Tuesday, 29 September 2009

Celcom Broadband Yang Mengecewakan.

Kadar download data amatlah perlahan. Sekitar 5-10 KB/s untuk HSDPA, lembab macam GPRS. Sakit jiwa dibuatnya.

Entry kali ni aku nak komen pasal kualiti servis Celcom Broadband sejak akhir-akhir ni. Sebelum ni, ramai dah yang komplen tentang kualiti servis diaorang ni. Ada yang cakap lembab lah, selalu terputus lah dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah, masa mula aku pakai Celcom Broadband sampai bulan Julai tahun ni, kualiti servis bagi aku memuaskan la. Cuma sejak sebulan dua ni, tiba-tiba aku rasa Celcom dah hampeh sampai kadang-kadang aku rasa pedap giler. Lembab! Tak stabil! Kelajuan internet seperti dial-up telefon rumah! Yah!

Celcom, aku bayar bulan-bulan RM68 sebulan. Aku bukan orang kaya. Aku bukan orang dah kerja. Aku bukan anak Dato. Aku bukan cucu Sultan. Aku cuma pelajar jek yang ingin merasa nikmat internet dari kau. Bagi aku, RM68 tu boleh dikatakan mahal jugak lah. Kenapa kau buat aku camni. Nak bukak emel pun merangkak-rangkak. Memanglah bukan setiap masa kau macam ni, habis kalau dah agak selalu kau buat hal tak ke geram dibuatnya. Aku tak kisah kalau bil setiap bulan cuma RM10-20. Ini RM68 bang. Nama jek 3.5g, HSDPA, WCDMA, tapi kualiti macam wayar telefon buat apa.

Celcom, kau tak payahlah buat iklan gempak-gempak kat media massa, cakap kau terbaik lah, terluas lah, terpantas la dan terhebat lah. Simpan duit modal kau tu untuk tingkatkan prasarana servis kau dulu. Aku percaya, kalau servis kau memang D,Boom! Kau tak payah buat iklan pun kompom laku. Ini servis hampeh, iklan berdentum-dentum pun kompom takder siapa nak percaya.

Satu lagi, kalau servis kau lembab, aku tak kecoh pun kat surat kabor atau forum-forum di internet. Ni pun 1st time aku komen. Tapi kalau aku tak bayar padahal due date ada lagi 2,3 hari, kau dah kecoh bagi mesej suruh bayar. Kalau tak bayar nak potong la, apa lah. Kecoh giler, kalau servis kau D,Boom aku tak kisah lah kau nak kecoh. Ni hampeh pun nak kecoh. Mungkin aku perlu kaji untuk menggunakan perkhidmatan syarikat lain. Cuma keadaan tempat aku tinggal jek tak mengizinkan. Andai kata aku duduk di bandar macam JB, Melaka, KL, sah-sah aku dah curang kat kau Celcom. P1 Wimax, kau jangan kembang idong plak. Haha... Aku bagi masa sampai akhir tahun ni, kalau kau buat taik gak, aku curang. Ingat tu.

Oh yer, nak cerita sikit. Isnin lepas aku pergi kedai jam kat Kuala Lipis sebab nak besarkan tali besi jam aku. Lepas raya boleh plak tak muat. Haha. Lepas dia servis, aku tanya berapa ringgit. Nyonya tu cakap free. Apa? Free? Peh! Syahdu sungguh aku rasa. Sebelum ni, aku pernah pergi servis tali besi jam kat kedai area BP, diaorang cas Rm0.50-RM1.00. Walaupun apa la sangat RM1.00 tu, tapi aku tetap rasa respek kat nyonya tu. Nyonya, kalau la lu bukak kedai kat BP, kompom gua beli jam kat kedai lu. Hehe. Camni baru sayang dengan Kuala Lipis. Heeee… Ok, tu jek, Assalamualaikum.

Monday, 28 September 2009

ayisy.blogspot.com Versi Rayalah Pulak!



Waktu yang seronok, aku rasa begitu pantas berlalu. Waktu tak best, mak aih tak nak lembab plak kan masa berjalan. Jap jek raya dah seminggu. Raya tahun ni aku rasa paling best sepanjang hidup. Walaupun waktu akhir bulan puasa lepas rasa macam tak syok jek raya, tapi bila start hari raya pertama, haa kau!

Apa erti Hari raya Aidilfitri bagi korang? Bagi aku, susah plak nak cakap. Masing-masing pasti ada pengertian sendiri kan. Oklah, aku nak buat laporan rasmi sepanjang Hari Raya Aidilfitri aku tahun ini. Mungkin agak personal tapi aku tetap nak berbual kambing! Ahah!

Yang ni aku tak tau la nak cakap apa. Orang tengah raya pun masih nak jual aiskrim. Bocah ki bocah ki.

Hari raya pertama, macam biasalah beraya rumah saudara-mara versi veteran. Maksudnya saudara terdekat dan umur mereka sudah dewasa. Untuk raya pertama, beraya rumah saudara belah ayah aku area Kampung Parit Hailam dan Kampung Bahru. Kat Kampung Parit Hailam ni, ada seorang pembuat gambus terkenal seantero Johor iaitu Wak Hassan. Tetapi, aku sendiri tak pernah jumpa Wak ni. Hak3! Sengal giler, tapi lalu rumah dia pernah la.

Raya kedua, marhaban@baraan di Kampung Pasir Lebar. Malamnya, buat barbikiu.. Eh, ejaan sebenar camne ekk? Barbekue? Ahh.. Pening-pening. Haha... Pastu apelagi, bakor mercun dan segala benda haram la. Haha. Tak nak bergegar plak kan satu Kampung Pasir Lebar tu. Seronok main bakor-bakor duit ni. Heh! Thunder Clap la, Thunder King lah, Thunder Kong lah, Thunder Nak putus tanganlah.. Heee...

