Friday, 30 October 2009

Jam Q&Q


Jam Q&Q memang femes. Nak cari jam jenama ni senang jek, banyak kedai jual. Kat pasar malam atau pasar lambak pun ada jual. Member aku pun ramai yang pakai jam jenama Q&Q ni selain Casio. Aku rasa jam jenama ni tahan lama dan reliable. Harganya jangan cakaplah, cukup murah. Bawah RM50 dah boleh angkat. Setakat ni yang aku jumpa semua jam Q&Q menggunakan movement quartz walaupun ada otai jam kata terdapat beberapa jenis jam Q&Q menggunakan movement automatik. Kat internet pun aku ada jumpa jam Q&Q automatik. Gempak gak jam Q&Q nih. Dan yang paling penting, jenama ni Made In Japan mari.


Canggih dan cantik. Tak sangka ada jam Q&Q Chronograph dan Radio Controlled. Mungkin nak bersaing dengan Casio. Cuma setakat ni aku tak jumpa lagi kat kedai. Emm...

Sepanjang hidup aku, ada 2 buah jam Q&Q aku pakai. Yang pertama masa darjah enam. Masa tu kecik tet lagi. Kumpul duit RM60, pastu nekad naik basikal sorang-sorang pergi kedai jam kat Pekan Senggarang. Bila pikir balik rasa macam nak tergelak plak kan. Masa beli tu, tokey kedai tu buat bodoh jek. Mentang-mentang aku kecik tet lagi. Aku plak masa tuh memang pemalu nak cakap dengan orang tak kenal, diri punyer lama kat kedai tuh. Dalam hati, tokey aku nak jam tuh. Korang bayangkan, seorang budak kecik sorang-sorang pergi kedai jam dengan dress up selekeh nak beli jam. Hak3! Last-last aku panggil guna tangan kalau tak silap. Tunjuk jam yang aku nak, pastu dengan nada takut-takut mintak kurang harga. Harga asal RM69 aku mintak RM60 sebab bawak duit cukup-cukup RM60. Kih3! Nasib baik dapat. Suka betul aku bila dapat jam tuh. Aku masih ingat apek yang jual jam tuh tapi bulan lepas aku pergi kedai jam tuh apek tu dah takder. Mungkin dah meninggal kot (ceh, ayat baik giler). Yang jaga kedai tuh 2 orang dewasa mungkin anak-anak dia la tu.

Yang sebelah kiri, model iras-iras jam Q&Q aku masa form 2. Sebelah kanan model iras-iras jam Q&Q masa darjah 6 dulu. Hehe... Sayang aku tak simpan, kalau simpan boleh tunjuk kat cucu cicit aku nanti. Pastu cakap, ni lah jam atok masa darjah 6 dulu cu...

Jam Q&Q kedua, jenis jarum biasa jek. Beli masa form 2 kat The Summit. Harga seingat aku RM29. Mintak mak ayah belikan. Hehe.. Tahan jam tuh dari form 2 sampai form 4. Last-last hilang masa mandi, mungkin ada budak rembat pasal aku letak kat dalam gayung mandi. Hampeh! Lepas hilang jam Q&Q tu, aku beli jam Casio yang sekarang masih bertahan. Hehe...

Tadi bila aku surf nak dapatkan information terbaru pasal jam Q&Q, aku tengok makin canggih koleksi dia. Dah ada koleksi kronograf dan solar. Jam diver (100m) pun ada gak. Design pun cun giler. Tiba-tiba terasa macam nak beli satu plak buat koleksi. Hehe.. Tengok tabung duit syiling ada rm80, memang sah la nak kena angkat satu ni. Hek3! Jadi, kalau ada di antara korang yang berhajat nak beli jam tapi bajet kurang, belilah jam jenama Q&Q nih. Murah, tahan lama dan sedap-sedap dipakai.

Thursday, 29 October 2009

Ahli Gusti WWE Pilihan Hatiku Masa Kecil... Hua3!

Masa kecik, aku suka tengok wrestling. Kalau dulu ia dikenali sebagai WWF, sekarang dipanggil WWE. Macam-macam version dalam WWE tapi yang aku selalu tengok WWE SmackDown. Mungkin ada yang akan cakap, ala gusti dalam WWE tu tipu jek. Haha... Memang la diaorang berlakon jek tapi tetap syok ditengok.

