik Daripada Ladang!

Aku bukan nak cerita sinopsis filem ni cuma aku nak cerita apa yang menarik perhatian aku dalam filem ni. Kira bila aku tengok tu teruja la takpun sedih tapi tak lah sampai menitiskan air mata. Come on bro, gembeng la kan kalau nangis. Hak3! Orait, di sini aku lampirkan beberapa scene dalam filem tersebut yang telah menarik perhatian aku.

Jam poket mekanikal klasik

Babak ni memang menarik perhatian aku yang minat jam. Masa zaman dahulu orang pakai jam poket. Sungguh klasik sampai bunyi jarum berdetik pun dengar dalam filem ni. Kuat plak tuh. Klek..klek...klek... Peh! Dapat jam tu memang tak tidur la jawabnya.

Bahagian enjin Titanic yang sungguh besar

Kedua, babak masa dalam bahagian enjin kapal Titanic tu. Enjin kapal tu aku tak tahu la berapa CC (pakai CC ke?). Dia punyer apa ntah macam aci engkol takpun piston bapak besar gedabak macam bangunan. Kalau pekerja terselit kat celah enjin tu kompom gepeng macam cicak tersepit kat pintu. Hehe...

Sebelum mati main muzik dulu buat kali terakhir ye tak?

Ketiga, masa babak kapal Titanic tu tengah nak karam. Ada beberapa adegan yang menunjukkan beberapa penumpang macam dah takder harapan jek. Memang dah ready nak mati dah. Redha jek masa tuh. Paling tak boleh blah ada 3,4 orang pemuzik main muzik kat tengah-tengah keharukan orang ramai menyelamatkan diri. Muzik sedih plak tu macam nak menghiburkan hati orang yang tengah nak mati. Muka diaorang memang berserah jek lah. Hehe...

"Emm, aku nak set masa kematian aku lah" kata orang ni.

Apa pun yang paling menyentuh hati aku yang kering ni adalah adegan beberapa penumpang yang seakan berserah jek. Orang lain lari lintang pukang selamatkan diri, sesetengah orang tu rileks jek siap betulkan jam kat meja. Memang hati kering lah. Hehe...

Jodoh sampai ke akhir hayat. Berserah jek dengan kematian.

Si ibu bercerita untuk anaknya buat kali terakhir. Tak nak bagi takut kat anak sebab kapal dah nak karam!!!! :(

Saturday, 14 November 2009

Kartun Happy Tree Friends

Tiba-tiba aku rasa boring la berblog. Mungkin sudah ada minat lain, jadi berblog aku rasa semacam sudah bosan. Kalau dulu bila surf internet jek mesti tengok blog. Ceh! Memang jakun giler lah bai. Sejak aku dah ada minat lain, rasa macam takder idea jek nak update blog. Tapi takperlah, kalau tengah ada mood tu aku update gak. Macam entry ni la tengah ada mood. Maklumlah, nak ambik mood study, exam tak habis lagi. Sekali lagi rileks sudah.


Sekarang, aku tak kira nak bagi review pasal kartun Happy Tree Friends jugak. Pernah menonton siri kartun Happy Tree Friends? Kalau tengok kat TV Malaysia memang takder sebab kalau masuk TV takut ada kes kanak-kanak siyat perut member dia plak kan. Hehehe... Kartun ni ada adegan bunuh membunuh, tikam menikam, koyak mengoyak, belah membelah otak dan mencungkil biji mata. Korang jangan risau, walaupun adegan kartun ni sangat seram tapi watak-wataknya sangat comel dan cute. Hehe...

Kartun ni aku dah tengok sejak akhir tahun 2007 lagi. Memang kelakar giler lah kartun ni. Lebih kelakar daripada kartun Spongebob dan Cat And Dog (pada aku la). Cuma aku tak galakkan ibu bapa memberi izin anak-anak mereka tengok kartun ni. Bagi aku kartun ni 18SG ++ 18 SL (Sangat Lawak). Hehehe...

Dah tak tahan nak tengok kartun ni? Tengok jek kat Youtube ataupun klik sini.

Thursday, 12 November 2009

The Twilight Saga : New Moon



Hahaha.. Akhirnya.. Dapat juga aku mengemas kini blog ini. Masa taip entry ni pun aku baru jek balik daripada menjawab peperiksaan Pentaksiran Bahasa Melayu. Okeh, dua tiga minggu ni aku asyik ternampak poster atau iklan filem The Twilight Saga. Dia tiru nama Proton Saga beb. Bangga weh bangga. Haha... Stop! Jangan berbual kencang!