Marhaban At Atok House...

Raya ketiga, beraya plak rumah saudara belah mak. Saudara belah mak aku memang pure dia punyer Jawa. Generasi atok aku lahir kat Jawa pastu berhijrah ke Tanah Melayu. Aku ni nama jek Jawa, tapi lepas lahir jek kat dunia, mulut aku automatik cakap Bahasa Melayu.

Sesi story telling tentang sejarah keturunan aku.

Raya keempat sampai la hari Sabtu lepas, aku bergasak beraya rumah kawan-kawan. Masing-masing muka dah macam atok orang. Hahaha. Tak lah, muka dewasa la. Dulu masa sekolah semua muka jambu-jambu, sekarang masing-masing muka dah ensem. Crett la ko Ayisy. Hihi. Kepada Hassanul, terima kasihlah kerana kau la satu-satunya member yang kasik duit raya masa beraya. Haha. Lepas duit minyak motor aku. Kih3!

Sesi menziarahi rumah member.

Ok, tu jelah laporan untuk diaudit ISO9001. Kah3! Selamat Hari Raya.........!

Wednesday, 23 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

Hari Raya Aidilfitri 2009. Raya aku ketika umur memasuki angka 20 tahun. Kiranya sudah 20 kali aku Raya Aidilfitri di dunia ini. Dan yang pasti, dah beberapa tahun beraya tanpa mercun dan meriam. Dan yang lebih pasti, duit raya semakin berkurangan. Hehe...

Terus terang aku cakap, masa dalam perjalanan pulang ke kampung, tiada langsung suasana raya yang aku rasa. Semasa membeli-belah bersama rakan, barulah terasa sedikit suasana tu. Itupun keadaan Bandar Penggaram seperti hari biasa, tidak sibuk, tidak ramai orang dan tidak sesak. Cuma pekan-pekan kecil seperti Senggarang, Rengit dan Parit Raja mengalami kesesakan yang teruk.

Malam raya pertama, ada la sikit-sikit rasa nak raya. Aku nak minta maaf kepada semua rakan jika aku tak balas mesej raya korang. Bukan aku tak nak balas, masalahnya bila aku nak send mesej, asyik fail jek. Aku pedap, aku malas nak tengok handphone. Buka YM dan Facebook, ucap kat situ tapi tak semua rakan aku yang online kan. Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan termasuk rakan-rakan online aku. Maaflah sebab lambat. Senang-senang jom la datang rumah aku. Tapi burasak dengan ketupat dah habis la aku bantai. Haha.

Pagi raya aku terkilan sikit sebab aku tempah baju teluk belanga tapi dapat cekak musang. Nasib la, layan jek. Makan burasak dan ketupat sampai 5 kali sehari. Giler kentang... Heh! Bukan senang ye tak nak dapat makan camtu. Dan hari raya pertama dan seterusnya berlalu seperti tahun-tahun lalu cuma keseronokannya itu tak pernah pudar. Tengok budak-budak kecik beraya dan masuk ke rumah orang-orang kampung walau tak kenal, mengingatkan aku masa kecil dulu. Beraya rumah orang tak kira kenal atau tak. Sebat semua rumah. Hahaha. Best aper...!

Bila sebut marhaban, masa kecil-kecil dulu pernah berlaku sesuatu yang amat memalukan aku. Sangat-sangat memalukan. Sampai tak boleh cakap kat blog ni. Cuma saudara-mara aku sahaja yang tahu kisah aku ni. Bila sebut, kompom aku kena bakar kaw-kaw punyer. Aku pun dah lupa rumah yang aku pergi marhaban tu. Maklumlah, sekali marhaban berpuluh rumah tapi tiap kali masuk rumah, mesti makan tak kenyang-kenyang. Hahaha.

Oklah, sampai di sini untuk hari ini. Hari kemudian aku cerita lagi pasal raya kalau ada. Kat bawah aku selitkan video marhaban di rumah kampung aku. Enjoy! Assalamualaikum.


Wednesday, 16 September 2009

Cerita-Cerita Pandir Daripada Pemilik Blog Ini.

Ahh.. Tak nak cerita pasal raya. Tak nak..tak nak..! Sambil guling-guling dan menghentak kaki. Hue3! Tak lah. Takkan lah Encik Ayisy nak buat pe'el camtu kan. Haha. Nak update mende ekk. Haa! Tengok dulu gambar kami boleh? Hihi.


Cerita pertama, tadi pagi ada forum apresiasi kemerdekaan kat IPGM aku. Ahli panelnya terdiri daripada Prof. Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dan seorang lagi Prof tapi aku lupa la plak namanya. Nampak sangat kau tidur Ayisy masa forum tu berjalan. Hahaha. Aku nak ulas balik kat blog ni tak boleh-boleh. Idea dalam pale hotak ada tapi nak menterjemahkan ke dalam bentuk ayat mak aih tak reti seh. Payah giler. Senang cerita, kemerdekaan yang kita capai hari ini berdasarkan politik. Dan adakah orang Melayu akan terus kekal memerintah negara ini berdasarkan situasi politik masa kini? Ehem... rasanya budak bernama Ayisy tak sesuai menulis benda-benda berat camni. Heh!

Cerita kedua, kat blok kediaman aku ni merupakan syurga bagi kucing-kucing yang kehilangan tempat tinggal dan kekurangan kasih-sayang. Kira blok kediaman aku jadi rumah bahagia kucing la. Kepada kucing-kucing, jika anda lapar, Miaooooww saja di depan pintu bilik-bilik penghuni blok Nuri yer. Anda pasti akan dilayan dengan penuh kasih-sayang. Sayangilah haiwan seperti anda menyayangi... menyayangi siapa ekk? Haha. Moga-moga kucing tu mendoakan kebahagiaan anda. Amin...