Cuma sekarang aku tengok jalan cerita dalam WWE dah tak best macam dulu. Tak banyak cerita yang ganas-ganas. Watak dalam WWE sekarang aku tengok macam skema jek. Tapi tu pada pandangan aku jela. Lain orang lain dia punya taste. Rasanya zaman The Rock dengan Stone Cold la paling cool. Heh!

Kali ni, aku senaraikan nama ahli gusti paling cool sepanjang hidup aku. Ahakz! Senarai ni ikut selera aku jek lah. Selera orang lain ye lain. Hehe…

1. Stone Cold Steve Austin.

Bunyi kaca pecah menandakan mamat ni datang. Imej kepala botak, badan tak lah tinggi sangat berbanding ahli gusti lain dan suka pegang tin. Paling seronok dia punyer smack. Tendang tut musuh, kemudian hentak kepala musuh dengan bahu. Nampak simple tapi musuh tu terguling-guling bertempiar. Agak-agak la kalau nak buat show pun. Haha.

2. The Rock.

Kalau dia ni, aku suka masa dia datang. Lagu "If U Smell" memang ditunggu-tunggu. Kalau satu episod tu takder The Rock, rasa kecewa giler. Rasa rugi jek tahan mata tengok tv. Seingat aku, dia pernah buat Rock Bottom dekat Big Show. Peh! Kesukaan aku bila tengok. Masa kecik-kecik lah, dah besar suka biasa-biasa jek. :P

3. The Undertaker.

Yang ni memang femes. Gaya macam setan hidup. Pastu suka julingkan anak mata sampai hilang. Kecik-kecik aku takot lah. Dah besar haram aku gelak-gelakkan jek dengan member. Sekarang orang tua ni masih aktif lagi dalam WWE. Ubat apa dia makan aku pun tak tau lah. Teh misai kucing kot.

4. Goldberg.

Goldberg aku minat sebab badan dia smart dan besar. Pastu gaya pemusnah dia jenis sondol perut orang guna bahu. Memang giler la. Kalau aku kene kompom terberak. Takpun tercirit sikit jek.

5. Rikishi.

Haha… Kalau kena selet dengan punggung dia memang termuntah lah. Eeee… Geli giler kalau bayangkan. Hak3! Sekarang ni entah kat mana la mamat nih hidup.

6. Triple H.

Dia ni kira paling macho lah konon-kononnya di kalangan ahli gusti. Smack dia senang jek, kepit kepala lawan celah kangkang, pastu hentak ke bawah. Takderlah power mana pun cuma bila member aku buat kat aku, bapak sakit. Hehe..

7. Kane.

Dulu pakai topeng, sekarang dah tak. Mamat ni besar gak. Gaya setan-setan. Hehe…

Orait, tu jek lah aku nak cerita pasal ahli gusti WWE yang aku minat. Sekarang aku dah kurang layan WWE, aku lebih layan Ultimate Fighting Championship (UFC). Yang ni real punyer. Tengok diaorang sepak terajang memang style!

Tuesday, 27 October 2009

Huk! Mesej Iklan Yang Mengganggu Hidup Aku.


Yah! Ambik kau iklan dari diriku..! Muahaha..!

Emmm… Semenjak dua menjak ni, handphone aku asyik terima mesej iklan jek. Iklan muat turun lagu lah, video lah, ringtone lah, caller ringtone lah dan Stone Cold (eh, gurau jek). Hehe… Hampir setiap hari Celcom dan Maxis hantar mesej iklan tah pape. Tak nak meluat plak kan. Kadang-kadang masa kita tengah sibuk, handphone berbunyi. Dah la susah nak korek kocek tengok handphone. Tengok-tengok Celcom hantar iklan, kecewa giler dengan sikap Celcom.

Ni lah contoh mesej iklan tuh. Sory gambar kabur, susah giler nak amik gambar mesej nih. Hehe.. (Pakai webcam jek, kamera digital takder. Beli jam boleh, nak beli kamera rasa mahal giler. Kih3!)

Aku tak pasti adakah Celcom atau Maxis yang hantar mesej iklan tu ataupun syarikat lain. Kalau syarikat lain pun, menda la pergi hantar mesej ngokngek camtu. Penat aku nak delete dan asingkan mesej iklan dengan mesej penting. Paling sakit jiwa masa tengah bawak motor. Syok-syok bawa motor tiba-tiba kocek bergegar. Nak tak nak berhenti jap tepi jalan mana tau ada mesej penting kan. Tengok-tengok mesej iklan. Emmmm…

Pada korang, ada tak cara nak stop spam ni? Aku tak berapa pandai sangat bab-bab handphone ni. Hehe... Oh yer, masa cuti Depavali hari tu, korang mesti dah tengok iklan P1 Wimax yang bikin aku gelak jek. Hak3! Maksud mendalam tuh! Psiko kaw-kaw punyer. Ok, bye!