Teringat masa bulan Disember tahun lalu, aku dan member pergi menonton filem Twilight bersama. Cerita ni sangat menyeronokkan apabila ditonton. Seriyus aku cakap. Masa mula-mula member ajak tengok, dalam hati aku berkata "Cerita mende nih, poster cuma ada gambar lelaki pompuan. Macam takder tema atau tajuk jek". Last-last layan jelah mana tahu best. Sekali dah tengok, haa ko. Touching terus bila tengok pontianak hensem bercinta dengan manusia cun.

Itu cerita dulu. Kita cerita sekarang plak. Pada 26 November 2009 ni filem baru Twilight bertajuk The Twilight Saga New Moon keluar. Tapi korang janganlah mengharap dalam cerita tu keluar adegan Pontianak Hensem selamatkan awek daripada kena hempap kereta Proton Saga ataupun adegan Pontianak Hensem mengutip biji saga untuk diberikan kepada awek tu. Hehe.. Gurau jek. Apa pun, jom nantikan filem seram touching ni nanti. Yeh!

*kalaulah masyarakat Melayu menggambarkan hantu-hantu seperti pontianak itu seorang yang hensem, cantik, tampan, bersih dan baik kan elok. Tak lah budak kecik takut sangat dengan hantu. Tapi kalau hantu pun hensem payah gak kalau anak dara terpikat dengan pontianak ye tak. Sudah Ayisy sudah, sembang kencang seh ko.

Monday, 9 November 2009

Akurasi Jam Tangan : Mekanikal VS Quartz

Orait bebeh! Ceh! Ayat macam siyut jek. Hari ni nak cerita sikit pasal jam walaupun peperiksaan semakin hampir. Ala rileks sudah. Yang haruk kusut-kusut pasal soalan sepot buat apa. Hik3! Baca jek mana-mana dan untuk lebih afdal bacalah semua kan senang. Tak payah fikir-fikir masuk ke tak. Hehe... Haih! Cerita lain plak dah.

Oklah, apa yang korang rasa tentang jam yang korang pakai sekarang? Adakah ianya sentiasa tepat menunjukkan waktu tanpa sebarang ralat? Sebelum aku meminati dunia horologi (seni membuat jam) secara serius, aku anggap semua jam sama jek dia punya ketepatan masa. Tapi lepas aku bertukar menjadi rakus terhadap dunia horologi, aku mula belajar apa itu akurasi. Akurasi bermaksud ketepatan dan kebanyakan jam di pasaran mempunyai ralat beberapa saat dalam sehari/bulan ataupun setahun. Senang cerita jam tangan yang korang pakai mungkin akan tercepat atau terlambat beberapa saat dalam sehari ataupun sebulan. Contohnya seperti berikut:

Jam Mekanikal = Purata akurasi +15 to +30 saat per hari ( utk Seiko 7s26 movement )
Jam Quartz = Purata akurasi +20 to +40 saat per bulan ( utk Casio Quartz movement )

Mula-mula pelik juga kenapa mat saleh dan mat jepun kat luar negara sibuk berforum mengenai tahap akurasi jam-jam mereka. Bagi aku standard la kalau terdapat ralat 15-30 saat per hari untuk jam mekanikal manakala 20-40 saat per bulan untuk jam quartz. Tapi tu bagi aku. Mungkin bagi mat saleh dan mat jepun, ralat 1 minit sudah dikira tak tepat. Iyelah, tengok negara Jepun yang mementingkan ketepatan masa dalam hidup. Berbanding dengan rakyat Malaysia, lambat 30 minit pun masih dianggap biasa kan. Hehehe...

Jadi, jom kita lihat perbandingan antara tahap akurasi jam quartz dan mekanikal. Eksperimen ni aku buat dalam masa tak sampai 24 jam dah nampak perbezaannya. Hehe... Aku buat perbandingan antara Seiko 5 (mekanikal) dengan Casio Edifice (quartz). Sory gambar kabur sebab kamera aku takder micro zoom. Harap dimaafkan. Kalau ada yang tengah fikir nak beli jam mekanikal, beli jek. Jangan disebabkan ia tidak setepat jam quartz, korang tak jadi beli. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dan jika terdapat info yang salah dalam entry ni, harap diperbetulkan. Saya budak baru belajar. hehe...