Ko tengok! Betapa bahagianya kucing-kucing di blok kediaman aku. Cool jek lepak kat dalam baldi budak. Style tak style kucing kat sini. Opps! Orang kata kalau ambik gambar kucing, nanti kucing tu mati. Gulp!
*korang jangan ingat aku yang campak kucing tu dalam baldi, memang kucing tu lepak kat dalam baldi tu. Aku apelagi, amik gambar die la.

Cerita ketiga, korang main Facebook? Kalau belum ada, tak payah la nak main. Yahudi punya tu. Kalau dah termain, main elok-elok. Pandai-pandai jaga diri. Cuma satu jek yang aku suka main Facebook ni. Golongan dewasa pun main gak weh. Layan! Pensyarah aku pun ada Facebook! Giler kentang! Hahaha. Rasa dunia ini tiada sempadan. Barulah internet namanya! Hahaha... Tapi kalau pensyarah HEP add aku, heeeee. Rasa-rasa nak terima ke tolak? Kalau terima, habis segala rahsia tahap lobang cacing aku kena korek. Kih3! Dasyat sungguh penangan internet ni kan.

Ok, sekian dulu untuk hari ini. Mercun dah beli belum? Heee..

Monday, 14 September 2009

Kenangan Raya 10 Tahun Dahulu.

Sebelum baca...
Lihat gambar ini dahulu...
Lihat....lihat...
Lihat...

Terima Kasih...

Ahad ni raya. Giler ahh raya. Koncop giler masa berlalu sehingga aku rasa baru semalam aku bersuka-sukaan di Melaka bersama member di minggu pertama puasa. Baju raya? Aku belum beli lagi. Takper aku lelaki bukan macam perempuan, takder baju raya kompom duduk bilik seminggu masa raya tak keluar-keluar. Haha.. Ada ke camtu? Ingat nak shopping hari Sabtu ni tapi tak taula sempat ke tak. KTM! Gua bagi amaran kat lu, kalau lu lambat lagi gua tuntut baju raya dari lu. Muahaha!

Entry ni bukan cerita raya. Esok lusa aku cerita pasal raya ok? Hari ni cuma nak cerita pasal kenangan raya. Ceh, raya jugaklah tu Incik Ayisy. Lagi seminggu nak raya dah suka-suka nak cerita. Ala, aku nak cerita pasal kenangan raya, bukan raya akan datang. Faham? Kenangan...kenangan..dan kenangan yang semestinya sudah berlalu. Hehe... Korang ingat tak kenangan masa mula-mula merasa raya? Aku tak boleh ingat la. Hehe.

Kenangan pertama. Kasut raya. Iyer adik-adik, kasut raya. Korang tau budak bernama Ayisy tu pernah beli kasut raya berlampu. Ya, kasut sport berlampu di tapaknya apabila berjalan. Hahahaha. Giler gedik kasut ada lampu. Kalau sekarang aku pakai, kompom orang ingat aku sewel atau lalok. Memang idaman aku semasa kecil memakai sepasang kasut yang mempunyai lampu di tapaknya. Sungguh mengharukan apabila cita-citaku itu tercapai. Hue3!


Kenangan kedua. Duit raya. Heh! Cuba bayangkan andai kata sekarang korang dapat duir raya seposen? Apa perasaan korang. Tak sanggup menerimanya kerana takut menyusahkan pemberi? Atau memaki hamun pemberi tersebut seperti "makcik, kalau takat seposen, lebih baik makcik sedekah kat tabung kaunter KFC, McD ataupun Pizza Hut tuu..". Sebab kenapa aku cakap duit raya seposen? Sebab aku pernah dapatlah. Masa kecik-kecik aku mana tau pape. Orang bagi aku kebas jela. Kira bersyukur la zaman tu. Yang penting pemberi tu ikhlas kan. Cuba budak-budak zaman sekarang dapat seposen? Alamatnya raya tahun depan kompom tak datang lagi rumah tu. Hahaha.

Kenangan ketiga. Mercun dan meriam. Well, masa kecik-kecik mana ada duit sangat ye tak. Ketika itulah semangat keadik-beradikan menjadi kuat. Masing-masing memberi sumbangan ikhlas tak berbelah bagi. Lepas kumpul duit, aku dan adik aku pergi beli mercun kat rumah orang. Sampai tahap rumah orang yang jual mercun tu dah jadi macam rumah kedua aku. Hik3! Perasaan masa dapat beli mercun tu susah nak cakap. Boleh menitik air mata kalau ingat balik. Kui3!

Kenangan keempat. Baju raya. Tak banyak sangat kenangan pasal baju raya sebab kecik-kecik mana ada pikir baju raya. Kalau mak ayah sibuk nak belikan baju raya, aku tak nak. Masa tu pikir buat apa beli baju banyak-banyak, baik belikan mainan. Hak3! Budak-budak la katakan, mainan ajer yang dipikir.


Marhaban betul-betul. Bukan meraban... Hue3!

Kenangan terakhir. Pelita. Yer, pelita. Dulu kecik-kecik semangat giler pasang pelita keliling rumah. Siap rajin pergi kedai beli pelita tu. Pastu tolong cucuk buluh kat tanah. Wuh! Memang semangat kentang lah. Segala teknik membancuh minyak tanah dan memasang sumbu pelita sudah dikuasai. Tengok jiran sebelah pasang 20 buah pelita, aku lawan. Pasang 25 buah plak. Kena celen! Jiran sebelah buat kreatif-kreatif sikit kedudukan pelita, aku pun lawan sampai pasang pelita kat batang pokok kelapa. Habis hitam terbakar batang pokok kelapa tu. Kih3!

