Friday, 27 February 2009

Orang Munafik a.k.a Berbual Kambing...


Helo! Korang semua tahu apa maksud berbual kambing. Istilah berbual kambing ini popular mase aku sekolah dulu. Istilah lain yang sama waktu dengannya ialah berbual lebat,berbual kencang dan sebagainya. Pelik-pelik jek istilah ni kan.

Oklah,aku nak kongsi sikit apa yang dimaksudkan dengan orang munafik.

Definisi Munafik
• Istilah syarak: orang yang menzahirkan apa disembunyikan di dalam hatinya.
• Ertinya, orang yang di dalam dirinya tidak ada keserasian dan keselarasan antara zahir dan batin.
• Sekiranya apa yang disembunyikan adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulen,dan hukumannya di akhirat adalah hukuman orang kafir.

Asas Kemunafikan/Nifak
• Asas kemunafikan adalah kufur dan takut.
• Individu yang munafik menyembunyikan kekufurannya kerana takut diketahui identitinya yang sebenar iaitu kufur.
• Mereka berpura-pura Islam kerana ingin mendapatkan habuan keduniaan dengan Islam mereka secara zahir.
• Dan mereka berusaha menghancurkan Islam dan umatnya daripada dalam.
• Mereka lebih merbahaya daripada kafir yang asli kerana mereka tidak dapat dikenali secara jelas seperti orang kafir lain.

Tanda-tanda Munafik
• Hati yang sakit iaitu sakit yang tidak dapat menerima kebenaran atau melihat kebenaran dengan pandangan yang serong.
• Melakukan kerosakan di bumi dengan membuat maksiat/kekufuran, tetapi tidak mengakuinya malah mengatakan mereka membuat kebaikan.
• Menuduh orang beriman sebagai bodoh kerana beriman kepada Allah dan mematuhi segala perintah dan larangan Allah.
• Mereka berkata-kata dengan baik,tetapi dalam hati mereka adalah musuh yang sangat keras. Mereka bangga dengan dosa-dosa dan kerosakan di bumi yang mereka lakukan.
• Menipu,riyak,atau menunjuk-nunjuk dan malas dalam beribadah.
• Berhukum dengan hukum-hukum taghut.
• Merosakkan perpaduan orang Islam.
• Berdusta,takut dan benci kepada orang Islam.
• Suka mengaibkan orang Islam yang berada di jalan benar,reda dan marah demi keuntungan diri sendiri.
• Menyeru kepada mungkar dan melarang perkara makruf.
• Berpesan-pesan meninggalkan jihad.
• Merancang membuat mudarat kepada orang beriman di sebalik perbuatan yang zahirnya baik tetapi sebaliknya mengandungi perancangan jahat.


KEsimpulan:Janganlah berbual macam kambing.. Beeeeekkebeeeekkkkk...





Thursday, 26 February 2009

INTEL...Oh...INTEL


Salam semua. Aku nak citer sikit pasal INTEL ni. Sejak masuk semestar 1 Ijazah ni,ada satu program yang dinamakan INTEL. Aduiii... Tapi nak tak nak,kene buat jugaklah. Serabut gak mula-mula tu nak paham apa itu program INTEL. Tapi dengan bantuan beberapa orang pensyarah yang gempak dan hebat,dapat gak la aku dengan kumpulan aku paham apa yang nak dibuat.

Bila aku belek-belek buku dan cd yang INTEL bagi,pening gak nak paham. Maklumlah,BI... Hehehe...

Papepun,let go kawan-kawan.. Kita buat betol-betol. Kalau menang,kita pegi Japan woooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..

Wednesday, 25 February 2009

Mak Bapak saman Cikgu... Apa kes.


Zaman sekarang,aku selalu gak dengar kes cikgu kene saman dengan mak bapak budak. Dah macam musim plak. Bila cikgu cuit sikit anak murid,kene saman,kene report polis. Berita-berita macam ni membuatkan aku rasa geram dan panas hati. Kecoh giler la mak bapak zaman sekarang. Sikit-sikit nak saman. Kalau tak nak anak kena cubit,rotan,pukul dengan cikgu tanpa alasan munasabah,pegi la hantar anak diorang belajar kat sekolah yang diorang buat sendiri. Yang anak diorang plak,jambu arr main report-report kat orang lain. Konon otai atau samseng kat sekolah,tapi main ngadu-ngadu,saman-saman. Kecut la diorang!
Selama pengalaman aku kat sekolah,hampir kesemua guru-guru aku baik dan bertanggungjawab. Aku rasa takda sebab nak kata guru sekarang takda kualiti macam guru zaman dulu. Memang aku tak nafikan ada segelintir guru yang kurang fokus terhadap kerjaya guru,tapi walaubagaimanapun,diorang tetap ada jasa dan sumbangan dalam mendidik diri aku. Ada pengajaran yang aku kutip daripada diorang.
Adad la kan kadang-kadang guru ada wat silap. Tapi tu kan fitrah manusia. Kita sebagai pelajar wajib hormati guru. kalau guru tak halalkan ilmu yang diorang bagi,korang paham-paham la sendiri.
Aku cakap macam ni bukan sebab aku seorang bakal guru. Cuma aku luahkan rasa geram dalam hati. Papepun,hormatilah guru kita yang banyak berjasa.

Tuesday, 24 February 2009

Nak jadi Cikgu...

Assalamualaikum... Fuh,penat gak arini dok kat bilik kuliah. Dari pukul 8pagi sampai pukul 1tgh,kuliah memanjang. Tapi takpelah... Sebenarnya aku nak cerita satu cerita,dari mula-mula aku mohon untuk masuk IPGM(dulu maktab perguruan),ramai orang akan tanya,kau minat ke jadi cikgu??

-Kau betul-betul minat nak jadi cikgu?-

Kenapa dari dulu aku asik dengar soalan macam ni sampailah sekarang. Aku dah masuk IPGM pun orang masih tanya soalan macam ni. Sebenarnya soalan ni lah yang paling aku menyampah dengar. Sibuk sangat tanya minat ke tak. Suka hati aku la minat ke tak kan... Memang la nak jadi cikgu kene minat. Tapi daripada orang tanya minat ke jadi cikgu ni,baik tanya soalan lain. Tanya apa pengalaman sepanjang masuk IPGM ke,apa masalah selepas bergelar guru pelatih ke... Kan lagi berfaedah tu...

Monday, 23 February 2009

KKE... Untuk pelajar PPISMP. hehehe..

Jenis Emosi atau Perasaan.
1. Gembira
Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.
Apabila seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa tenang, bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala, apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana terlalu gembira.
Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu.

2. Rasa bangga
Tercetus bila seseorang terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang akan berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana mempunyai bakat dalam lakonan.perasaan bangga juga boleh tercetus apabila seseorang itu berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri.
Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin meninggi diri atau sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri.

3. Simpati
Perasaan simpati merupakan perasaan yang baik dan perasaan ini terdapat di dalam diri setiap individu. Simpati bermaksud perasan belas kasihan atau ambil berat terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Perasaan simpati selalunya tercetus terhadap perkara-perkara sedih atau kemalangan.
Perasaan simpati terhasil apabila seseorang itu melihat atau merasai akan kesedihan yang dialami oleh individu lain. Sebagai contoh, anda akan berasa simpati apabila rakan karib anda ditimpa musibah dan anda akan kasihan kepadanya lalu cuba untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kawan anda itu.
Selain daripada perasaan simpati terhadap sesama manusia, perasaan simpati juga berlaku terhadap binatang dan tumbuhan. Perasaan simpati atau belas kasihan ini ditunjukkan melalui perbuatan seperti memberi haiwan makan, menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan jika haiwan itu sakit dan sebagainya. Di dalam ajaran agama islam juga menyeuruh agar setiap manusia menjaga serta belas kasihan terhadap haiwan.