*Fuh, setiap hari update blog. Maklumlah, tengah tak busy. Minggu lepas-lepas busy semacam. Minggu depan mungkin aku start busy, dah nak final exam. Huhu… Kepada semua guru pelatih IPGM seluruh Malaysia, aku ucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan. Minggu depan start study week, belajor-belajor! Hehehe…

*korang dah potong belum? Aku belum. Sebab..sebab kat K.Lipis mana ada line P1 Wimax. Hahaha...

Monday, 26 October 2009

Budak Wanted.


Nama: Tidak diketahui.
Umur: 20 tahun (2009).
Keturunan: Jawa Tulen.
Tempat lahir: Hospital.
Idola masa kecil: The Rock dan Stone Cold.
Kelebihan: Boleh makan burasak 5 kali sehari pada Hari Raya.
Status: Bujang dan berusaha untuk kahwin suatu hari nanti.
Minat: Kereta, motor dan jam tangan.
Hobi: Melayari internet, melancong dan mengumpul jam tangan.
Rekod jenayah: Membakar mercun di hadapan kucing sehingga kucing tersebut terpinga-pinga.
Ciri-ciri isteri idaman: Menerima seadanya diri beliau walaupun beliau hanya kerja bergaji RM500 sebulan.
Berat: 59.6kg
Tinggi: 173cm
Jenis perut: Fit

Sunday, 25 October 2009

Lawan Hoki...


Gambateh!

Reti tak reti main jek. Lenjan. Apa nak jadi, jadi lah. Hahaha... Tu lah yang terjadi selama dua hari ni. Budak unit Bahasa Melayu masuk pertandingan hoki Piala Datuk Mazlan kalau tak silap (aku lupa daa nama piala tuh). Ekekeke...

Berbekalkan pemain berpengalaman dua tiga orang, yang lain berbekalkan semangat apa nak jadi, main jek! Yeh! Hehe. Seorang pensyarah aku kata semalam, "Reti tak reti main jek, bila lagi nak dapat pengalaman main dalam pertandingan sebenar. Ni asyik cakap tak reti".

Alhamdulillah, walaupun main tanpa sebarang latihan dan pengalaman, pasukan kami berjaya memenangi dua perlawanan, satu seri dan dua kalah. Kalah pun 1-0 jek. Ceh! nak menang jugak tuh! Haktuih!

Menunggu perlawanan...

Yang paling syok, masa aku buat pukulan 16, ada sekali tu pukul angin jek. Bapak paiseh, nasib baik kali kedua kena dan terlebih kuat plak sampai terlebih padang akibat paiseh yang amat. Kah3! Kalau kali kedua tu tak kena gak, memang aku blah terus dari padang tu terus nyorok kat dalam longkang. Hehehe.. Ok, tu jek update kali ni. Entry peribadi semata-mata. Bye!

Friday, 23 October 2009

Cinta Si Pembersih Kubur.


Barisan Samseng Kampung Dusun.

Tido, makan, tido, be**k... Kejap jek dah masuk program Bina Insan Guru fasa dua. Teringat lagi seksa mengerah keringat mendayung kayak membelah Sungai Pahang yang bapak besor masa BIG fasa satu dulu! Masa mendayung tu rasa dah macam nak putus asa sebab panas giler, arus kuat dan ngeri sungai besar sangat. Aku mula ingat dah nak panggil bot tarik tapi disebabkan aku dan sorang member tak nak malu (jantan beb jantan), aku dan member kuatkan semangat melawan arus dan akhirnya sampai. Seksanya mengalahkan ujian kecergasan. Heh!

Barisan Pembersih Kubur Gred DG41.

BIG kali ni taklah seteruk BIG dahulu. Kali ni kami dikehendaki membersihkan kubur dan menjadi fasilitator di SK Gua. Itu sahaja. Paling tak boleh blah masa buat LDK untuk budak sekolah. Patut budak yang nangis, ni fasilitator yang nangis. Kesian fasilitator kan, touching sangat. Takpelah, kalau tak nangis, bila lagi nak nangis ye tak. :P

Murid depan tu kiut giler weh. Nama dia Jemi.