Ok,ok. Sudah Ayisy. Ops terlupa plak, aku dulu kejam. Bakar mercun Thunder Clap pastu ikat kumbang kat mercun tu. Haih! Kesian kumbang-kumbang tu mesti perut terburai kan. Hehehe. Itu jek aku nak cerita. Entry akan datang aku nak post pasal kesemangatan budak kelas aku nak raya. Hua3! babai!

*gambar marhaban diambil dari serunaimalamjumaat.blogspot.com

Saturday, 12 September 2009

Deja Vu.

Sebelum baca....

Layan gambar ini dahulu...

Layan...layan....

Terima Kasih...

Ok..ok.. Nak cerita ni. Duduk diam-diam eh. Pernah dengar perkataan Deja Vu? Pernah mengalami Deja Vu? Rileks-rileks, jangan fikir Deja Mos plak. Sebelum aku melalut lebih panjang, aku bagi definisi Deja Vu dulu yer sayang? Perkataan Deja Vu ni berasal daripada bahasa Perancis yang bererti 'pernah melihat'. Maksudnya, seseorang mengalami suatu pengalaman yang dirasakan dia pernah mengalami sebelumnya. Huh!

Hahaha, contoh camnilah. Aku tengah berbual-bual dengan member. Tiba-tiba aku rasa situasi atau peristiwa tengah berbual dengan member tu macam pernah berlaku dulu-dulu. Tapi bila fikir balik bila ekk? Contoh kedua plak, aku tengah makan dengan family dan tiba-tiba beberapa saat semasa situasi tu berjalan aku rasa macam pernah berlaku masa dulu-dulu. Situasi yang berlaku serupa dan sebijik. Bila fikir balik bila ekk? Tak dapat dipastikan. Itulah yang selalu menjadi persoalan dalam benak fikiranku. Ececeh, guna kosa kata tahap Munsyi Bahasa kononnya.

Kata orang pakar-pakar paling kurang 70% manusia di planet bumi ni mengalami Deja Vu. Member aku pun cakap dia pernah kena benda alah Deja Vu ni. Siapa yang tak pernah bawak-bawak la bertaubat. Kih3! Apa kena mengenanya? Jadi siapa yang pernah kena Deja Vu tahniah aku ucapkan. Aku memang selalu dapat Deja Vu ni. Pehal ntah. Senget kot otak aku. Kih3!

Bulan lepas kalau tak silap aku ada menonton sebuah filem bertajuk Next. Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai kuasa melihat masa depan 2 minit akan datang. Maksudnya mamat tu boleh melihat 2 minit masa akan datang. Syok cerita tu. Bayangkan kalau aku ada kuasa macam tu, aku boleh tahu apa akan jadi dalam masa 2 minit lagi. Contoh tengah lepak kat bilik, dalam masa 2 minit warden akan buat spotcheck. Jadi aku dah tahu dan terus menyelamatkan segala barang-barang halal di tempat selamat mahupun kunci bilik terus dari dalam. Ekekeke.

Orait, babai!

Friday, 11 September 2009

Apa Jadah Melawat Hospital Malam-Malam Buta?


Di hadapan Hospital. Macam nak buat demonstrasi gilerr...!

Siapa di sini yang lahir di hospital? Tak kisahlah hospital kerajaan, swasta, mak bapak dia punyer ataupun hospital sakit jiwa. Haha... Buat diri aku, hospital adalah tempat yang unik bagi aku. Bila masuk jek, satu perasaan lain hadir dalam diri ini. Baunya yang tersendiri, suasana yang agak menakutkan dan orang-orang berbaju putih mundar-mandir di sekitarnya. Huuuu... Scary wooo.

Semalam, aku bersama member pergi melawat hospital di Kuala Lipis. Ada seorang rakan kami sakit dan ditahan di wad. Pergi dalam pukul 10.00 malam. WTH? Kami dengan muka penuh yakin dan gembira masuk ke dalam hospital tanpa mengetahui bahawa waktu melawat sudah tamat. Muahaha. Tapi biasalah, setelah 2,3 orang daripada kami mengayat nurse-nurse dengan penuh keikhlasan, nurse tu pun cair lalu membenarkan kami menemui kawan yang sakit tu. Yeh!. Aku dapat pengajaran sangat berguna, nak melawat mangsa bukan boleh suka-suka ikut waktu suka-suka kita. Hahaha.

Khusyuk mendengar mangsa bercerita. konon-konon perihatin la. Padahal nak mengusha. Hua3!

Sebut pasal sakit, kita seharusnya berjaga-jaga. Tak semestinya diri kita masih muda, kita sukar mendapat sakit. Lihat sahaja virus H1N1, yang muda meninggal dunia. Aku pula rasa-rasanya lemah kesihatan perut. Salah makan sikit kompom sakit perut. Kesian kat isteri aku nanti kena masak betul-betul agar suami kesayangannya tidak sakit perut. Muahaha. Bulan puasa ni ada la 2 kali aku sakit perut. Jadi, semasa membeli makanan di bazar ataupun kedai pilihlah betul-betul. Janganlah anda terpedaya dengan visual menarik makanan tersebut. Nampak martabak warna biru terus beli. Eh, mana ada martabak warna biru. Masak sendiri lebih baik walaupun hanya nasi dan telur dadar bersama air sirap. Heh!

Yang ni betul-betul khusyuk.

Kami rakan sekelas mendoakan agar dia cepat sembuh. Minta dijauhkan dari segala penyakit berbahaya. Korang yang sihat tu, jagalah pemakanan dengan baik. Orang lain puasa berat turun, ni kau berat naik. Apa cer?

Salah sorang doktor yang memerhatikan kami... err..bukan..bukan.. Memerhati kawan kami yang sakit tu. Kah3!