4. Malu
Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki atau wanita. Perasaan ini menjadikan manusia menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Selalunya, apabila seseorang bersa malu, mukanya akan kemerah-merahan, kepala tertunduk, diam dan kadang kala lari daripada perkara yang memalukan itu. Perasaan malu mempunyai kesan positif dan negatif.
Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas, memalukan, menjatuhkan maruah dan sebagainya. Manakala kesan negatifnya pula ialah apabila perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau malu tidak bertempat, merka mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti berhadapan dengan orang ramai, tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya.
Justeru, perasaan malu perlu dikawal dengan baik agar ia tidak mendatangkan kesan negatif di dalam diri.
5. Reda
Perasaan reda atau pasrah wujud di dalam diri seseorang apabila sesuatu perkara atau peristiwa telah berlaku sama ada yang baik atau buruk. Perasaan ini selalunya timbul di dalam diri seseorang yang mempunyai pemikiran positif dan tidak mudah putus asa.
Selalunya, apabila seseorang ditimpa musibah, mereka akan menyalahkan orang lain serta tidak dapat menerima musibah dan mengeluh. Tetapi, kepada orang yang mempunyai pemikiran positif, mereka dapat menerima musibah dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu ujian daripada Tuhan. Mereka akan reda dengan ketentuan Ilahi dan bangkit dari kesilapan untuk memperbaiki kelemahan.

6. Rindu
Emosi rindu merupakan suatu perasaan yang selalu kita dengari. Rindu merupakan satu perasaan yang menyeksakan bagi sesetengah orang. Perasaan ini berkait rapat dengan hubungan sesama manusia.
Perasaan ini tercetus apabila orang yang disayang atau rapat tidak ada di depan mata. Apabila orang yang disayang itu berjauhan, maka perasaan rindu pada orang itu mula timbul. Ada orang kata, ubat hilangkan rindu ialah berjumpa dengan orang yang dirindu itu.



7. Sedih
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit.
Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat dikurangkan.

8. Marah
Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut menyebabkan kita marah.
Kemarahan yang kita pamerkan ini kadangkala sukar untuk kita kawal sehingga wujudnya perlakuan-perlakuan negatif yang kita sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya. Sekarang ini banyak kita baca dan kita lihat pelbagai insiden yang melibatkan emosi marah.
Apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan emosi tersebut. Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk. Apapun, kemarahan itu sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. Di negara barat, institusi yang berkaitan dengan pengurusan marah banyak diwujudkan. Tidak seperti negara asia yang masih lagi terbelenggu dengan perasaan malu untuk berjumpa kaunselor atau psikatri untuk meluahkan pendaman mereka akibat rasa marah.

9. Takut
Takut ialah perasaan terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.
Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeza dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketinggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.

10. Cemas
Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu seseorang berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

11. Rasa bersalah
Wujud bila seseorang melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Seseorangl akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang seseorang meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

12. Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

13. Kecewa
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Kecewa juga boleh hadir apabila orang yang kita percaya menipu diri kita. Kita akan menangis atau bermurung ketika bersedih. Selalunya, perasaan sedih akan beransur hilang dari hari ke hari. Selepas kecewa, kita mungkin akan bangkit dari kekecewaan dan bangkit menebus kekecewaan itu.

14. Terkejut
Seseorang apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil.

15. Stress
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, mereka akan menunjukkan tanda-tanda dan perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami perubahan sikap seperti mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri, sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan dan sebagainya.

16. Cemburu
Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam diri setiap manusia. Perasaan cemburu timbul apabila seseorang berasa tidak setanding dengan orang lain. Sebagai contoh, seseorang akan berasa cemburu apabila orang lain lebih hebat atau dipandang tinggi berbanding dirinya.
Cemburu juga berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai rapat dengan orang lain. Sebagai contoh, si isteri akan berasa cemburu apabila suaminya rapat dengan perempuan lain.


Bibliografi.
Fatimah Wati Halim. Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia FSSK, UKM.

Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz. ‘Kecerdasan Emosi Dalam Kurikulum Pendidikan Prasekolah’.

Untuk Budak PJK... hua3!!!

Kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani:

Menambahkan minat pelajar tehadap pembelajaran terutama di dalam kelas

Dapat membentuk objektif tingkah laku dengan teliti dan jelas

Sebagai sumber untuk perkara seperti pencapaian matlamat ,memerhati gerak-geri ,mendapat maklum balas dan penyampaian undang-undang

Penerimaan pembelajaran dapat berlaku dengan lebih cepat.

Pengingatan dapat dikekalkan dengan lebih lama

Pembelajaran secara individu dapat dilaksanakan

Dapat juga menentukan peralatan,menghuraikan istilah dan mengetahui tipu helah sesuatu permainan.

Alat seperti slaid,carta,bahan cetak dan gambar boleh digunakan dalam membentuk matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Memudahkan untuk menyampaikan isi pelajaran, matovasi dapat menarik perhatian pelajar.
Membolehkan mengembangkan domain kognitif,afektif,psikomotor, dan sosial pelajar.

Dapat meningkakan kualiti pembelajaran dengan memberi panduan untuk menyelesaikan masalah pelajar.

Dapat mempertingkatkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu pelajar supaya menghayati dan membentuk minat mereka.

Mengatasi masalah cuaca buruk iaitu dengan mengadakan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan didalam bilik darjah dengan berpandukan slaid untuk ditayangkan.


-ayisy-

Untuk Budak PJK.. hehehe...

KECEDERAAN SEMASA BERSENAM
Jenis-jenis kecederaan:1. Kecederaan Intrisik (Direct Injury) Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan (hyper) atau mengalami kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan extrintik atau kecederaan yang kena dari luar. 2. Kecederaan Intrinsik (Indirect Injury) Kecederaan disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan pelanggaran atau hentakan peralatan yang digunakan atau sebagainya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan kecederaan intrinsic kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang, koyak yang teruk pada ligamen atau tendon atau koyak pada otot. Atlet sukan seperti bolasepak, hoki, silat, bolasepak futsal sering mengalami kecederaan begini. 3. Kecederaan lebih guna Ia biasanya disebabkan oleh tekanan yang berulang dikenakan pada dikenakan pada satu-satu tempat samada tisu, tulang , ligamen dan tendon. Jika ketelaluan kecederaan aka terkumpul sehingga ia melebihi mekanisme pemuliharaan tisu berkenaan. Pada tahap ini atlet akan mengalami rasa sakit bengkak dan terdedah kepada kecederaan. Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak jauh: 1500 meter ke atas termasuk pelari marathon, pemain tenis, badmiton dan golf. Mereka biasya mempunyai sejarah dari segi perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensity sesuatu aktiviti dimana tubuh mereka belum bersedia. Contohnya jika atlet biasa berlari 4 kilometer selang sehari dan tiba-tiba jurulatih bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara 10 kilometer dengan persediaan hanya 2 minggu. Pertambahan jarak secara mendadak akan menyebabkan lebih beban dan mikrotrauma berlaku khususnya terhadap kaki atlet lalu mengalami kemungkinan pelbagai jenis kecederaan. Teknik yang baik juga mungkin menyebabkan kecederaan sebegini. Contoh pelaksaan backhand secara kurang betul akan menyebabkan berlakunya tennis elbow. Membuat pilihan kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna boleh berlaku. Contohnya raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak betul akan menambahkan lagi kecederaan tennis elbow tadi.
Contoh-contoh kecederaan semasa bersenam:
Terkehel/tergeliat.
Ketegangan.
Terseliuh.
Patah tulang.
Luka-luka.
Hentakan.
Kejang otot
Sakit kaki
Jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersenam:
Kapsul sendi koyak.
Konkusi otak akibat hantukan.
Kecederaan dalam abdomen.
Patah/terseliuh pada tulang dan sendi–sendi.
Antara penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersenam:
Pertembungan di antara satu sama lain.
Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan.
Jatuh.
Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan.