Jadi, malas nak tulis banyak. Dari Dewan Darul Makmur IPGM KTAA, kami mempersembahkan sebuah teater yang bertajuk, BIG di Kampung Gua. Bukan gua (aku) tetapi sebuah gua. Semoga terhibur! Kah3! Giler lambat ko update pasal BIG Ayisy. Dah 2 minggu lebih berlalu.

"Kita memerlukan semangkuk minyak masak untuk menggoreng daging burger" kata Kimi.

Thursday, 22 October 2009

Awas! Anda Mungkin Diskodeng!

Alat skodeng a.k.a CCTV yang dipasang di blok Nuri.

Zaman sekarang, orang menggunakan pelbagai cara untuk skodeng. Tidak cukup dengan dua biji mata yang dikurniakan Tuhan, manusia mencipta pelbagai alat untuk skodeng. Ada yang bertujuan baik tak kurang juga ada yang bertujuan jahat. Jadi, hati-hatilah dengan tukang skodeng.

Canggih! Hebat sungguh alat skodeng ini.

Yang terkini, sebuah alat skodeng telah dipasang di blok kediaman Nuri aku. Alat skodeng itu sungguh canggih dan hampir serupa dengan alat skodeng di bank-bank dan kedai emas. Jadi penghuni blok Nuri, hati-hatilah dengan alat ini. Mungkin ia boleh menjatuhkan maruah anda, mengkantoikan diri atau memberitahu bahawa anda adalah seorang budak yang sangat baik. (buat-buat baca buku depan alat skodeng tu ke)

Paling mendukacitakan, alat skodeng itu telah dipasang berdekatan bilik aku. Tapi takper, aku ada belajar ilmu ghaib. Boleh jadi halimunan. Tapi kalau alat skodeng itu mempunyai infrared, kantoi gak. Adehh! (gurau jek)

Mari pembaca blog ini lihat alat skodeng itu. Sebelum ia skodeng aku, aku skodeng dulu alat tu dan masukkan dalam blog ini. Muahahahaha!

Jarak antara alat skodeng (CCTV) dengan bilik aku hanya 10 meter. Waduh!

Terfikir, adakah alat skodeng ini mencabul hak privasi individu dan maruah seseorang? Atau menghebohkan keaiban orang?

Wednesday, 21 October 2009

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-


Kadang-kala, tak semestinya yang mahal itu cantik. Kadang-kala, tak semestinya yang ringkas itu tidak menawan. Kadang-kala, tak semestinya yang baru itu bergaya. Semasa zaman sekolah menengah, aku teringin memiliki beberapa jenis jam yang ketika itu walaupun harganya cuma rm29, peh… tak nak mahal plak kan. Beli jam rm15 kat pasar lambak pun terkial-kial nak bayar. Hehe.. Impian tu akhirnya aku lupakan dan berlalu di bawa angin bayu. Fuuuu….

Zaman tingkatan 1-2 dulu, aku memang mengidam nak pakai jam Casio F-91W, Casio Solar Al-180 dan Casio Data Bank DB-310. Harga jam tu zaman dulu-dulu antara rm30-120. Mana la aku ada duit. Kalau jalan-jalan kat mall, jeling dari jauh jela jam tuh. Memang touching habis lah. Takper Ayisy, takper. Kau belajar rajin-rajin. Dah besar kau boleh beli apa yang kau suka. Mangkuk tandas ada jam digital pun kau boleh beli Ayisy. Last-last aku terlupa impian aku tu sampailah….

Dua minggu lepas, entah camne aku boleh terjumpa blog pasal jam digital retro. Maksud di sini ialah jam-jam digital yang dikeluarkan pada sekitar tahun 80-an. Usha punya usha, wah! Ternampak jam-jam yang aku idamkan zaman kecil dahulu. Keinginan untuk menunaikan impian aku dulu kembali semula. Tengok kalendar, yay! Cuti Depavali semakin hampir. Terus tak sabar nak balik BP.

Sampai jek BP, aku terus usha. Cari punyer cari, peh! Selamat model AL-180, A-159W dan F-91W yang aku nak masih ada kat kedai jam di The Summit BP dan kedai jam old school Parit Raja, BP. Cuma model Casio DB-310 jek takder. Kedai tu kata Casio dah tak keluarkan lagi. Huk! Habis semua kedai area BP aku geledah tapi takder gak. Hampa.