Oh yer, nak cerita sedikit mengenai Hospital Kuala Lipis. Bangunan hospital ni memang comel. Senibina lama dan klasik. Lain dari yang lain. Dari luar memang tak nampak, tapi bila masuk baru perasan. Lari topik sikit, nak kongsi resipi yang sesuai masa sahur. Mudah, cepat, sedap dan mengenyangkan. Namanya Pizza Maggi. Mula-mula, ambil sebungkus Maggi Kari (cadangan) dan lembutkan mi sahaja tanpa perencah. Ambil mi tadi dan gaul dengan telur ayam (sebiji) bersama perencah maggi tu. Pastu goreng seperti goreng roti canai. Nanti jadi seperti telur dadar cuma ada maggi. Muahaha. Ok, bye!

Inilah resipi Pizza Maggi! Lebih sedap daripada Kongkang Bakar!

Wednesday, 9 September 2009

Welcome To The IPGM KTAA.



Welcome To The Club! Clap To This Yoo!

Apa yang best di tempat belajar kamu? Ya! Setiap tempat mesti mempunyai sesuatu yang menarik bukan? Bercerita mengenai apa yang best di tempat belajar aku, memang banyak. Selama ni aku rasa belum pernah cerita tentang apa yang best di IPGM KTAA kan. Jadi, sempena bulan yang baik dan mulia ini, apa kata aku cerita yang best-best tentang IPGM KTAA. Fuyooh! Ayisy nak puji tu. Keh3!

Kat jalan ni la aku selalu sekilo dengan kawan.

Well, aku rasa ramai guru pelatih seluruh Malaysia dah tahu bahawa IPGM KTAA terletak di kawasan hutan dan kampung di sekitarnya. Hutan di sini bukanlah hutan paya bakau, hutan sekunder mahupun orang hutan. Hutan di sini adalah hutan khatulistiwa yang sungguh asli dan menghijau. Jika korang tak mampu menjejakkan kaki ke Genting Highland, jom pergi Kuala Lipis. Suhunya yang sejuk lebih-lebih lagi waktu pagi dengan kabus memutih ditambah angin bayu yang menyejuk pasti membuatkan korang menggigil. Hahaha. Aku paling suka waktu lepas hujan sebab feel jek. Letak kerusi kat beranda, duduk, pegang handset, buka lagu dan tengok hutan yang damai.

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu.. Hoo..hooo.

Selain daripada suhu yang sejuk, kat tempat belajar aku ni ada tasik namanya Tasik Terenggun. Bukan kat IPGM KTAA, tapi dekat-dekat la. Area tasik tu ada tempat rekreasi. Aku dulu rajin usha tempat tu tapi sekarang dah malas. Kalau nak tengok babi main kejar-kejar atau main racing, boleh usha dari tingkap bilik aku jek. Spesies monyet pula akan menemankan korang semasa bermain di padang. Kira diaorang bagi sokongan tak berbelah bagi la. Haha. Alhamdulillah, setakat ni spesies toyol belum ada di IPGM aku. Mintak dijauhkan. Mungkin spesies toyol di sini mandul dan tak dapat membiak. Bagus-bagus!

Blok kediaman aku, ada kabus tu, cantik tu, unik tu... Muahaha.

Tengok! Ada kabus lagi tu... macam dalam filem seram.

Antara keistimewaan IPGM aku ni ia ada buat satu program khas bersama kaum orang asli. Para pensyarah atau guru pelatih akan pergi mengajar kaum orang asli di tempat mereka. Lepas tu Datuk Pengarah pula nak jadikan IPGM aku ni sebagai salah satu hab pelancongan pendidikan. Bagus idea tu, aku plak boleh la buat kraftangan pastu jual kat pelancong. Kah3! Gurau jek. Tapi kalau buat betul-betul kayo pak cik kayo! Ehehe..

"Ini roda. Ia sejenis alat yang menggabungkan seni sport rim dan tayar getah. Fungsinya menggerakkan kenderaan seperti kereta dan lori. Antara jenama sport rim ialah Enkei, 5Zigen, Konig dan Racing Boy. Manakala jenama tayar pula ialah Dunlop, Falken dan Michelin. " kata murid ini.

Dekat IPGM aku ni paling rare ialah jambatan gantung. Selalunya kalau pelawat tengok, kompom harok sebab jakun. Tapi aku hampir setiap hari lalu, rileks ajer. Jambatan tu tinggi giler beb. Macam kat sungai la cuma air jek takder. Kalau ada air kompom aku mancing tiap-tiap petang. Takpun main terjun-terjun. Ahaha!

Jambatan gantung.

Aku rasa cukuplah setakat ini. Banyak lagi aku ingin khabarkan, kalau boleh nak letak kat kolum salam perantauan. Ececeh! Cukup Ayisy cukup! Dengan itu, marilah kita mencintai tempat belajar kita tak kira di mana ia berada. Korang plak apa yang best kat tempat belajar korang?

salah satu gambar aku rembat dari muhammadariff.blogspot.com

Monday, 7 September 2009

Hanya Jam Tangan. Tiada Jam Kepala Lutut.


Contoh jam Tourbillon. Meleleh air hingus tengok enjin dia. Hee...

Setiap orang mesti mempunyai minat masing-masing kan. Ada yang minat kereta, motor, barangan antik dan sebagainya. Malah ada pula yang minat mengumpul koleksi barangan kesukaan mereka macam setem, patung, pen dan jam. Aku ni kalau bab minat-minat banyak. Contohnya jam tangan. Sejak kecil lagi aku minat jam tangan beb. Tak tau la kenapa. Aku masih boleh ingat peristiwa membeli jam tangan pertama dalam hidup aku (belum tadika lagi weh). Jenis dan jenama aku tak ingat la, kedainya pun aku tak boleh ingat cuma kalau fikir betul-betul rasanya macam dekat supermarket Fajar atau The Store B.Pahat. Waktu tu aku eksen jek beli jam padahal bukan tau baca waktu jam tu. Hak3! Tak ke pelik beli jam tapi tak reti baca? Hik3! Hempuk pale baru tau.