Penyebab kejang otot.

• Kelesuan otot

• Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup

• Kehilangan cecair badan yang banyak

• Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit

• Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit Diabetes atau masalah tiroid.


Penyebab sakit kaki.

• Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaan

• Vena bermasalah - saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung

• Arteri berpenyakit (saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)

• Kerosakan pada saraf - lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap diabetes, perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di sebelah atau di kedua-dua belah kaki.

• Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang anda.
Patah/terseliuh. Perbezaan diantara terseliuh dengan ketegangan:
Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot.
· Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.
Tanda dan gejala kecederaan semasa bersenam:
Sakit – di tempat yang cedera.
Bengkak – di tempat yang cedera.
Lebam – kebiruan di tempat kecederaan.
Kecacatan struktur – contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah).
Kecederaan fungsi – contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. ( seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi).
Sakit kepala – dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan.
Pening – terjadi semasa kecederaan otak.
Loya dan muntah – biasa berlaku berikutan kecederaan otak.
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.
Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersenam:
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walaubagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya.Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional.

Asal usul Bahasa Melayu

Korang tahu asal usul Bahasa Melayu? Nak tahu? Jom baca ni.

Pendahuluan Asal Usul.

Asal usul orang-orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita.
Beberapa teori telah menyatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu-Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi, datang pula gelombang kedua golongan yang disebut Melayu-Deutro. Mereka ini elah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, di antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaan. Bahasa Austronesia adalah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa-bahasa Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina. Ini dapat dirajahkan seperti yang berikut:




Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia, antaranya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga dan Maori, bahasa-bahasa Melanesia, antaranya bahasa-bahasa di kepulauan Fiji, New Kaledonia dan Irian, dan bahasa-bahasa Mikronesia, antaranya bahasa-bahasa di kepulauan-kepulauan Mariana, Marshall, Carolina dan Gilbert. Secara rajah cabang-cabang rumpun bahasa Austronesia adalah seperti berikut:









Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam kelurga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang demikian bahasa-bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu, seperti yang berikut:

Golongan Filipina, antaranya: Tagalog, Ikolo, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu.
Golongan Sumatera, antaranya; Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, angkolo-Mendailing, dan lain-lain), Minangkabau, Melayu Nias, Lampung, dan Orang Laut.
Golongan Jawa, ialah: Sunda, Jawa, dan Madura.
Golongan Kalimantan, antaranya: Iban, Kenyah-Kayan, dan Melanau.
Golongan Bali-Sasak, iaitu: Bali, Sasak, dan Sumbawa.
Golongan Gorontalo, antaranya: Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.
Golongan Tomini
Golongan Toraja, antaranya: Kaili, Bare’e, dan Wotu.
Golongan Loinang, antaranya: Loinan dan Banggai
Golongan Bunku-Laki, antaranya: Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.
Golongan Sulawesi Selatan, antaranya: Makasar, Bugis, dan Seko.
Golongan Muna-Butung, antaranya: MUna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Wolio.
Golongan Bima-Sumba, antaranya: Bima, Manggarai, Sumba Barat dan Sumba Timur.
Golongan Ambon-Timur, antaranya: Kro’e, Alor, Roti, Wetar, Bura, Goram, dan Bandar.
Golongan Sula-Bacon, antaranya: dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.
Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya, antaranya: Halmahera Selatan, Nufur, dan Kowiai.

1.1 Bahasa Melayu Kuno
Daripada kenyataan di atas, kelihatan bahawa bahasa Melayu adalah satu daripada 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia. Bilangan penutur asalnya sederhana, iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan di Sumatera. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi Lingua franca (bahasa perantaraan) daerah kepulauan Melayu sejak zaman berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara-pengembara dari India dan China. Untuk melihat perkembangan bahasa Melayu, marilah kita tinjau keadaanya dari tarikh yang paling awal.
Seperti yang disebutkan di atas, sejarah awal kepulauan Melayu agak kabur. Tidak banyak diketahui tentang masyarakat dan bahasa orang-orang Austronesia yang datang menduduki daerah ini. Bahan-bahan sejarah yang menceritakan kemunculan beberapa kerajaan penting, terutamanya kerajaan-kerajaan Hindu, sejak dari abad pertama tahun masihi. Oleh sebab pengaruh dari India, terutamanya agama Hindu, maka bahasa Sanskrit, iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya. Mengikut Ismail Hussein (1966:10-11), “melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama… Dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baru yang tinggi-tinggi”.
Pengaruh utama ialah dari segi perbendaharaan kata. Banyak perkataan baharu diterima masuk ke dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang menyatakan aspek-aspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum dialami oleh kaum bumiputera, yang meliputi bidang-bidang seperti: nama bahagian tubuh, barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama,ilmu pengetahuan dan berbagai-bagai lagi. Antara contohnya: nama tubuh badan- bahu, kepala,muka, dan rupa; barang perdagangan- neraca, laba, kedai, dan kodi; alat perkakas- bajan, pili, jala. Penjara, dan sutera; ilmu pengetahuan- guru, pujangga, bahasa, sastera, dan bijaksana; nama binatang- gajah, singa, serigala, angsa, dan kuda; tumbuh-tumbuhan-biji, cempaka, cendana, delima, dan kasturi; senjata- cemeti, sauku(cambuk), dan sena (tentera); perkataan agama-dosa, surga (syurga), neraka, agama dan puasa.
Perlu ditimbulkan di sini bahawa berkesannya pengaruh bahasa Sanskrit ke atas bahasa Melayu adalah kerana sifat bahasa Melayu yang sederhana, dan dapat dibentuk, dan dilentur untuk disesuaikan dengan segaa keadaan, dan keperluan. Bahkan jika ditinjau dari sudut sejarah perkembangan bahasa Melayu selanjutnya, inilah satu-satunya faktor utama yang telah menjadikannya satu bahasa yang mudah dipelajari, dan diterima sebagai bahasa perhubungan oleh orang-orang dsri berbagai-bagai masyarakat bahasa.
Istilah “Melayu” itu sangat baharu dijumpai daripada kesan-kesan sejarah. Istilah ini timbul buat pertama kalinya dalam tulisan Cina dalam tahun antara 644 dan 645 masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu yang mengirim utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan dengan tegas: ada yang menyatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada mengatakan di Jambi, Sumetera. Walau bagaimanapun, sejarah menyatakan bahawa terdapat satu kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan walaupun bukti yang konkrit tentang bentuk atau tulisannya belum dijumpai lagi.
Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang mengandungi bahan-bahan bertulis yang mengikut setengah-setengah pendapat ditulis dalam bahasa, yang bentuk. Dan susunannya dapat dikatakan bahasa Melayu. Dan inilah suatu bukti catatan yang tertua sekali tentang bahasa Melayu itu.