Takper, lupakan seketika jam yang gagal dicari tu. Aku nak buat review sikit pasal jam yang menjadi cita-cita ketika zaman sekolah dulu dan sekarang tertunai akhirnya. Sebenarnya, jam model F-91w ni memang agak femes lagi-lagi di kalangan budak sekolah. Aku rasa korang pun pernah tengok jam ni. Jam ni bagi aku boleh dikatakan retro dan vintage. Mula dikeluarkan sekitar tahun 80-an dan awal 90-an. Aku pernah ternampak gambar Osama Laden pakai jam ni cuma tak tau gambar tu fake atau benar. Hak3!


Casio Digital F-91W

Model kedua, AL-180. Mula dikeluarkan pada tahun 1987. Jam ni bagi aku nampak klasik dan menggunakan sel solar. Model A-159W aku beli gak walaupun sama dengan model F-91W cuma yang ni versi besi. So, sekali tiga aku bantai. Nasib baik murah, tu pasal angkat sekali tiga. Hak3! Yang aku respek ialah masa aku usha kedai jam di Rengit dan Parit Raja, aku jumpa jam model A-159W tapi belek-belek macam palsu, harga pun murah giler. Aku tanya lah tokey tu, jam ni ori ke palsu. Tokey tu selamber cakap palsu. Hehe... Oklah geng, aku rasa itu jek aku nak kongsi. Kalau ada peminat jam Casio Digital Vintage, jom la kongsi-kongsi pengalaman korang. Bye!



Casio Solar Digital Watch AL-180. Aku suka tengok bracelet dia. Style lama. Hehe.. Full charge 14 hari, so tak boleh lawan Citizen Eco-Drive. Hak3! Camne nak lawan, jam ni dah tahap atok-atok so lemah sikit. Kih3!


Casio Digital Watch A-159W. Adik-beradik F-91W cuma ia versi bracelet.

*maaflah andai aku asyik menulis pasal jam. Ni semua sebab terpengaruh dengan blog-blog peminat jam yang tak lokek berkongsi pandangan, pengalaman, ilmu dan koleksi masing-masing untuk peminat jam seluruh dunia. Kepada aweks-aweks yang minat jam jugak, boleh la isi borang jadi isteri aku nanti. Kah3! Gurau jek.

Monday, 19 October 2009

Drift Dan Autoshow Di Batu Pahat Mall.


Salah satu aksi drift.

Lelaki memang tak boleh dipisahkan dengan bantal busuk. Woi! Agak-agak la bai. Main tak cantik cakap lelaki dengan bantal busuk. Haha.. Lelaki dengan kereta la bai, memang tak boleh dipisahkan. Ok, terus ke cerita utama.

Nissan Skyline.. Leleh enzim amilase dalam perut aku. uuuuuu....

Semalam aku pergi B.Pahat. Mula-mula ingat nak beli donat kat Big Apple, BP Mall. Ngidam tak pasal-pasal. Tiba-tiba dari jauh aku tengok tak nak ramai plak kan manusia. Pehal ni dalam hati aku. Sampai jek di simpang masuk mall, aku terdengar....

Wengggggg...cretttttttt....ngitttttt...vroooommmm...iiiittttttttt. Asap putih berkepul-kepul di udara. Ceh! Ada pertandingan drift rupanya. Teringat dulu masa pergi di tempat yang sama 9 bulan lalu. Hehe...


Nissan Fairlady. Adehh.. Leleh enzim Lipase aku...

Masuk jek perkarangan mall, mata ku ternampak Mitsubishi Evo. Peh! Ngaceng! Berderet kereta-kereta modified. Ada autoshow jugak rupanya. Apalagi, terus capai handphone kamera 1.3 megapixel dengan 3x zoom yang cikai, ambik gambar kereta-kereta tu. Ingat nak join parking sebelah kereta-kereta tu, tapi takot tak pasal-pasal kena sepak motor Honda aku ni kang. Hak3! Masuk mall, hambik kau ternampak kereta paling aku minat, Nissan Skyline. Siap ada guard jaga tuh, memang grand* (sebut guna loghat Jawa) giler. :P

Hot...hot...Hot Dog... Hehehe... Gurau jek.

Puas tengok autoshow dan drift, terus balik sebab penat kena panas. Donat Big Apple terus lupa nak beli. Haha. Jom layan gambar yang sempat aku ambil di autoshow dan drift tadi.