Masa sekolah rendah, banyak kali gak beli jam tapi yang murah tahap kanak-kanak punyerla. Ada yang boleh bukak katup kepala kartun la, ala-ala Adidas Candy la dan macam-macam lah. Jam orang dewasa pertama aku berjenama Q&Q. Dibeli masa darjah 6 berharga RM60 kalau tak silap. Beli pakai duit sendiri kumpul bertahun. Jam tu aku rasa ada lagi kat rumah tapi entah sepah kat mana. Sepanjang sekolah menengah, banyak gak la beli jam tapi semua lesap tah mana. Yang bertahan sampai sekarang ialah jam Casio pertama aku. Kadang-kadang aku pakai gak ke kuliah kalau rindu zaman persekolahan. Jam tu aku beli masa form 4 kalau tak silap. Masih cantik dan pernah diservis sekali. Masuk IPGM, bila ada duit lebih barulah aku dapat beli jam orang dewasa. Yeh! Lompat-lompat kegembiraan!

Paling tak tahan aku ingat lagi masa kem Easy Math kat sekolah dulu. Ada sorang cikgu perempuan kerek dengan aku sebab aku pakai jam murah. Dia cakap dia belikan anak dia jam Seiko 5. Mahal dia cakap! Ececeh... Sabau jela dengar. Dalam hati aku bertekad, bila dah besar ada duit aku nak beli gak. Nasib baik aku tak cam muka cikgu tu, kalau tak bila aku dah ada jam mahal boleh capap depan dia. Muahaha! Pastu cakap "cikgu-cikgu, saya pun ada jam Seiko 5, cantik tak?" dengan nada gediks-gediks. Ekekeke.

Oh yer, kalau korang perasan la jam tangan yang menggunakan nombor Roman (I, II, III, IV, V), dia ada lain sikit. Biasa orang tulis nombor Roman 4 macam ni (IV) kan? Tapi kat dalam jam dia akan tulis (IIII). Aku pun heran la kenapa. Aku cuba cari jam yang tulis (IV) tapi masih tak jumpa. Baik jenama Seiko, Citizen, Casio, Rolex dan sebagainya mesti tulis huruf 4 sebagai (IIII) dan bukan (IV). Mungkin ada sejarahnya tersendiri. Jika korang ada pakai jam bernombor Roman, cuba belek. Hahaha... Meh aku tunjuk bukti yer sayang?


Tengok..tengok!

Tengok lagi sampai juling!

Puas tengok? Hehehe. Jam ni plak ada macam-macam jenis pergerakan dia. Ada yang mekanikal, quartz, digital dan paling radikal tourbillon. Mekanikal ni jam yang guna kunci tu ataupun satu lagi jenis (automatik) pakai goncang-goncang (kat belakang ada rotor yang berpusing macam kipas). Seiko 5 adalah contoh jam mekanikal (automatik), pergerakan jarum saat smooth jek. Aku ada pakai sebijik Seiko 5 tapi agak leceh sebab jam mekanikal ni kalau tak pakai 2,3 hari dia mati. Kebaikan jam mekanikal ni tahan lama sebab tak pakai bateri dan mempunyai harga kalau jual balik. Haha. Kira kalau siapa ada boleh berangan la lelong kat Paris. Hik3! Ok aku start buka bid RM 300 sapa nak? Kah3! Giler tamak ko Ayisy. Ok, sudah-sudah Ayisy sudah! Kau kalau tulis blog panjang bukan main, suruh taip kerja kursus seperenggan pun malas. Hihi... Lempang laju-laju nak? bye!

*gambar diambil dari modernjeweler.com

Saturday, 5 September 2009

Gagal? Rileks Sudahh...


Salam semua. Entry lepas aku ada membicarakan tentang kes bunuh diri. Ramai orang bunuh diri sebab tidak tahan menanggung masalah, beban hidup, kecewa, gagal dan berbagai lagi. Bila sebut gagal biasa lah semua orang pernah gagal ye tak. Kalau ada yang cakap dia tak pernah gagal sepanjang hidup dia, sumbat mulut dia dengan karipap sardin biar batal puasa. Hak3! Gurau jek jangan buat betul-betul plak yer. Teringat masa kecik-kecik dulu, aku ada sorang kawan yang tak puasa. Aku yang puasa (ceh, konon baik la) psiko-psiko dia la. Pastu dia boleh plak geram, ambik kek Apollo 30 sen sumbat secara paksa ke dalam mulut aku. Cis! Kuang ajau itu punya budak. Hahaha...

Gagal dalam mata pelajaran add math semasa ujian (sekolah menengah) dulu adalah perkara biasa bagi aku. Iyelah, kita ni otak prosesor Intel Celeron jek, orang lain Intel Core Duo itu pasal asyik gagal jek. Heh! Boleh plak cakap camtu. Tapi aku steady jek macam takder perasaan bila tengok markah 10 ajer. Masa tingkatan dua dulu aku pernah dapat nombor kedua last dalam kelas. Hahaha.. Giler bongok kau Ayisy. Nak buat camne, rilex ajelah. Masuk tingkatan tiga turun kelas buat kali pertama dalam hidup. Sedih beb masa tu. Rasa macam orang jelir lidah kat aku jek. Masuk tingkatan 4,5... Alhamdulillah, otak aku berfungsi semakin baik walaupun add math jek sangkut. Eceh!