1.2 Bahasa Melayu pada Batu-batu Bersurat Abad Ketujuh.
Batu-batu bersurat bukanlah satu perkara yang baru dijumpai di daerah kepulauan Melayu. Bekas-bekas tulisan telah dijumpai dan dipercayai bertarikh sejak tahun450 masihi, iaitu yang dijumpai di kaki-kaki gunung dekat Bogor dan di daerah Tanjung Periu dekat Jakarta. Teapi tulisan-tulisan pada batu tersebut didapati sama ada dalam bahasa Jawa Kuno atau Sanskrit.
Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu ialah yang dipercayai ditulis pada kira-kira abad ketujuh. Terdapat sebanyak empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai:
1. di Kedukan Bukit, Palembang, (683 M)
2. di Talanh Tuwo, juga dekat Palembang, (684 M)
3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, (686 M)
4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi, (686 M).


1.3 Bahasa Melayu pada Zaman Kerajaan Sriwijaya
Apabila diperhatikan, tarikh dan isi kandungan batu-batu bersurat yang tersebut di atas dapat dikaitkan dengan zaman kerajaan Sriwijaya. Tarikh 683,684 dan 686 yang tercatat pada batu-batu tersebut amat penting kerana ini merupakan tarikh mula naiknya Kerajaan Sriwijaya, sebuah kerajaan tempatan yang kemudiannya berkembang luas mempengaruhi hampir seluruh kepulauan Melayu. Keempat-empat batu bersurat itu dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya dan isinya jelas menunjukkan bahawa tulisan itu dibuat di atas perintah raja. Dengan demikian, ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa kebangsan sebuah kerajaan yang besar dan luas jajahan takluknya yang pada saat kegemilangannya meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Tanah Genting Kera, dan Sri Lanka.
Hakikat kewujudan bahasa Melayu disokong dengan sumber daripada tulisan pengembara-pengembara Cina, yang telah singgah di kawasan ini di dalam pengembaraan mereka ke India. Berdasarkan sumber ini A. Teeuw (1952) telah menulis, “Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti bahawa bahasa Melayu sudah dalam abad-abad berikutnya, dapat dan memang dipakai sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian di dalam daerah-daerah yang bukan masuk daerah bahasa Melayu yang sesungguhnya”.


1.4 Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka dan Selepasnya.
Zaman yang penting bagi bahasa Melayu ialah zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Keagungan kerajaan Melayu Melaka jelas tergambar dalam Sejarah Melayu, satu-satunya magnum opus yang mengharumkan serta meletakkan imej bahasa Melayu ke mercu yang amat tinggi. Zaman ini bermula pada abad ketiga belas yang merupakan zaman peralihan bagi daerah Asia Tenggara secara keseluruhannya.
Pada masa itu, agama Islam mua bertapak, serentak dengan kebangkitan kerajaan Melayu Melaka. Percantuman dua semangat baharu membawa erti yang besar bagi masyarakat wilayah ini. Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi darjah kebudayaannya.
Ini dijalankan dengan mudahnya melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini ialah perkembangan yang berlaku pada bahasa Melayu itu sendiri; bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baharu, iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan katanya bertambah dengan pesatnya, iaitu terbit daripada keperluan untuk memperkatakan idea-idea baharu yang dibawa oleh peradaban Islam. Yang paling penting ialah perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan, bidang penggunaan bahasa sebagai alat penyampaian seni.



BIBLIOGRAFI

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. 1986. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Profesor Dr. Hj. Amat Juhari Moain. 2001. Sosiolinguistik Lanjutan. Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Kamarudin Hj Husin,1994. KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Orang Senggarang!!! Oiiii!!!

Senggarang? Pernah dengar nama tempat ni. Kalau tak penah,kesian... Pada plihan raya ke-11(2004),Senggarang merupakan satu-satunya DUN di Johor yang dimenangi oleh PAS. Hebat tu.. Hehehe.. Tapi pilihan raya 2008 BN kembali memerintah Senggarang. Sekejap jek PAS pegang. Sebenarnya aku nak cerita benda lain,tu mukadimah jek. Korang tahu asal-usul Senggarang. Tahu tak? Jom baca sejarahnya.. Let's cekitdaot!!!

Asal usul Pekan Senggarang, Batu Pahat, Johor.
Pekan Senggarang, merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Batu Pahat. Kedudukannya terletak berhampiran dengan laut, kira-kira 10km dari Pekan Rengit dan 26km dari Bandar Penggaram, Batu Pahat.
Asal usul nama Pekan Senggarang dikatakan berpunca daripada perkataan ‘Sang Garang’. ‘Sang Garang’ merupakan istilah yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk menggambarkan buaya yang mendiami Sungai Senggarang. Pada zaman dahulu, terdapat beberapa ekor buaya yang mendiami sungai tersebut dan pernah memakan haiwan ternakan penduduk. Oleh sebab demikian, penduduk tempatan menggelar pekan ini sebagai Sanggarang.
Lama-kelamaan, perkataan Sanggarang berubah kepada ‘Senggarang’. Pada masa kini, pekan Senggarang berkembang maju dan menjadi sebuah pekan yang memiliki pelbagai kemudahan infrastruktur.

Ni yang ayah aku cerita larr.. betul ke tak,tak tahu la. Hehehe...

Cerpen pertama aku.. Hahaha..