Mitsubishi Evo...


Ekkk.. Ni kereta apa ekk. Kancil kot.



Sunday, 18 October 2009

Entry Khas Untuk Cucu Cicit Aku... *kalau ada*


Kalau anda ada membaca surat khabar Mingguan Malaysia hari ini, ada satu berita mengenai seorang blogger tertua di dunia menurut surat khabar itu. Mula berblog ketika umur 95 tahun dan meninggal pada umur 97 tahun. Namanya Amelia Lopez.

Bila aku terbaca jek rencana tu, aku terfikir. Adakah aku akan terus berblog sekiranya umur aku mencecah 95 tahun? Haha. Macam mana lah keadaan aku ketika itu jika masih hidup dan masih juga berblog. Mesti cucu cicit aku gelak-gelak tengok blog atok diaorang masa muda. (kalau blog ayisy.blogspot.com masih wujud dan Blogger masih hidup)

Yang masih mempunyai datuk atau nenek yang berumur 80 tahun ke atas, cuba korang suruh mereka buat blog. Hehe... Oklah, untuk melihat blog Amelia Lopez tersebut, klik link ni >>> http://amis95.blogspot.com/

Kepada cucu cicit atok (kalau ada dan sempat), sekiranya blog ini masih wujud ketika zaman cu, bacalah blog atok ni yer. Entry ni atok tulis pada 18/10/2009, jam 9.42 am. Korang boleh tengok kehidupan atok ni ketika atok masih bujang. Belum jumpa lagi dengan nenek korang yang cun tu. Nenek korang pun tak jumpa lagi dengan atok yang ensem ni. Oklah, atok nak layan kartun Spongebob Squarepant. Kartun ni memang popular masa zaman atok. Zaman korang atok tak tahulah kartun apa yang best. Assalamualaikum yer cu...

Friday, 16 October 2009

Budi Bahasa Budaya Kita.

Situasi-situasi di dalam keretapi (train).

Situasi satu. (aku dan mak cik).

"Aaa... Cik, ni tempat duduk makcik ke?" Aku bertanya.

"Tak. Adik dok sini?" Makcik tu cakap.

"A'ah, tiket saya sit sini." Aku jawab sambil senyum seikhlas hati.

"Adik boleh duduk tempat lain tak. Duduk belakang sini." Mak cik tu selamber cakap.

"Ok". Aku cakap.

Situasi dua. (aku, budak dan mak cik).

"Ni tempat duduk adik ke?" Aku bertanya.

"Tak". Budak tu jawab.

"Adik, adik dok tempat lain boleh, ni anak mak cik nak duduk, dia takut." Tiba-tiba mak dia backup plak.

"Ok". Aku jawab.

Situasi tiga. (member aku dan seorang mak cik).

"Cik, saya duduk sini". Member aku cakap.

"Dok sini, ada tiket?. Mak cik tu cakap kuat-kuat.

"Ada". member aku jawab.

"Tunjuk tiket tu?" Mak cik tu cakap dengan penuh kekerekkan.

*Member aku pun tunjuk tiket lalu mak cik tu buat muka tak bersalah. Blah gitu jek. Bukan nak minta maaf. Dah la takder tiket, buat kerek dan kecoh. Takder tiket buat cara takder tiket.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Oklah, situasi di atas adalah situasi sebenar yang pernah aku rasa. Boleh dikatakan kalau naik train, mesti tempat duduk aku ada orang kebas. Orang yang kebas ni orang yang takder tiket ataupun yang sibuk nak duduk dengan member lah, mak ayah lah, pakwe makwe lah. Sibuk sangat nak duduk dengan orang tersayang mereka sampai hak orang lain dikebas. Aku tak kisah kalau diaorang nak duduk sit aku. Aku boleh tolak ansur duduk tempat lain. Tapi apa lah salahnya bila aku tanya tu, jawablah elok-elok, senyum sikit ke, minta maaf, lemah lembut dalam tutur kata dan berbudi bahasa. Lu dah la ambik sit orang, pastu boleh buat kerek plak. Agak-agak la bai.

Satu lagi kes yang takder tiket. Ok, aku paham korang terdesak. Tapi bila kita nak duduk sit kita, blah la elok-elok. Ni siap tanya macam tak percaya tu sit kita. Weh, yang takder tiket saper? Lu ke gua? Tak kira la lu orang tua ke, nenek ke, mak cik ke, brader je, aweks ke, dah takder tiket buat cara takder tiket. Memang orang tua perlu dihormati. Habis, aku yang beli tiket mahal-mahal, naik train 7-8 jam takkan nak diri atau merempat dalam train tu. Itu hak aku. Lain kali kalau nak naik train, rancang awal-awal. Beli tiket awal-awal.