Boleh dikatakan SPM aku gagal jugak la walaupun aku rajin belajar. Sumpah kerek cakap camni. Muahaha. Ok..ok, bukan rajin tapi dipaksa rajin. Ialah, duduk asrama faham-faham jelah prep memanjang. Malam kelas tambahan. Keputusan SPM aku kalau korang nak tahu cuma 5A jek. Dikalangan classmate IPGM aku, diaorang average dapat 7A ke atas. Aku la paling sengal. Cuma aku terkilan, disebabkan kesengalan add math akulah aku gagal sambung pelajaran dalam bidang yang aku minat (farmasi atau sains pemakanan). Yang aku dapat ialah Diploma dalam Teknologi Makmal Perubatan. Aku samar-samar dalam bidang tersebut dan akhirnya memilih perguruan. Bila duduk kat Kuala Lipis ni plak, rasa tak kerasan (tak berapa suka) la plak. Situasi ni aku kena lawan supaya tak gagal lagi. Giler kau Ayisy takkan sebab duduk Lipis kau nak mengagalkan diri kau. Hehehe. Sekarang dah steady duk Lipis.

Takpelah, lupakan add math yang sucks tu. Aku ni harap jek Kimia A , Bio dan Fizik B(ececeh, nak kerek lagi tu) tapi tak dapat sambung pelajaran yang dikehendaki buat apa. Kadang-kadang jeles gak tengok orang lain subjek Sains Tulen biasa-biasa jek tapi boleh pergi. Rezeki masing-masing kan, ala kau Ayisy yang kau tolak tawaran Teknologi Makmal Perubatan tu apa pasal? Hehehe... Masuk IPGM lagi best bai! Boleh pergi sekolah dan berada di tahap tersendiri.

Dan untuk terakhirnya, gagal tak semestinya kita gagal di lain hari kan. Lagipun kita dah biasa dengar frasa macam ni. Tak payah la nak nyesal-nyesal, bunuh diri atau harok tak tentu pasal. Yang penting hidup mesti diteruskan. Tapi korang takkan gagal kalau buat macam dalam gambar di bawah. Keinginan mengatasi segala-galanya. Prenggggg… Bye!

VS

Muahaha.. Motor aku pun kalah bai!

*gambar diambil dari failblog.org dan lifedynamix.com

Friday, 4 September 2009

Mengapa Harus Membunuh Diri...



Ehem! Tadi aku tengah sedap membaca bu... Eceh! Buku konon Ayisy. Ok..ok. Tadi tengah sedap surf internet terbaca artikel tentang bunuh diri sebab cintan cintun. Adehh.. Bukan setakat cintan cintun la, sebab masalah lain pun ada yang nak bunuh diri. Paling aku rasa pelik ialah kes seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ingin membunuh diri sebab kena reject shop dengan aweks. Heh! Rasa ada pernah keluar kat surat khabar. Aduii.. baru umur 15 tahun sudah mahu membunuh diri. Tumbesaran tubuh badan pun belum sempurna dah nak memamposkan diri. Buat habis nasi mak ayah kau jek.

Cinta aweks ni bak kata seorang senior aku ibarat sabun. Kita ni kalau mandi tak guna sabun pun tak apa. Tapi kalau guna sabun tu lagi sedap dan wangi. Tersalah pilih sabun alamatnya gatal lah badan kita. Jadi, bila nak pilih sabun tu, pilih la yang cocok dengan diri kita. Biar sedap bila dipakai bukannya menggatalkan badan. Jika sabun tu hilang termasuk lubang jamban, beli lah baru. Tak payah sedih-sedih sampai nak bunuh diri sebab selalunya sabun yang baru tu lagi sedap dan baru. Ekekeke.

Ok adik-adik, kalau ada masalah tu, janganlah bunuh diri. Ingat, sekaya-kaya Donald Trump tu dia pun pernah muflis dan berhutang. Tapi sebab dia kuat semangat, dia mampu bangun semula daripada masalah dan kembali menjadi orang kaya semula serta berpengaruh. Kalau dulu dia bunuh diri masa muflis, kan rugi. Justeru, kalau hari ini adik-adik putus cinta, mana tau esok lusa adik dapat bercinta pulak dengan Fasha Sandha. Why not? Tak mustahil kan? Ataupun kalau hari ini adik-adik tak lulus SPM, mungkin esok lusa adik-adik berjaya dalam STPM. Yeh! Baiklah, aku rasa cukuplah setakat ini. Assalamualaikum!

gambar diambil dari imeem.com

Thursday, 3 September 2009

Artikel Peribadi Semata-mata.


Gambar yang diambil semasa di kampung halaman. Depan sekolah lama.

Kebelakangan ni aku suka menulis entry personal. Tak tahu la kenapa. Tapi, tak mengapalah sebab jika aku tulis entry information pun bukannya bagus. Dan, kehidupan di IPGM membuatkan aku sukar untuk mencari idea menulis blog. Kehidupan yang pasif dan membosankan menyebabkan tiada perkara menarik atau sedih untuk dicatatkan di blog ini. Berlainan pula dengan situasi kehidupan di kampung halaman. Segala-galanya berbeza. Jika di IPGM aku seorang yang pendiam, di kampung halaman pula boleh dikatakan aku menjadi seorang yang crazy bersama teman sekolah.

Jadi, apa yang menyebabkan kehidupan aku seronok dan happening? Banyak...banyak sebabnya. Pertama, kalau dah jejak kaki kat tempat best macam Melaka, memang harok (kucar lanar) la aku. Habis semua destinasi aku ingin mengambil gambar. Kena kejar dengan mat rempit pun masih boleh ketawa-ketawa. Berjalan berpimpin tangan... Ekkk? Takder-takder tipu jek, lelaki dengan lelaki kalau buat macam tu komfem kena fewwiitt dengan orang ramai. Hahaha. Lepak sambil mendengar seorang sahabat menceritakan kisah cinta agungnya yang tidak kesampaian membuatkan aku tersenyum. Haih!