Kasih…

Hujan di luar masih belum berhenti. Ika menarik kembali selimut yang hampir terjatuh ke lantai dan cuba memejamkan matanya namun tidak berjaya. Fikirannya masih terbayang-bayang tentang peristiwa yang berlaku siang tadi di dalam rumahnya. Adegan pergaduhan antara ibunya dengan Cikgu Kamal masih berada di kotak fikiran. Ika masih keliru dan tertanya-tanya mengapa ibunya begitu membenci Cikgu Kamal?
“Assalamualaikum semua. Nama saya Mohd Kamal bin Sufian. Anda semua boleh panggil saya Cikgu Kamal. Kedatangan saya petang ini adalah untuk melatih kamu semua dalam permainan bola tampar. Kalau kamu semua ada apa-apa pertanyaan, kamu bolehlah jumpa saya di bilik guru ketika waktu rehat ya.”kata Cikgu Kamal
Itulah pertemuan pertama Ika dengan Cikgu Kamal ketika menjalani latihan bola tampar sekolahnya.
“Ika! Mari ke sini sekejap” panggil Cikgu Kamal di pintu kelas.
“Iya cikgu, ada apa panggil saya cikgu? Macam ada apa-apa yang best jek cikgu.” gurau Ika kepada cikgunya itu.
“Ika, waktu rehat nanti cikgu nak jumpa awak di bilik guru ya. Panggil Hanim, Ida dan Wati sekali. Cikgu ada perkara penting nak beritahu awak semua”
“Baik cikgu” ujar Ika sambil tersenyum mesra.
Semenjak hari pertama Ika kenal dengan Cikgu Kamal, Ika berasa seperti sudah lama kenal dengan Cikgu Kamal. Setiap kali berselisih atau berbincang dengan cikgunya itu, Ika pasti melonjak kegembiraan. Dia sendiri tidak pasti mengapakah perasaan sebegitu muncul tatkala bertemu dengan Cikgu Kamal. Tapi yang pasti, cikgunya itu mempunyai sikap penyayang, mengambil berat dan pandai mengambil hati.
“Ika, cikgu rasa kamu mempunyai bakat besar dalam permainan bola tampar. Jadi, cikgu pilih kamu untuk menjadi ketua pasukan bola tampar sekolah kita ini. Kamu setuju?”
“Emmm…errr.. biar betul cikgu. Tapi…” kata Ika.
“Tak ada tapi-tapi lagi. Cikgu dah pilih kamu. Jadi, kamu mesti mengambil peluang ini dengan sebaiknya dan menganggap ini amanah serta kepercayaan yang cikgu berikan kepada kamu.” ujar Cikgu Kamal.
“Kalau begitu, baiklah cikgu. Saya akan berusaha sebaik mungkin dan cuba menaikkan nama sekolah kita cikgu!” ujar Ika kepada cikgunya dengan penuh semangat.
Hati Ika berbunga riang tatkala teringat kata-kata gurunya itu tadi. Ika pulang ke kelas dengan wajah tersenyum simpul. Selepas itu, Ika pulang ke kelas dengan wajah kegembiraan.
“Hai… anak kesayangan Cikgu Kamal dah balik. Tersenyum-senyum kambing lagi. Hahahah...” kata Nadia, sengaja mengacau teman baiknya itu.
“Hello… Sory sikit eh. Dia tu jurulatih bola tampar aku. Tak lebih dan tak kurang ok…!” Ika menyampuk mempertahankan dirinya.
Gurauan kawan-kawannya di dalam kelas tadi tidak sedikit pun mengurangkan perasaan gembira di hati Ika. Bahkan, dia bertambah ceria dengan usikan nakal kawannya itu. Hatinya dibuai rasa gembira sepanjang sesi persekolahan hari itu.
“Ika! Berapa kali ibu nak cakap, jangan rapat dengan Cikgu Kamal tu. Ibu tak suka.” Tengking ibunya ketika mendapat tahu Ika pergi keluar bersama Cikgu Kamal ke kedai buku petang tadi.
“Ika tu memang macam tu ibu. Suka cari pasal. Adik tak tahu ke ibu tak suka dengan Cikgu Kamal dari dulu lagi. Adik tak faham?” bebelan kakaknya menambah lagi kesedihan hatinya petang itu.
“Kenapa dengan ibu dengan kakak ni? Kenapa tak suka dengan Cikgu Kamal? Dia kan baik, penyayang, bertanggungjawab dan Ika suka dengan dia. Kalau ibu dengan kakak tak suka dengan dia, diam-diam jela!” marah Ika.
“Oohh… dah pandai menjawab ya dengan ibu. Sejak bila pandai macam ni? Tengok, sebab ni la ibu tak suka Ika kawan dengan Cikgu Kamal!” jawab Ibu dalam nada marah.
Air mata Ika mengalir sayu. Dia tidak mengerti mengapa perkara sebegini harus terjadi. Berdosakah dia rapat dengan cikgunya itu? Atau adakah hubungan yang terjalin mesra antara dia dan gurunya itu mengganggu pelajarannya? Tapi yang pasti, semacam ada satu rahsia yang cuba disorokkan oleh ibunya tentang Cikgu Kamal.
“Selamat pagi cikgu!” sapa Ika kepada guru kesayangannya itu.
“Selamat pagi Ika” balas Cikgu Kamal.
“Ika dah sarapan pagi? tanya Cikgu Kamal.
“Belum lagi cikgu. Tadi tak sempat nak sarapan sebab terlewat bangun sikit.” ujar Ika.
“Emmm.. kalau gitu, jom temankan cikgu sarapan? Nak? Cikgu belanja.” pelawa Cikgu Kamal.
“Takpelah cikgu. Terima kasih. Ika tak lapar lagilah” Ika cuba mengelak.
“Kalau begitu, tak apalah. Maaf mengganggu.” Balas Cikgu Kamal.
Ika memandang Cikgu Kamal dengan penuh sayu. Dia bukan tak mahu menemankan cikgunya itu,tetapi peristiwa semalam masih berbekas di hatinya. Dia masih tidak mengerti mengapa ibunya begitu membenci Cikgu Kamal. Bunyi loceng berdering mengejutkan hati Ika yang sedang mengelamun.
Sewaktu di dalam kelas, Ika tidak dapat menumpukan pelajarannya kerana asyik terbayang peristiwa semalam. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya tidak suka dia berkawan dengan Cikgu Kamal.
“Ika! Awak berangan eh?” jerit Cikgu Azreen,guru Matematiknya.
“Haa? Apa dia cikgu?” Ika terpinga-pinga.
“Tu la. Masa cikgu ajar, awak berangan. Sudah! Jangan berangan lagi.” marah Cikgu Azreen.
Hari persekolahan Ika pada hari ini serba tidak kena. Sejak dimarahi ibunya tadi malam, dia menjadi tidak keruan. Rasa bersalah mula menjelma ke dalam hatinya. Dia sedar, ibunya banyak berkorban membesarkan dia sejak lahir lagi. Dia dijaga dengan penuh kasih sayang. Ibunya seorang ibu tunggal yang tabah mengharungi kepayahan hidup sebagai ibu dan bapa kepada dua orang anaknya. Ayahnya sudah meninggal dunia ketika ika masih di dalam kandungan, kata ibunya. Tetapi, yang menjadi persoalan, apabila ditanya mengenai di mana kubur ayahnya, ibunya hanya mendiamkan diri.
Petang itu, semasa di rumah, Ika hanya memasamkan muka tanda protes. Dia mahu ibu dan kakaknya tahu yang dia sedang merajuk. Usahanya itu berjaya apabila ibunya cuba memujuknya ketika sedang minum petang bersama.
“Ala... Ibu minta maaf eh. Ibu tak patut marah anak ibu macam tu semalam. Ibu salah.. “ ibu cuba memujuk.
“Emm.. ok. Tapi Ika nak tahu dari ibu, kenapa ibu tak suka Ika rapat dengan Cikgu Kamal? Dia kan baik.”