Memang kita sebagai orang Islam dididik menghormati dan bertolak ansur dengan orang yang lebih tua. Cuma janganlah disebabkan korang lebih tua korang tak reti berbudi bahasa. Yang muda juga perlu dihormati. Utamakan yang berhak dahulu. Bukan aku sibuk sangat nak duduk kat sit aku, cuma kalau kita dah tak duduk kat sit kita, nanti jadi harok bila sit lain yang kita duduk tu ada orang punyer (naik dari stesen lain). Kita plak merempat ke hulu ke hilir cari sit padahal kita dah ada tiket. Kadang-kadang pikir gak kesian kat orang lain, tapi kadang-kadang terfikir gak kita beli tiket mahal-mahal tapi macam takder tiket. What The F kan?

Kepada golongan kerek tu, malulah sikit. Orang asli jauh lebih berbudi bahasa daripada korang. Kah3! Gurau jek. Peace!

Wednesday, 14 October 2009

Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan 2009 di IPGM KTAA.

Well, seminggu dua ni aku sangat busy akan tetapi masih mampu melayari internet dengan jayanya. Haha... Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk mengelak sesuatu tetapi jadikan masalah sebagai satu peluang. Ya, mencari peluang untuk melayari internet semasa busy sangat mudah tetapi mencari peluang untuk belajar semasa busy amat payah. Hak3!

Oklah, walaupun aku sudah di gembar-gemburkan akan update blog dengan cerita ini oleh abang-abang dan akak-akak senior aku, aku tetap menebalkan muka untuk terus update. Baiklah, sebelum tu aku nak bagitahu sedikit cerita berkaitan orang asli. Orang Asli sekarang lebih berdisiplin daripada orang kita. Nak tahu kenapa tanyalah orang yang terlibat dalam pengurusan KEDAP. Haha. Ni bukan main-main. Mengurus orang asli lebih mudah daripada mengurus orang kita. Member aku yang cakap lah.

Selasa lepas, ada majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan 2009 di IPGM KTAA. Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr. Mohd Puad Zarkashi. Guru pelatih opsyen Bahasa Melayu terlibat dengan bahagian pameran. Jadi, aku malas nak tulis banyak, layan jelah gambar kat bawah ni. Cara?


Sidang media.

Demonstrasi membuat kraftangan oleh orang asli. Diaorang sporting habis! Tak malu-malu macam budak kita. Hehehe..

Jurucakap konon-konon. YB tanya lari gak. Keh3!

Antara bahan pameran.

Salah seorang orang yang tak berapa asli.

Monday, 12 October 2009

Nilai Sentimental Pada Barang.

Kita mungkin akan menyayangi sesuatu barang jika ia berharga, mahal, pemberian insan tersayang, sukar didapati atau sudah lama berbakti kepada kita. Selalunya kita akan sayang pada barang yang baru kita dapat. Tapi lama-lama barang tu akan terbiar bila kita puas menggunakannya atau sudah bosan. Aku pun gitu gak. Cuma ada beberapa barang peribadi yang aku rasa sayang sebab dah lama aku pakai. Walaupun barang-barang tersebut tak mahal, tapi disebabkan sudah lama aku gunakan, banyak kenangan dan ada nilai sentimental, jadi aku jaga elok-elok.


Pertama, barang yang aku rasa paling sentimental dalam hidup aku dan masih digunakan sekarang ialah bekas pensil jenama Little BobDog. Tengok nama jek dah kiut walaupun menatangnya najis. Hehe... Bekas pensil ni aku beli pada tahun 2003-2004 gitulah, tak berapa pasti. Sekarang tahun 2009 maknanya dah dekat 6 tahun dan aku masih guna lagi buat pergi kuliah. Skema giler aku pakai bekas pensil macam budak perempuan. Kah3! Bekas pensil inilah yang aku guna buat masuk periksa PMR dan SPM. Little BobDog! Kemon-kemon seyy! Ungg! Unggg! Hak3!