Ok, lihat gambar di atas. Sebelah kiri jam mekanikal (automatik) manakala sebelah kanan jam quartz. Jarum saat warna merah menunjukkan pada saat 40-42 (lebih kurang). Kedua-dua jam menunjukkan waktu 12:20:42 +/- 12:20:40

Selepas hampir 24 jam, jam sebelah kiri (mekanikal) menunjukkan jarum saat pada area saat 50 manakala jam sebelah kanan (quartz) menunjukkan jarum saat pada area saat 35. Dah nampak beza dalam +/- 15 saat.

*klik pada gambar untuk besar.

Saturday, 7 November 2009

Bermain Ketika Kecil.


Main. Korang pernah main masa kecil-kecil kan. Tipu la kalau tak pernah main. Yang lelaki pernah main masak-masak? Haha.. Kalau pernah jangan malu nak ngaku plak. Pernah main teddy bear atau anak patung lepas tu cakap sorang-sorang macam orang sewel yang cute? Sekali lagi kalau pernah jangan malu ngaku. Hehe... Tak macho main teddy bear? Alah, kecil-kecil takper yang penting dah besar tak jadi bapok, jadi bapak boleh. Haha..

Standard la masa kecil-kecil main sama ada main sorang-sorang atau berkawan. Dulu aku kalau balik kampung mesti main masak-masak dengan sepupu takpun main korek pasir pastu berkudis kat kaki. Hehehe... Tu yang bila dah besar macho semacam kaki aku. Bila tengah main tak fikir malu yelah budak kecil kan. Kalau tanya aku kau main masak-masak macam mana? Aku main masak-masak bukan macam sesetengah budak perempuan (main olok2). Aku dengan member main masak-masak style bakar-bakar guna api real punyer. Hehe... Ambil getah tiub tayar, kayu, batu dan periuk. Pastu mula la merepek masak akar kayu lah, daun rumput lah dan ada sekali tu beli Maggi masak betul-betul siyutt. Huhuhu... Nasib baik part masak akar kayu tuh aku tak makan, kalau tak memang sah aku mereng sekarang.


Main jangan gaduh-gaduh. Isk3! Jahat tol budak nih. Kalau anda seorang manusia yang sentimental, jangan tengok video ni. (video ni bukan aku ambil. Aku baik.)

Main rumah-rumah pulak memang syok masa tu. Duduk atas katil, ambil bantal susun buat dinding rumah. Tah pape jek aku dulu. Dah besar sikit main rumah-rumah pakai daun kelapa. Buat pondok tapi haram tak pernah kukuh. Setakat boleh main-main pastu imagine jelah. Main kawin-kawin? Tak pernah sebab aku sejak lahir memang tak gatal. Kah3! Serius beb!

Main teddy bear pastu cakap sorang-sorang dan anggap teddy bear tu hidup? Ini tabiat aku masa kecil-kecil dulu. Jenis teddy bear yang aku sayang pun aku masih boleh ingat rupa dia macam mana. Main cakap-cakap, pastu tolong cakapkan untuk teddy bear yang bisu tu. Hak3! Imaginasi aku terlebih kuat kot masa kecil. Tapi aku tak main anak patung sebab takut seh tengok anak patung. Tak tahu lah kenapa.

Oklah, kalau perkara di atas terjadi pada diri korang masa kecil, korang jangan risau. Korang tak giler masa kecil. Korang tak sewel, tak sindrom up ataupun kena sawan beruang. Itu semua perkara normal yang terjadi ketika kita masih kecil. Pensyarah aku pun ada cakap kalau nampak budak kecil cakap sorang-sorang dengan teddy bear, biarkan. Perkara tersebut sebenarnya merupakan satu proses normal kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan diri mereka. Tapi kalau anak korang kecil-kecil dah pandai menuturkan kata-kata mengurat wanita, sila ambil perhatian! Anak anda mungkin mengalami sindrom gatal-gatal daun keladi. Hue3!

Sekarang bila dah besar korang mesti dah tak nak main kan. Kalau main pun main benda lain. Main judi, main kasino, main sport toto dan sebagainya. Haha. Gurau jek. Hehehe... Sebenarnya aku tulis pasal main ni sebab tengah study "peranan main dalam pembelajaran". Minggu depan nak periksa nih. Huh! Jap-jap, nak hafal. Main ada beberapa jenis, main unoccupied, main solitary, main onlooker, main parallel, main associative dan main cooperative. Orait, hafal dah! Sekian terima kasih kerana sudi membaca. :) Kih3!

gambar kredit kpd nurhifzan.blogspot.com

Friday, 6 November 2009

Budaya Ngecek...

Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan cerita. :P

“Karim, mintak sikit kopok kau?”

“Weh, sikit-sikit! Nak gak”

“Daud, seteng kuih ko?”

Masa sekolah dulu biasalah ngecek-ngecek member. Adat. Tak bagi memang sah kene cop kemut atau mantul. Pew! Pernah dengar ayat mantul? "Mantul seh budak kecik nih dengan senior". Contoh gitulah. Maksud secara ilmiahnya (eceh!) melawan.

Beli jajan kat sekolah mesti ada member ngecek kan. Kalau yang jenis tak kisah ye tak kisah. Kalau yang jenis kemut mesti panas hati kan. Hehe... Tapi tu masa sekolah jek lah. Dah besar ni aku tengok takder lagi keadaan macam ni. Nak beli jajan 20 sen pun segan ye tak. Apa barang beli jajan 20 sen. Paling koman jajan yang paket besar tu la. Heee...!

Siapa yang pernah duduk asrama, korang mesti pernah bawa bekalan makanan dari rumah kan. Macam biskut, cokelat, keropok dan air. Aku dulu selalu bawak makanan camni. Kat tempat aku orang panggil ‘hasil’. Bila jejak jek kaki masuk pintu dorm, member pun tanya “kau bawak hasil tak?”. Ceh! Macam member rapat jek bila cakap walau tak berapa rapat. Hehe..Kadang-kadang kalau aku bawak banyak aku open la satu dorm. Kira kekah la. Cuma kadang-kadang tu dalam situasi kebulur, aku save hasil sorang-sorang. Makan pun dengan member baik jek. Haha. Makan nyorok-nyorok kebulur punya pasal.

Sekarang? Aku tabur kuih raya atas meja takder siapa nak ambik. Kalau ada pun setakat merasa. Mungkin masing-masing dah besar. Duit pun banyak jadi tak lah kebulur. Alhamdulillah. Sekarang ni pun kalau member mintak aku tak rasa benda pun. Nak ambik semua pun ambik la. Tiba-tiba teringat masa form 1,2 kalau tak silap, aku beli gula-gula lolipop. Sekali tu ada senior rembat gula-gula aku tu terus masuk mulut. Ternganga mulut aku tengok dia buat camtu. Sedih siot. Kempunan giler. Nak beli lagi takder duit. Huk!

Walau apapun, semua tu jadi kenangan manis. Woi budak IPGM, jom budayakan kembali budaya ngecek. Sikit…sikit…sikit…sikit..! Muahahaha…

*Sedekah amalan yang mulia. Yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Hehe...

Wednesday, 4 November 2009

Barang Made In ???

Sebenarnya, persoalan ni dah lama terbuku dalam serebrum aku. Kalau kita lihat pakaian atau barang berjenama contohnya Nike, Adidas, Puma, Converse dan sebagainya hampir kesemua akan tertulis Made In China, Made In Indonesia, Made In Malaysia dan sebagainya pada tagnya. Biaselah, walaupun jenama macam Nike berasal dari negara orang putih tapi barang-barang mereka kat Malaysia selalunya dibuat di Asia untuk menjimatkan kos pengeluaran. Jam tangan pun sama gak, walaupun jenama dari Jepun tapi kebanyakan dibuat di China dan Thailand. Sesetengah je yang betul-betul Made In Japan. Ahhh! Tengah giler jam Grand Seiko (tak mampu beli pun, harap masa hantaran :P).

Cuma yang membuatkan aku terfikir, kenapa syarikat-syarikat besar ni mesti nak tulis Made In China, Thailand pada barang mereka. Syarikat Nike dan Adidas lagilah ada baju diaorang tulis Made In Thailand walaupun ori (buat kat Thai). Bagi aku lah kan, bila diaorang tulis Made In China pada label barang, jadi nampak macam tak ori walaupun ori. Bagi aku feel pada barang tu dah kurang. Aku bukanlah demand sangat Made In apa pun cuma bagi aku kan lebih baik tak payah tulis Made In China atau sebagainya. Tulis jek Design In USA (contoh pada kasut Converse) ataupun tak payah tulis apa-apa. Lagi senang. Macam sesetengah jenama pakaian jenama Malaysia yang berkonsepkan Eropah, diaorang tak tulis pun made in apa pada barang mereka supaya nampak eksklusif. Orang pun ramai yang beli. Hehe..