“Ibu bukan tak suka Ika rapat dengan Cikgu Kamal, cuma ibu risau, pelajaran anak ibu terganggu dengan aktiviti sukan, itu sahaja.”
“Ok.” Jawab Ika ringkas lalu bangkit dari kerusi lalu menuju ke biliknya.
Jawapan yang keluar daripada mulut ibunya petang itu masih tidak dapat memuaskan hatinya. Dia bertekad untuk mengetahui sebab sebenar mengapa ibunya membenci Cikgu Kamal.
Hari berganti hari, cepat benar masa berlalu. Selepas membantu pasukan bola tampar sekolahnya menjadi juara, nama Ika disebut-sebut di sekolahnya. Nama Nur Syafiqah dan Cikgu Kamal menjadi bahan bualan para pelajar dan guru di sekolahnya. Ramai mengatakan aksi hebat Ika ketika di gelanggang serta kehandalan Cikgu Kamal memimpin pasukan bola tampar sekolahnya adalah punca kepada kejayaan ini.
“Kejayaan sekolah kita adalah kejayaan kita semua. Hasil titik peluh kita sebelum bertanding telah membuahkan hasil yang kita nikmati sekarang. Anda semua haruslah mencontohi sikap dan usaha Nur Syafiqah ketika berusaha menaikkan nama sekolah.” ucap Pengetua sekolah Ika ketika di perhimpunan.
Hati Ika mula menerbitkan rasa bangga. Kata-kata pujian dari mulut seorang Pengetua sekolahnya menambah kegembiraan hatinya.
Walau bagaimanapun, jika di sekolah orang asyik berbicara tentang kejayaan dan kehebatan Ika, lain pula keadaannya di rumah. Tiada pujian atau ucapan tahniah keluar dari mulut ibunya. Sikap ibunya yang tidak mengambil tahu tentang kejayaan anaknya membuatkan hati Ika terluka. Namun, luka di hati Ika terubat apabila dia terpilih untuk bermain mewakili pasukan bola tampar peringkat negeri.
“Ibu tak benarkan Ika pergi!’ bantah ibu.
“Tapi kenapa ibu?. Kan bagus kalau kita dapat mewakili negeri dalam sukan. Nak masuk universiti pun senang.” ujar Ika.
“Ibu kata tak boleh, tak bolehlah! Kenapa Ika degil sangat ni!” tegas ibu.
Airmata Ika akhirnya tertumpah setelah sekian lama menahannya daripada keluar. Hanya Comel, kucing kesayangannya menjadi penawar kedukaan dan tempat dia mencurah perasaannya yang sedang diselubungi kekecewaan.
Namun begitu, dia bertekad untuk tetap menerima tawaran mewakili pasukan bola tampar negeri secara senyap-senyap. Perkara ini dirahsiakan daripada pengetahuan Cikgu Kamal.
Kesemua rancangan Ika akhirnya diketahui oleh ibunya. Akan tetapi, ibunya hanya mendiamkan diri dan hanya mahu berbincang dengan Cikgu Kamal tentang hal ini. Dalam senyap, ibunya telah mengatur pertemuan dengan Cikgu Kamal di suatu tempat.
“Cikgu! Kenapa dengan cikgu ni...? Cikgu tak ada pelajar lain ke nak cikgu ajar? Kenapa mesti anak saya yang cikgu nak ganggu? marah ibu.
“Puan, Puan mesti faham. Anak Puan mempunyai bakat besar dalam permainan bola tampat. Tak salah anak Puan untuk berusaha sehingga berjaya di dalam sukan ini.” ujar Cikgu Kamal dalam nada sayu.
“Tapi peperikaan sudah nak dekat. Kalau dia asyik dengan sukan sahaja, macam mana dia nak tumpukan pelajaran? kata ibu.
“Puan, Ika seorang pelajar yang berdisiplin. Saya rasa dia tahu bagaimana hendak membahagikan masa antara pelajaran dengan sukan. Insyaallah, dia akan berjaya di dalam kedua-dua bidang tersebut.” terang Cikgu Kamal.
“Ahhh! Saya tak suka anak saya terlibat dengan sukan.” jerit ibu.
“Tapi Puan…”
“Saya kata tak suka, tak suka lah. Awak tak faham ke? Sudah! Saya dah malas nak cakap dengan awak.” bentak ibu.
Peristiwa tersebut tidak disedari oleh Ika. Namun, tindakan ibunya itu seperti ada sesuatu yang tersembunyi dan cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Ika.
Keesokan harinya, Ika terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Cikgu Kamal. Cikgunya itu tidak seceria dan bersemangat seperti hari-hari biasa. Wajahnya yang sedikit muram membuatkan hati Ika tertanya-tanya.
“Cikgu!” jerit Ika.
“Iya? Ada apa Ika panggil cikgu ni?” tanya Cikgu Kamal.
“Cikgu, kenapa hari ini cikgu muram sahaja? Gaduh dengan isteri eh? Hihihi..”
“Emm… tak ada apa-apalah. Biasa sahaja.” jawab cikgu Kamal.
“Kalau cikgu ada apa-apa masalah, cerita la kat saya, mana tahu saya boleh bantu walaupun sedikit.” ujar Ika.
“Tak ada apa-apa la Ika. Cikgu ok sahaja. Sudah la, baik Ika masuk kelas sekarang, nanti terlambat pula.”
“Emm… baiklah cikgu.” Jawab Ika dalam nada kecewa.
“Eh.. Ika, cikgu terlupa sesuatu la. Ika setuju tak nak menjadi pemain peringkat negeri?”
“Oh! Pasal tu eh cikgu. Of course saya setuju cikgu.” jawab Ika keriangan.
“Ok. Tapi pelajaran Ika jangan diabaikan tau.” ujar Cikgu Kamal.
“Baik cikgu. Oklah, saya nak masuk ke kelas dululah. Bye cikgu!” balas Ika sambil melambai tangan.
Ika membelek-belek surat tawaran yang baharu diterimanya tadi. Surat tawaran memasuki Sekolah Sukan Bandar Penawar baru sahaja habis dibaca. Perasaan bimbang mula hadir ke dalam dirinya, bimbang ibunya memaksa menerima tawaran tersebut. Tiba-tiba, pintu bilik dibuka. Cepat-cepat Ika mengemas surat itu ke sampul asalnya.
“Eh,ibu. Ingatkan sapa tadi. Buat Ika terkejut sahaja.” ujar Ika.
“Ika, tadi Ika baca surat apa?” tanya ibu.
“Haa? Emm… Ibu nampak ke?” keluh Ika sambil menundukkan kepalanya.
“Ala… ibu dah nampak. Tak payah la Ika nak sorok-sorok dari Ibu. Bagi Ibu tengok.”
“Emmm…”
Ibunya membaca surat itu dengan penuh minat. Dari riak mukanya, terpancar riak kegembiraan. Ika hanya mampu tertunduk sedih. Dia tahu, pasti ibunya menyuruhnya menerima tawaran tersebut. Tapi, bagi dirinya, sekolah berasrama hanyalah sebuah sekolah yang mengongkong kebebasan dan pergerakan dirinya. Dia lebih suka hidup bebas tanpa sebarang kongkongan dan peraturan-peraturan yang menyakitkan hati seperti kehidupan di asrama.
Malam itu, Ika tidak dapat tidur lena. Mata kecilnya cuba dipejam tetapi tidak berjaya juga. Puas dia pusing ke kiri ke kanan untuk melelapkan mata, tapi gagal. Fikirannya asyik terfikir tentang surat tawaran sekolah berasrama penuh itu. Dia yakin, pasti ibunya menyuruh dia memasuki sekolah berasrama itu. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran itu. Keputusannya adalah muktamad, dia tetap tidak mahu menerima tawaran tersebut walaupun dipaksa ibunya.
Sedar-sedar, matahari telah memancarkan sinarnya. Selepas bersiap-siap untuk ke sekolah, Ika pergi ke ruang meja makan untuk bersarapan bersama ibu dan kakaknya.