Inilah gambar aku semasa happening di dalam Eye On Malaysia. Ek elleh, aritu dah citer nak cerita lagi.

Di IPGM, ada juga perkara yang happening. Berbual perkara mengarut menjadikan suasana kelas harok seribu bahasa. Team Jejak Pahang dengan motor pula menjadikan masa aku terisi dengan perkara berfaedah. Berjalan di bumi Pahang yang begitu banyak tempat bermandi-manda melupakan kebosanan seketika. Maklumlah, kat negeri sendiri mana ada tempat camtu. Kelapa Sawit jek menimbun. Hahaha. Kalau ada pun jauh tempatnya. Nasib baik kat kampung ada pantai, boleh lepak sambil makan otak-otak dan kerang goreng walaupun aku tak boleh makan kerang. Sebabnya? Geli weh tengok isi dia kenyol-kenyol (lembik) warna hitam. Hak3! Pastu rasa kerang membuatkan tekak aku mengalami suatu perasaan yang kurang menyenangkan. Haaa...

Bermain internet juga mampu membuatkan aku rasa happening. Sejak dua menjak ni, ramai sahabat aku yang membuka akaun Facebook. Jadi, macam-macam perkara terjadi ketika bermain Facebook ni. Dan, setiap kali aku buka Facebook, ramai jugalah sahabat aku yang online. Hampir separuh hari aku dihabiskan dengan membaca blog kawan, menulis blog dan melayari website. Keadaan ini hanya berlaku bila hidup di IPGM sahaja. Jika aku di kampung halaman, alamatnya waktu malam sahajalah aku online. Heh! Lagu? Lagu tema aku sekarang adalah Menyesal (Ressa Herlambang). Lagu...lagu yang... Huk3!

Abang-abang Eye On Malaysia yang berbudi pekerti dan sopan. Salut sama korang!

Sebagai kesimpulan, alangkah indahnya jika aku menjadi seorang pengacara tv macam majalah Tiga, Jejak Rasul dan Jalan-jalan Cari Makan sebab selalu travel ke tempat orang. Masa diisi dengan perkara yang berfaedah dan menimba pengalaman di tempat orang. Tak lah duduk terperap jek hidup macam robot yang dikuasai peraturan macam sekolah. Melawan? Bukan..bukan ingin melawan. Tapi peraturan itu haruslah dibuat sesuai dengan tahap umur kita. Aku pula kalau peraturan yang memberi kebaikan seperti wajib memakai topi keledar, aku akan ikut. Tapi kalau peraturan yang remeh dan macam budak sekolah, maaflah. Sukar untuk diikuti. Sekian, sebuah entry personal semata-mata. Sekali lagi tiada pengajaran.

Wednesday, 2 September 2009

Martabak, Ayam Goreng ft Air Tebu.



Makan-makan...!

Salam semua. Minta maaf lah kalau entry sebelum ni sukar untuk korang faham. Aku tulis ikut sedap dan tidak menggunakan ayat yang betul. Jadi, mungkin pembaca berasa pening ketika baca. Kalau buat karangan SPM dengan ayat macam tu, pasti dapat C. Huhu.

Berbalik kepada tajuk, sempena bulan Ramadhan ni, aku nak cerita sedikit apa yang bermain dalam otak aku sekarang. Bila sebut juadah berbuka puasa, mesti terbayang makanan yang sedap kan. Aku pula, bila ditanya apakah makanan kegemaran semasa berbuka aku akan jawab ayam goreng, martabak Singapura (eceh!) dan cheesy wedges. Air pula semestinya air tebu atau air kelapa. Tapi itu semua hanyalah nikmat yang aku dapat semasa berbuka di rumah atau BP. Berbuka di Kuala Lipis mak aih, buka jelah apa yang ada. Nasi ayam sejuk pun layan. Kesian kat aku. Muahaha.

Bazar Ramadhan kat Batu Pahat dan Kuala Lipis dah lain. Jenis makanan pun lain. Kat Kuala Lipis, macam-macam jenis kuih pelik-pelik aku jumpa. Ada macam jeli lah, berkuah-kuah macam koktail lah. Martabak pulak kuahnya macam air sirap. Pelik betul. Orang makan dengan kuah kacang dhal dan sambal, dia boleh taruk kuah macam air sirap. Tak feel langsung makan. Hahaha. Marah orang Lipis bila aku cakap camni tapi nak buat camne kan, dah kenyataan.

Sahur pula kalau kat rumah memang makan nasi. Tapi bila dah kat IPGM, takkan nak masak nasi dengan lauk. Mana sempat beb nak masak. So makan roti, cokelat dan koko crunch jela. Kalau la IPGM aku ni kat area bandar macam JB, mesti boleh sahur kat warong ekk. Kawan aku lagi style, sahur dengan air dan kurma jek. Bagus-bagus!

Orait, siapa kat sini pernah puasa kat asrama? Best tak pengalaman korang? Heh! Kalau pengalaman aku, semestinya best! Masa buka sedap woo. Sahur pun sedap walaupun masa sahur mata buka sebelah jek. Hahaha. Jangan muka tersembab kat dalam nasi sudah.

Oh yer, warga IPGM KTAA! Korang tahu tak port jual karbait kat Kuala Lipis? Ok, itu jek penulisan aku hari ini. Tiada cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Hanya entry suka-suka jek dari aku. Dan tak lupa, kucing kat kolej kediaman aku tak puasa, tadi aku nampak dia makan. Hak3! Bye!

*korang pula, suka makan apa masa berbuka dan bersahur?

*gambar gua ambil dari animals.nationalgeographic.com