Papepun, Made In apa tak penting sangat, yang penting kualiti. Kalau jenama jek grand tapi kualiti low buat apa. Aku pernah nampak selipar jepun jenama Nike harganya mak aih RM70++, baik aku beli selipar jepun kedai apek baru RM4, bukan orang tau pun. Sodap pun sodap, retro pun retro. Hehe... Aku pernah beli jam Swatch palsu RM10 jek tahan dekat 2 tahun. Puas memakai…

Alternatifnya beli bundle sudah… Banyak jenama mahal dijual pada harga murah giler dan kualiti terbaik! Aku pemilik beberapa seluar bundle dibeli pada harga Rm18. Hehehe… Tetapi tidak pernah beli seluar bundle jenama Dockers sebab takder saiz. Paling kecil saiz 32. Heh! Jeles giler bile tengok member beli seluar khakis Dockers cantik-cantik pada harga murah. Oh pinggangku, cepatlah membesar sehingga saiz 32…tambah 2 inci jek lagi. Huk!


Kedai Bundle...

gambar kredit kepada : plazaplzen.eu, zulfazlizan.wordpress.com

Tuesday, 3 November 2009

Internet Archive : WayBackMachine

Orait, entry kali ni sekadar hendak berkongsi sesuatu yang aku rasa menarik. Mungkin ada di kalangan korang yang dah tahu. Tapi takper, bak kata aweks-aweks blogger Malaya, sharing is caring. Hehehe... Sharing suami (bermadu) pun dikira caring jugak lah ekk. Hahaha...

Yahoo! ketika zaman awalnya...

Pernah tak korang terfikir nak tengok laman web version dulu-dulu? Contohnya laman web yahoo.com pada tahun 1998. Takpun google.com pada tahun 1999. Laman web version lama nih masih boleh kita lihat di laman web ni, http://www.archive.org/web/web.php. Nak guna senang jek, taip url laman web yang korang nak tengok dan klik take me back.

Rasa seronok bila dapat mengimbas kembali laman-laman web ternama ketika zaman dulu-dulu. Grafik yang diaorang gunakan pun masih kiut miut. Hehe… Tapi kalau blog sengal macam blog ni memang tak tersenarai pun. Bazir space memory diaorang jek nak save arkib blog nih. Hehe… Ok, ni aku bagi sikit gambar beberapa website yang ketika itupun aku masih kecik dan tidak tahu apa itu internet. Bye!


MySpace zaman Tok Kaduk...


Google ketika versi Beta.

Friendster versi Beta...

AltaVista zaman muda-muda dia dulu.

Sunday, 1 November 2009

Tips Menghadapi Peperiksaan Gaya PISMP B.Melayu.

If U Smell, what The Rock, Is Mandi...

Selalunya, orang akan bergembira selepas tamat peperiksaan. Tapi kami tak. Sebelum peperiksaan bermula, kitaorang bergembira dulu untuk membuang segala masalah, duka lara, sedih pilu dan keserabutan dalam pale hotak. Hehehe... Macam biasa, kitaorang pergi bermandi manda di Lata Jarum. Rempit dalam 45 minit dah sampai dah.

Aksi akrobatik artistik...

Tapi kali ni kami mandi lain sikit. Hehe... Jangan pikir kami mandi air terjun pakai sabun, syampu dan losyen plak. Kami cuma mandi sambil mengadakan perlawanan permusuhan bola tampar air terjun dan ragbi air terjun. Haha... Akibat daripada itu, sudah 4 kali bola tampar hanyut di bawa arus. Nasib baik ada beberapa di antara rakan kami yang macho lagi tampan mengejar bola tersebut sehingga berjaya diselamatkan. (ada aweks junior kebetulan kat situ)


Lepas letih mandi, kami pun balik. Singgah makan jap kat RNR Benta. Makan nasi ayam dan ABC. ABC kat situ murah jek, RM2.50. Fuyooh! Murah siottt! Kat JB dan BP paling murah RM1.00 dah dapat. Jenama Pak O tuu... Hua3! Nasib baik nasi ayam RM4.50. Kalau dia letak RM5.50, sorry la brader memang lu punyer kedai kene kutuk kaw2 kat blog nih. Hehehe... Ala Ayisy, kau makan nasi bariyani RM7.50 kat BP tak nak plak kecoh.. Hehehe, nak kecoh camne sebab sedap dan eksklusif. Ok, layan gambar kami sepanjang bersuka ria tapi hengat dunia di Lata Jarum.

Hehehe...

Huhuhu...