“Ika… anak ibu mesti tahu kan apa yang ibu nak cakap pagi ni.” ibu memulakan perbualan.
“Apa dia ibu? Ika tak faham la.” jawab Ika.
“Ala anak ibu ni. Buat-buat tak faham pula. Pasal surat tawaran memasuki sekolah asrama tu la. Ibu rasa, ibu nak hantar anak ibu kat sekolah itu la.”
“Ika tak nak masuk sekolah tu.” Jawab Ika dalam nada biasa.
“Ika! Kan sekolah tu bagus. Sekurang-kurangnya, masa belajar ika denga nmasa bersukan lebih teratur dan seimbang. Bukan macam sekolah Ika tu.”
“Bukan macam sekolah Ika? Habis, sekolah Ika tu tak baguslah? Tak pandai bahagikan masa untuk pelajarnya? Ika rasa sekolah Ika tu bagus sahaja.”
“Bukan macam tu maksud ibu. Cuma kalau kat sekolah asrama tu, kemudahannya cukup, guru-gurunya lebih berpengalaman dan masa depan anak ibu lebih terjamin. Ibu nak anak ibu dapat belajar di tempat yang terbaik. Ibu nak anak ibu jadi orang yang berguna bila sudah besar nanti.” terang Ibu.
“Ibu nak suruh Ika masuk sekolah tu sebab ibu nak jauhkan Ika dari Cikgu Kamal kan? Terus terang sahaja ibu. Ika dah tahu dari awal lagi.” ujar Ika.
“Ika!”jerit ibu.
Ika terus menggalas beg sekolahnya lalu pergi ke sekolah tanpa memandang ibunya. Sikap Ika yang terus berlalu tanpa memandang ibunya membuatkan hati ibu remuk. Namun, di dalam hatinya tetap akan berusaha untuk memisahkan Ika daripada Cikgu Kamal. Itulah tekad hati ibu walaupun apa terjadi.
Semasa hendak pulang dari sekolah, Ika berjumpa dengan Cikgu Kamal di garaj kereta. Dia ingin meminta pendapat tentang tawaran yang diterimanya semalam. Mungkin pendapat orang yang lebih tua serta berpengalaman dapat membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Cikgu, saya nak minta pendapat cikgu sikit tentang tawaran memasuki sekolah berasrama yang saya dapat semalam.” Ika memulakan bicara.
“Ika dapat tawaran belajar di sekolah berasrama? Wah! Baguslah kalau begitu.” Ujar Cikgu Kamal.
“Masalahnya cikgu, saya tak nak pergi. Saya tak suka hidup kat asrama. Saya tak suka dikongkong dan pergerakan saya terbatas kalau tinggal di asrama. Tapi ibu saya paksa saya masuk sekolah tu. Macam mana ni cikgu…”
“Ohh… sebenarnya, sekolah berasrama tu ada baik ada buruknya. Terpulang pada seseorang sama ada mahu bersekolah di asrama atau tidak. Tanya diri sendiri, adakah dengan bersekolah di sekolah berasrama boleh menjadikan kita semakin maju dalam pelajaran atau sebaliknya. Kalau Ika rasa macam tu, Ika terimalah tawaran tu. Tapi kalau sebaliknya, Ika boleh tolak tawaran tu. Tepuk dada, tanya selera.” terang Cikgu Kamal.
“Kalau gitu, baiklah cikgu. Saya rasa saya dah dapat apa yang yang lebih baik untuk diri saya. Terima kasih cikgu! Saya balik dulu eh. Assalamualaikum.”
“Jaga diri elok-elok tau masa balik tu.”
“Ok cikgu.” Balas Ika dalam nada riang.
Tanpa disedari, rupa-rupanya, pertemuan Ika dengan Cikgu Kamal diperhatikan oleh ibunya dari jauh ketika menjemput Ika pulang. Rasa marah dan kecewa dalam hati ibu tidak dapat dibendung lagi apabila melihat anaknya berbual mesra dengan seorang cikgu yang cukup dibencinya itu.
“Oh..! Cikgu itu rupanya yang dah meracun pemikiran anak ibu ni. Patut la ibu tengok bukan main mesra anak ibu berbual dengan cikgu tu.”
“Ibu, apa yang ibu cakap ni? Tak baik cakap cikgu Ika macam tu.”
“Tak baik Ika cakap? Habis, dia yang buat anak ibu jadi macam ni, Ika kata tak baik?”
“Ibu! Kenapa dengan ibu ni? Tak habis-habis benci kat Cikgu Kamal tu. Apa dosa dia ibu sampai ibu benci kat dia?” tanya Ika.
“Oh… Ika cakap macam Ika lebih pentingkan cikgu tu jek daripada ibu. Agaknya cikgu tu lah yang ajar anak ibu macam ni!” perli ibu.
Ika tertunduk diam. Air matanya mula mengalir deras. Kata-kata ibu tadi telah mengguris hatinya. Dia menangis sepuas-puasnya sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Ibunya hanya mendiamkan diri sehinggalah sampai di rumah. Sampai sahaja di rumah, Ika terus masuk ke bilik. Pintu dikunci lalu merebahkan badan ke atas katil. Dia menangis sepuas-puasnya. Wajah Cikgu Kamal terbayang-bayang di dalam fikirannya. Dia semakin keliru dan tertanya-tanya mengapa ibunya begitu membenci Cikgu Kamal?
“Hei! Ni amaran dari saya. Kalau cikgu berjumpa dengan anak saya lagi, tahulah apa saya nak buat. Saya tak suka cikgu kacau anak saya. Faham!” ibu memberi amaran.
Ika tersentak apabila mendengar perbualan telefon antara ibunya dengan seseorang. Dia pasti, ibunya sedang bercakap dengan Cikgu Kamal. Hatinya bertambah pedih apabila mendengar kata-kata kesat keluar daripada mulut ibunya sendiri. Perasaan benci ibu terhadap Cikgu Kamal memang semakin menebal. Ika hanya mampu berserah agar perkara yang lebih buruk tidak akan terjadi antara ibunya dengan Cikgu Kamal.
Semenjak peristiwa tersebut, Ika tidak lagi serapat dan semesra dengan Cikgu Kamal seperti dahulu. Hubungan mereka masih seperti biasa tetapi jarang bersama. Hari berlalu bersilih ganti. Setiap petang, Ika akan pergi ke sekolah untuk membuat latihan dan persiapan untuk mewakili pasukan bola tampar negeri Johor. Cikgu Kamal juga terlibat dalam latihan itu dan bertindak sebagai penolong jurulatih. Walaupun hubungan mereka tidak disukai oleh ibu Ika, namun, dengan kehadiran Cikgu Kamal sebagai penolong jurulatih, hubungan mereka seperti biasa.
Sebagai seorang pelajar yang mengejar kejayaan dalam pelajaran, Ika tidak melupakan pelajaran. Bagi dia, walaupun aktif di dalam aktiviti kokurikulum, bidang kurikulum tidak harus dilupakan. Kedua-duanya mesti seimbang. Itulah pegangan hidup Ika agar cita-citanya menjadi seorang pakar pemakanan menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, hubungan mereka akhirnya dapat dihidu oleh ibu Ika. Setiap petang, ibunya akan mengintai dari jauh untuk melihat Ika berlatih.
“Hei! Awak tak faham ke apa yang saya cakap hari tu? Awak tak faham bahasa ke?” soal ibu selamba.
“Puan, bawa bertenang puan. Ni kan sekolah. Nanti orang tengok, apa pula kata mereka nanti. Kalau ada masalah, kita bincang elok-elok. Setiap masalah, mesti ada jalan penyelesaiannya.” pujuk Cikgu Kamal.