Kedua, selipar Asadi aku. Dibeli awal tahun 2005. Lama beb selipar ni aku pakai. Dekat 5 tahun tapi still tahan lagi cuma sekarang dah jadi selipar masuk bilik air lah. Selipar ni dah bawak aku jalan satu Malaysia dari Sabah, Kelantan sampailah Kedah. Hehe... Setakat sekarang inilah selipar paling lama bertahan dalam hidup aku. Memang Grand!!!



Ketiga, jam Casio AW-49H aku. Beli masa awal tahun 2005. Lama dah jam ni berbakti dari zaman aku sekolah sampailah sekarang. Dulu jakun giler dapat beli jam yang ada analog dan digital. Paling canggih la pada aku masa tu. Masuk IPGM, aku buang-buang jek sebab dah beli jam lain. Nasib baik bulan 6 lepas aku tersedar bahawa jam ni mempunyai nilai sentimental bagi diri aku. Masa tu jam ni dah takder tali, bateri pun dah kong. Aku hantar kedai servis. Bila tengok dia hidup balik, peh! Bestnyer tengok jam tu gerak. Sekarang, kadang-kadang aku pakai jam tu bila terasa rindu zaman sekolah. Huh..cepat betul masa berlalu...


Keempat, baju t-shirt Levis hitam aku. Beli pada pertengahan tahun 2005 kalau tak silap. Sampai sekarang aku pakai dan tak rosak. Baju ni pelik sikit sebab aku pakai tak boring-boring. Tak macam baju lain, pakai sebulan dua dah boring. Dah 5 tahun pakai pun rasa cool jek. Memang terbaek la t-shirt ni.



Kelima, beg akak-akak ada cop JPN Johor. Beg ni aku dapat free masa form 5. Sampai sekarang aku pakai buat pergi kuliah. Memang vintage la beg ni. Walaupun kena psiko beg pergi pasar, tapi tetap style bagi aku. Kalau lepak kat Johor rasanya memang ramai budak pakai beg style camni. Aku usha kat JB pun berlambak beg ni dijual. Yang penting, beg ni lah beg aku aku paling sayang. Hua3! Orait, setakat tu jek aku nak kongsi tentang barang yang bagi aku mempunyai nilai sentimental dalam hidup aku. Korang plak, kalau ada barang yang dah lama, jagalah elok-elok. Bila dah hilang atau rosak baru nak touching-touching tak guna. Hehe.. Bye!

Saturday, 10 October 2009

Mega Raya IPGM KTAA dan Mega Accident.



Raya Aidilfitri tak lengkap kalau tak buat jamuan bagi makan free. Hehe... Semalam, peristiwa memberi makan free kepada guru pelatih IPGM KTAA telah berlaku dan ia adalah suatu usaha yang amat digalakkan. Ekeke. Selain dapat menjimatkan duit guru pelatih, ia juga dapat merapatkan tali silaturrahim sesama guru pelatih, pensyarah dan sesiapa sahaja yang berada dalam institut. Walaupun duit guru pelatih dapat save, akan tetapi duit pihak atasan telah kopak. Kih3!

Jamuan Mega Raya anjuran IPGM KTAA diadakan bermula jam 2.30 petang sehingga bila entah, aku dah cabut awal. Heee... Aku sebat nasi himpit, makaroni, tembikai, air sirap ada bijik-bijik hitam dan lemang. Kau ni Ayisy badan jek cikeding tapi makan macam... Susah nak cakap. Heh. Jamuan semalam tu dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu raya oleh guru pelatih. Pensyarah dan Timbalan Pengarah pun nyanyi sama. Canteks! Sporting abes.

Memang Poh Paleh! Poh Paleh!

Malam tu pula, aku keluar makan dengan member. Baru sekerat jalan, tiba-tiba dari jauh nampak orang suluh-suluh lampu picit. Dalam hati, ek elleh, asyik-asyik roadblock. Sekali tengok eksiden laa. Lori bawa kayu, kayu yang dibawa terkeluar lalu terkena kereta dari arah lain. Habis bersepah kayu atas jalan dengan kaca sampai tak boleh lalu dah. Memang poh paleh orang Pahang kata. Nasib baik yang kena kayu tu kereta, kalau motor aku rasa memang dah gol. Dan kebetulan ditempat kejadian ada warong. Ceh! Memang good-good jek keadaan ini. Terus makan kat warong tu. Ok, babai!

Ni pun Poh Paleh! Kuchar Lanar! (Ayisy mula belajar dialek negeri). Kepingan kayu bertaburan di sekeliling jalan.