“Peduli apa ni sekolah ke apa. Awak tu yang tak reti bahasa. Saya kan dah bagi amaran, jangan dekati anak saya lagi. Awak ni nak apa lagi haa?”
“Puan, Ika tu kan pelajar saya. Mestilah saya kena bagi perhatian pada dia. Itukan satu tanggungjawab saya sebagai seorang guru.” Jelas Cikgu Kamal.
“Apa? Tanggungjawab? Ke awak tu nak tebus balik dosa awak yang lepas tu?” jerit ibu.
“Emm...”
“Haa! Kan betul apa yang saya cakap. Awak tak payahla nak tebus dosa-dosa awak dulu tu. Saya dah maafkan dah. Tapi dengan syarat, awak jangan lagi ganggu hidup kami anak beranak. Faham!” marah ibu.
Ika yang ketika itu kebetulan melalui tempat perbualan antara ibu dengan Cikgu Kamal, terkedu apabila terdengar tuduhan ibu ke atas cikgunya itu. Dia terasa seperti Cikgu Kamal pernah kenal dengan ibunya pada masa dahulu. Dan, apakah maksud dosa yang dikatakan oleh ibunya tadi?
Selepas peristiwa tersebut, Ika bertekad untuk menyiasat apakah yang dimaksudkan oleh ibunya tadi. Dia juga ingin tahu siapakah yang sebenarnya Cikgu Kamal, cikgu yang begitu dibenci oleh ibunya.
“Ibu… tolonglah beritahu Ika, apa yang ibu cuba sorokkan tentang Cikgu Kamal daripada pengetahuan Ika. Ibu… tolonglah..” rayu Ika kepada ibunya.
“Yang Ika nak tahu sangat kenapa? Mana ada ibu sorokkan apa-apa daripada Ika!”ibu cuba berselindung.
“Habis tu, kenapa ibu benci dengan Cikgu Kamal? Mesti ibu ada sebabnya kan? Kenapa ibu?.”
Air mata Ika mula mengalir. Mengapa ibunya tidak mahu memberitahu tentang perkara sebenar? Kenapa begitu sukar untuk ibunya memberi tahu perkara tersebut? Ahhh… Baik aku tidur sahaja. Malas aku nak fikir lagi. Bisik hati kecil Ika. Sebelum Ika memejamkan matanya, dia terdengar satu perbualan telefon antara ibunya dengan Cikgu Kamal.
“Ika bukan lagi anak awak! Awak tak payah jumpa dia lagi. Faham!” jerit ibunya.
Terdengar gagang telefon dihempas kuat oleh ibunya. Anak awak? Ika tersentak mendengar ungkapan yang terkeluar daripada mulut ibunya. Kemudian, terlintas di fikirannya adakah dirinya itu adalah anak kepada Cikgu Kamal. Ahh! Tak mungkin perkara sebegitu berlaku. Ayahnya sudah meninggal sejak kecil lagi. Tetapi, dia tidak pernah melihat pusara ayahnya disemadikan. Jika setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelma, dia tidak pernah membacakan al-Fatihah dan surah Yasin di tepi kubur ayahnya. Malah,wajah ayahnya juga tidak pernah ditatap walaupun di dalam gambar.
Dalam diam-diam, Ika berjalan perlahan-lahan ke arah ibunya. Tanpa disedari ibunya, Ika telah mendengar perbualan antara ibunya dengan Cikgu Kamal.
“Awak jangan nak mengaku yang Ika tu anak awak! Dulu awak buat tak pernah ambil tahu tentang saya dengan Ika. Makan minum, sakit pening saya anak beranak awak tak pernah ambil kisah. Tapi kenapa baru sekarang awak nak mengaku yang Ika tu anak awak. Kenapa bila dia dah besar baru awak nak ambil dia balik?” kata Ibu sambil teresak-esak menangis.
Hati Ika berdebar-debar kencang. Air matanya mula menitis. Sah, Cikgu Kamal adalah ayahnya. Ayah yang dikatakan telah mati oleh ibunya. Segalanya kini telah terungkai. Rahsia ibunya tentang di mana ayahnya dahulu telah terbongkar. Sampai hati ibu membohongi dirinya selama ini. Ayah yang masih hidup dikatakan telah mati. Hancur hati Ika apabila mengetahui ibunya berbohong kepada dirinya.
“Ibu…”
“Haa…” jawab Ibu terkejut lalu meletakkan telefon.
Ika menangis sepuas-puasnya di depan ibu. Ibunya hanya mampu terdiam meliha anaknya menangis. Dia tahu, pasti anaknya sudah mendengar segala perbualannya tadi dan yang paling penting anaknya itu sudah mengetahui rahsia yang disembunyikan selama ini.
“Err… Ika… Ma… Maafkan ibu Ika.” ujar ibu.
“Ibu penipu! Ibu bohong Ika! Sanggup ibu bohong Ika…’ jerit Ika.
“Ika, jangan buat macam ni kat ibu Ika. Ibu tahu, ibu salah, ibu minta maaf Ika.” rayu Ibu.
“Kenapa ibu cakap ayah dah mati? Kenapa ibu? Kenapa?” tanya Ika.
Kemudian, ibu terus memeluk Ika erat-erat. Dia tidak mahu kehilangan orang yang paling disayanginya itu. Cukuplah dahulu dia kehilangan seorang suami. Orang yang diharapkan memberi kasih sayang dan pelindung kepadanya tetapi sanggup meninggalkan dirinya apabila diperlukan.
Namun kini, orang yang telah lama terpadam di dalam hatinya sekian lama telah kembali. Kembali untuk menebus dosa-dosa yang telah dilakukan dahulu. Tidak mungkin orang yang pernah melukakan hatinya dahulu diterima kembali. Tapi, jika orang yang betul-betul ingin menebus kesalahannya dahulu, tidak salah diberi peluang kedua.
“Ani, abang minta maaf Ani. Abang tahu, abang tersilap buat keputusan masa dahulu. Maafkan abang Ani.” Rayu Cikgu Kamal.
“Kenapa baru sekarang abang nak sedar kesilapan abang? Abang tak pernah ambil tahu tentang Ani dengan anak-anak dulu. Susah senang Ani anak beranak abang tak pernah ambil berat. Ani kecewa abang. Kecewa dengan sikap abang dahulu.” ibu meluahkan perasaannya.
“Abang sedar, abang terlambat untuk sedar kesilapan yang pernah abang buat. Ani, tolong maafkan abang. Berilah peluang kedua untuk abang tebus balik kesilapan abang.” pinta Cikgu Kamal.
“Emm…”
“Ani, abang teringin sangat nak tengok anak kita membesar depan mata. Ani, kalau Ani setuju, abang teringin sangat nak…”
Ika tersenyum simpul apabila melihat Cikgu Kamal atau sekarang ayahnya, menyarungkan cincin ke jari manis ibunya. Hatinya berbunga riang tatkala melihat ibu dan ayahnya kembali bersatu. Harapannya untuk menikmati suasana keluarga bahagia di samping ibu bapa kini menjadi kenyataan. Kisah duka semalam perlu dibuang jauh demi mencari sinar di masa akan datang.
“Ibu! Ayah! Cepatlah siap. Ika dengan kakak dah tak sabar nak pergi ni.” jerit Ika.
“Hissh… anak awak ni tak sabar-sabar nak pergi. Rindu nak jalan-jalan dengan ayahnya la tu.” ujar ibu sambil tersenyum manja ke arah ayah.
“Hehehe… biarlah. Abang pun dah tak sabar nak bawa anak kita jalan-jalan. Tapi yang paling penting, abang dah lama tunggu masa nak bawa Ani honey moon kali kedua. Hehehe…” ujar ayah.
“Emm? Hehehe…” ibu tertunduk malu.
“Eh… dah lambat ni. Marilah kita pergi sekarang. Kasihan kat anak kita tu.”
“Baiklah abang… mari.” ujar ibu.

Hari yang membosankan...

Emm.. Bosannya... Tak tahu apa nak tulis...